Wednesday, March 20, 2019

Hari Tudung Jumaat Ini, Tanda Hormat Wanita NZ. PM Pakai Hijab.

Hari Tudung tanda sokongan wanita New Zealand Jumaat ini
Wanita di New Zealand digalakkan memakai hijab sebagai tanda sokongan pada Jumaat ini. Foto Facebook

TRAGEDI solat Jumaat di Christchurch yang menimpa umat Islam memberi impak yang sangat besar di serata dunia, khususnya buat warga New Zealand.

Susulan insiden itu, seluruh rakyat New Zealand bersatu memberi sokongan tidak henti kepada masyarakat Muslim di sana sejak Jumaat lalu.

Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian iaitu ‘Scarves in Solidarity’ menjalankan kempen pemakaian tudung pada hari Jumaat ini bagi kaum wanita di New Zealand.


Kempen memakai tudung ini dijalankan demi memberi penghormatan kepada masyarakat Muslim serta keluarga mangsa dalam tragedi tembakan pengganas di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

Hebahan kempen ini dibuat melalui entri di Facebook yang memuat naik poster dalam halaman Facebook mereka pada Selasa.

Dengan memakai tudung, langkah ini dijangka menjadi penyatuan hati dan perpaduan rakyat New Zealand bersama wanita Muslim dalam menentang keganasan.

Sehubungan itu, kempen ini juga mendapat respon positif di media sosial, termasuk di Twitter.

Tambah itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden juga turut mengenakan hijab hitam sebagai tanda penghormatan ketika berjumpa komuniti Muslim di Christchurch pada Sabtu lalu. (AA)
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memakai hijab ketika berjumpa bersama komuniti Muslim di Christchurch - Foto AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails