Menurut Dr. Ahmad Sufian Ab. Rahman, langkah itu terpaksa diambil susulan laporan tidak beretika, berniat jahat dan manipulasi usaha membantu rakyat tempatan di Christchurch.

"Maka saya akan menutup kumpulan ini dan menutup akaun bank yang dimulakan secara tempatan.
"Kepada rakyat Malaysia, tolong jangan menyalurkan sumbangan kepada tabung tersebut," katanya dalam status Facebook Crisis Group for Malaysians - Christchurch, New Zealand, hari ini.

Jelas Ahmad Sufian, pihaknya akan membantu ahli keluarga Malaysia dengan kaedah lain dan sumbangan boleh disalurkan kepada Persekutuan Persatuan Islam NZ (FIANZ) atau Canterbury Muslim Community Trust (CMCT).

"Nasihat saya kepada semua media Malaysia dan media sosial lain atau sesiapa yang terlibat dalam mengganggu usaha menyediakan maklumat yang benar dan telus serta usaha membantu di sini.
"Rakyat Malaysia di New Zealand hidup dengan nilai dan etika yang berbeza. Kita tidak menjual diri kita dengan murah dan tidak mencipta kebohongan yang memburukkan lagi keluhan keluarga," katanya. - UTUSAN ONLINE