Friday, June 24, 2016

Remaja Hidu Gam, Hanya Ibubapa Remaja Yang Bersalah?

gam


GAMBAR sekumpulan remaja menghidu gam di atas sebuah bumbung bangunan di Kota Kinabalu, Sabah mengundang kecaman orang ramai selepas ianya tersebar di ruang maya. Menerusi perkongsian di laman facebook Joel j. Johnny, gambar itu dirakam di kawasan Kampung Air pada 21 dan 22 Jun sekitar pukul 6.30 hingga 7.30 pagi.
Dua remaja perempuan dilihat sedang duduk sambil menghidu sebungkus plastik dipercayai mengandungi gam serta bebeberapa kanak-kanak lelaki dengan salah seorang daripadanya sedang tidur.
gam3
gam2
gam4
Pendedahan gambar itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mahu tindakan segera diambil bagi membendung budaya menghidu gam dalam kalangan remaja.
Susulan menjadi viral gambar berkenaan, pihak Polis IPD Kota Kinabalu dengan kerjasama penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) difahamkan telah menahan empat remaja termasuk dua perempuan yang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun, pagi tadi.
gam8
gam6
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua daripada mereka ditahan ketika sedang menuruni tangga bumbung bangunan tersebut, manakala tiga lagi ditahan di sekitar Kampung Air.
“Semua yang ditahan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu. Empat daripada suspek termasuk dua budak lelaki yang berusia 9 tahun mengaku menghidu gam. Manakala seorang lagi mendakwa hanya menemani rakan-rakan mereka sahaja,” katanya.

Siapa yang bersalah, adakah ibubapa remaja itu sahaja dan lain-lain? Kerajaan yang pencorak suasana persekitaran melalui sistem pendidikan, perundangan, dan lain-lain langsung tiada tanggung jawab tiada bersalah? Kembalilah kepada tarbiah pendidikan yang sebenarnya.. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Budak2 tu hidu gam
PAN pula hidu punqok DAP yg tak cebok

Apa nak buat khadam tahap legend

Anonymous said...

Hebat komen kamu ni anon 11.31 am.... banyak dapat pahala posa2 ni aaa..... inilah tarbiyyah terbaik.... bagus dijadikan tauladan.....

Anonymous said...

Itulah tarbiah yang diberikan oleh pemimpin Mereka sepanjang bulan puasa ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails