Saturday, June 25, 2016

Penganut Buddha Geledah, Robohkan Masjid

Penduduk Islam, Ibrahim, 67, meninjau dalam masjid yang dirosakkan penganut Buddha di perkampungan Thuye Tha Meinm, wilayah Bago, Myanmar, hari ini. - Foto AFP

BAGO, MYANMAR – Ratusan penganut Buddha bukan saja menceroboh masuk ke dalam masjid di tengah Myanmar, malah hampir merobohkannya memaksa penduduk Islam melarikan diri dan berlindung dalam kawasan balai polis selepas berlaku pergaduhan antara jiran yang kemudian menjadi keganasan agama.

Keganasan tercetus petang semalam, selepas kira-kira 200 penduduk beragama Buddha mengganas di kawasan penduduk Islam di perkampungan Thuye Tha Mein di wilayah Bago, berikutan pertelingkahan sesama jiran mengenai pembinaan sekolah Islam.
“Ia bermula apabila seorang lelaki Islam bertekak dengan wanita Buddha menyebabkan ada penduduk masuk campur menyerang lelaki itu.
“Mereka kemudian memasuki masjid dan menggeledahnya menyebabkan sebahagian masjid rosak. Perusuh Buddha turut merosakkan pagar perkuburan,” katanya ketua kampung itu, Hla Tint.
Kira-kira 70 penduduk Islam, termasuk wanita dan kanak-kanak terpaksa bermalam di balas polis.
Menurut Tint, tiada kecederaan serius berlaku dan keadaan kembali tenang hari ini.
Polis dan setiausaha masjid mengesahkan kerosakan itu dan seorang penduduk, Tin Shwe Oo, 29, yang beragama Islam berkata, ada 150 penduduk Islam di kampung ini yang kini hidup dalam ketakutan.
“Kami terpaksa bersembunyi kerana ada yang mengancam mahu membunuh penduduk Islam. Saya dan keluarga mahu tinggal jauh dari sini sehingga keadaan aman,” katanya.
Keganasan agama di Myanmar sejak 2012 menyebabkan ramai penduduk Islam dibunuh penganut Buddha dengan restu sami radikal. –AFP/myMetro Online

1 comment:

Anonymous said...

Orang kafir hidup bebas mengamalkan agama mereka di negara umat Islam dan apabila orang kafir mula merasa diri mereka kuat, mereka mula bersikap biadab mencabar, menghina dan menentang agama Islam dan umat Islam seperti yang berlaku di negara kita.

Sebaliknya umat Islam pula ditindas dan dibunuh, harta benda mereka dirompak dan dirampas dan ajaran Islam diharamkan, dan masjid diserang dan dimusnahkan di negara kafir seperti Myanmar, India, Sri Langka, China, Bosnia dll.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam bersatu-padu dan berpegang teguh pada agama Islam dan mentaati Allah dan RasulNya supaya umat Islam diberkati dan dilindungi Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails