Friday, June 24, 2016

Minta Wang Lindung Judi, Datuk NGO Pemantau Jenayah Ditahan?

Hasil carian imej untuk Pengerusi NGO ditahan reman PENGERUSI sebuah NGO (tengah) diiringi anggota polis selepas ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes meminta wang perlindungan di Mahkamah Khas, Seremban semalam.
SEREMBAN – Pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari bermula semalam sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan berjumlah RM25,000 daripada seorang pengendali judi ekor tanpa lesen.
Perintah reman ke atas lelaki berusia 32 tahun dan berasal dari Bahau itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini semalam.
Lelaki itu yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan diiringi dua anggota polis tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van polis pada pukul 10 pagi.
Dia kemudian beredar setengah jam kemudian dengan menaiki kenderaan yang sama menuju ke Balai Polis Mantin dekat sini untuk tahanan reman.
Terdahulu, lelaki itu yang mengetuai sebuah NGO yang memantau jenayah di negara ini ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berdekatan Plaza Tol Nilai pada pukul 10.50 malam kelmarin.
Komen Weblog Ibnu HasyimKisah 2 Jenis Judi. 
Ini, satu lagi bukti bahawa perbuatan judi bukan sahaja dilarang oleh agama, tetapi juga dibenci oleh manusia dan rakyat yang sihat pemikirannya. Cuma kerajaan sekular di Malaysia saja yang masih pertahan dan masih jadi taukeh judi, hingga wujud dua jenis judi. 
Satu: Judi haram dari sudut agama bagi Persekutuan ini, tetapi halal bagi kerajaan di sudut perlaksanaannya. Judi jenis ini ditaja dan dinaungi oleh kerajaan Malaysia sekarang. Bahkan dikawal perlaksanaannya jangan diganggu seperti yang di hotel, kasino, kelab tertentu dan lain-lain.
Judi ini menguntungkan kerajaan dari segi ekonomi jangka pendik, walaupun dari segi moral dan agama ia merosakkan atau menghancurkan identiti kemanusiaan. Ia merosakkan ekonomi rakyat untuk jangka panjang dengan memporak-perandakan negara.
Kedua: Judi yang dilarang oleh agama dan pemerintah. Pemerintah tidak mengeluarkan lesen untuknya. Biasanya judi ini dilakukan oleh rakyat kecil. Penagih-penagihnya diburu dan ditangkap, walaupun mereka melakukannya di hutan-hutan kecil di bulan puasa, sawah padi dan lain-lain. 
Inilah yang sentiasa dibanggakan kerajaan yang kononnya menolak mungkar judi suatu amalan mulia pemerintah.
Penyelesaian: Kerana ada dua jenis judi inilah, kegiatan maksiat judi di Malaysia ini tidak akan hapus. Sebab ia dilindungi oleh undang-undang sekular negara. 
Oleh itu, bagaimana mengatasinya?
Tolaklah kerajaan sekular di Malaysia, atau gantikan dengan sebuah kerajaan Islam yang merdeka melalui peti undi, bukan dengan 'angkat parang'. Atau sekurang-kurangnya sokonglah Rang undang-undang persendirian mengenai pindaan akta Mahkamah Syariah yang akan dibawa oleh PAS di Parlimen nanti. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails