Friday, June 24, 2016

Judi Bola Sepak Piala Euro Haram Pula..

WAN AHMAD (kiri) menunjukkan poster dan barang rampasan daripada sindiket judi Piala Euro 2016 pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Po­lis berjaya melumpuhkan sindiket pertaruhan dan perjudian bola sepak Piala Euro 2016 dalam talian dengan nilai pertaruhan kredit sebanyak RM2.67 juta selepas tertangkapnya seorang lelaki dalam Ops Soga di Bandar Jaya Putra di sini semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, dalam serbuan pada pukul 4.20 pagi itu, polis menahan suspek yang berusia 30-an dan merampas pelbagai peralatan komputer milik lelaki itu.
“Antara yang dirampas ialah satu set komputer, tetikus, unit pemprosesan pusat, papan kekunci dan monitor termasuk sebuah telefon bimbit serta modem WiFi.
“Suspek dipercayai mem­punyai lima buah laman web perjudian dengan kebenaran kredit RM2.67 juta,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails