Tuesday, March 19, 2013

Rokok Elektronik Beracun, Haramkan Segera!

ROKOK elektronik yang dianggap sebagai alat bantu berhenti merokok masih diragui kesahihannya. – Gambar hiasan

PENGGUNA

Rokok Elektronik berbahaya.
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.

Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
 
“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.

“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau jelas rokok eletronik merbahaya dan beracun, pihak kerajaan tunggu apa lagi, haramkan segera sebelum ianya menjadi candu ketagihan yang merbahaya kesihatan. Bahkan wang rakyat dan negara akan mengalir secara membazir, tanpa faedah.

5 comments:

Anonymous said...

semua yang merosak dan mengancam kesihatan adalah bahaya dan beracun samada racun jangka panjang mahupun jangka pendek., isunya ia akan memberikan kesan kepada kesihatan samada disedari mahupun tidak... bukan setakat rokok elektronik je yang berbahaya malah rokok sebenar pun bahaya juga malah lebih membahayakan kepada orang yang tidak merokok bila malaon siperokok berada berhampiran dengan hamba allah yang tak merokok... demi allah yang nyawa saya berada ditangannya sekiranya kesihatan saya terjejas kerana malaon siperokok yang merokok berhampiran dengan saya, saya akan tuntut di akhirat kelak di depan allah dan di depan sekelian manusia di padang mahsyar nanti .

Anonymous said...

anon March 19, 2013 at 8:05 AM,

ko lupa sume yg berasap tu racun. karbon monoksida. ko tunggu dan tuntutlah di akhirat kelak di depan allah dan di depan sekelian manusia di padang mahsyar nanti, pemandu kereta, bas, lori, keretapi, kapal, kapalterbang, penunggang motor, pengilang, loji jana kuasa dan mungkin nenek dan mak ko yg guna bahan pembakar untuk memasak bagi ko makan.

malaon siperokok pun ade hak!!

Mietawar said...

Salam, kalau bab racun, rokok biasa lagi banyak racun maka haramkan juga rokok biasa tu. Saya lihat kawan-kawan pakai rokok electronik berjaya mengurangkan ketagihan dengan mengurangkan dos nikotin nya. Dalam masa yang sama depa juga dapat mengurangkan perbelanjaan membeli rokok yang mahal.
Adakah kerana rokok letronik nih tak ada cukai maka kerajaan nak cepat cepat haramkan tanpa kajian yang professional.

Anonymous said...

Salam...
Tul kata Mietawar...sokong awak...
satu lagi saya perokok dh hampir 45 thn..sya kini dgn rokok letronik xpakai nakotin lg...gg saya xkuning..kerongkong xsakit..bau rokok dh xder...bibir dh merah balik dan yg paling best dh xbeli rokok..cecair rokok tu 2 minggu skali bru beli tu pn dgn harga rm 10..sbulan bru 20rm bebanding dgn sebulan rm 300rm...yg lg best sakit dada xder dh....ni yg kjaan takut bila dgr cerita cm saya ni..berapa mereka dh rugi.....kahkahkaah....ins sya ALLah dlm masa terdekat saya akan berhenti membeli rokok...dan xhisap apa2 rokok lg....

waqiuddin mohamad said...

Salam .
Yang aku taw Haram sebab x kena CUKAI .
Kerajaan kerugian , sebab tu la diharamkan .
Terang-terang kandungan nikotin di dalam tembakau @ rokok konvensional lebih membahayakan tapi awat pula diberi pengecualian? kalau betul-betul nak bagi rakyat berhenti merokok, apa kata haramkan terus penjualan rokok dalam Malaysia. Ini baru orang kata ” walk the talk”.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails