Monday, March 25, 2013

Ini, Tarian Lucah Lentok Kekal Kerana UMNO/BN..

Foto Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi.

HALAMAN HIBURAN

Tarian liuk lentok.
KL: Dua kelab malam berlainan lokasi di ibu kota dikesan menawarkan tarian sangkar dengan aksi separuh bogel membabitkan sekumpulan penari seksi, termasuk gadis tempatan, sebagai pelaris terbaru kepada pengunjungnya.
 
Taktik itu bagi memastikan kelab malam terbabit sentiasa dipenuhi pengunjung, terutama pada hari bekerja, selain mengatasi saingan premis lain. 

Bertindak hasil aduan pembaca, wartawan Metro Ahad mendapati suasana di kelab malam terbabit tidak ubah seperti suasana di Patpong, Thailand dengan aksi penari berpakaian dalam menari secara terbuka ketika tinjauan, awal pagi kelmarin.

Dalam tinjauan jam 12.30 tengah malam, aksi tarian ghairah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun dari luar kelab malam melalui pintu kelab yang terbuka.


Sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Danny, 36, berkata, kegiatan tidak bermoral di kelab malam terbabit dikesan sejak tahun lalu, namun ia hanya diadakan pada hari tertentu.(myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tarian liuk lentok atau tarian lucah bogel masih ada di pusat-pusat hiburan secara bebas dan terbuka. Adalah mustahil kalau ada yang mengnggap pihak baerkuasa, tidak kuasa mengusainya. Yang ada ialah mungkin kerana..
  • Kerajaan BN/UMNO tidak memperincikan konsep hiburan sebenar sesuai dengan konsep 'negara Islam' menurut perlembagaan Maiaysia.
  • Jentera pelaksana kerajaan tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan penyakit rasuah atau lain-lain.
  • Kepimpinan termasuk menteri, wakil Rakyat atau YB-YB berkaitan tidak bertanggung jawab secara betul atau jahil dibidang agama rasmi negara.
Jadi, apa solusinya? Dalam PRU 13, esok lusa ini, UNDILAH PAS  dan rakan PR.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails