Wednesday, March 27, 2013

Call Girl Takkan Habis Selagi P/Hiburan Jadi P/Maksiat..

Antara wanita warga China yang ditahan dalam operasi awal pagi semalam.

PUCHONG – Menjadi teman sosial lelaki hidung belang menikmati minuman keras dan boleh diangkut pulang sekiranya bayaran ekstra dibuat. Itu khidmat ditawarkan wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di sini.

Aktiviti tidak bermoral gadis genit yang dipercayai turut menjalankan khidmat ‘call girl’ itu tumpas, apabila kedua-dua premis tempat mereka bekerja di Pusat Bandar Puchong, diserbu, awal pagi semalam. Ketika serbuan, kesemua GRO terbabit cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis namun berjaya dikepung anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, operasi bermula jam 12.45 pagi di premis pertama terletak di Jalan Bandar 18. Hasil pemeriksaan mendapati premis hiburan terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan sah dari MPSJ. Beliau berkata, lapan wanita warga China tidak mempunyai permit kerja sah dan seorang penjaga premis yang cuba melarikan diri dicekup.

Di premis kedua di Jalan Bandar 19 pula, lima warga China tidak mempunyai permit sah untuk bekerja di negara ini berjaya diberkas.

“Tindakan sitaan peralatan hiburan dan penutupan premis dikenakan di kedua-dua pusat hiburan terbabit. Operasi berjaya dijalankan setelah menerima hasil maklumat orang awam,” katanya.

Menurutnya, tindakan diambil di bawah Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Selangor 1995 (2001) kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM25,000.

“Warga asing yang ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi seperti ini  akan dijalankan berterusan bagi mengekang kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd semalam dijalankan secara bersepadu bersama pihak polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aktiviti tidak bermoral takkan selesai selagi BN/UMNO memerintah Malaysia yang mengekalkan perlembagaan penjajah Lord Ried dengan akta hiburan menjadi tempat penyuburan maksiat. Bagaimana mengatsinya? Itulah dengan berdakwah menoak BN UNDILAH PAS dalam PRU 13 ini.

8 comments:

kampong lad said...

penang, selangor, kedah & kelantan, sapa perintah? benda2 ni takdak ka?

Anonymous said...

BN kusai seluruh Malaysia.

air gunung said...

Oiiii kg lad.belajr undang2 ke tak kao neh.
Brenti lar jd keldai k.
Macai mana reti cari info.
Makihamun pandai lar.
Pastu ajak orgramai tgok mender lucah.
Otak biru!!!!

zaman said...

Itu cakap kucig kurap umno tak tau undang. Perlembagaan penjajah, bukankah umno yang letak.

Bodoh!

Hudud, bukankah umno yang tolak?

Bahlol!

Mana kuat udang negeri dg undang persektuan.

Bongok!

Baca lagi banyak-banyak media umno!

Andy said...

Sudah la tu. Kesian si buta tu. Pimpin lah dia. jangan marah-marah.

ryg said...

Apa ni..skit2 bn umno..pas kejadahnya..

zaman said...

Begitulah cara umno mengupah mengacau blog pakatan, sehingga menjelang PRU 13.

kita tahuuuu.. he he he

kampong lad said...

selain polis & imigresen, penguatkuasa kerajaan tempatan buat ap?
air gunung....hang sapa, loyer? doktor? zaman..perjalanan semua parti2 politik tertakluk kpd undeng2 penjajah la. andy...sapa yg kena dipimpin? atau sapa yg kena kelentong.

satu pihak perompak & satu pihak lagi penyamun.

fyi, banyak pengundi2 dah meluat dgn umno/bn tapi tak mestinya depa sokong pr. ada paham? kena tibai sikit, dah melompat. pr buat tak betui, tak boleh tegoq ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails