Wednesday, February 27, 2013

Sultan Sulu, Tarik Balik Pengikut..Amaran P/Filipina


Presiden Filipina, Benigno Aquino
Presiden Filipina, Benigno Aquino

MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia (SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.
E-Buku IH-65: Kesultanan Sulu Darul Islam.

4 comments:

Anonymous said...

[url=http://loansheredirectly.com/#fkbov]payday loans online[/url] - payday loans online , http://loansheredirectly.com/#imqut payday loans online

Tembakau Jawa said...

Pencerobohan di Sabah ni sebenarnya telah dirancang untuk membolehkan darurat diisytiharkan di Sabah supaya Sabah dikecualikan dari pilihanraya umum ke-13. Kajian BN melalui SB merasakan BN bakal kalah di Sabah baik di peringkat negeri atau parlimen jadi sebelum kalah baiklah buat helah untuk menangguhkan PRU 13 kat Sabah. Lepas ni akan berlaku pulak sesuatu di Semenanjung supaya PRU-13 ni boleh ditangguhkan. UMNO-BN dan sekutu-sekutunya seperti SPR,Raja-raja Melayu,Polis dan kakitangan kerajaan yang setia dengan BN serta NGO-NGO seperti Perkasa tidak mahu PRU_13 ini diadakan dalam tahun ni sebab kemungkinan untuk kalah adalah tinggi. Sekaranglah waktu untuk mewujudkan kecemasan supaya darurat dapat diisytiharkan di seluruh negara dan PRU-13 ditangguhkan sehingga BN-UMNO yakin untuk menang

Anonymous said...

Tembakau Jawa....mulut bau longkang..kerja kau buat fitnah aje...kenapa engkau? sama aje kau dgn AlJub..kau rakyat mana...?kurang ajar kau...Jgn mimpi kau dan AlJub nak tawan Sabah. Berapai kali AlJub tawan kau...bangang statement..pergh..

Tembakau Jawa said...

Anon 1 march 4.32pm kalau statement aku bangang yang kau nak melenting buat apa, apa yang aku tulis ni mungkin spekulasi tapi kalau orang umngok macam kau marah ada kemungkinan ia betul, betul tak kah...kah....kah, berapa banyak duit Bijan dah suap dalam mulut busuk kau tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails