Monday, September 03, 2012

Pijak Gambar Pemimpin & Tukar Bendera? -N/Aziz:


Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan
Nik Aziz bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob (dua, Kanan) dan pengurusan kanan syarikat pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian, hari ini.
Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan
Penasihat Persatuan Bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa beramah mesra dengan Hussamuddin Yaacub pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian, di Pengkalan Chepa.

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan Ambang Merdeka di Kuala Lumpur, Khamis lalu sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

Nik Abdul Aziz berkata, perbuatan itu tidak melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang diajar agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menyebabkan mereka marah jika orang lain melakukan perkara sama terhadap mereka.

“Perbuatan (pijak gambar) ini bukan kerja orang Melayu, bukan kerja orang Islam tetapi benda lain. Ini sangat mendukacitakan dan memalukan. Lainlah kalau perbuatan ini dilakukan orang bukan Islam tetapi gambar yang saya tengok seperti orang Melayu,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Aidilfitri Sinar Harian di Pejabat Sinar Harian Kelantan, dekat Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.(2 Sept)

Beliau mengulas perbuatan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor yang didakwa dilakukan segelintir peserta Himpunan Janji Bersih, Jumaat lalu, seperti disiarkan media sosial.

Mengulas perbuatan peserta himpunan sama yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, Nik Abdul Aziz mengingatkan, usaha menukar bendera bukan sesuatu yang senang dan perlu kepada perbincangan yang memakan masa bertahun-tahun.

“Tujuan apa nak tukar bendera (sedangkan) bendera kita sudah diterima masyarakat dunia dan tidak ada cacat cela. Yang cacatnya, pemikiran manusia yang buat bendera itu sendiri,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan rasa dukacita atas apa yang berlaku pada himpunan itu sama seperti perasaannya terhadap kejadian menimpa bas Jelajah Merdeka Rakyat dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disimbah cat dan cerminnya dipecahkan di sini, semalam.

“Umno dan Pas sudah banyak berdamai, berbanding dulu, pintu gerbang pun orang tumbangkan. Sekarang ini, Umno tidak kacau Pas dan Pas tidak kacau Umno, tiba-tiba buat perkara memalukan ini, hentam bas, pecahkan cermin, ini tidak patut berlaku langsung,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails