Sunday, September 02, 2012

Pelajar Rakam Dirinya Berzina..

bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...

SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip itu di internet.
Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.

Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009. Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks oral.

Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda “B****”. Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan tajuk “Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.

Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral.  Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali.

Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan hubungan seks sekali lagi. Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat.

Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal. - Straits Times

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan sahaja di Singapura, di Malaysia pun apa kurang. Sebuah blog menulis dan memaparkan...

"Apa kes yang kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah sekarang ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar perempuan sebab rebut lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ? kena tangkap dalam tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah berlaku. Mengapa jadi seperti ini? pelik tak?

Malah ianya bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa sahaja tetapi sekolah berasrama dan sekolah-sekolah agama juga turut menular. Kejatuhan moral di kalangan pelajar sekolah agak membimbangkan hari ini. Satu kes di Kedah sebagai contoh, Seorang pelajar sekolah aliran agama perempuan dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah di atas membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan di tempat pembuangan sampah...

Pelik tak kenapa orang yang berpendidikan agama juga tidak dapat melarikan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahil ini... Pergaulan bebas di kalangan pelajar lelaki dan perempuan sangat-sangat membimbangkan. Kita boleh di lihat di laman media sosial di mana ramai pelajar sekolah berpakaian ala menjolok mata... Ada sesetengah tu bukan sahaja menjolok mata tetapi mengorek mata... perkara ini benar dan tiada siapa boleh menafikan...

Pelbagai kempen untuk mencegah gejala ini berlaku tetapi semakin berkembang pula kegiatan ini sehingga tidak dapat dibendung. Tapi apa yang saya fikir ketika dahulu memang benar. Kecanggihan yang ada hari ini sebenarnya memberikan kerosakan kepada kita sendiri... cuba lihat gambar di bawah ini...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
bukan gambar hiasan.. ini betul-betul.. bukan cobaan...
" Ni adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula pada diri sendiri nanti... Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini... Tangungjawab bersama..."  Kata penulis itu lagi.. 

Untuk membendungnya, kembalilah kepada cara hidup Islam, sebagai 'way of life', termasuk di bidang pendidikan, apa lagi dalam politik negaranya. (IH)

12 comments:

Anonymous said...

nak buat mcm mana tuan haji. pemimpin yg terang2 balun china doll,bdk laki jambu dinaikkn jd pemimpin tertinggi. tokoh bukan islam yg terang2 sokong LGBTdisanjung sbg ketua. ada ustaz pun,kena tangkap khalwat dgn bini org pukul 3 pagi kat bilik hotel. macam ni ke nak nasihat orang suruh kembali kpd Islam???!!!

Anonymous said...

golongan agama PAS dah jadi staitan bisu. semua cuma pikir pangkat,kedudukan, & peluang nak jadi calon. kalau ada yg berani buat amar makruf nahi mungkar,nasib korg la jd mcm hassan ali atau ustaz nasha. berani ke tegur kemungkaran yg pemimpin2 PRsendri buat?

Anonymous said...

tuan hj,

semuanya berlaku kerana takdak kerajaan Islam. harap umno dah 55 tahun tak buat apa-apa.

puak-puak depa, rasuah, rogol,bunub orang, tuduh pembangkang. tuduh pas setan bisa. depa setan pekak, kudung dan mulut celupar.

tuduh pas takmau mahu hudud, nak tunggu hudud umno, sampai mampuih tak buat

takut depa anak beranak kena sebat. anak depa minum arak kaki. betina.

Anonymous said...

mungkin pencacai rasa tak patut semua salah umngok .hakikatnya memang salah umngok sebagai pemerintah yg mempunyai kuasa tak mau pada hukum Allah dilaksanakan.dari situlah punca segala keserakahan moral dlm masyarakat.

Anonymous said...

dulu kata kalau menang kat selangor,konon nak tutup kilang carsberg,nak kawal konsert2 hiburan,nak tutup kelab malam. tapi bila PAS dah menang? orang melayu-islam kena murtad pun PR boleh backing gereja haram yg x berdaftar tu. PAS ke,UMNO ke,sama je dua2 pun tertipu dgn kmewahn & kuasa di dunia..

Mudim said...

Sebelum menyalahkan sesiapa, lebih baiklah kita cermin diri kita sama-sama dahulu. Sejauh manakah selama ini kita mentaati Allah dan Rasul dalam mentadbir kehidupan keluarga kita sendiri.
Pada pandangan saya keruntuhan akhlak remaja masa kini bermula dari rumah. Jika institusi keluarga Islam sebenar tidak dibangunkan sukar untuk kita membendung gejala sosial ini.

Anonymous said...

Jadi, kerajaan tak tanggung jawab? Dalam sejarah, seketul daging kambing jatuh dalam sungai bawah pemerintahnnya, pun Khalifah tanggung jawab.

Kalau dalam kontek k/malaysia, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan pusat yang paing bertanggung jawab ke atas perlaksanaan Islam di Malaysia.

Kaki Sembang said...

Akibat meniggalkan hukum Allah..ibnu Hasyim..tlg listkan blog www.kakisembang.com..budak baru..

Anonymous said...

masa bila PAS perintah Selangor? hahaha bodow!

Anonymous said...

memang ko bodoh! bukan tahap bodoh,bangang lagi! neway,thanx sbb mengaku PAS mmg pencacai hamba abdi suruhan DAP..

Anonymous said...

yang masih sokong UBN...mmg gampang dan haramjadahhhhhhhhhh

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails