Tuesday, September 04, 2012

Bila Tok Guru MB K'tan Naik Keretapi...

Gambar: Tuan Guru menaiki keretapi dari setesen KTM Wakaf Bahru ke Setesen KTM Kuala Kerai

KUALA KRAI: Bila Tok Guru MB Kelantan naik keretapi... Maka, program pelancongan dilihat amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu  melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12). Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

“Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi. Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini. Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

“Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,”ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan  dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah perkaa seperti gambar di bawah ini berlaku dalam keretpi di Kelantan atau di Malaysia?

Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta ApiWanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api
Wanita Shanghai Tukar Baju Dalam Kereta Api

GAMBAR dan rakaman video di atas menunjukkan wanita-wanita Shanghai menanggalkan dan menukar pakaian mereka dalam kereta api menjadi topik hangat di China ketika ini. (tahun-tahun lalu) Pada 22 Ogos, seorang warga internet telah mencetuskan kekecohan selepas memuat naik gambar dan rakaman video seorang gadis dalam kereta api Shanghai Metro.

Rakaman video itu menunjukkan gadis berkenaan sedang menanggalkan kesemua pakaiannya kecuali pakaian dalam dan memakai pakaian lain dalam gerabak kereta api. Warga internet mempercayai bahawa gadis tersebut mungkin lewat untuk kerja atau melakukannya untuk menarik publisiti kerana pakaian yang dipakai kelihatan seperti pakaian seragam untuk tujuan ‘cosplaying’ (pertunjukan pakaian).

Ada pihak yang mengatakan bahawa..
  • Perbuatan sebegitu adalah tidak bermoral, tidak bertamaddun, betentangan dengan adat timur seperti pandangan kebanyakan orang ramai. Islam juga melarang perbuatan-perbuatan begitu.
  • Manakala satu pihak lagi berpendpat, "Apa masalahnya? Pembangunan masyarakat sepatutnya bermakna lebih banyak kepelbagaian/kemajmukan. Jika kita terlalu berpegang kepada idea-idea tradisional, kita tidak akan dapat mengejar masa dan fesyen. (tidak maju menurut mereka). Adakah semua orang masih ingat tahun 80an, di mana mengintai wanita di bilik air boleh mengakibatkan dihukum mati? (bukan di Malaysia) Sekarang jika kita fikirkan tentang perkara itu, tidakkah ia begitu keterlaluan?"
Pendapat kedua di atas ini banyak bersarang di otak pemimpin-pemimpin Malaysi sekarang seperti pemikiran Barisan Nasional.. Asal mahu maju, tidak peduli 'halal haram' lagi. Tidak peduli maruah dan agama lagi. Ini yang berlaku di Malaysia. Jadi tidak hairan apa yang berlaku di Shanghai itu akan berlaku di Malaysia. Kecuali di Kelantan kalau PAS masih memerintah Kelantan.

Bahkan pernah berlaku puluhan tahun lalu, seorng wanita tergesa-gesa memakai baju di dalam bas di hadapan penumpang-penumpang lain di KL (sektar bas stand Klang) takut tertinggal bas dan lewat ke tempat kerja.. Untuk selamat  seperti kejadian di atas, kena kekalkan PAS memerintah Kelantan atau bantu kembangkan PAS kuasai Malaysia dalam PRU 13 akan datang. Wallahu 'aklam. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Ada beberapa persidangan antarabangsa yang melibatkan Malaysia berlangsung minggu lepas. Semasa perayaan 31 Ogos dan program BN di Bukit Jalil.
Adalah satu perkara menghairankan apabila Malaysia tidak menghantar perwakilan Tertinggi Perdana Menteri maupun Timbalan Perdana Menteri ke Persidangan Negara Berkecuali NAM DAN Persidangan Negara Asia Pasifik di Vladivostok Timur Siberis, Rusia.
Adakah ini petanda Najib sedang ligat untuk bersedia memanggil PRU secara tergempar selepas beliau begitu teruja dengan kehadiran pagi 31 Ogos di Dataran Merdeka dan malamnya di Bukit Jalil yang melebihi 130 ribu orang yang diangkut dengan ratusan bas dan LRT percuma?

Anonymous said...

Semoga malaysia aman dari parti yg memperjuangkan dakwah melalui kebencian.yg memecahbelahkan..

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails