Monday, January 23, 2012

Islam, Timor Leste & Aku

CATATAN PERJALANAN siri 9
Satu-satunya mesjid di bandar utama Dili, Masjid Annur. Malangnya, dunia Islam hampir lupa pada 1% umat Islam yang berada di Timor Leste. Bahkan dunia seumpama tidak pernah peduli bahawa Perdana Menteri T imor Leste pada 1999 adalah seorang Muslim – Dr. Mari Altakiri. Dikatakan juga 'suatu sejarah menarik tetapi hilang dalam lipatan masa'.

Ibnu Hasyim, beberapa hari lepas semasa berada di pusat kota Dili.. di kaki lima jalan.. Di belakangnya seorng wanita bertudung..

Lokasi Timor Leste

PESAWAT yang saya naiki berlegar-legar di udara lapangan terbang Republik Demokratik Timor Leste atau juga dikenali sebagai Timor Timur. Pesawat terus mendarat di lapangn yang kecil itu.

Saya lihat masa itu hanya ada sebuah saja kapal terbang, itulah yang saya naiki dari syarikat penerbangan 'Batavia Air'. Luas komplek imigresennya, bagaikan sebuah komplek sekolah rendah sahaja kalau di Malaysia. Saya berbaris panjang menunggu kelulusan pihak imigresen. Penghuni semuanya, termasuk pekerja, peniaga dan pengunjung sekali, saya kira-kirakan tak sampai 1,000 orang.

"Selamat datang ke Timor Leste!" Kata seorang pegawai imigresen wanita kepada saya dengan senyuman terukir dibibirnya, setelah meluluskan permohonan masuk ke negaranya.

Gambar diambil dari dalam komplek imigresen Dili..

Timor Leste adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara, dan bersempadan dengan Kepulauan Timor (Indonesia) di barat. Timor Leste merangkumi pulau Atauro, Jaco, Oecussi-Ambeno dan sebahagian Pulau Timor. Timor Leste diserap ke dalam Republik Indonesia pada tahun 1975 dan memecahkan diri pada tahun 1999.

Timor Leste berjaya mendapatkan kemerdekaan pada Mei 2002. Apabila negara ini menyertai Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada 2002, negara ini mahu dikenali sebagai Timor Leste perkataan dalam bahasa Portugis. Sejarah ringkasnya kira-kira..

  • Abad ke-16: Kedatangan kaum Portugis
  • 1902: Pembahagian Timor antara kaum Portugis dan Belanda secara definitif
  • 1975: Timor Portugis ditelantarkan Portugal yang dilanda Revolusi Pokok Bunga Teluki
  • 1976: Bergabung dengan Indonesia, menjadi Wilayah Timor Timur
  • 1976 - 1980: Perang saudara; konon sekitar 100,000 - 250,000 orang terkorban.
  • 1991: Insiden Santa Cruz
  • 1999: Referendum pemisahan diri Timor Timur dibenarkan presiden B. J. Habibie
  • 1999: Rusuhan besar-besaran antara pro-dan anti-kemerdekaan dan pelarian warga Timor Timur
  • 2002: Terbentuknya negara Timor Leste
  • 2006: pertiga bekas tentera kebangsaan Timor Leste memberontak menuntut keadilan; pecah konflik antara pihak polis yang menyokong kerajaan dengan pihak tentera.

Lihat juga Wikipedia Sejarah Timor Leste

Politiknya, kerajaan Republik. Presiden Jose Ramos Horta dan Perdana Menteri ialah Xanana Gusmo. Ketua Negara Republik Timor Leste adalah seorang presiden, yang dipilih secara langsung dengan dengan masa bakti selama 5 tahun. Walaupun fungsinya hanya seremonial saja, ia juga mempunyai hak veto undang-undang.

Perdana Menteri dipilih daripada pemilihan parti dan diangkat-tunjuk dari parti majoriti sebuah sokongan majoriti. Sebagai ketua kerajaan, Perdana Menteri mengetuai Majlis Menteri-menteri atau Kabinet dalam Kabinet Kerajaan.

Parlimen Timor Leste hanya terdiri dari satu bilik saja dan disebut Parlamento Nacional. Anggotanya dipilih untuk masa jabatan selama lima tahun. Jumlah kerusi di parlimen antara 52 dan 65 tetapi saat ini berjumlah 65. Undang-Undang Dasar Timor Leste berdasarkan perlembagaan Portugal.

Angkatan Bersenjata Timor Leste adalah FALINTIL-FDTL (F-FDTL), sedangkan angkatan polisnya adalah PNTL (Policia Nacional Timor-Leste). Dili adalah ibu negara dan bandar raya terbesar. Bahasa Rasmi, Bahasa Tetum dan bahasa Portugis.

Islam adalah agama minoriti di Timor Timur. Jabatan Kebangsaan AS dan Buku fakta Sedunia CIA menganggarkan bahawa umat Muslim terdiri dari 1% dari jumlah penduduk negara ini,[1] walaupun sesetengah pertubuhan, seperti Adherents.com, memberikan bilangan lebih besar.[2] Perdana menteri pertana East Timor, Mari Alkatiri adalah seorang Muslim Sunah Waljamaah.

Pada 2006, sewaktu bulan Ramadan, 500 umat Islam Dili, ibu negara Timor Timur, telah diserang oleh penduduk Katolik yang sangat besar, dan dipaksa untuk mendapatkan perlindungan di Masjid Annur. José Ramos-Horta, walaupun Perdana Menteri Timor Timur, menentang serangan-serangan tersebut.[3]

foto
A Muslim woman stands in front of An-Nur Mosque, Timor-Leste's largest, in Dili. In a few days Timorese Muslims, a national minority, will celebrate the important Islamic holiday.

Bendera Timor Leste


Lambang Timor Leste
Repúblika Demokrátika Timor Lorosa'e atau
República Democrática de Timor-Leste
Cogan kata: Unidade, Acção e Progresso
(Portugis: "Perpaduan, Tindakan dan Kemajuan")
Lagu: Pátria

Perhatian..
MAAF. Sebenarnya saya sedang meneruskan catatan perjalanan 8 siri di bawah ini..
Siri berikutnya mengenai kisah-kisah dakwah Islam di tanah Batak di Brastagi di tempat saya lawati, dan memasuki era PEMILU (pilihan raya umum) di Aceh dalam kunjungan saya di Lhoksumawe. Tetapi perjalanan saya agak pantas tak sempat nak tulis.

Kini saya telah ke Jakarta, Surabaya, Bali dan di negara Timor Leste. Sekarang saya dalam perjalanan darat dari Dili, ibu negara Timor Laste ke Kupang dalam Indonesia. Jadi mungkin terbatallah rancangan saya untuk Ke Pulau Cristmas di Australia ikut jalan laut, seperti yang dijanjikan, kerana kesuntukan masa.

Mungkin tak sempat jumpa kawan-kawan lama saya di Perkampungan Melayu Cristmas Island di negara di Kanggaro itu. Inya Allah bertemu di lain kesempatan catatan perjalanan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

21 Jan 12
Timor Leste.

1 comment:

U-HAH said...

Salam, wah menarik ya perjalanan tuan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails