Sunday, December 11, 2011

Tolong! Tolong! Bagaimana Menolong Dia..

CATATAN PERJALANAN siri 4

SEWAKTU saya melalui depan sebuah hotel, untuk ke hotel yang saya tumpangi, tiba-tiba saya lihat seorang lelaki kulit putih sedang menggalas sebuah bungkusan, berjalan laju keluar dari hotel itu cepat-cepat dan tergesa-gesa.

"Dia adalah tokey hotel itu.. warga Belgium, berkahwin dengan wanita tempatan." Kata kawanku orang tempatan dari kumpulan Jamaah Tabligh di Masjid Raya Medan kepadaku.

"Dia memeluk Islam memakai nama Bukhari, dan pernah hadir dalam majlis ta'alim kami (dakwah tabligh). Lepas itu, dia mengembara ke beberapa negara Arab mempelajari Al-Quran dan akhirnya kembali ke Indonesia. Rupanya dia terpikat dengan seorang gadis berjilbab di Medan ini. Akhirnya berkahwin. Kini mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki 1 perempuan.

"Dengan bantuan keluarganya di Belgium, Bukhari mendirikan sebuah hotel bajet, 4 tingkat. Baru siap beberapa bulan lepas. Dia bersama isterinya dan beberapa keluarga isterinya turut berkerja di hotel tersebut. Kerana isteri dan keluarga isterinya adalah orang susah...

"Katanya kepada aku, 'Saya ingin jadikan keluarga saya sebagai keluarga Islam sepenuhnya, dan bisnes saya berjalan di atas landasan Islam sepenuhnya." Jelas kawanku, krakun itu.

"Al-hamdulillah!" Sambutku.

Tiba-tiba seorang perempuan memakai t shirt, seluar dan tidak bertudung
bergegas keluar dari hotel, mencapai motosikal terus memandu laju berlalu.

Namun, kawanku karkun itu terus bercerita,

"Tapi.... Kau lihat itu? Yang keluar hotel dan menonggang motosikal. Itulah isterinya sekarang. Mungkin dia keluar mencari suaminya yang sudah stress, tidak tenang tinggal di rumah (rumahnya di hotel itu). Suaminya pernah bercerita kepadaku.. 'Aku sudah gagal menjadi kepala keluarga. Isteriku sekarang sudah berubah. Membantah segala kata-kataku. Tidak pakai jilbab lagi. Tidak mahu melaksanakan peraturan perniagaan yang aku tetapkan. Membenarkan penzina-penzina memasuki dan berzina di hotelku. Astaghfirullah!'

"Dia sangat stress sekarang. Pengurusan kewangan dipegang isterinya, dia tiada wang sekarang, bahkan nama hotel itupun diletakkan nama isterinya, kerana dia orang luar negara.' Kata kawanku lagi.

Sebuah beca pula berhenti di depan hotel menghantar dua perempuan muda, yang mungkin pelanggan kepada penginap di hotel itu.

Sedang kami memerhatinya, tiba-tiba, "Ben (nama gelaran krakun kawanku itu)! Kau tahu tak cerita malan tadi?"

"Cerita apa?" tanya Ben.

"Sedang aku jaga di sini malam tadi (dia adalah pengawal keselamatan hotel disebelah hotel Bukhari), kira-kira jam 4 pagi, aku terdengar suara jeritan kuat dari hotel orang barat itu.. Tolong! Tolong! Beberapa kali. Jiran-jiran hotel dan toko keliling terkejut datang kerumun ramai-ramai. Akhirnya diketahui, rupanya jeritan itu adalah suara orang barat itu menjerit minta tolong bila ia dicekik isterinya, yang semakin ganas." Cerita kawan Ben penjaga hotel itu.

Sedang kami bercakap-cakap itu, tiba-tiba Bukhari tokey hotel itu pulang, memasuki hotelnya. Lalu di depan dua wanita muda sedang duduk di bangku, Kakinya mengait meja di depan wanita itu.. Terpelanting. Menyebabkan wanita-wanita itu terkejut dan lari keluar.

Menurut Ben, pernah isteri Bukhari memarahi suaminya, kerana membantu seorang pendakwah Islam yang kecurian wangnya, tidur di hotelnya dengan percuma beberapa malam. "Segala-galanya itu ada kaitan dengan iman. Gagal dengan cobaan dunia materialisme. Kebendaan menutup pintu hati seseorrang. Isteri boleh jadi derhaka kepada suami. Dari berhijab boleh tanggal hijabnya. Dari lemah lembut boleh jadi ganas."

Teringat aku kepada kata-kata Imam Ghazali, 'Dunia (materialisme yang tidak ada kaitan dengan akhirat) itu adalah bangkai sesiapa yang mengejarnya adalah anjing.' Ramai anjing-anjing pengejar bangkai materialis itu di mana-mana di dunia. Mereka adalah perasuah, pembazir harta kerana dalam harta mereka ada hak rakyat miskin. Kapitalis-kapitalis penindas, korperat-korperat keparat dan lain-lain.

Dalam negara yang suasana ekonomi tertekan ini, tidak sepatutunya wujud isteri-isteri pemimpinnya membazir wang, hanya untuk hiasan diri menggunakan wang berjuta-juta RM. Bermewah-mewah. Bahkan boleh menjatuhkan martabat kepimpinan suaminya.

Di Malaysia, lihat contoh kehidupan Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan, 20 tahun jadi Menteri Besar, hidupnya sederhana masih berumah lama berdinding papan. Tok Guru Hj Adul Hadi pemimpin PAS pun hidup sederhana.

Berbalik kepada kisah Bukhari tadi, Ben bertanya, "Bagaimana boleh kita membantu dan menolongnya, supaya hartanya tidak hilang bertukar tangan?

Aku tidak terkata apa-apa.

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

10 Dis 11,
Medan

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan     Segera!

2 comments:

Anonymous said...

Hidup sederhana hingga membiarkan rakyat jadi macam pendatang haram terpaksa mencari rezeki di negeri orang apa cerita? Di Terengganu, semasa pentadbiran PAS pada 1999 hingga 2004, banyak kezaliman terhadap penduduk berlaku, geng-geng majlis syura sesuka hati merobohkan bangunan orang, kononnya dibuat tanpa kebenaran, sedangkan sebelum ini kata PAS bumi ini hak Allah dan sesiapa pun boleh gunakannya tanpa sekatan, tapi bila sudah berkuasa habis kebun dan tananam penduduk kampung yang menyokong Barisan Nasional dirosakkan dan dimusnahkan dengan alasan menceroboh sedangkan pengikut PAS yang memceroboh tanah kerajaan tidak diambil apa-apa tindakan, inilah ajaran sederhana agama PAS yang pilih kasih terhadap pengikut sendiri dan menindas penyokong Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Encik Mohamad.

Anonymous said...

Sebab itulah masa PRU 12 PAS tak dapat menguasai Terengganu kerana rakyat sudah sedar perangai busuk hati PAS ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails