Friday, August 14, 2009

'Tidak Pelik' Bukan 'Tidak Salah' Tok Guru Akui. Salahnya...


MENURUT lapuran terbaru, Tok Guru Nik Aziz mengakui beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ ketika mengulas isu pemimpin DAP yang didakwa menghina Islam. Tok guru menyatakan, perkataan sepatutnya dinyatakan ialah ‘ tidak pelik’ kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud ‘tidak pelik’. Perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Konkrit Kampong Kelaweh ke Kuala Sat. Tok Guru Nik Aziz berkata , perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macamana mereka nak ‘reti’ mengenai Islam hanya berdakwah kepada orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam, menurut beberapa sumber berita. Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

“Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam. (DAri beberapa sumber, Jiwa Kelate dll/AK)

1 comment:

tOy said...

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud ‘tidak pelik’. Perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” lain kali klu nk cakap, biar semua org paham... jgn hanya cakap utk pemahamam sekelompok saja...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails