Wednesday, August 12, 2009

DAP Tolak Islam, Orang Islam Tolak Lebih Hina -Nik Aziz.


BERNAMA: Rabu Ogos 12, 2009 Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Yang tolak hudud nak dilaksanakan di Kelantan bukan DAP tetapi kerajaan Pusat BN. Yang rampas royalti minyak dari Kelantan & Terangganu bukan DAP. Arak di Selangor agak-agak siapa??? (2MA)

17 comments:

mr edz said...

sedikit kemusykilan pak hasyim.. jika orang putih yang hina islam bagaimana pula.. diorang pun tak tahu pasal Islam jugak kan? contoh macam ahli parlimen belanda.

Shahabudeen Jalil said...

soalan yang bernas..

terima kasih Mr. Edz..

Anonymous said...

Dulu PAS kata nak tarbiyah DAP , tapi yang aku perasan ialah DAP tarbiyah PAS adalah .

Takkan dah bagi gelaran Khalifah kat sorang DAP pun tak faham jugak. Tapi nak buat camana ? kawan punya pasal DAP hina Islam pun Nik Ajis akan kasi spin dan salahkan orang lain . Kawan dia tak salah. Nak buat camana kuasa dan undi punya pasal.

Yang menarik tu ada ke forum atau wacana PAS nak kasi tarbiyahkan DAP ni LOL

-SAM

al-brangi Online said...

Terima kasih banyak2 tuan kerana sudi listkan blog saya.

Orang yang belum beriman, menghina Islam mungkin kerana kejahilannya.

Orang yang belum beriman, tapi memahami Islam, masih menghima Islam mungkin kerana irihati dengan kebaikan Islam.

Tetapi orang yang sudah beriman, masih menghina Islam, amat malang sekali.

Iryan said...

Ahli parlimen belanda hina Islam satu dunia marah.. Kalau ikut pendapat Nik Aziz, wajar ke kemarahan ni? Ke memang tak elok orang Islam meluahkan kemarahan? Jadi, maruah nak letak kat mana? Boleh seseorang bagi pendapat bernas bukan berdasarkan fahaman politik masing2, kerana saya ni neutral.. -cuma nak tahu-

Iryan said...

Seorang perempuan mesir tahun ini mati dibunuh oleh rakyat german di german.. Kerana beliau mempertahankan islam daripada dihina lelaki tersebut.. Seluruh rakyat mesir menyambut mayatnya pulang dan menjulangnya sebagai wira.. Kalau ikut pendapat nik aziz, bodohkah tindakan perempuan ini?

Ibnu Hasyim said...

Sengaja saya jawab lambat isu ini, kerana:

1..Nak dengar pandangan tuan-tuan dulu.

2..Nak tunggu berita asli dari Tok Guru atau PAS, kerana dalam memperjelas sesuatu tak boleh dengar dari musuhnya sahaja, apa lagi Bernama yang ada rekod menyelewengkan berita PAS.

3..Baru saya jawab fasal hina Islam...

Memang musuh hina Islam wajib dipertahan atau dihukum kalau ada kuasa, tak kira dalam atau luar negara. Hatta bantah melalui demontrasi pun. Tapi BN tak bantah sngguh-sungguh, banyak buktinya.

Soalnya sekarang benarkah DAP itu hina Islam? Tidak boleh dihukum hanya dengan bukti melalui berita dari musuhnya. PAS tidak ada kuasa menghukum, yang ada kuasa ialah kerajaan BN.

Bukti yang ada di hadapan kita, DAP berbaik-baik dengan PAS & PKR. DAP tidak pernah apa-apakan orang PAS. Tapi BN penjarakan & bunuh ramai orang PAS termasuk ulama. Tolak hudud, rampas royalti minyak & tak bertegas dengan rasuah sehingga hak rakyat, orang Islam-Melayu tergadai.

Memang bunyinya DAP macam hina Islam. Itu masih di peringkat forum, bincang, kadang-kadang keras kerana mereka masih belum faham. Itu yang PAS sedang lakukan menerangkan kepada mereka.DAP baru cakap tak mahu hudud, tapi BN dah tolak permintaan PAS nak buat hudud.

Tapi kadang-kadang UMNO lebih teruk hina Islam. Contohnya tuduh Hj Hadi sebagai nabi,pernah disaman & bayar gantirugi pun. Tuduh PAS lebih bahaya dari komunis, roboh masjid. Banyak bukti perbuatan UMNO yang mengaku Islam tetapi menentang Islam.

Patutlah dalam Islam kesalahan murtad (keluar Islam)hukumnya lebih teruk dari yang bukan Islam.

Cukup setakat ini dulu.. Kita sambung lagi coming soon. Terima kasih kerana diajak berbincang supaya terbuka fikiran. Allahu aklam.

Abdillah AR said...

Setuju dengan Pak Ibnu.

Anonymous said...

saya tak hiran dg kyataan tok guru tu, serba boleh. Boleh mencarut, sebab allah pun mencarut, gedebe, allah pun gedebe, boleh hina Islam, DAP kawan baik TAK FAHAM AGAMA ISLAM. entah apa lagi fatwa yang ia akan keluarkan. semasa saya di manik uria baru ni, tok guru dan penceramah PAS tidak sebut pun NAK TUBH NEGARA ISLAM, HUDUD DLL. saya di sana seminggu dok tunggu nak dengar ceramah macam dulu2. mana perimsip PAS ni? dah hilang sebab ada DAP yang jelasa tak nak kepada ISLAM.

anti munafik said...

tak betul nik aziz cakap tu,tak paham islam bukannya bermakna boleh hina islam,tak faham maka menghina dibolehkan adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan...macam kita orang islam tak memahami budaya dan agama orang lain,kita tak dibenarkan menghina budaya dan agama mereka,kalau guna pendapat nik aziz yang sesat itu maka akan ada tiap-tiap saat orang akan menghina agama islam yang suci ini,umat islam memberontak dan berdemonstrasi bila nabi muhammad dihina,tetapi jika berlaku di malaysia dan dilakukan oleh teman rapat tok guru maka saya berani potong jari jika nik aziz tak akan kata "mereka tak faham islam,itu sebab mereka hina nabi".ingatlah lubang kubur sama..ingatlah ayah pin pun dipanggil tok guru oleh pengikut mereka.hasan anak rimau penyebar ajaran sesat dipanggil tok wali hasan di kelantan.jangan dipanggil tuan guru tu kita anggap pendapat betul belaka..apakah tidak menolak islam bila bercakap memaki hamun orang,peliwat disokong,yang bersumpah diliwat dicerca...

Abdillah AR said...

Jangan dilayan puak munafik telinga kuali tu, walau sebut 'anti munafik'. Pegi dah.

Anonymous said...

Eh..kalo dah marah sangat DAP tu hina Islam pi la buat bantahan,saman ker,demo ker,ini dok marah kat Nik Aziz pulakkk....pelik aku...

Sekadar Memberitahu Yang Betul said...

Abdillah AR, saya nak tanya skit, komen awak berdasarkan referen mana? awak tak beri fakta pun dalam perbincangan ni. Sekadar cakap saya setuju, tak setuju mcm tu je. Saya nak bagi contoh di zaman rasulullah S.A.W di mana baginda mempertahankan islam daripada dihina oleh orang yahudi. Satu hari ada seorang perempuan muslim berjalan di kawasan yahudi. Dan orang2 yahudi ini menghina perempuan tersebut kerana memakai tudung, kemudian ditarik tudung wanita tersebut secara paksa. Kebetulan ada seorang lelaki Islam di situ dan serta-merta lelaki islam itu menegur perbuatan orang2 yahudi tersebut. Apalagi dibunuhnya pula lelaki Islam ini. Berita ini sampai ke telinga Rasulullah S.A.W dan terus baginda mempersiapkan angkatan untuk menyerang kota yahudi. Orang yahudi akhirnya kalah dan Rasulullah S.A.W menerima kekalahan yahudi tanpa sebarang syarat. Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa mempertahankan maruah Islam adalah besar artinya. Janganlah biarkan agama suci ini dihina berleluasa. Kalau benar orang umno hina Islam, maka memang salah la diorang. Jangan kerana umno buat silap maka apa yang ulama Pas buat silap pun otomatik jadi betul. Saya nak tegaskan saya tak sokong mana2 pihak dalam ni. Mana yang salah, adalah ternyata salah. Terima kasih.

Sekadar Memberitahu Yang Betul said...

Pak Hasyim, merujuk kepada artikel pak berjudul Biadap, Lihat Rumah Arak Ini! Terang-terangan orang kafir menghina Islam. Kenapa pak siarkan artikel ini? Kalau ikut pendapat Nik Aziz bukan ke dia akan kata "tak apa la, diorang tak tau Islam pun". Boleh terima ke pendapat ni? Boleh tak pak mengaku Nik Aziz buat kenyataan yang silap? Boleh ke orang Pas mengaku yang pemimpin diorang manusia biasa, tak terlepas dari kesilapan? Kalau umno dok buat silap tu memang sah la diorang buat silap. Jangan kerana umno buat silap semua kesilapan Pas jadi betul.

umat nabi muhammad said...

banyak benda yang dibuat oleh nik aziz baik dan betul tapi dalam hal ni memang jelas tak betul...tak payah pikir panjang-panjang.janganlah disebabkan kita menyokong parti atau puak,kita membenarkan segala benda yang tak betul..contohilah nabi muhammad dalam bertindak..

umat nabi muhammad said...

banyak benda yang dibuat oleh nik aziz baik dan betul tapi dalam hal ni memang jelas tak betul...tak payah pikir panjang-panjang.janganlah disebabkan kita menyokong parti atau puak,kita membenarkan segala benda yang tak betul..contohilah nabi muhammad dalam bertindak..

Anonymous said...

"Komen Blog Ibnu Hasyim: Yang tolak hudud nak dilaksanakan di Kelantan bukan DAP tetapi kerajaan Pusat BN. Yang rampas royalti minyak dari Kelantan & Terangganu bukan DAP. Arak di Selangor agak-agak siapa??? (2MA)"

pak hasyim, nk tanya DAP memang sokong hudud? sila lihat artikel ni, http://blog.limkitsiang.com/2008/12/22/hukum-hudud-not-pakatan-rakyat-policy/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails