Tuesday, April 28, 2009

Nik Aziz/Abdul Hadi Hanya Beda Pendapat, tiada sengketa..

















By Megat Ali Megat Alang

RANTAU PANJANG: Selasa April 28, 2009. Berita BERNAMA melaporkan, tidak wujud persengketaan atau konflik kepimpinan antara dua pemimpin tertinggi PAS, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini. Beliau berkata, khabar angin kononnya berlaku perpecahan antara Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan khabar angin yang digembar-gemburkan tertentu terutamanya media.

Hakikat sebenarnya, katanya, konflik yang digembar-gemburkan itu hanyalah perbezaan pendapat antara keduadua pemimpin dan ini adalah lumrah di dalam kepimpinan yang mengamalkan demokrasi. "Oleh itu, ahli parti harus bertenang dan tidak mudah mempercayai sesuatu kenyataan yang berbentuk kontroversi," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi. Abdul Fatah berkata, sebarang kata putus mengenai isu itu hanya akan ditentukan oleh Mursyidul Am itu yang akan pulang daripada menunaikan umrah di Mekah pada 2 Mei ini.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, menganggap biasa sahaja hal itu, kerana, “Perbedaan pendapat memang ada di mana-mana, cuma jangan keterlaluan dan berlebih-lebihan sahaja, bagaikan gelombang kopi dalam cawan yang tidak tumpah! Apalagi kalau pendapat dan idea berlainan itu macam pokok rendang banyak dahan, yang ramai orang boleh tumpang teduh. ” jelas beliau. (2MA)

1 comment:

Mohd Shubhi said...

Baguslah ada perbalahan dalam parti PAS, menunjukkan parti sedang dalam proses membina kekuatan. Jika senyap saja macam sungai mengalir tak bermaya, tandanya sungai tu nak jadi parit dan lama-lama tinggal rumput dan hilang terus sungai tu.

Hanya sungai yang mengalir deras yang akan memastikan kewujudannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails