Monday, April 27, 2009

P’raya Kecil Penanti 31 Mei, PAS Beri Laluan pada PKR.


By Asyok Kumar


PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini dengan tempoh berkempen selama lapan hari. Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.


Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulai Pinang. Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008. Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara. Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran. Jumlah petugas: 242 orang.


Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu. Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Sementara itu parti-parti politik tidak lagi dibenarkan mengadakan barung atau pondok panas selain dilarang memancing undi ketika hari pengundian. Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Penanti bulan depan. Keputusan itu diputuskan susulan pertemuan dengan parti-parti politik di sini Khamis lalu. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan langkah itu sebentar tadi.


PAS dilaporkan akan memberi laluan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu."Kita (PAS) tidak bercadang untuk bertanding di Penanti walaupun itu kubu kuat PAS. Kita hormati hak mereka (PKR).” Kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Mustafa Ali. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau kasi peluang, abey mat yang sesuai.Setiakawan dalam PR,ini bacaan bukan org politik,kalau bacaan org politik mesti kerusi pkr.

Mat tel said...

Anak PPinang

Sokong!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails