Saturday, January 24, 2009

Sejarah Politik B.Pulau 5- Kisah Long Tambang Pulau Betong.




Ibnu Hasyim Catatan Santai

SESEORANG anak Pulau Betong lahir 39 tahun lalu bernama Zaidi Ali, telah memberi komen pada artikel saya, ‘Thursday, January 22, 2009 Obama Lawan Osama, Kita Di Mana?’ yang lalu. Rupanya beliau ada blog sendiri. ‘Long Tambang Pulau Betong’. Tak pernah saya lihat tulisan mengenai ‘Sejarah Long Tambang dan Pulau Betong’ seperti ini sebelumnya… Amat menarik, antara tulisannya, saya salinkan…

Asal Usul nama Betong menurut bahasa Melayu lama bermaksud buluh-buluh yang dicantumkan untuk dijadikan rakit. Jadi, buluh tersebut telah ditinggalkan di pulau itu dan serumpun buluh telah tumbuh kemudiannya. Sejak itulah dua buah pulau besar dan kecil yang dipisahkan oleh selat, dinamakan Pulau Betong. Menurut salahsilah orang-orang dahulu, penduduk asal Kampung Pulau Betong ialah Long Tambang. Berasal dari Pinang Tunggal, Seberang Perai. Mata pencariannya yang utama ialah menambang dengan mengayuh sampannya dari Telok Ayer Tawar ke Tanjung.

Beliau bersama isteri tercinta, Tok Yah serta anak-anak mereka telah menyelamatkan diri dengan bersampan dari Telok Ayer Tawar dan mendarat ke Kampung Pulau Betong sewaktu berlakunya serangan Thai ke atas Kedah (Tahun 1821-1876). Sewaktu itu Pinang Tunggal boleh dimudiki dari Kota Kuala Muda. Hanya empat orang anak -anaknya yang diketahui iaitu Tok Timah , Tok Leha, Siti Hajar dan Tok Bu. Kampung asal yang diterokainya itu dinamakan Kampong Long Tambang.

Kira-kira 150 tahun dahulu, Sungai Pulau Betong merupakan pusat perdagangan laut yang terpenting melalui anak sungai untuk memunggah dan mengambil barang-barang seperti pasu, periok belanga dan hasil-hasil dari kawasan ini seperti cengkeh, buah pala, kelapa kering untuk diperdagangkan. Ketika itu, terdapat dua buah pengkalan iaitu Pengkalan Oh (terletak di Kuala Pulau Betong) dan Pengkalan Toji (terletak di Kawasan Sekolah Kebangsaan Pulau Betong kini). Kesan -kesan jalan yang digunakan oleh pengangkutan darat masih lagi terdapat sekarang.

Pada masa sekarang, Pengkalan Toji telah masih boleh digunakan oleh sampan kecil manakala Pengkalan Oh telah dibangunkan sebagai pusat pendaratan ikan dan dikenali sebagai Kuala Pulau Betong. Tsunami 2004 mengorbankan 27 mangsa di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong. Syukur ke hadrat Ilahi, tiada seorang pun keturunan Long Tambang yang terkorban. Setelah 4 tahun kejadian Tsunami berlalu, Pantai Pasir Panjang kembali nampak ceria dan indah. Kerap juga saya memancing di waktu malam di Pantai Pasir Panjang. Seram sejuk juga bila diamati bunyi hempasan ombak yang begitu kuat di pantai. Memang garang hempasan ombak di situ! Setiap kali hendak pergi memancing malam Ibu tidak pernah lupa berpesan, "Beringat-ingat kalau pi kat pantai tu malam-malam! Bagi salam kat Tok Peran!"’

Demikian tulisannya. Saya mohon maaf, kerana baru sekarang nak minta izin salin semula, saya rasa beliau beri… Saya cuma kenal beliau melalui web saja. Boleh jadi sebelum ini kita dah kenal lama. Tah tah ada kaitan keluarga.. adik beradik ka? Kerana tok perempuan saya bernama Tok Benah, ibu kepada ayah saya, tinggal di Long Tambang situ, semasa hidupnya. Ramai lagi adik beradik saya, pak penakan saya (Adik ayah saya Pak Ngah Kasim & Cu Milah) dan keluarga masih tinggal di sana. Kalau tak salah, harta warisan ayah saya pun masih ada di sana. Teringat saya semasa kecil-kecil dulu, saya dan tok perempuan (Tok Benah) saya itu sering berpegangan tangan, jalan kaki berulang-alik dari dari rumahnya cerok Long Tambang itu ke rumah saya di Kampung Perlis, kira-kira 2 kilometer jaraknya.

Oh.. Berbalik kepada kisah Long Tambang. Berhampiran dengan rumah Tok Benah itu, ada sebuah rumah keluarga Pak Japaq (nama asalnya Jaafar). Dulu orang panggil beliau Pak Japaq Lawak. Sejak kecil saya kenal beliau sebagai pelawak di pertunjukan pentas majlis kenduri di kampung-kampung, termasuk kampung saya. Semasa remaja saya aktif dalam pertubuhan belia kampung, beliau pernah kami lantik sebagai penasihat kepada kesenian boria Pulau Betong. Saya pernah menjadi ahli Persatuan Belia Pulau Betong sebelum menubuh sendiri Persatuan Belia PERINTIS Kampung Perlis. Kalau ada persembahan dan pertandingan boria, maka beliaulah yang ke depan pada masa itu.

Dari Pak Japaq inilah saya dapat cerita sejarah Long Tambang, lebih kurang seperti yang diceritakan oleh Zaidi Ali dalam blognya. Boleh kata, Pak Japaq adalah antara periwayat kuat melalui lisan cerita Long Tambang. Apa kena mengena dengan politik dan PAS Balik Pulau? Pernah suatu ketika pada akhir 1980an sebelum PRU 1990 (kalau tak salah ingatan, buku mengenainya ada diterbitkan) PAS Kawasan Balik Pulau (saya YDPnya) menganjurkan satu program bersama rakyat dengan kerjasama Parti Rakyat Malaysia di tengah pekan Pekan Pulau Betong. Antara acaranya, perasmian oleh saya sendiri dan pimpinan-pimpinan negeri, perlepasan sukan ‘mencari harta karun’, pertandingan dam seluruh negeri Pulau Pinang, pertandingan barang antik, barangan pertanian dan mengayam sarung cempedak.

Saya masih ingat, sarung cempedak yang menang itu dilelong. Dan pembeli yang menang dengan harga tertinggi adalah seorang Cina bukan Islam, sebagai sumbangannya kepada parti. Juga diselitkan penceritaan sejarah Pulau Betong oleh ahli sejarah tempatan Pak Japaq. Sebelumnya, saya dan Saudara Riduan Oon dari KL telah ke rumahnya, berbincang mengenai sejarah tersebut. Di situlah baru saya tahu sejarah Pulau Betong di Balik Pulau. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada beliau, dan beliau dikatakan seorang ahli UMNO Pulau Betong, tetapi tidak kedekut sumbangan ilmunya kepada orang ramai, walaupun melalui pentas PAS.

UMNO waktu itu cuba bersaing mencari pengaruh menandingi parti pembangkang. Melalui Sekolah Kebangsaan Pulau Betong yang berhampiran, telah diarahkan pelajar-pelajarnya hadir program ‘Qiamul-lail’ dari malamnya hingga siang sehari suntuk. Tujuannya supaya pelajar-pelajar itu tidak dapat hadir ke program rakyat anjuran parti pembangkang tersebut pada hari yang sama, walaupun sudah dirancang oleh PAS/PRM berbulan-bulan sebelumnya. Pihak bomba juga telah memberi kerjasama baik membuat pertunjukan ‘padam api’ dan membunyikan siren bombanya sepanjang perjalanan ke pejabatnya, antara yang amat mengembirakan orang kampung.

Ada lagi peristiwa lucu yang tak dapat dilupakan. Dalam acara sukan ‘Mencari Harta Karun’ dikelolakan oleh Saudara Elias dan Saudara Fauzi yang mencipta soalan untuk carian. Soalan dan pelan perjalanan diberi kepada sekumpulan peserta-peserta yang menunggang basikal. Contoh soalan, “Anda akan jumpa pengawal lalu lintas jalan raya yang sedang tidur!” Apa dia? Jika jumpa markah akan dikira. Jawapannya, mereka akan jumpa bamping di tengah jalan raya dalam kampung, sebagai tanda mesti jalan perlahan. Itulah pengawal lalu lintas yang sedang tidur, tentunya bukan manusia.

Dan banyak lagi soalan-soalan lain. Perjalanan peserta diteruskan hingga ke sekitar rumah Pak Japaq dan Tok Benah. Antara soalan lagi ialah, “Di kawasan ini, anda akan jumpa ‘katok’. Carilah rumah yang cucunya pernah bertanding sebagai calon PAS di kawasan DUN Teluk Bahang (waktu itu Pulau Betong masuk dalam DUN Teluk Kumbar) pada pilihan raya umum lepas (1985). Bila jumpa, sebut nama calon itu?”. Ramai peserta yang tidak tahu makna ‘katok’. Mereka pergi tanya maknanya kepada orang kampung. ‘Katok’ ertinya mata air jernih dari dinding tanah atas yang mengalir ke bawah berhimpun menjadi telaga kecil di tanah. Sehingga ada yang mencari-cari lalu terlanggar meter paip air kepunyaan penghuni rumah sekitar itu hingga pecah berderai dan memancut airnya mencurah-curah.

“Kami nak lari, takut kena marah dengan orang kampung di situ, apa lagi kerana kami ikut program parti pembangkang!” Seorang peserta akhirnya bercerita kisahnya kepada saya.

“Depa kata apa, depa marah ka?” Saya Tanya.

“Depa kata.. Dak! Dak! Kami tak marah. Kami cuma nak betuikan meter paip tu balik.. Rupanya depa baik. Kami pun tanya kat depa, sapa nama calon yang dalam soalan kertas pertandingan kami ni? Salah sorang dari depa sebut nama ustaz la!” Sambil jarinya menunjukkan saya.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Jan24, 2009 KL.


16 comments:

perunding said...

Tuan,
sudilah kiranya tuan menjenguk blog saya yg baru sebulan.
kedatangan tuan amat di hargai.

mengenai tabligh saya juga ada menulis dengan harapan kita dapat membawa mereka dalam perjuangan politik.wallahuallam

zaidi ali said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu Hasyim said...

Pada Zaidi Ali..

Alhamdulillah. Dah bertemu adik beradik, keturunan Long Tambang pulak.

Bila ada kelapangan kita kan bertemu, insya Allah!

zaidi ali said...

"Long" Hashim,
Dah lama saya mengikuti blog Ibnu Hasyim, memang jauh betul perjalanan dan padat berilmu! Alhamdulillah, banyak pengetahuan berguna yang saya kaut. InsyaAllah suatu hari kita ketemu. Apa kata kita buat program Jejak Kasih Long Tambang atau Panggilan Pulau? Mesti meriah punya, takut nanti tak cukup borang ahli! TS Prof. Awang Had pun kelahiran Pulau Betong..kemungkinan besar satu kabel juga, Wallahu aklam.

p/s: Berbangga Pulau Betong dapat lahirkan sarjana-sarjana seperti TS dan Long Hashim!

HeroHuruHara said...

Sudah sampai seruan agaknya untuk KITA menyusuri liku-liku kehidupan anak-anak warisan Long Tambang agar dijadikan panduan serta resepi motivasi (bentuk penulisan) untuk anak-anak muda yang semakin kompleks hidup mereka.

Sebagai tambahan saya mengagumi TS Prof. Awang Had , adiknya Cikgu Samad (tokoh dunia seni budaya)--> misainya lentik sama macam misai saya sekarang hahahaha

Juga Dr. Hasyim, Saudara Zaidi Ali, Saudara Subhinor (ini orang yang cukup saya hormati dikalangan rakan sebaya saya)juga orang Pulau Betong --> bekas Jurutera Yamaha Motor Corp.,Japan dan Sauber,Switzerland, yang kini aktif menerajui komuniti Muslim di Bandar Baru Bangi.

Juga tak lupa pada Allahyarham Pak Long Mail (orang yang bertanggunjawab mengajar saya sedikit ilmu perubatan herba dan tradisional serta penggalak saya dalam hobi mengenali batu permata)..juga Allahyarham Tok Long Jaapaq--> tokoh warisan

Al-Fatihah buat mereka

zaidi ali said...

Saya setuju dengan saudara Hero. Kalau Tok Nenek kita dulu berjuang menentang penjajah British, Jepun & Thai. Kita pun boleh berjuang menyelamatkan anak-anak bangsa yang semakin hari semakin huru hara oleh pengaruh-pengaruh negatif yang boleh melumpuhkan ummah. Gejala "Ice" dan pil khayal sekarang nie semakin menjadi2 di kota. Sedih bila tenung mata anak-anak bangsa mangsa "Ice" yang dah macam mata Ikan Terubuk Bangla..layu menanti rebah.

Cikgu Samad ni guru teater saya semasa kat U. Beliau berjuang melalui seni. Begitu juga Arwah Tok Long Japaq yang menyampaikan amanat nasihat dalam seni persembahannya. Bakti-bakti terakhir Tok Long Japaq dicurahkan sebagai AJK Masjid Pulau Betong. Arwah Pak Long Mail pula dengan ilmu-ilmunya.
Al-Fatihah & Al-Ikhlas...buat semua pejuang bangsa & agama.

Wassalam.

Ibnu Hasyim said...

Nampaknya dah ramai member-member kita ni..
Bolehle buat projek 'Jejak Kasih Long Tambang' atau 'Panggilan Pulau'. Kalau 'Panggilan Pulau' skopnya luas lagi, boleh dapat banyak member.

Nampaknya, saya pun dari keturunan Long juga.. keturunan Raja Champa!!

dari: Long Hasyim.

zaidi ali said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam ,

can't help it but those names mentioned tu rasa macam familiar sangat tapi Ibnu Hasyim tak kenal pulak , zaidi ali tu cucu cikgu nayan ka ? , pak long japaq memang dah saya kenai , tok benah pun saya ingat , kat sana tu ada katok , rumah pak ya rugged dekat situ , anak pak long japaq tu namanya kamal kalau tak silap , cikgu tu kat PFS kut , .. , are we in the same page ?? .. Long Tambang adalah satu facts kat sana , I know , I support your good moves , just let me know , maybe boleh infaq untuk kebaikan , INSYALLAH ...

Integrated Islamic School said...

OPPS, tadi tak bagi email address abnatyx di g mail dot com

can't display my identitiy as yet any way , keep it going , i am late by one year nampaknya sebab I tenggok communication setakat 2009 saja ..

wasalam

Anonymous said...

salam..boleh saya tau siapa saudara.. saya merupakan cucu kepada tok japaq.. beliau telah meninggal dunia pada tahun 2002.. kami masih tinggal di pulau betong iaitu di mana rumah yang telah saudara datang di pulau betong..cuma rumah telah di ubah suai.. terima kasih kerana bercerita mengenai sejarah long tambang.. ini akan menjadi pengajaran kepada generasi sekarang.kerana tidak ramai yang mengetahui mengenai sejarah long tambang..saya juga terharu kerana saudara telah menyelitkan cerita tentang arwah tokwan saya iaitu tik long japaq..terima kasih...

Amri d'Great said...

Salam tn,
sy berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tok bu tu... dalam salasilah sy mmg ada nama tok bu,,, tp sejarahnya sy tak tahu sgt... kalau tuan ada sebarang maklumat boleh email kpd sy...
irmamanggis@yahoo.com

atau boleh menjenguk ke blog sy
http://keluargaawangosman.blogspot.com/

tq

Amri d'Great said...

Salam tn,
sy berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tok bu tu... dalam salasilah sy mmg ada nama tok bu,,, tp sejarahnya sy tak tahu sgt... kalau tuan ada sebarang maklumat boleh email kpd sy...
irmamanggis@yahoo.com

atau boleh menjenguk ke blog sy
http://keluargaawangosman.blogspot.com/

tq

Anonymous said...

assalam...

arwah tok saya pernah tinggal di kampung perlis sebelum berhijrah ke pahang dalam tahun 1967.
Saya masih mencari susur galur keturunan tok saya.
saya ni generasi ke lima dari keturunan tok awang batu bara.

Kini yang tinggal hanya tanah milik arwah tok saya di kg perlis dan kg pulau betong.

Arwah tokwan saya pernah menetap di pulau betong dan bekerja sbg nelayan.fasih berdialek hokkein.menetap di kg perlis(sebelah rumah tok arip belacan).kemudian berhijrah ke tanah rancangan di pahang bersama arwah tok saya.

arwah tok haji rawi kg paya merupakan abg kepada arwah tokwan saya.

Ibnu Hasyim said...

Maaf, Banyak komen-komen yang tertinggal, saya tak baca. Kalau nak hubungi lanjut, ini nombor telefon saya 0142225865 -Ibnu Hasyim

.. wise man says... said...

dah jadi medan poliktik lah pulak, ... Long Tambang dah lama mati , meinggalkan pelbagai mitos , and on top of that , who gives the shit., melayu dah jual tanah, bergaduh adik beradik , jual tanah kat cina. .., yang duduk dalam UMNoo cawangan kaki mabuk, dajai sungguh., what are you people fighting for anyway .... nak jadi hero

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails