Friday, December 19, 2008

Usahawan Melayu Di Guangzhou.



Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Di China
"NAMPAKNYA mereka macam orang Melayu... Jom kita pergi berkenalan!" Kata kawan saya. sewaktu kami berada depan antara masjid yang tertua di negeri China. Masjid Huai Sheng, di bandar Guangzhou.

Saya sampai pagi tadi, di sini. Lepas makan, sewa bilik, saya pun pergi sembahyang Jumaat di masjid tersebut. Kira-kira satu dua jam lagi akan sholat Jumaat, sudah ramai orang ramai berhimpun di depan masjid. Berbagai bangsa dan dari berbagai negara... Arab, Pakistan, China, Tibet dan lain-lain. Berjualan macam-macam.

Daging halal, sayur, buah-buahan, alat letronik, pakej pelancungan, peralatan ibadat dan macam-macam. Lebih kurang macam depan pejabat PAS pagi Jumaat di Kota Bharu, atau di Masjid Rusila, Terengganu. Diserikan dengan kuliah pagi Jumaat.

"Itu kedai aku, sudah 9 tahun aku berhijrah dan berniaga di negara ini... " kata Rosman Ros Afendi, masih muda dan sudah berkahwin dengan wanita China, berasal dari Kelantan.


Dari kiri Sidry, Arif, Ibnu Hasyim dan Roseman

Dia antara yang saya temui dan berkenal-kenalan itu. "Kami datang peringkat awalnya dengan delegasi niaga bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS.. Sila datang ke pajabat aku untuk bincang fasal berniaga. Kalau ada kawan-kawan yang nak beli barangan keluaran negara ini, sila hubungi kami.."

Rupanya ramai anak-anak muda dari Malaysia, berada di bandar ini. Ada yang tinggal tetap, dan ada yang berulang-alik Malaysia-China. Seorang lagi ialah Arif Hanif, rakannya berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dah ada kedai di bandar Guangzhou ini.

Ada seorang lagi, Sidry-Sinar Inspirasi, baru beli kereta, hasil dari memiliki rumah sewa, sekitar masjid ini. Ramai yang sudah berjaya jadi usahawan, walaupun asalnya anak dagang di rantau orang.

Ringkas ceritanya, akhirnya mereka bersetuju, "Kami sokong saranan seperti yang kamu kempen di dalam internet.. Jom kahwin ramai-ramai di China!" Semua usahawan-usahawan muda tersebut sebulat suara bersetuju..
Ibnu Hasyim, depan masjid.

Sekian... akan bersambung besok, insya Allah.

Ibnu Hasyim, catatan perjalanan. 
 ibnuhasyim@gmail.com  
Dis19, 2008. Guangzhou, China.
Lihat juga..
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan 
Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

3 comments:

Mohd Shubhi said...

Seronok nampak. Nasib baik bawa baju sejuk...?

bumilangit said...

jelesnya!

trip saya untuk selusur sejarah di xi'an terbantut kerana kekangan masa untuk persediaan exam.

doa kan saya, ya!

rusly abdullah said...

Salam, saya ingin menghubungi Roseman Ros Afandi usahawan muda dr Kelate yg bermastautin di guangzhou. saya bercadang nak memborong teh & herba dari China.saya amat memerlukan bantuan informasi kerana tak ada pengalaman. T kasih

haji Rusly Abdullah lot 313, kg baru padang chenok, Salor, KB, K;tan 013 9554959

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails