Friday, November 28, 2008

Dr Mujahid: Sains & Matematik Inggeris.. YB Cakap Lucah?


Ibnu Hasyim
Catatan
Santai dari Parlimen

KITA pilih ucapan Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, di Dewan Rakyat Parlimen ke 12 Penggal Pertama, Mesyuarat Ke 3 Bil 68, Rabu 26 November 2008, semasa membahaskan usul-usul, disunting dari laman web Parlimen Malaysia…

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berdiri bagi menyatakan sokongan saya kepada usul yang telah dibawa. [Dewan riuh] Yang ini masalah wakil rakyat Barisan Nasional ini, dia tidak dengar lagi, dia sudah buat satu rumusan. Nanti, apabila saya hendak bagi alasan saya, saya ada alasan lagi ini. Bukan pasal isu ini sahaja, saya ada lagi besar alasan yang merentasi permasalahan yang disebutkan tadi. Dia bukan soal kepentingan politik pun. Saya insya-Allah akan bercakap dalam kerangka negara kita, kepentingan semua kaum dalam negara ini. So, dengar dahulu kemudian komentar, terima kasih.

Sebelum itu, saya hendak bagi sedikit introduction. RM10 ini memang tidak ada makna apa-apa pun tetapi sebagai mana yang disebut, dia ini serve as a lesson. Satu peringatan. Gaji berpuluh ribu tolak RM10 ada apa? Macam saya di sekolah dulu dalam kelas bahasa Inggeris kalau siapa cakap Melayu, potong 5 sen, lima duit. Apa ada lima duit? Tak ada apa, tapi dia bagi saya kesedaran. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri dan timbalannya pun ada sini. Ambil dalam spirit itulah. Jangan kira sangat dalam anggaran RM10 itu. Baik, alasan saya. Yang Berhormat Sri Gading, tolong dengar elok-elok.

Nombor satu, yang akan saya bagi alasan untuk menyokong usul ini ialah satu permasalahan yang telah menyebabkan huruhara di dalam pendidikan di dalam negara kita ini. Ini bukan soal Sekolah Rendah Jenis Kebangsaankah, sekolah agama rakyat walaupun itu ada masalah iaitu permasalahan yang disebut hari ini sebagai PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Saya rasa ini bukan politik ya. Ini bahasa yang kita bercakap tentang keperluan kita memartabatkan bahasa kebangsaan dan sebagainya. Sebab itu saya mintalah wakil rakyat-wakil rakyat UMNO khususnya jangan double standard lah bila Pulau Pinang buat multilingual road sign dia marah, kerana tidak memartabatkan bahasa kebangsaan.

Saya minta kementerian... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] minta laluan) Nanti sekejap Yang Berhormat Pasir Salak. Nanti kita jumpa enam hari bulan. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] berkata: Hari ini jumpa dulu. sebelum enam hari bulan). Kementerian ini dia buat PPSMI tidak ada pun wakil rakyat UMNO yang membantah. Jadi saya kira ... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagilah laluan) Saya belum masuk lagi, saya baru nak start engine, baru gear satu ini. Alasan cukup besar kerana sejak diperkenalkan pada tahun 2003, memperkenalkan PPSMI ini terlalu dalam keadaan tergesa-gesa.

Tanpa kajian yang mendalam, tanpa kajian yang menyeluruh mengakibatkan huru-hara dalam sistem pendidikan kita. Bahkan saya tidak mahu bercakap atas kepentingan politik, tapi saya bercakap dalam konteks roh perlembagaan itu sendiri yang menyatakan bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan di dalam pendidikan kita nak ajar Sains dan Matematik. Apa kurangnya bahasa Malaysia kalau diajar dalam Sains dan Matematik, sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini, saya nak petik kata-kata Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam... Yang Berhormat Timbalan Menteri ingatkah tidak Tuan Pengerusi. Ucapan Penangguhan Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ismail.

Saya rasa Timbalan Menteri bukan? Kuala Terengganu pada 21 Jun 2007, membahaskan Kementerian Pelajaran. Apa dia kata? Saya ambil nombor empat. Ini bukan politik ya, ini bukan politik. “Penggunaan bahasa Inggeris yang begitu berleluasa di sektor swasta seolah-olah mencabar status bahasa kebangsaan”. Kerajaan, dengar ini. “Perlu mengekalkan komitmen politik untuk terus mendukung penggunaan bahasa Melayu dalam domain pendidikan dan urusan rasmi kerajaan”. Ini Yang Berhormat Timbalan Menteri punya kenyataan, bukan saya punya kenyataan. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee] mencelah: Masa dia di back-bencher kot itu.)

Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian daripada UMNO baik daripada semua. Saya melihat pihak akademik telah membuat kajian yang mendalam tentang ini, bukan mereka duduk diam. Mereka buat kajian. Tahun 2003, apabila diperkenalkan. Satu kajian dibuat. Tahun 2004 kemudian disertai dan yang terkini tahun 2008 oleh UPSI. UPSI ini memang satu tempat pendidikan. Dia buat kajian yang kita dapati dalam New Straits Times pada 7 September, Studies Reveals Policies Flop, Kajian Menunjukkan Kegagalan PPSMI. Adakah ini soal politik? Ini bukan ahli PAS yang bercakap ataupun daripada mana-mana Pakatan Rakyat.

(Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak] menambah: Kajian itu berapa orang sangat dia interview.) Nantilah sekejap. Saya nak bagi tahu di sini Yang Berhormat Pasir Salak. Sampel dia melibatkan bilangan yang ramai. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bilangan berapa orang?) Ha ini masalah wakil rakyat yang tak mengaji, inilah masalah. Dia cakap ikut emosi. Kita cakap ikut fakta, kita cakap ikut statistik. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tidak menari macam bapak you. Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi jalan Yang Berhormat.)

Dia bercakap ikut emosi memang sedaplah cakap. Kita cakap ikut fakta. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee] : Teruskan Yang Berhormat, teruskan ya.) Baik. Saya nak bagi tahu juga semua ini seolah-olah Kementerian Pendidikan ini Orang Putih kata like talking to the walls, dengan izin. Kalau dalam bahasa Quran dengan izin, (Membacakan sepotong ayat suci Al-Quran). . Tak ada telinga, tak ada mata, tak ada hati, tak faham-faham. [Ketawa] Walaupun kajian demi kajian, seminar demi seminar, jumpa Raja, bagi tahu tak boleh. Ini gagal, tokoh-tokoh bahasa, Profesor Nik Safiah, Profesor Awang Sarian, Profesor Emeritus lagi, Datuk Ishak Haron.

Semua menyatakan kementerian perlu kembali kepada ajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan. Ini bukan ahli politik bercakap, saya hanya memanjangkan saja suara mereka. Apa salahnya dengan political will yang saya pinjam daripada perkataan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada tahun 2007 itu. Kita sama-sama di atas kerangka memartabatkan bahasa kebangsaan, kita minta supaya batalkan PPSMI, ajar balik dalam bahasa kebangsaan. Ini tanggungjawab semua orang termasuklah Yang Berhormat Pasir Salak. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.)

Lagi satu,.. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Oh, tak masuk lagi? Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Dia tak bagi Yang Berhormat, tak bagi. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.) Yang Berhormat Pasir Salak sabarlah. (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bila nak keluar lagi air dia?)

Enam hari bulan kita jumpa di Parit Buntar nanti. Jadi, Tuan Pengerusi tolong ambil nota bahawa kita tidak menentang bahasa Inggeris. Sama sekali tidak timbul isu ini. Semua ahli akademik memberi cadangan bahawa cara untuk anak murid, pelajar kompeten dalam bahasa Inggeris ini bagi mereka menyediakan diri dalam alam global yang serba mencabar ini bukan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi memperkukuhkan mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri supaya dia dapat memberi kesan kepada pelajar-pelajar.

Jadi saya kira apa yang saya bagi alasan sebagai menyokong usul daripada Yang Berhormat Serdang tadi, bukan kepentingan politik, bukan kepentingan peribadi, bukan kerana nak nama tapi dia merupakan kerangka nasional yang harus kita martabatkan dan Kementerian Pendidikan sebagai the forefront, dengan izin, orang yang duduk di depan membawa semua ini tiba-tiba dia tidak memartabatkan bahasa kebangsaan. Ini saya kata sekolah Tamil menjadi mangsa, sekolah-sekolah kebangsaan menjadi mangsa dan kalau boleh saya tunjuk dekat Yang Berhormat Pasir Salak, itu pun kalau dia nak bacalah.

(Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tak payah provoke Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tunjuklah.) Pasal apa saya kata, sekolah di luar bandar, Ishak has called the policy dengan izin, a failure particularly in terms of its impact on the Malay students in national school and he’s asking for a return to the teaching of Mathematic and Science in Bahasa Malaysia. Ini bukan Yang Berhormat Parit Buntar kata, ini Profesor Emeritus Datuk Ishak Haron.

Ini bukan kepentingan politik tapi kepentingan negara kita. Mengapa seluruh kampung, satu negara... (Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tengoklah profesor apa.) ...menentang PPSMI, menentang semua ini tiba-tiba Kementerian Pelajaran pekak, buta, tuli masih melaksanakan ini dan saya cabar wakil rakyat-wakil rakyat UMNO yang memperjuangkan agenda kebangsaan, agenda Melayu untuk sama-sama sokong ini dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.)

Jadi, saya kira perkara ini perlu diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri. Apa salahnya kalau ada political will. (Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan. Satu ayat saja Yang Berhormat Parit Buntar. Saya ingat cabaran kepada UMNO itu Yang Berhormat Batu Pahat harus dikeluarkan sebab secara rekod, Yang Berhormat Batu Pahat ambil bahagian dalam perbahasan Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lepas mewakili Perhubungan UMNO Johor, dia memang menentang penggunaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

(Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, termasuk Yang Berhormat Sri Gading.) Yang Berhormat Pasir Salak saya tak tahu. (Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang] menambah: Ha termasuk Yang Berhormat Sri Gading, tak termasuk Yang Berhormat Pasir Salak. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul, betul.) Oh, patutlah dia tak sokong saya. (Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat, habiskan ya.) Ya. Satu lagi saya nak minta bagi profesion perguruan. Saya mewakili profesion perguruan yang datang mengadu hal kepada kita untuk dibawa ke dalam Parlimen dan saya menyokong ini iaitu soal PTK, Peperiksaan Tahap Kecekapan ini.

Para guru menghadapi masalah. PTK ini adalah satu peperiksaan bagi kenaikan pangkat dan sebagainya. Now, mereka terpaksa duduk peperiksaan PTK tetapi guru-guru yang sudah lama bertugas ini mereka selalu gagal untuk lulus dalam PTK ini. Akhirnya orang yang muda baru masuk, mereka cepat naik. Sedangkan orang yang lama, guru-guru yang sudah lama ini kerana kegagalan mereka untuk lulus PTK, mereka masih berada ditakuk yang lama. Jadi saya kira ini juga sudah pun disuarakan oleh banyak pihak tetapi tidak mendapat perhatian. Saya mengirakan bahawa ini satu perkara yang membebankan guru-guru.

Guru-guru, mereka sudah ada penaziran, pemantauan, penilaian daripada ketua jabatan, daripada nazir, mengapa mereka harus dinilai naik pangkat kena ikut PTK dan ini membebankan para guru. Jadi saya bercakap bagi pihak guru, jangan lupa kita duduk bercerita bab negara, orang-orang yang korporat, tetapi jangan lupa tanpa guru, kita tidak akan ada di sini. Oleh itu kita harus memperjuangkan hak-hak mereka supaya tidak menimbulkan beban kepada mereka dan di atas sebab itu saya minta atas usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Serdang, saya menyokongnya dengan alasan-alasan yang telah saya berikan tadi. Sekian terima kasih.”

Demikian ucapan YB Parit Buntar dari PAS, yang sekali gus menggambarkan perjuangan memartabatkan Bahasa Malaysia melalui permasalahan PPSMI (Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Tapi amat menyedihkan bila ada YB (Pasir Salak) yang bercakap begini..

Minta laluan. Sekarang boleh? Dah masuk dah.” … “Oh, tak masuk lagi? “ … “Dia tak masuk lagi? Dah lama tak masuk-masuk. Main tepi saja.” … “Bila nak keluar lagi air dia?”

Cakap apa begini? Layakkah YB bercakap begini di Parlimen? Cakap lucah!? Sekian catatan santai untuk kali ini. Wassalam.

Catatan santai: Ibnu Hasyim
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Nov27, 08. KL

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt...

Mungkin saya tidak perlu masuk campur urusan kalian semua yang berhormat. Tapi setelah sekian lama saya melihat senario politik di MALAYSIA ini, terdetik di hati untuk membisik kan sesuatu yang mungkin berguna untuk kalian dan rakyat yang kalian pimpin. Sebelum meneruskan bicara apakata kita sama-sama buangkan sifat ego yang ada dalam hati kalian agar saranan yang dibicara dapat menusuk hati kalian. Yang utama kalian dilantik menjadi pemimpin adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi apakah yang kalian lakukan.. Kalian hanya memperjuangkan nasib PARTI anda, kemana halatuju perjuangan anda. Setelah berjaya dilantik kalian hanya bermegah dengan kejayaan parti anda, tak kira BN, KEADILAN, PAS dan DAP semuanya sama. Asyik berbalah sesama sendiri tak kira antara ahli tertinggi dengan yang bawahan apatah lagi antara parti Kerajaan sesama PEMBANGKANG. Cuba anda bayangkan dalam ke lekaan anda berbalah BILA LAGI ANDA NAK BERJUANG UNTUK RAKYAT. Saya tidak nafikan kalian banyak membuat perubahan infrastruktur tetapi bila lagi perubahan dalam pemikiran kalian sendiri. Kalian sibuk membina empayar kroni-kroni tetapi semua itu untuk diri anda sendiri. Hanya sedikit untuk rakyat. Kalian telah lupa bahawa Tanggungjawap pemimpin itu sangat besar kerana balasan akhirat nya juga besar. Ingat, anda adalah pemimpin rakyat bukannya pengambil hak rakyat. Satu contoh untuk kalian fikirkan bersama, jika kalian membuat jalan menuju sesuatu tempat seringkali didapati ada tujuan disebaliknya iaitu untuk mengembangkan kekayaan kalian. Kalian lakukan bukan untuk rakyat, tetapi untuk diri anda sendiri tetapi kesempatan itu kalian nyatakan untuk rakyat. **( bukan jalan yang sepuluh ribu, seratus ribu tu yer.. yang JUTA-JUTA tu).Mengapa harus kalian membohongi diri anda sendiri. Apakah perasaan anda selepas berbohong. Tidak kah anda pernah menyelami hati rakyat yang mengharapkan ihsan dari pemimpin mereka. ***( saya tak salahkan anda, kebanyakkan anda dari keluarga berada dan tidak pernah merasai kemiskinan hidup, sebab tu anda tidak tahu).Berhenti lah wahai pemimpin ku dari khayalan dan mimpi kalian mengejar terlalu banyak kemewahan dunia, dunia takkan habis di kejar, kekayaannya semua itu akan punah dan musnah. Berhenti lah berbalah sesama sendiri, antara parti-parti anda. Ingat! semuanya ada kelemahan. Berhentilah berebut kuasa, jangan rakyat jadi mangsa kalian. Rakyat sendiri tahu menilai mana baiknya. Yang penting perjuangan untuk rakyat, bukan perjuangan poket sendiri. Ini untuk keluarga kalian, Sekali, kalian makan nilai nya sama untuk makan 20 orang miskin malah mungkin samadengan 50 orang miskin. Apa yang kalian fikirkan mewah itu semuanya dibuat oleh tangan-tangan orang miskin yang bekerja di kilang-kilang, baju-baju anda, anda mungkin kata itu designer pro buat baju i, tapi ingat, kain takkan dia juga buat kot, mesti orng miskin yang kat kilang yang buat. Makanan yang kalian fikirkan mewah pun orang miskin juga dulu yang pegang, takkan jutawan yang tanam padi kot!!. Apa yang mewah nye.. kereta anda? lagi lah, takkan dato@YB pasang tayar kot. Rumah? Takkan Jutawan nak susun bata rumah juga.. fikirkanlah... Apa kata kurangkan duit masuk poket sendiri jer.. bagi sikit-sikit kat rakyat yang susah. Cukuplah masa untuk kalian berpesta, hentikanlah ..

Fikirkan rakyat, maka rakyat akan fikirkan kalian jua.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails