Wednesday, April 16, 2008

Bahasa Melayu Kedah Di Selatan Myanmar



Ibnu Hasyim CATATAN PERJALANAN

BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong dalam negara Thai. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Thai-Selatan Myanmar…

Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar. Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu.

Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang saya pakai, biar nampak macam orang tempatan yang biasanya nelayan-nelayan tidak pakai cermin mata, bila melalui pusat kawalan sempadan di pertengahan jalan. Hal ini dilakukan supaya saya tidak ditahan imigresen kerana tidak tunjukkan pasport, menunjukkan betapa mudahnya menyeberang sempadan laut dari Myanmar.

Tongkang kami terus membelah lautan kecil itu hingga ke distinasinya. Dari jauh nampak kesibukan penghuni-penghuni pulau kecil itu. Ramai orang Islam di situ. Menarik, bila sampai, saya lihat pekerja-pekerja kontek yang lelakinya mengangkat batu-bata cuma pakai kain pelikat, disenteng ke paras lutut sahaja.

Mereka lihat saya sebagai orang luar beragama Islam dengan begitu mesra. “As-salamu ‘alaikum?” Sapa saya.

“Wa’alaikumus salam warahmatullah!” Jawab salah seorang dari mereka.

Saya pergi solat sunat ke sebuah masjid di situ. Keluar dari masjid, tiba-tiba seseorang memberi salam dan bertanya saya dari mana…

“Dari selatan Thai.” Jawab saya.

“Heiyy.. Hang habak betui-betui, Aku tengok cara hang pun aku tau.. hang dari Malaysia.” Jawabnya dalam bahasa loghat utara. Kami bersalaman. “Jangan takut.. Di sini aman. Tak dak kacau-kacau. Jom kita jalan sama-sama.”

Begitulah, sesudah kami berjalan-jalan sekitar pekan itu, dia perkenalkan ramai kawan-kawannya, yang semuanya berbahasa Melayu loghat Kedah. Saya seolah-olah berada di negara sendiri, bukan di Myanmar lagi. Saya melawat beberapa kedai yang berderetan. Ada sebuah kedai berisi biji gajus, juga disebut ‘janggus’, yang penuh di dalamnya. Mungkin dari situlah dieksport ke Thailand. Banyak juga kedai yang menjual batu-batu permata dari Myanmar.

Begitu juga gelas-gelas dan barangan kaca mungkin buatan China. Ada peti besi bertulis ‘Made in Malaysia’ macam yang pernah digunakan oleh nenek saya di kampung Pulau Pinang dulu. Sakarang dah tak ada lagi. Ada minyak atar atau minyak wangi cap ular, juga sekarang sudah tak nampak lagi digunakan di Malaysia, kerana dulunya memang termasyhor. Ada minyak panas berjenama terkenal di Malaysia dulunya, iaitu ‘Tiger Balm’.

Di situ sempat pula seorang wanita muda jelita bertudung kepala, mungkin anak taukeh kedai itu bertanya saya, “Encik dari Malaysia? Boleh tolong dapatkan maklumat bagaimana saya nak masuk ke Unversiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara encik?” Begitu, anggapan dan harapan mereka terhadap perkembangan Islam di negara kita. Lepas itu dalam perjalanan pulang, saya singgah di sebuah pulau bernama Pinggai, erti bahasa Melayunya ‘Tempayan Pecah’. Pulau tersebut walaupun bersempadan dengan Myanmar tetapi masih dalam negara Thai.
Rumah orang Islam di Pulau Tuntung berhampiran Pulau Pinggai

“As-salamu ‘alaikum? Selamat datang ke Pulau Ping Gai!” Kata pengulu pulau itu, semasa saya sampai di jeti pelabuhan dan berkenalan dengannya.

Ahli keluarganya yang bernama Tok Adam mula-mula meneroka pulau itu kira-kira ratusan tahun lalu. Adam berasal dari negeri Kedah, Semenanjung Tanah Melayu. “Tu pasai kami di sini semua cakap bahasa Kedah. Semua penduduk di sini beragama Islam. Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini. Macam tu jugak di Pulau Tongtong di sempadan balik sana.. di Myanmar. Semuanya Islam, cakap Kedah belaka. Depa pun kawan-kawan kita jugak.” Katanya lagi.

“Al-hamdulillah!”

“Jom ke rumah saya. Kita makan-makan. Lepas tu, kalau nak jalan-jalan melawat pulau ni boleh la. Hujung sana ada sebuah masjid, sekolah taman bimbingan Islam, cikgunya mai dari Pattani dan ada juga sebuah pusat kesihatan kecik kerajaan…”

Dari jeti saya diiring ke rumahnya. Di perjalanan anak mereka sedang mandi-manda di air laut yang sedang pasang. Berbogel.. dan terjun, menyelam, berkejar-kejaran. Ikan-ikan kecil berlarian di air yang bagaikan cermin jernihnya. Se sampai di rumahnya, isterinya terus masak nasi tengahari dengan ikan besar yang baru di tangkap dari laut sebagai lauk. Bila dimakan jelas terasa lemak manis dan sedapnya. “Al-hamdulillah! Allah pertemukan saya dengan mereka yang se agama di sini, tidak disangka-sangka!” Kotak fikir bergolak.

“Kalau nak jalan-jalan di pulau ni, silakan! Nak tidur dan bermalam di sini pun takpa, rumah saya sentiasa terbukak!!” Katanya ikhlas mempelawa saya. Saya sempat melawat sekitar pulau itu dan akhir singgah solat di masjid.

“Maaf. Saya memang suka tidur di sini, tetapi saya sudah berjanji dengan seseorang untuk tidur di rumahnya di bandar Ranong malam ini.” Saya jelaskan.

“Oh, kalau lagu tu takpa. Takpa nu. Kalau ada umuq lain kali kita jumpak lagi, insya Allah!!”

Masih terngiang-nyiang di telinga saya, pesanan akhir darinya sewaktu menghantar saya di pelabuhan. Katanya, “Bila hang sampai di Malaysia jumpak orang Kedah, kalau ada kesempatan kirim salam kat depa nu, kata kat dia… Nun jauh hampiaq ribu-ribu batu dari negeri hampa di ujung selatan Burma sana, ada sekumpulan manusia yang sama keturunan dengan hampa sama-sama Kedah, sama-sama cakap Kedah sedang teringat dan rindu kat hampa. Mai la ziarah kami, bila-bila masa saja, kami sentiasa tunggu dengan gembira! Mai la!!”

Hal ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersambung.. Insya Allah.

Catatan Perjalanan  ibnuhasyim. 
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
15-04-08KL. 

Lihat lagi..
E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Orang Melayu Myanmar

29 comments:

Anonymous said...

Tertarik saya.. Bila nak sambung lagi?

tOksiak said...

Sungguh tertarik bila terdengar cerita pasai keturunan orang kita ada disana...tak nak buat buku kaa..cerita pasai pengembaraan ibnu hasyim, best paaa...bleh kongsi pengalaman dgn kami nih....

Anonymous said...

cerita yang menarik.
terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
harap-harap saudara dapat membukukan kisah seperti ini.

Ibnu Hasyim said...

Insya Allah..

Anonymous said...

Tuan Hj Ibnu Hasyim..

Mu kenal dak ambo. Mu pernah ceramah motivasi pada Persatuan Doktor-doktor Muslim Thai di Yala beberapa tahun dulu.

Saya Suhaimi, penyambut anda. As-salamu alaikum?

Anonymous said...

...Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini...
sungguh cantik sekali bahasa yg diguna utk merujuk org yg bukan "saudara"..beginilah sikap org Islam sejak dulu, cuma dulu mrk bercakap benda begini dlm surau, bila berhadapan dgn org kapiag, mrk berpura baik. Namun sekarang ini mrk mula memaparkan tanggapan benci brk terhadap org kapiag melalui internet, org kapiag mula nampak true colour mrk dan sudah mula anggap mrk ini adalah rakan yg bermuka-muka dan perlu handle with care.(mrk menganggap kapiag serupa binatang dgn menggunakan penjodoh bilangan "ekor" bagi merujuk org kapiag) Malah org kapiag sekarang sudah pandai bahasa Arab dan mengerti khutbah-khutbah kebencian mrk terhadap org kapaig..maka terbitlah filem pendek FITNA...

-Aku, seekor kapiag.

Ibnu Hasyim said...

Suatu kritikan yang membina. Alhamdulillah. Terimakasih.

Anonymous said...

Di Acheh juga ada Kampung Kedah. Ramai orang cakap Kedah. Tapi, kini sudah tiada, kerana dilanda tsunami beberapa tahun lalu.

Kini hanya tinggal kenangan..

Mansur Din
Banda Acheh

Anonymous said...

tak heran ngan cerita nih... kawasan semenanjung Tanah Melayu masa dulu memang luas, sampai ke Rundung (Ranong). Bukan macam sekarang yang cuma takat sampai ke sempadan Perlis, Perak & Kelantan jek. Sayangnya, sejarah telah digelapkan & cuba diselindung, sampai banyak nama negeri2 Melayu di kawasan segenting Kra ditukar jadik Bahasa Thai. Contoh, Patani (Pattani), Jalor (Yala), Menara (Narathiwat), Setul (Satun), Merdelong (Phattalung), Bukit (Phuket), Terang (Trang) dan lain2 lagi...

Ada banyak blog yang cuba menghuraikan sejarah sebenar nih. Antara yang popular, sejarahnagarakedah.blogspot.com. boleh semak & baca sendiri...

p/s : Tuan Haji Ibn Hashim maklum ke tentang sejarah realiti ni?

Ali Mahmud said...

Hampir tidak ada maklumat mengenai Melayu di Myanmar. Tulisan perjalanan tuan jadi bahan sejarah.

T.kasih Pak Ibnu.

Ali Mahmud.

Anonymous said...

Lebih menarik dan lengkap jika artikel berserta gambar-2.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Saya sertakan gambar lokasi serta kedudukan kawasn yang telah di ceritakan dalam artikel ini.
Boleh dperolehi dari sumber google mapo.
Dan jelas namanya juga adalah nama Melayu
Kampong Lama dan Kampong Tengah.
Kedua-dua terletak di dalam selatan Myanmar.
http://maps.google.com.my/maps?q=ranong%20thailand&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&um=1&ie=UTF-8&sa=N&hl=en&tab=wl
Cuba lihat peta ini.
Thanks

Syed Mohammed said...

masyallah..
saya sangat terkesan dengan artikel anda dan saya juga terharu bahkan sempat menteskan airmata ketika saya membacanya saya benat-benar tak menyangka bahwa di negara siam bahkan di suatu pulau di huni oleh bangsa melayu yang bragana islam.
terima kasih telah membuat artikl ini..
forum ini sangatlah baik katena bisa menyambung tali silaturahmi diantara kita sesama anak bangsa serumpun..
saya dari jakarta indonesia..

Anonymous said...

assalamualaikum, saya berminat ke Myanmar lebih khusus lagi rangun, bagaimana cara dan ada kenalan ke di sana. Farid

Dlan said...

Kedatangan Orang Melayu khususnya Orang Kedah kesini adalah ketika kemuncak Empayar Kedah di Zaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II merupakan Sultan yang memerintah negeri Kedah,pada tahun 1710 hingga 1778[1].....Empayar Kedah ketika itu meliputi Segenting Kra hingga ke Pulau Pangkor ,Perak ...dari Pulau Sembilan(Ko Samilan).Tanah Seri(Tenasserim/Selatan Burma/Myanmar sekarang ni ) turun hingga ke Rundung (Ranong),Salang, Bukit(Phuket),Punggah(Phangnga),Ghraibi(Krabi),Trang,Setoi(Satun),Perlis,Kedah,P.Pinang/S.Perai, Perak Persisiran Krian-Taiping,Pantai Remis,P.Pangkor dan Pulau Sembilan
.....indah ya..
menariknya Sultan Muhammad Jiwa sendiri sentiasa dibimbing dan dinasihati ulama sejak sebelum jadi Sultan lagi....hingga baginda ini merantau mencari Ilmu ke Sumatera,India..hingga gurunya sendiri tak tahu bahawa beliau adalah putera Raja.....

Dlan said...

Sila Rujuk juga

Persatuan Sejarah Kedah yg mengadakan Lawatan Missi "Den Melayu" pada 1992
dan http://ibnurusydi.blogspot.com/

Anonymous said...

"Anonymous said...

...Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini...
sungguh cantik sekali bahasa yg diguna utk merujuk org yg bukan "saudara"..beginilah sikap org Islam sejak dulu, cuma dulu mrk bercakap benda begini dlm surau, bila berhadapan dgn org kapiag, mrk berpura baik..."

wahai manusia yang tidak menyembah TUHAN yang ESA... orang kedah,accent dia memang macam tu.
tak payah la nak kecik hati tak tentu pasal.

Aku, yang menyampah dengan perangai manusia yang tak menyembah TUHAN yang ESA.

syababmuslim said...

Assalamualaikum,ana nak bagitahu pada antum semua, di tempat ana,langkawi ada sebuah perkampungan nelayan bernama Kampung Bukit Malut,di kampung itu,memang penduduknya berasal dari Myanmar kaum melayu,penduduk ini mempunyai kaitan cerita dengan sejarah myanmar dan perkampungan orang melayu di sana,ketika zaman peperangan jepun di tanah melayu,mereka dipaksa ke sana menurut kemahuan jepun, kalau antum semua nak tahu cerita lebih panjang lagi,antum boleh la lawat kampung bukit malut,Langkawi,Kedah

Anonymous said...

Alhamdulillah,,,akhirnya ada juga blogger yg memahami tntg ini,,trima kasih tuan Ibnu Hasyim..saya penduduk di kg.bukit malut.jadi kalian mesti faham bukan mengapa saya mngucapkan syukur....

Anonymous said...

salam tn.haji,

saya cuma nak tny,,spnjang tn hj brada di sana,,adakah tn hj hny brada di area pulau dua sahaja,,?..krn pulau dua tu hnyalah pmulaan kawasan dri arah siam bg pnduduk2 melayu islam di sana,,krn masih byak lg gugusan kpulauan2 kecil di persekitaran itu yg dihuni oleh melayu islam,,,kta akan nampak pulau2 itu di kawasan selatan myanmar jika kta tgok kat google earth.kbanyakkan pulau di situ mmpunyai pkampungan sebijik mcm pulau dua,,

*jika tn hji ada pluang lg ke sana,,saya syorkan lawatilah pulau2 itu,,,insyaallah,,akan lbih mnarik,,

Anonymous said...

Bahasa Melayu adalah antara dari 72 pecahan bahasa di zaman Nabi Idris AS juga dikenali sebagai BAHASA AUSTRONESIA atau BAHASA SELATAN.

Agama Hanif AJARAN IBRAHIM bermula di BURAHMA kemudian dikenali sebagai BIMA dan BURMA sebelum dibawa ke Kedah Tua dan Campa. Disebarkan oleh penutur BAHASA INDO-IRANIA dan INDO-ARYA dari jurai NABI ISMAIL AS.

Bangsa campuran AUSTRONESIA/MALAYO POLINESIA, INDO-IRANIA dan ARYA kemudian menjadi bahasa rasmi KAUM MALA yg kemudian disebut BAHASA MALA-UR sempena nama tempat kelahiran Nabi Ibrahim AS iaitu negara UR di bawah Kerajaan Cheldia. Bahasa Indo-Irania dan Arya juga turut menjadi IBU bahasa Sanskrit begitu juga dengan TULISAN PALLAWA yg berasal dari PAHLAVI dan PERSIA yg diangkat sebagai TULISAN RASMI KAUM MALA-UR turut menjadi INDUK tulisan Sanskrit.

Penghuni asal KAUM MALA-UR di Selatan Mynmar dan Siam bukan berasal dari Kedah Semenanjung, mereka adalah PENGHUNI ASAL, hanya segelintir dari mereka berasal dari Kedah.

Agama Hanif AJARAN IBRAHIM yg disebarkan melalui JALAN SUTERA kemudiannya disebarkan dimerata pulau setelah KERAJAAN MIRITIM diperkenalkan.

SEJARAH MELAYU WAJIB DITULIS SEMULA!!!

Anonymous said...

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ni hubungi saya.saya ada maklumat lebih detail

mdnasiridris said...


Assalaamu'alaikum warahmatullah

Tuan Hj Hashim,
kita pernah bertemu di medan dulu dec 2011. Kita pernah minum dan berbual disebelah masjid raya dgn seorg pemandu beca yg pakai serban, dah lupa namanya. Saya bekerja di UIA dan minat mengembara, mungkin tuan hj masih ingat. Saya ada ambil no hp tuan haji tapi no nya tiada lagi sekarang krna hp saya dah banyak kali hilang.

Saya berminat nak ziarah masyarakat melayu myanmar tp tak tahu cara nak pergi. Minta tuan hj beritahu.

Esok 12 mei , insha ALLAH, kami berempat akan ke Chiangmai hingga 15 mei.
Bagaimanakah cara nak pergi ke kawasan melayu myanmar dari chiangmai.

Sekian terima kasih

جزاك الله خيرا

No tel dn whatsap/telegram
019-2126127

Mannar Mustafa said...

saudara ibnu hisyam bolehkah saudara berikan no telepon untuk saya hubungi anda untuk tujuan maklumat ini lebih lanjut

pangeran herry said...

Saya dari pulau Jawa. Saya kira di myanmar cma ada etnis burma sama rohingya. Tapi setelah baca ini, saya baru tahu bahwa ada juga bangsa melayu di sana. Terima kasih sudah berkongsi.

Unknown said...

Assalam tuan haji...

Saya tertarik membaca catatan tuan haji berada di pulau tersebut. Kami dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah berhasrat untuk mengadakan program bahasa Melayu dengan penduduk di pulau tersebut. Bolehkah tuan haji berikan info lanjut untuk memudahkan kami ke sana.

Kerjasama tuan haji amat diharapkan. Sekian, terima kasih.

Ibnu Hasyim said...

al-hamdulillah!

Sedia beri kerjasama..
Boleh tel saya, guna tel ini..

011 33111321 (KL)

Cikgu Rosyidi said...

Catatan yang menarik. Moga sejarah dapat disingkap

Anonymous said...

Tuan tersalah faham ni.. dia bukan bermaksud kn binatang.. ayat tu sinonim dgn org kedah.. cntoh nya " aku pi kedai tdi x dak sekoq pn kt sana.. pi mana habih" ini bhsa yg biasa digunakan.. mcm org trngganu sallu ckap " alah menatang ni bodo la".. dia x mksudkn org tu bodoh pn.. cuma itu bhsa biasa guna seharian..di sana bangsa siam dan burma tidak mnganut agama islam.. sebb tu dia ckap bgsa tu kafir atau " kapiaq".. sbenrnya mereka ni dh brcmpur dgn rkyt kedah yg di bawak oleh jepun utk siapkn jlan kereta api dulu.. sbb itu sultan kedah terima mereka sbb mereka sbnrnya rkyt asal sultan kedah yg trpisah oleh kerakusan penjajah dulu.. skrg dh tahu kn org bukit malut lebih melayu dri sstngah rkyt mlysia yg dtg dri indonesia dn thailand..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails