Thursday, February 04, 2016

'Tertidor'... Kit Siang Lupa, Ini Gambar Guan Eng Tidur.. malu le..


Sebagai manusia biasa kita cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri. Ada masa terlalu letih hingga membuat kita terlelap seketika tanpa disedari. Ia boleh berlaku pada semua orang.Apa lagi orang politik yang saban masa terlari ke sana ke mari,hadir mesyuarat,acara,temujanji dan segala macam.
Kalau tidak percaya cuba sembang dan tanya sendiri orang-orang politik yang berjawatan tinggi. Ada masa memang lembik kerana seharian sibuk memanjang.
Kata orang kalau sudah tahu sama tahu bab ‘ tertidor’ ini bukan sesuatu yang luar biasa kenapa halakan senapang pada Datuk Seri Ahmad Bashah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika ( gambar atas pertama) masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baru Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang .Wah bukan main termasuk kata di twitter Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah Menteri Besar sehingga beliau jelaskan hal itu.
"Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see" katanya pada mesej twitter pertamanya.
Kemudian beliau kata pula : "Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah menteri besar until he comes clean on it."
Lepas itu kata lagi : If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku's speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!
Cuba lihat pada gambar kedua atas ditengah….rasanya macam kenal kelibat orang ini.
Bukankah itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nampak aksinya sedang ‘ tertidor’ seketika di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkjin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri?
Satu lagi gambar hujung,rakan karib politiknya,Datuk Seri Anwar Ibrahim… satu ketika dulu masa Ahli Parlimen Permatang Pauh. Juga  macam ‘tertidor’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Dibawah pula Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh dibuai mimpi,juga dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebelah itu ialah gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar ini agak menarik kerana beliau nampak sedang ‘ tertidor’ semasa sidang akhbar bersama Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Dihujung pula siapa tidak kenal Ahli Parlimen parti Amanah Shah Alam,Khalid Samad yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat. Dari gambar,beliau juga nampak macam tewas kepada keletihan hingga ‘ tertidor’ dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebenarnya kalau nak kumpul banyak insiden lain dimana ahli politik yang keletihan terlelap atau tertidor seketika masa dalam majlis atau sidang dan berbagai acara lain. Ingat balik …gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ‘tertidor’ sejenak dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu tidak kurang riuh dijadikan isu.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik… semua ini boleh difahami.KIta bersangka baik sajalah, mungkin ketika itu orang politik ini amat keletihan. Jadi sebelum nak tembak Ahmad Bashah…pandang dulu kiri kanan.
Rasanya tak perlu nak lebih-lebih macam Kit Siang…takut malu, sebab ada gambar yang boleh berbicara tentang anak sendiri .- 4/2/2016 (AD)

Gadis 13 Diculik/Dirogol, Jerman/Rusia Berbalah Kerananya. Rupanya..

BERLIN–JERMAN: Kerana tidak mahu pulang ke rumah, seorang gadis kacukan Rusia-Jerman berusia 13 tahun sanggup mereka cerita bahawa dia telah diculik dan dirogol oleh pendatang.

Laporan dari The Guardian menyebut, gadis yang bernama Lisa itu bertindak sedemikian kerana takut untuk pulang ke rumah disebabkan satu insiden yang berlaku di sekolahnya.

Oleh kerana itu, Lisa membuat keputusan untuk melarikan dari rumah dan tidur di rumah seorang kenalannya yang berusia 19 tahun.

Ibu bapa Lisa yang menyedari kehilangan anaknya selepas dilaporkan tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut membuat laporan polis dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya.

Lisa kemudian pulang ke rumah 30 jam selepas kehilangannya dilaporkan. Sewaktu pulang, terdapat kecederaan di wajah Lisa.
Dakwaan palsu kononnya dirogol dan diculik oleh pendatang yang dibuat oleh Lisa tersebar dengan meluas seterusnya mencetuskan perbalahan dan menjejaskan hubungan diplomatik antara Jerman dan Rusia.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, secara terbuka telah menuduh pihak berkuasa Jerman tidak melakukan siasatan secara menyeluruh dan berita tentang kehilangan Lisa dirahsiakan untuk sekian lama. Selain itu Sergei juga menuduh pihak Jerman mempunyai agenda politik tersendiri.

Bagaimanapun, kisah sebenar terbongkar selepas gadis itu mengaku dia mereka cerita apabila disoal siasat oleh pakar tiga hari selepas kejadian

Di Jerman, isu pendatang menyerang wanita warga negara itu secara seksual menjadi topik hangat di negara itu sehinggakan beberapa siri protes besar diadakan oleh warga Jerman bertujuan untuk menghalau pendatang keluar dari negara terbabit. (IH)

RM50J Setahun: Dana Kepada PKR Dari 9 Yayasan Demokrasi AS? Dedah Ng Lum Yong.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong


AIDCNews- 03/2/16: Yayasan demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menyalur dana kepada PKR melalui perantara NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak RM50 juta setahun, dakwa bekas salah seorang pengasas parti itu, Ng Lum Yong.
“Kita sedia maklum, ada satu badan NGO, kononnya NGO, SUARAM ambil peranan yang begitu penting sekali.
“Saya dapati daripada sumber dalam, setiap tahun ada RM50 juta disalurkan dari SUARAM ke PKR untuk menjalankan aktiviti.
“Dari mana SUARAM dapat wang itu ? Dari 9 yayasan di Amerika Syarikat, England dan Arab Saudi,” dedahnya.
suaram
suaram2
(IH)

Virus Zika Disebar Melalui Seks, Ini Kes Pertama Kali.

MIAMI – Kes pertama virus Zika yang disebarkan melalui hubungan seks dilaporkan berlaku di sebuah daerah di Texas, Amerika Syarikat (AS); sesuatu cukup pelik dan amat janggal dalam dunia perubatan moden sendiri.
Ini sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu mengenai cara alternatif penularan virus bawaan nyamuk Aedes itu, yang lazimnya dikaitkan dengan denggi tetapi kini mengakibatkan mangsa bayi mengalami kecacatan kepala.
Menurut satu kenyataan pihak Dallas County, ia telah menerima pengesahan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) mengenai kes pertama jangkitan virus Zika menerusi hubungan seks pada 2016.
Ia menambah bahawa pesakit itu dijangkiti virus Zika selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang pesakit, yang baharu sahaja pulang dari sebuah negara di benua Amerika Selatan yang terjejas teruk dengan virus Zika.
Pada bulan lalu, CDC menyatakan bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kes virus Zika yang disebarkan melalui hubungan kelamin sedemikian sebelum melakukan proses siasatan lebih lanjut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat antarabangsa berikutan penularan virus Zika dan menganggarkan mungkin terdapat empat juta kes berikutan tiada lagi penawar berkesan bagi menanganinya.
Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu itu dalam kenyataan pada Selasa membuat pengisytiharan tersebut selepas mesyuarat tergempar pakar bebas di Geneva ekoran peningkatan kes Zika sejak awal tahun ini di Brazil.
Ia kini dilaporkan mula merebak di AS dan beberapa buah negara di Amerika Latin. Virus Zika yang dibawa nyamuk Aedes dikaitkan dengan beribu-ribu kes saiz otak lebih kecil daripada biasa pada bayi baru lahir.
Dalam pada itu, dua penduduk awam di Sydney yang baharu pulang dari percutian mereka di rantau Caribbean, disahkan telah dijangkiti virus Zika, demikian menurut kenyataan para pegawai kesihatan Australia.
Pejabat Kesihatan New South Wales memberitahu agensi berita BBC bahawa lelaki dan wanita yang dijangkiti virus tersebut kenal satu sama lain, sebelum mereka diuji sebagai positif Zika pada Jumaat lalu.
Menurut pihak berkuasa New South Wales, seorang pelancong diuji positif selepas ke Soloman Islands pada tahun lalu, manakala lagi empat orang diuji positif selepas mereka pulang dari Cook Islands pada tahun 2014.
Sementara itu, seorang rakyat Australia, Daniel Gaunt, 27; pernah dijangkiti virus Zika selepas digigit monyet dan nyamuk di pulau Bali, Indonesia pada 2013 menggesa pelancong supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
– Agensi

50 Kerja Di Australia, Tawaran Disambung Hingga 29 Februari.. Hanya RM1,000!

Perjalanan merentasi ladang-ladang di Australia..

BACA keterangan ini dulu, 
Kini hanya RM1,000 wang pengurusan, anda boleh berkerja di Australia.


Cepat tawaran untuk berangkat sekarang sehingga ke 29 Februari ini. 

Hanya untuk 50 Jawatan kosong sahaja.

Cepat, hanya yang nak pergi sahaja baru boleh buat temujanji dan sertai bayaran.

Keterangan lanjut baca tulisan-tulisan ini..

Jika berminat..
Hubungi segera..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865
Wasap no 0182018342 (Muaz Jabal) .

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)       
(Kemaskini: 14 Feb 2016)

Wednesday, February 03, 2016

Mahu Jadi Penari Balet Profesional Islam Pertama Di Dunia. Bagaimana Dari Segi Hukum?


HALAMAN HIBURAN
Stephanie Kurlow baru berusia 14 tahun namun dia bercita-cita mahu menjadi penari profesional Islam yang pertama di dunia, yang menari sambil memakai hijab.
Stephanie kini telah memulakan kempen mengutip dana `LaunchGood’ bagi membolehkan dia mencapai impian dengan menjadi pelatih sepenuh masa di sekolah balet profesional.
Dia ingin mengumpulkan wang untuk membuktikan bahawa agama sepatutnya tidak menjadi halangan.
Stephanie menetap bersama bapanya, seorang warga Australia dan ibunya yang berasal dari Rusia serta dua abangnya di Campside. Dia sukar mencari sekolah balet profesional selepas memeluk Islam.
Gadis itu juga mahu mencari sekolah tarian yang membolehkannya menpraktikkan tarian dan agama tanpa sebarang masalah.
Harapannya kini adalah mengumpul sebanyak $10,000 untuk membolehkan dia membayar yuran sekolah di mana Stephanie boleh berlatih antara 30-45 jam seminggu.
Bagaimanapun selepas mendapat inspirasi daripada wanita di seluruh dunia yang berjaya dalam bidang masing-masing termasuk pembaca berita pertama di Amerika Syarikat yang memakai hijab iaitu Michaela De Prince dan Misty Copeland, yang merupakan penari balet Afrika-Amerika yang pertama, Stephanie kembali bersemangat.
Stephanie kini telah memulakan kempen mengutip dana `LaunchGood’ bagi membolehkan dia mencapai impian dengan menjadi pelatih sepenuh masa di sekolah balet profesional.
Dia ingin mengumpulkan wang untuk membuktikan bahawa agama sepatutnya tidak menjadi halangan.
Stephanie menetap bersama bapanya, seorang warga Australia dan ibunya yang berasal dari Rusia serta dua abangnya di Campside. Dia sukar mencari sekolah balet profesional selepas memeluk Islam.
Gadis itu juga mahu mencari sekolah tarian yang membolehkannya menpraktikkan tarian dan agama tanpa sebarang masalah.
Harapannya kini adalah mengumpul sebanyak $10,000 untuk membolehkan dia membayar yuran sekolah di mana Stephanie boleh berlatih antara 30-45 jam seminggu.
Apa hukum  wanita menari balet begini dalam Islam?  Apa kata Mufti..

Mukhriz Kalah Hilang Sokongan, Letak Jawatan Serta-merta.


ALOR SETAR – Setelah berlarutan hampir dua minggu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-11 berkuat kuasa serta-merta.



Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah kehilangan sokongan majoriti ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.
“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam (Selasa),” kata beliau kepada pemberita.
Beliau malah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi berkuat kuasa serta-merta.
Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu turut dibatalkan.
Mukhriz turut mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah bakal dilantik sebagai Menteri Besar ke-12.
Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Mukhriz yang dilantik sebagai pengerusi yang mengambil alih daripada Ahmad Bashah turut menyatakan kesetiaan kepada UMNO walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan.
Sementara itu portal AgendaDaily melaporkan, dalam kalangan ADUN BN sendiri telah mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah hotel di Alor Setar pada Selasa malam.
Mesyuarat tersebut dikatakan ada kaitan dengan persiapan BN negeri Jelapang Padi itu menjelang perubahan pucuk pimpinan Kedah pada Khamis. – Agensi  (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails