Friday, August 13, 2010

Pakistan: Sambut Puasa Dalam Banjir

Mangsa banjir Pakistan tabah berpuasa

ISLAMABAD OGOS 13 10: Jutaan mangsa banjir di Pakistan menyambut ketibaan Ramadan semalam dengan tidak menerima bekalan air bersih dan makanan apabila banyak hasil pertanian musnah akibat bencana terburuk dalam sejarah negara itu.

Keadaan bertambah buruk setelah kebanyakan jalan raya dan jambatan rosak teruk menyebabkan harga barangan naik tiga kali ganda di beberapa wilayah sehingga menyukarkan 14 juta mangsa banjir meneruskan kehidupan.

"Sama ada Ramadan atau tidak, kami sudah kelaparan sehingga terpaksa berpuasa seharian," kata seorang mangsa, Mai Hakeema, 50, yang duduk bersama suami di sebuah khemah di pinggir bandar Sukkur dekat sini.

Penderitaan mangsa turut mendapat perhatian Mufti Pakistan, Muneebur Rehman yang menyatakan kelonggaran berpuasa dibenarkan namun ia perlu diganti semula selepas Ramadan berakhir. - AP

Tahniah Kosmo! Bongkar Lagi Harga Ayam!


Yusoff (kiri) melakukan tinjauan di salah sebuah gerai menjual ayam di Pasar Besar Alor Setar semalam.

Kosmo! Online: Pengguna terus menjadi mangsa

ALOR STAR OGOS 13 10: Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), kerajaan perlu memberi insentif makanan ayam kepada penternak bagi mengelak harga ayam di pasaran melonjak pada bulan Ramadan.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.

Beliau difahamkan, kenaikan harga ayam itu berpunca daripada harga makanan ayam yang mahal dan harga anak ayam yang juga tinggi sekaligus membebankan penternak.

"Sebab itulah saya cadangkan agar kerajaan dapat memberi insentif kepada penternak ayam," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar di sini semalam.

Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tahniah Kosmo! Bongkar lagi harga ayam, demi kesejahteraan rakyat.

Untuk penerangan lanjut baca ini..

Thursday, August 12, 2010

Mesir Sambut Ramadhan, Dg Satukan Kumandang Azan.

CAIRO OGOS12 10: Mesir menyambut Ramadhan dengan men'satu'kan kumandang suara azan sebagai petunjuk datangnya waktu salat. Dengan sistem ini, masjid-masjid di Mesir tidak lagi mengumandangkan suara azan berasingan, tetapi hanya melalui satu sumber pembesar suara yang disambung ke seluruh masjid.

Menteri Wakaf Mesir Hamdi Zaqzuq mengatakan tahap pertama akan dilaksanakan di kota Cairo yang memiliki sekitar 4,500 masjid. Setelah Kairo, di kota Alexandria dan kota-kota lain di seluruh Mesir jika sistem ini terbukti efektif dan efisyen.

"Kami sudah melakukan ujian sistem baru ini, mensatukan kumandang azan untuk mengakhiri 'perang' suara azan melalui pembesar suara sehingga menimbulkan kebisingan dan tidak tertib," kata Zaqzuq.

Salem Abdul-Galil, pejabat kementerian wakaf untuk urusan salat menyatakan, sebuah team teknisyen sudah menginstal jaringan ke masjid-masjid untuk tujuan tersebut dan berjaya melakukan di 17 masjid. Stasyen Radio Pusat Cairo akan menjadi pusat perantaraan kumandang azan ke masjid-masjid di seluruh kota itu. Kementerian Wakaf Mesir sudah memilih muazin yang suaranya sudah direkam lebih dahulu, dan akan dipancarkan ke seluruh daerah di Mesir.

"Dengan ke'satu'an kumandang azan ini, orang-orang yang sedang sakit, para pelajar atau mahasiswa, serta mereka yang memerlukan konsentrasi tidak terganggu dengan suara azan yang bising dari masjid-masjid di sekitar mereka." kata Abdul-Galil.

'Satu'an kumandang azan ini dikatakan mempengaruhi puluhan ribu muazin di Mesir. Ada 70,000 ribu muazin yang sedang bekerja untuk Kementerian Wakaf. Mereka yang tidak terpilih untuk sistem ini, akan diberi kerja sebagai pengurus masjid, pelatihan menjadi imam untuk memenuhi kekosongan imam di Mesir yang ternyata masih kurang.

Survey yang dilakukan oleh Pusat Informasi dan Sokongan pemerintah Mesir menunjukkan majoriti warga Cairo meyambut positif sistem ini. Dari 1,150 keluarga di Cairo yang disurvey, 58% sokong. Bakinya menolak dengan alasan bertentangan dengan tradisi Islam dan mengurangi nilai hikmah spiritualnya. (al-Ahram/2MA)

Tok Guru Lancar Dinar & Dirham K'tan, RM100,000 Dibeli.

Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.

KOTA BHARU, 12 Ogos 10: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC). Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Ibnu Hasyim bersama Ir Omar Vadillo CEO Kelantan Golden Trade semasa memberi penerangan mengenai Dinar Kelantan di Aceh.

Sementara itu, beberapa minggu lepas kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang ekonomi dengan pemerintah wilayah autonomi Islam Acheh. Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dalam kunjungannya ke wilayah berkenaan turut menyampaikan taklimat berhubung pengoperasian Dinar Dirham serta perkembangan lain berkaitan pembangunan ekonomi Kelantan, di dewan pejabat Gabenor tersebut.

Beberapa minggu sebelumnya Datuk Husam juga turut memperkenalkan Dinar emas kelantan tersebut kepada Gabenor Negeri Xinjiang di negara China. (2MA)

Lihat sebelum ini...

Bagaimana Kelantan Menyambut Ramadhan?

KOTA BHARU, 12 Ogos 10: Malam pertama solat terawih di Qaryah Ramadhan di sini menyaksikan khemah solat penuh dengan para jemaah yang seperti ternanti-nanti untuk bersama mengimarahkannya sempena program Ihya Ramadhan di Serambi Mekah bagi tahun 1431 Hijrah.

Program Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan Qaryah Ramadhan dan dihoskan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri dalam ucapannya pada malam tersebut mengalu-alukan kedatangan para pengunjung dan para jemaah.

Beliau juga turut memperkenalkan dua orang imam dari Mesir (gambar di atas) yang akan mengimamkan solat di Qaryah Ramadhan iaitu Syeikh Rejab Saad Yaasin (imam tahun sebelumnya) dan Syeikh Ahmad Ramadhan Ayyub Muosa yang akan menjadi imam dua.

Menyentuh kedatangan kali ketiga Syeikh Rejab di Kelantan, Takiyuddin menyebut bahawa beliau juga menerima undangan untuk menjadi imam solat terawih di beberapa negara lain dengan tawaran bayaran yang berlipat ganda, tetapi ditolak semata-mata untuk bersama rakyat Kelantan.

Khemah solat tahun ini diperbesarkan lagi mampu menampung 2,000 jemaah untuk satu-satu masa. Manakala ketika adanya acara-acara besar, Qaryah Ramadhan akan dipenuhi lebih 5,000 jemaah. Tuan Guru Datuk Menteri Besar Kelantan akan merasmikan Qaryah Ramadan pada 3 Ramadhan ini.

Takiyuddin juga menyebut beberapa acara besar yang baru akan diadakan di Qaryah Ramadhan di samping acara-acara rutin iaitu Majlis Tilawah Al Quran antara pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) pada 4 hingga 7 Ramadhan. Majlis Khatam Al Quran melibatkan 3,000 orang pula akan dilangsungkan pada 20 Ramadhan.

Sehubungan dengan itu MPKB-BRI akan menyediakan naskah Al Quran dengan cara sumbangan wakaf. Manakala pada malam di ambang kemerdekaan akan diadakan bacaan 1,000 Yaasin di samping forum Badar Qubra dan persembahan nasyid di mana Pemangku Raja Kelantan dijangka akan berangkat. (Harakahdaily.net)

Sosial Negara Parah, Perlu Ambil Langkah Drastik -K/Pemuda PAS


KL OGOS 12 10: Negara mesti mengambil langkah drastik. Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius, justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat. Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan, semakin ramai bayi dibunuh kejam, semakin ramai yang berzina, semakin ramai yang bergaul bebas, semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh.

Demikian saranan Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily net sebentar tadi, dalam 10 perkara.

Antara cara penyelesaiannya, menurutnya beliau lagi,
perlu..

"Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat, mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi.

"Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah:
  • Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
  • Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
  • Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
  • Sekat laman - laman lucah secara serius
  • Menguatkuasa undang-undang syariah
  • Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
  • Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .
  • Banyak lagi langkah yang perlu diambil. [sekadar menyebut beberapa contoh]"
Begitu antara beberapa pendangan beliau.

Blog Ibnu Hasyim menyokong penuh saranan tersebut, kerana keadaan sosial negara sudah semakin parah. Sampailah masanya perlu diambil langkah drastik segera. Pihak bertaggung jawab, sila ambil perhatian.(AK)

Lihat sebelum ini..

Rai Hari Raya Bersama Tiger Beer


NILAI Ogos 12 10: Seorang pengunjung ke sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai terkejut malam semalam bila mendapati tanda harga promosi istimewa pada minuman keras 'Tiger beer' dengan menggunakan ayat bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama", menurut Harakahdaily.net hari ini.

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras.” ujar pengunjung itu menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam, seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger beer. “Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adalah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka lain di Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphonenya. (AK)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails