Tuesday, May 05, 2020

M'sia selar nasihat WHO ketepikan minyak sawit..

Malaysia Selar Nasihat WHO Ketepikan Minyak Sawit Dalam Pemakanan ...
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengetepikan minyak sawit apabila menghasilkan siri risalah dan kad sosial untuk Wilayah Timur Mediterranean membabitkan nasihat pemakanan bagi golongan dewasa ketika penularan COVID-19 dalam menjalani kehidupan lebih sihat.
Dalam panduan terkininya, WHO terus mengulangi pendirian sama dengan mempromosikan minyak komoditi tertentu dan mengetepikan minyak sawit - minyak makan utama dunia dari segi pengeluaran, eksport serta trend penggunaan.



Tindak-tanduk WHO membabitkan minyak sawit sebelum ini juga telah mengundang kecaman hebat kerana membuat dakwaan tidak berasas serta tidak lengkap yang memperlekeh minyak sawit.
Daripada bertindak sewajarnya menghasilkan nasihat atau panduan mengenai pandemik yang menular dengan cepat, WHO sebaliknya mengetengahkan maklumat standard seperti memakan diet rendah lemak, elakkan gula, daging merah dan yang diperoses dan tidak mengambil hasil tenusu kaya lemak.
"Adalah jelas ia tidak banyak menumpukan isu yang ketara pada masa ini dan berkaitan langsung dengan pandemik itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Datuk Dr Kalyana Sundram dan Profesor Madya Jabatan Sains Pemakanan dan Nutrisi Wayne State University Amerika Syarikat, Dr Pramod Khosla, ketika mengulas nasihat WHO berkenaan. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat perlu memberi kerjasama sepenuhnya bersama pemerintah untuk terus gerakkan ekonomi dan bangkit semula, insya Allah! Yang penting Malaysia perlu bangun bersama Islam berlandaskan syariat. Allahu Akbar!

Rakyat Tuntut Penasihat DAP ( K/Siang) Bersara Politik..

parlimen
Tidak sampai 9 jam, lebih 12,000 tandatangan petisyen desak Kit Siang tunai janji


TIDAK sampai 9 jam petisyen Rakyat tuntut Kit Siang tunai janji  untuk bersara politik dilancarkan lebih 12,000 tandatangan telah dikutip.
Petisyen yang dilancarkan oleh Ahmad Abdul di  Change.org  itu bagi menuntut Penasihat DAP itu menunaikan janjinya sendiri untuk bersara jika Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rakyat Malaysia menuntut pemimpin-pemimpin Malaysia untuk membuktikan mereka masih ada integriti dan mampu menonjolkan sikap kepimpinan melalui teladan.
“Rakyat sudah jelik dengan pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang suka menabur janji kosong sesuka hati. Kita tidak mahu dikencing lagi,” tulis Ahmad pada petisyen berkenaan.
Pada 10 Mei tahun lalu media melaporkan Kit Siang berkata, beliau sedia bersara dari politik jika Dr. Mahathir enggan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
Pemimpin veteran DAP itu membuat janji tersebut bagi membalas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan  yang mendakwa Dr. Mahathir lebih rela membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya daripada memberikan kerusi perdana menteri kepada Anwar selepas dua tahun.
“Saya sangat yakin dengan Mahathir dan saya sedia ‘bertaruh’ dengan Mohamad bahawa Dr Mahathir akan menunaikan komitmen (Pakatan ) Harapan memberikan proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Anwar.
“Jika, Mahathir tidak memberikan jawatannya kepada Anwar, sebaliknya membubarkan parlimen untuk mengadakan PRU15 lebih awal, saya akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding pada PRU15.
“Sekiranya, Mahathir berpegang kepada kata-kata beliau dan memberikan jawatan kepada Anwar, kemudian Mohamad perlu berundur dan tidak akan bertanding pada PRU15,” kata Kit Siang seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Pada 23 Februari lalu Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas berlaku kemelut politik dalam Pakatan Harapan. Sebelum itu Dr. Mahathir dilaporkan akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8.
Petisyen Rakyat tuntut Lim Kit Siang tunaikan janji untuk bersara dipercayai diwujudkan selepas Kit Siang menulis dalam blognya menyeru rakyat untuk menandatangani petisyen mendesak kerajaan mengadakan sidang Parlimen selama dua minggu bagi membincangkan isu berkaitan virus Covid-19.
Petisyen atas talian tersebut dilancarkan oleh Aliran minggu lalu menyeru sekurang-kurangnya dua minggu persidangan Parlimen bermula 18 Mei dan setakat ini memperoleh hampir 39,000 tandatangan.
“Perbuatan melewatkan persidangan sebenar Parlimen ke bulan Julai lebih daripada lapan bulan sejak persidangan yang terakhir — ini menghina keperluan Perlembagaan ini, yang bertujuan untuk memastikan cabang eksekutif tidak memonopoli kuasa tanpa sebarang semak imbang Parlimen untuk satu tempoh yang terlalu lama.

“Kami seru supaya persidangan Parlimen diadakan sekurang-kurangnya dua minggu, bermula 18 Mei (tanpa mengira minggu cuti sambutan Hari Raya) mungkin dengan melalui sistem persidangan video atau pun dengan penjarakan sosial yang bersesuaian supaya semua isu-isu penting boleh dibentangkan dan dibahaskan secepat mungkin!” tulis Aliran pada petisyen tersebut.-SM

Lihat lagi..

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8  

E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.

Khabar gembira dari Laut China Selatan


Kita hampir menang di Laut China Selatan


ALHAMDULILLAH! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia. Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.

Sejak Disember 2019 lalu, Petronas melalui kapal West Capella telah menjalankan kerja eksplorasi di dua lapangan minyak dan gas iaitu Arapaima-1 di blok ND1 dan Lala-1 di blok ND2. Kronologi ini dicatat rapi oleh portal Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI).

Kemenangan pertama kita terhasil pada Mac lalu selepas kita berjaya menyelesaikan kerja eksplorasi di Arapaima-1. Perlu diingat, ketika itu China mengirim kapal raksasa (Monster) sebesar 4,000 tan iaitu Zhaoduan-class 5305 dan juga kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203 untuk menghancurkan usaha kita.
Tentera kita telah bertindak balas dengan luar biasa apabila mengerahkan KD Jebat sebesar 2,270-tan yang berjaya menghimpit kapal China ke sudut sukar pada Januari 2020. KD Jebat telah dibantu oleh KD Kelantan serta kapal 45 meter milik Maritim Malaysia iaitu KM Bagan Datuk.
Akibat kegagalan mereka untuk memusnahkan usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1, China telah menjadi berang dan menghantar kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) serta meningkatkan gangguan ke atas kapal-kapal kita di blok Lala-1 pula melalui Haiyang Dizhi 8 dan juga kapal pengawal pantai CCG 1105 dan 4203.
Tidak hairanlah apabila dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 ke wilayah kita – malah Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut serta.
Semalam, data menunjukkan kapal TLDM KA Bunga Mas Lima terus memberi sokongan melindungi kapal West Capella yang dikontrak oleh Petronas, meski pun terus diasak hebat oleh gangguan kapal China.
Kita kini semakin hampir dengan kemenangan. Sebaik sahaja eksplorasi Petronas di blok Lala-1 selesai seperti mana yang dijadualkan dalam bulan Mei 2020 ini juga, sejarah akan tercipta bahawa sesungguhnya kita telah berjaya mempertahankan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan meski pun cuba diganggu dan dimusnahkan oleh kuasa besar!
Sama-sama kita doakan semoga Allah terus perkasakan dan peliharakan para perwira kita yang tidak gentar mempertahankan kedaulatan dan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan ini: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas.
Kalian wira negara, Semoga Allah peliharakan kalian semua!
ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda. – HARAKAHDAILY 4/5/2020

PKP: Tiada Rekod Banduan. Penjara Pusat Pendidikan, Insya Allah!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (dua dari kiri) dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan (kanan) pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar (dua dari kiri) dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan (kanan) pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. - Foto BERNAMA


Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP

KAJANG: Individu yang dikenakan tindakan mahkamah dan menjalani hukuman di penjara kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan sebagai banduan.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata ada antara mereka yang dikenakan hukuman penjara itu ialah remaja dan jika direkodkan sebagai banduan, ia boleh menjejaskan masa depan remaja berkenaan.
"Apabila ada rekod (banduan) nanti, mereka (remaja) susah nak cari kerja. Itu yang kami ambil kira. Jadi, tiada rekod banduan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Sahabat Penjara di Penjara Kajang, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.
Abdul Hamid berkata, meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah 'tiket' untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Zulkifli berkata 11 penjara sementara di seluruh negara digunakan sebagai pusat tahanan baharu dengan lebih 300 individu berada di Penjara Kajang dan Penjara Sementara Maktab Penjara Malaysia. - BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada rekod sebagai banduan untuk pesalah PKP. Al-hmdulillah, Insya Allah penjara akan berfungsi sebagai pusat tarbiah dan pendidikan dalam kehidupan manusia. 
Apalagi, bila menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terlibat bersama Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma Hasan pada Program Motivasi Peringkat Penghuni Penjara Kajang hari ini. 

Siasat Syarikat Tak Layak Kontrak RM30 Juta -SPRM, Tahniah!

Covid-19: SPRM siasat syarikat dapat kontrak RM30 juta | Harian Metro

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.
Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber di SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.



"Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya kepada The Malaysian Insight, malam ini.
Sumber memberitahu, sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.
"Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak," katanya.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.
"KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.
"KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.
"KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.
Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah SPRM, teruskan korek, mungkin banyak lagi kes-kes baru atau tertunggak!

BLACKPINK 'comeback'. Apa Kata Umat Islam M'sia?

Blinks! Siap sedia... BLACKPINK bakal buat 'comeback'
BLACKPINK selesai merakam lagu baharu mereka dan kini sedang merancang tarikh penggambaran video muzik mereka. -Instagram
HALAMAN HIBURAN
Blinks! Siap sedia... BLACKPINK bakal buat 'comeback'

Lihat berta ini..
BERITA baik buat semua Blinks... kumpulan yang popular dengan lagu DDU-DU DDU-DU ini dijangka kembali pada awal atau pertengahan Jun ini.

Fandom BLACKPINK seluruh dunia yang menantikan kemunculan semula kumpulan tersebut pasti tidak mahu melepaskan peluang itu selepas lagu hit mereka Kill This Love dilancarkan tahun lepas.

Menurut media antarabangsa, hal tersebut disahkan sendiri oleh pihak pengurusan YG Entertainment.

"Setelah semua perbincangan selesai, kami akan berkongsi perkara ini kepada peminat terlebih dahulu" kata YG Entertainment.

BLACKPINK selesai merakam lagu baharu mereka dan kini merancang tarikh penggambaran video muzik mereka.

Terdahulu, kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Jennie, Rosé, and Lisa juga akan berduet dengan penyanyi Lady Gaga dalam album keenam Gaga berjudul Chromatica menerusi lagu Sour Candy.

BACA : Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet 
dengan Lady Gaga

Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet dengan Lady Gaga
Album Chromatica sepatutnya dilancarkan pada 10 April yang lalu namun disebabkan penularan pandemik COVID-19, pelancaran tersebut sudah ditunda.

Adakah anda bersedia untuk melihat kumpulan Kpop sensasi BLACKPINK kembali beraksi?

Nantikan kemunculan mereka tidak lama lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blinks! Siap sedia... BLACKPINK bakal buat 'comeback'. Umat Islam di bawah PM 8, menjadi kewajipan memberi komen, pro atau kontra.. Tentukan anda 'pondan bacul' atau petugas dakwah!



Dari Pejabat Mufti Wilayah..
logo malay3
Butiran

Monday, May 04, 2020

Apa Ramai Sangat Beratur Panjang? Rupanya Ada Cerita Lain. Ini Dia...

Apa orang ramai buat di Kenanga Wholesale City? Ini cerita sebenar yang berlaku...
Orang ramai yang beratur panjang di luar bangunan Kenanga Wholesale City bukanlah pelanggan, sebaliknya, mereka merupakan pekerja yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam bangunan dan memulakan kerja. - Gambar media sosial
Apa orang ramai buat di Kenanga Wholesale City? Ini cerita sebenar yang berlaku...

KUALA LUMPUR: Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masyarakat dikejutkan dengan penularan gambar orang ramai beratur panjang untuk memasuki sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Ramai yang bingung, sebilangan besar pula tergamam kenapa warga kota terlalu ghairah berkunjung ke pusat berkenaan sedangkan ketika ini wabak COVID-19 masih lagi belum reda sepenuhnya.


Dan apakah orang ramai sebetulnya mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang diberikan kerajaan dengan sengaja keluar beramai-ramai untuk 'makan angin'?

Bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai situasi di pusat beli-belah yang menjadi bahan perdebatan netizen itu, Astro AWANI bergegas ke Kompleks Kenanga Wholesale City yang terletak di Pudu yang kedudukannya tidak jauh dari kawasan perniagaan strategik segi tiga emas, Bukit Bintang.


Dalam kunujungan pada pagi Isnin, suasana yang dilihat tidak seperti yang kelihatan dalam gambar yang tular di media sosial.

Pusat beli-belah fesyen jualan pukal itu cukup lengang, tidak seramai seperti yang dilihat dalam gambar.

Didorong oleh keinginan untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku pada awal pagi sehingga menyebabkan orang ramai berkunjung ke situ, Astro AWANI berpeluang mewawancara Penolong Pengurus Pengiklanan dan Promosi, Perbadanan Pengurusan Kompleks Kenanga Wholesale City, Wendy Lam.

Menurut Wendy, orang ramai yang beratur panjang di luar bangunan pusat beli-belah itu bukanlah pelanggan yang mahu berbelanja di situ.

Sebaliknya, kata beliau, mereka merupakan pekerja-pekerja di premis perniagaan di dalam kompleks berkenaan.

Memandangkan kerajaan sudah memberi kelonggaran untuk beberapa sektor ekonomi beroperasi, maka kedai-kedai di dalam kompleks berkenaan mengambil keputusan untuk membuka perniagaan mereka.

Bagaimanapun, Wendy berkata, pekerja-pekerja di gedung itu harus melalui pemeriksaan suhu badan masing-masing selain beberapa langkah pencegahan lain sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam gedung tersebut.

Oleh kerana proses memeriksa suhu badan dan langkah pencegahan dibuat, menyebabkan kesemua pekerja berkenaan terpaksa beratur panjang di luar bangunan sekali gus mengundang salah faham khalayak.

"Apa yang berlaku pada pagi ini, pekerja-pekerja dan penyewa premis ingin masuk ke dalam kompleks ini dan kami perlu membuat pengesanan suhu badan dan beberapa langkah pencegahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Oleh sebab itu, terdapat kelewatan untuk kami berikan kesemua pekerja ini masuk demi memastikan keselamatan setiap pelanggan yang datang ke kompleks ini," jelas Wendy kepada Astro AWANI mengenai salah faham yang mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.




Pengurusan pusat beli-belah itu juga, kata Wendy, memastikan segala prosedur standard operasi (SOP) yag dikeluarkan pihak berwajib dipatuhi termasuk memastikan terdapat penjarakan sosial dalam kalangan pekerja dan pengunjung.

Dalam kes ini, apa yang tular di media sosial tidak sama dengan realiti yang berlaku.

Namun, seperkara yang boleh dipuji ialah masyarakat semakin peka dengan keadaan sekeliling terutama ketika PKPB dilaksanakan dalam usaha kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Dalam masa sama, apa yang diharapkan ialah setiap rakyat bertanggungjawab dalam memastikan tidak menyebarkan berita palsu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails