Monday, January 13, 2020

Keluar Agama Adalah Antara Individu Dengan Tuhan? -Dr Ahmad Sanusi


Kekeliruan Liberal mengenai hukum murtad

KUMPULAN bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan. 

Menurut laporan FreeMalaysiaToday, mereka menyatakan bahawa tiada hukuman yang diperuntukkan di dalam al-Quran. Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran Liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu. 

Hukuman murtad ini telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia. Menurut al-Imam Ibn Kathir, ‘azab di dunia’ yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia. Al-Imam al-Tabari dan al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.

Di dalam hadith pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas. Rasulullah bersabda:


مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”
(HR al-Bukhari)
Hukuman ini pernah dilaksanakan secara praktikal di zaman Rasulullah. Rasulullah mengutuskan Abu Musa al-Asy’ari dan Muaz bin Jabal sebagai pemerintah di Yaman. Apabila Muaz tiba di Yaman, dia diadukan tentang seorang Yahudi yang murtad. Mendengar perkara ini, Muaz lantas berkata:
لا أجلس حتى يقتل، قضاء الله ورسوله ـ ثلاث مرات ـ فأمر به فقتل

“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh atas hukuman yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Maka lelaki tersebut diperintahkan agar dibunuh.”
(HR al-Bukhari).
Al-Imam al-Darqutni pula meriwayatkan kisah di mana seorang perempuan telah murtad di zaman Rasulullah. Perkara ini diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah. Kata beliau:
أنَّ امرأة يُقال لها أُم مروان ارتدت فأمر النبي صلى الله عليه وسلَّم بأنْ يُعرَض عليها الإسلام فإنْ تابت وإلا قتلت، فأبت أنْ تُسلِم فقتلت

“Seorang wanita dikatakan namanya Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mengarahkan agar diajak (dan diterangkan kepadanya) mengenai Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka akan dilepaskan) dan sekiranya tidak maka dia akan dibunuh. (Apabila diajak kembali kepada Islam), perempuan tersebut ingkar lalu dia dibunuh.”
(HR al-Darqutni dan al-Bayhaqi).
Hukuman bunuh ke atas murtad ini adalah hukum yang ditentukan di dalam al-Quran dan hadith. Rasulullah, para Sahabat serta pemerintah Islam di zamannya turut mengamalkan perundangan yang sama.

Mempertikaikan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul adalah refleksi kepada keimanan kita terhadap Allah dan Rasul ini. 
Semoga Allah membimbing kita semua.
DR. AHMAD SANUSI AZMI  HARAKAHDAILY 12/1/2020

Rumah Rakit Makin Uzur. Pun Bukan T/Jawab K'jaan PH?


RUMAH rakit yang didiami Zalina bersama keluarga di tepi Sungai Kelantan dekat Tangga Krai. FOTO Zaman Huri Isa


Satu daripada tiga rumah rakit itu didiami Zalina Abdul Aziz, 41, bersama suaminya, Rosdi Che Mat, 43, dan dua anak mereka yang berusia 21 dan enam tahun yang semakin uzur keadaannya.
Dengan ruang yang sangat sempit dan tiada bilik, rumah rakit biasanya dihuni mereka yang sumber pendapatan ada kaitan dengan sungai.
Zalina berkata, dia mula mendiami rumah rakit itu sejak 23 tahun lalu disebabkan suami bekerja sebagai pengangkut getah sekerap serta barangan penduduk kampung di jeti Tangga Krai itu.

"Pada mulanya kami hanya menyewa saja rumah ini dengan kadar RM50 sebulan sebelum mengambil keputusan untuk membelinya dengan harga RM1,000.
"Sudah banyak wang dihabiskan untuk baik pulih terutama menukar tong air yang dijadikan pelampung dan kali terakhir kami menukarnya ialah pada enam tahun lalu dan kini ia semakin tenggelam," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Zalina berkata, sebanyak 36 tong air digunakan untuk menampung sebuah rumah rakit yang mana satu unit tong berharga RM60 dan keseluruhannya dianggarkan melebihi RM2,000.
Dia yang bekerja di kantin sebuah sekolah rendah berkata, dengan pendapatan dia dan suami sebagai tukang rumah yang tidak seberapa, agak sukar bagi mereka membaikpulih rumah yang semakin hari semakin tenggelam itu.
Menurutnya, dia ada membuat permohonan mendapatkan rumah di bawah bantuan mangsa banjir baru-baru ini namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak berwajib.
"Kami kini hanya mampu berdoa semoga tong air yang menampung rumah ini mampu bertahan untuk sedikit masa lagi sementara kami mengumpul duit untuk membaiki ataupun permohonan mendapatkan rumah diluluskan.
"Bagaimana untuk kami menyediakan kos yang mencecah ribuan ringgit untuk menggantikan tong air sedangkan untuk perbelanjaan harian pun hanya cukup makan.
"Kami juga terpaksa membeli air bersih untuk kegunaan makan dan minum," katanya. (MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada balaci PH jawab itu tugas Kelantan, tidak PH Pusat. Cukai rakyat Kelantan di kebas bawa ke PH Pusat, royalty Kelantan liat, soal tanggung jawab serah kerajaan lama? Macam Kelantan bukan di bawah kerajaan Malaysia. Itu sebenanya selingkoh PH..

Hibur Hibur Sikit

lagu dayak terkenang kampung rasid dayak


Lagu Dayak Minta Ampon Rasid Dayak official music video







Polis Tahan GRO. Di Pusat Hiburan Rakyat M'sia?


ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sekitar Taman Perindustrian KIP, Gombak, tengah malam tadi. - Foto Saifullizan Tamadi. Lihat iklan 'Carlsberg?
HALAMAN HIBURAN


GOMBAK: Polis menahan seramai 14 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dua pusat hiburan sekitar Taman Perindustrian KIP, di sini, tengah malam tadi.
Serbuan bermula jam 11.50 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, berkata pihaknya menangkap 11 wanita warga Vietnam dan bakinya setiap seorang dari Indonesia, Thailand dan Laos berusia antara 18 hingga 31 tahun.
“Antara kesalahan warga asing itu termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan permit serta pas lawatan ke negara ini.
“Turut dirampas peralatan untuk berhibur seperti alat pembesar suara, mikrofon dan televisyen, selain sejumlah wang tunai untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas serbuan berkenaan, awal pagi ini.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, semua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa pihak kerajaan PH masih mempertahankan'pusat maksiat' sebagai pusat hiburan di negara umat Islam Malaysia? PH mendidik rakyat, untuk berhibur mesti buat maksiat? Jelas pemimpin negara umat Islam Malaysia, otaknya dijajah untuk ke neraka!
Sesuaikan hiburan di negara ini dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) Islam Agama bagi Persekutuan..

Sunday, January 12, 2020

Walau Hilang Sebelah Kaki, Terus Mengembara Ke Pelbagai Negara..


Tongkat jejak benua
HILANG sebelah kaki akibat kemalangan sembilan tahun lalu bukan halangan buat Mahathir Alkhobiri, 31, untuk mengembara ke pelbagai negara seluruh dunia walaupun perlu bertongkat untuk bergerak.
Malah, bukan sekadar mengembara, Mahathir turut mengadakan sesi perkongsian motivasi kepada penduduk tempatan dan rakyat Malaysia di negara dikunjunginya.
Menceritakan semula pengalamannya, Mahathir yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkata, Mesir menjadi negara pertama yang dilawati selepas kehilangan kaki kiri akibat dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung pada November 2011.
Menurutnya, selepas selesai sesi pemulihan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia kembali mengajar di sebuah sekolah agama di Gombak namun bertongkat untuk menjalani aktiviti harian.

“Pada 2013, terdetik di hati mencabar diri dengan mengembara ke luar negara bagi menguji kemampuan fizikal dan mental di negara orang bersendirian.
“Berbekalkan pengalaman ketika melanjutkan pengajian dalam Bahasa Arab di Sana’a, Yaman, saya mengembara seorang diri ke Mesir dan mendalami budaya serta bahasa tempatan,” katanya yang juga pendakwah bebas.
Mahathir berkata, bertitik tolak daripada kejayaan itu, dia sudah mengembara ke negara seperti Jordan, Maghribi, Belanda dan Jerman.
Katanya, sepanjang pengembaraan, pelbagai pengalaman ditempuh menjadikan dirinya lebih berani dan kuat selain membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menjadi pengembara yang baik.

“Stigma negatif masyarakat terhadap OKU perlu dihapuskan kerana kami perlu dilayan sama rata seperti insan normal dan pengembaraan ini membuktikan saya berjaya berdikari di negara orang walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
“Jangan kasihankan kami malah masyarakat di luar perlu melayani kami sama seperti insan yang normal,” katanya yang turut mendaki Kubu Salahudin Al-Ayubi di Mesir.

 MAHATHIR mengembara ke pelbagai negara tanpa menjadikan kecacatan sebagai penghalang.

Berkongsi lanjut mengenai kisahnya, Mahathir berkata, sepanjang pengembaraan, ramai penduduk tempatan yang kagum dan mahu mendengar pengalamannya mengembara dengan hanya sebelah kaki.
Katanya, bukan sekadar mendalami budaya dan bahasa, pengembaraannya juga diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu dengan masyarakat setempat dan penuntut Malaysia.
“Rasa rugi jika kita sekadar mengembara tetapi lebih bermakna jika berkongsi pengalaman dan ilmu yang dimiliki dengan masyarakat agar mereka turut mendapat manfaat,” katanya.
Kini, Mahathir berhasrat untuk menunaikan umrah dan haji kerana baginya, itu adalah pengembaraan yang lebih mencabar yang perlu dilalui untuk mengajar erti kesabaran, keberanian dan keimanan sebagai umat Islam. (MyMetro)

Israel Raya 2020, Dajjal&Syiah..


Hasil carian imej untuk dajjal 2020 2020, dari Israel Raya hingga Kemunculan Dajjal Dan Imam Mahdi
Hadis-hadis kemunculan Dajjal
ISRAEL Raya 2020
(1)     Barat telah merancang strategi untuk membina sebuah empayar Israel Raya yang dijangka pada tahun ini, 2020. Antaranya yang diterbitkan oleh Global Research.

Artikel bertarikh 28 Disember 2019, yang ditulis oleh Michel Chossudovsky, pada September 2015, dan diupdated pada September 2019 dan di update lagi pada Disember 28, 2019.

(2)     Antara yang dinyatakan;

“Israel Raya akan menjadi sebahagian daripada kempen pilihan raya Mac 2020 yang akan datang. Netanyahu telah berjanji untuk merembat sebahagian besar Tebing Barat yang diduduki”

Di dalam artikel kali ini, kita boleh ‘relate’kan agenda-agenda Barat ini dengan Hadis-hadis Nabi S.A.W berkenaan tanda-tanda akhir zaman.

(3)     Di sana terdapat banyak Hadis Nabi S.A.W yang menceritakan beberapa tanda kemunculan makhluk perosak yang dikenali sebagai Dajjal.

Adakah dunia hari ini sudah boleh dikatakan bahawa Dajjal itu sudah muncul? Atau bagaimana? Maka, perhatikan beberapa Hadis yang berkaitan.

(4)     Antara yang perlu kita ketahui bahawa Dajjal sudah wujud semenjak zaman Baginda S.A.W:
عَنْ عَمْرَانَ بْنِ حَصِيْنٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَقَدْ أَكَلَ الطَّعَامَ وَمَشَى فِي الأَسْوَاقِ (يَعْنِي: الدَّجَّالُ )

“Daripada Amran bin Hasin, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya ia sedang menikmati makanan dan berada di pasar-pasar (iaitu Dajjal).”
(Musnad Imam Ahmad: 19142)
Tanda-tanda kemunculannya
(1)    Dalam masa yang sama, seorang hamba Allah yang bernama Tamim ad Dariy pernah menemui Dajjal ketika beliau berlayar di tengah lautan, dan terdampar di sebuah pulau.

Setelah memasuki pulau tersebut, beliau telah bertemu dengan Dajjal. Kisah ini diriwayatkan di dalam Sunan Tirmizi dalam hadis yang panjang, insyaAllah akan ditulis dalam artikel yang lain selepas ini.

(2)     Kita perlu faham, bahawa Dajjal itu mula muncul di saat manusia sedang melupai tentang kisah kemunculannya;
عَنْ الصَعْبِ بْنِ جَثَّامَةٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يُذْهِلُ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ، وَحَتَّى تَتْرُكِ الأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ

“Daripada Sa’bi bin Jassamah RA, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia terlupa tentang kemunculannya, dan para khatib terlupa menyebutnya di dalam khutbah.”
(Kanzul Ummal: 38817)
(3)     Selain daripada itu, Dajjal muncul ketika manusia sedang jauh daripada Islam;
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أَنَّهُ قَالَ فِي الدَّجَّالِ : تَكُونُ آيَةُ خُرُوجِهِ تَرَكَهُمْ الأَمْرَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّهْيَ عَنِ الْمُنْكَرِ، وَتَهَاوَنَ بِالدِّمَاءِ، وَضَيَّعُوا الْحُكْمَ، وَأَكَلُوا الرِّبَا، وَشَيَّدُوا البِنَاءَ، وَشَرَبُوا الْخُمُورَ، وَاتَّخَذُوا القَيَانَ، وَلَبِسُوا الْحَرِيْرَ، وَأَظْهَرُوا بَزَّةَ آلِ فِرْعَونَ، وَنَقَضُوا العَهْدَ، وَتَفَقَّهُوا لِغَيْرِ الدِّيْنَ، وَزَيِّنُوا الْمَسَاجِدَ، وَخَرَبُوا القُلُوبَ، وَقَطَعُوا الأَرْحَامَ، وَكَثُرَتْ القُرَّاءُ، وَقَلَّتْ الفُقَهَاءُ، وَعَطَلَتْ الْحُدُودُ، وَتَشَبَّهَ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ وَالنِّسَاءُ بِالرِّجَالِ، وَتَكَافَأَتْ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ، وَالنِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ، بَعَثَ اللهُ عَلَيْهِمُ الدَّجَّالَ، …

“Ibnu Abbas R.A berkata tentang Dajjal: Akan terjadi tanda-tanda kemunculannya, iaitu manusia tidak lagi menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berlakunya pembunuhan, manusia tidak lagi menghormati undang-undang, mereka memakan harta riba, berlumba-lumba membuat binaan, mereka meminum arak, mereka leka berhibur dengan muzik-muzik, orang-orang lelaki memakai sutera, mereka memperagakan penampilan firaun, manusia semakin suka melanggar perjanjian, mereka mendalami sesuatu ilmu bukan untuk agama, mereka menghiasi masjid (masjid tidak berfungsi), mereka merosakkan hati-hati, memutuskan hubungan kekeluargaan, bertambahnya orang yang hanya membaca semata-mata, berkurangnya orang-orang yang faqih, terabainya hukum hudud, terdapat penyerupaan di antara lelaki dan perempuan, berlakunya hubungan sejenis,… ketika inilah munculnya Dajjal”
Kebuluran dan pengkafiran
(1)     Antara yang menjadi tanda kemunculan Dajjal ialah muncul ketika berlakunya kebuluran yang sangat dahsyat;
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ البَاهِلِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ؛ قَالَ: خَطَبْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ أَكْثَرُ خُطْبَتِهِ حَدِيثًا حَدَّثْنَاهُ عَنْ الدَّجَّالِ وَحَذَّرْنَاهُ…. فَذَكَرَ الْحَدِيْثَ بِطَوْلِهِ، وَفِي آخِرِهِ : وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثُ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ، يُصِيْبُ النَّاسَ فِيْهَا جَوْعٌ شَدِيْدٌ، يَأْمُرُ اللهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الأُوْلَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ مَطْرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ ثُلُثَيِ نَبَاتِهَا، ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسَ مَطْرِهَا كُلَّهُ ، فَلاَ تُقْطَرُ قَطْرَةً، وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسَ نَبَاتِهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءً، فَلاَ تَبْقَى ذَاتَ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ، إِلاَّ مَا شَاءَ اللهُ

“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut tentang Dajjal, dan meminta kami berjaga-jaga… Lalu Baginda S.A.W menyebut dengan panjang lebar… di akhir ucapannya: Sesungguhnya sebelum kemunculan Dajjal, berlakunya keperitan selama 3 tahun. Manusia mengalami krisis kebuluran yang teruk. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama, supaya mengurangkan kadar hujan sebanyak satu pertiga, dan menyuruh bumi supaya mengurangkan hasilnya sebanyak satu pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun kedua pula untuk mengurangkan kadar hujan sebanyak dua pertiga pula, dan bumi diperintahkan supaya mengurangkan hasilnya sebanyak dua pertiga. Kemudian, Allah memerintahkan langit pada tahun ketiga supaya tidak menurunkan hujan langsung, maka tiadalah hujan walaupun setitik, dan bumi diperintahkan supaya tidak mengeluarkan hasilnya langsung, maka tidak tumbuhlah sebarang tumbuhan. Setelah itu, tiada lagi haiwan yang hidup, melainkan beberapa ekor yang dikehendakiNya.”
(an Nihayah Kathir: 1/44)
(2)     Selain daripada itu, Dajjal muncul apabila umat Islam saling mengkafirkan umat Islam yang lain;
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا ؛ قَالَ: « كُنَّا قُعُودًا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَذَكَرَ الفِتَنَ، … وَفِيْهِ .. ثُمَّ فِتْنَةُ الدُّهَيْمَاءِ ، لاَ تَدَعَ أَحَدًا مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ ؛ إِلاَّ لَطَمَتْهُ لُطْمَةً، فَإِذَا قِيْلَ : انْقَضَّتْ ؛ تَمَادَتْ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، حَتَّى يُصِيْرُ النَّاسُ إِلَى فُسْطَاطِيْنَ : فُسْطَاطٌ إِيْمَانٌ لاَ نِفَاقَ فِيْهِ ، وَفُسْطَاطٌ نِفَاقٌ لاَ إِيْمَانَ فِيْهِ ، فَإِذَا كَانَ ذَلِكُمْ ؛ فَانْتَظِرُوا الدَّجَّالَ مِنْ يَوْمِهِ أَوْ غَدِهِ

“Daripada Abdullah bin Umar R.A, beliau berkata: Satu hari, kami duduk bersama-sama Rasulullah S.A.W, lalu Baginda S.A.W menceritakan tentang fitnah akhir zaman… antara yang disebutkan ialah… Kemudian akan terjadinya fitnah bawah tanah yang tidak melepaskan seorang pun, melainkan mereka yang bernasib baik. Apabila fitnah tersebut cuba disekat, ia tetap berterusan, sehingga seorang yang beriman pada waktu pagi hari, menjadi kafir pada waktu petangnya. Ia berlanjutan sehinggalah manusia bertemu dengan dua golongan, lalu menghukum bahawa golongan ini semuanya beriman, dan golongan satu lagi dihukumkan dengan kafir kesemuanya. Maka, apabila berlaku peristiwa seperti ini, tunggulah ketibaan Dajjal, sama ada pada hari tersebut, atau pada keesokannya.”
(Sunan Abi Daud : 3704)
Pembebasan Istanbul
(1)     Berdasarkan hadis yang dinyatakan tadi, bahawa para Ulamak sepanjang zaman, termasuk dalam perhimpunan OIC telah menyatakan dengan jelas bahawa bukan semua syiah itu kafir.

Yang belum boleh dikafirkan ialah Syiah Imam 12, dan Syiah Zaidiyyah. Walau bagaimanapun ajaran mereka tetap dianggap tidak betul.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengkafirkan fahaman Wahhabi. Bimbang apa yang terjadi ini menjadi maksud Hadis Nabi S.A.W.

(2)     Selain itu, antara yang disebut oleh Nabi S.A.W, kemunculan Dajjal selepas Pembebasan Istanbul;
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الْمَلْحَمَةُ الكُبْرَى، وَفَتْحُ القَسْطَنْطِينِيَّةِ، وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِي سَبْعَةِ أَشْهُرٍ

“Nabi S.A.W bersabda: Berlakunya peperangan yang besar, pembebasan Istanbul dan kemunculan Dajjal, kesemuanya berlaku dalam tempoh 7 bulan berturut-turut.”
(Musnad Imam Ahmad: 21304)
(3)     Di dalam Hadis yang lain, mengatakan bahawa perbezaan waktu di antara Peperangan Besar (الملحمة الكبرى) dan Pembebasan Istanbul selama 6 tahun, dan kemunculan Dajjal pada tahun ke 7.

Hal ini diriwayatkan di dalam Kanzul Ummal, nombor 38754, Hadis Riwayat Abu Umamah al Bahili. Tetapi di dalam hadis ini menyebut ‘bulan’, bukannya tahun.

الملحمة الكبرى

(1)      Masih lagi menjadi tanda soal, apakah yang dimaksudkan dengan الملحمة الكبرى . Mungkin ia adalah Perang Dunia Ketiga, ataupun bukan. Banyak pandangan-pandangan dalam hal ini.

Ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa Perang Besar itu ialah pertembungan antara Umat Islam dan Rom. Bahkan istilah Rom itu sendiri masih diperselisihkan.

(2)     Ada yang beranggapan Rom itu Amerika sebagai kuasa besar, blok Barat. Ada yang menafsirkan Rom itu sebagai Russia kerana Kristian Ortodok.

Perang tersebut menyaksikan kemenangan Umat Islam, lalu Baginda S.A.W menyatakan bahawa Kostantinopel dibebaskan. Kostantinopel merupakan kubu terakhir Rom satu ketika dahulu.

Pernah dibuka oleh Sultan Muhammad al Fateh, setelah mana Umat Islam berperang dengan Rom sejak sekian lama. Ada kemungkinan juga hadis Nabi S.A.W itu ‘refer‘ kepada pembukaan di zaman al Fateh.

(3)     Namun, sehingga ke hari ini, Dajjal masih belum keluar. Wallahuaklam. Sebab itulah ada yang berpandangan bahawa Hadis itu bermaksud Kostantinopel yang kedua.

Di sana ada riwayat yang menyatakan bahawa Perang Besar itu antara Arab dan Rom. Manakala Sultan Muhammad al Fateh dan tenteranya berbangsa Turki.

Walau bagaimanapun, hakikat yang sebenarnya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Umat Islam dituntut untuk memahami dan bersedia dengan ujian yang lebih dahsyat.

Tasik Galilee
(1)     Selain itu, di dalam hadis-hadis yang lain ada yang menyebutkan tanda-tanda kemunculan Dajjal adalah keringnya Tasik Galilee berdasarkan Hadis yang saya nyatakan di awal tadi tentang Tamim ad-Dariy

Tasik Galilee lokasinya di antara Palestin dan Syria, yang mana ianya datang daripada Dataran Tinggi Golan yang berada di dalam Wilayah Syria.

(2)     Beberapa bulan lepas menyaksikan bagaimana tindakan Donald Trump mengisytiharkan Dataran Tinggi Golan adalah milik Israel.

Hal ini mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua belah pihak apatah lagi Donald Trump dilihat cuba memelihara kawasan tinggi tersebut kerana ia membekalkan air di Tasik Galilee.

(3)     Seolah-olah tindakan Donald Trump itu bagi memelihara survival Israel di Palestin, khususnya dari sudut bekalan air di kawasan genting tersebut.

Berkemungkinan sampai masanya, tasik kering itu akan kering, dan Dajjal akan keluar di saat itu dalam keadaan marah. Marah kerana proksi-proksinya tidak lagi boleh diharap.

Hal kemarahan Dajjal ini diungkapkan dalam beberapa riwayat, antaranya yang disebut oleh Al Barzanji di dalam kitabnya الاشاعة لأشراط الساعة :

إنما يخرج من غضبة يغضبها
Hadis kemarahan Dajjal ini juga diriwayatkan dalam Shahih Muslim dan Ibn Hibban daripada Saidatina Hafsah R.A.
Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 12/1/2020
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk Iran, sudi amerika
Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...

Bab 1

Derita Bangsal Buruk. Ini Juga Tanggungjawab PH.. Jangan Salahkan K'jaan Lama Lagi..


TIADA siapa menyangka bangsal buruk yang terletak jauh di dalam hutan di Kampung Bahagia di sini, dihuni empat beranak.
Bangsal yang berlantaikan tanah di bahagian dapur, dinding dan lantai berlubang serta bumbung banyak yang bocor dianggap ‘istana’ bagi Hafisah Kasim, 43, dan suami, Ibrahim Doni, 41, serta dua anak mereka, Norma Ibrahim, 10, dan Mohd Nasrullah, 7, berteduh sejak 10 tahun lalu.
Kedaifan mereka bukan hanya terzahir dari luaran kediaman, malah ia juga tidak dilengkapi bekalan air dan elektrik untuk menjalani kehidupan.
Mereka hanya menggunakan pelita sebagai sumber cahaya pada waktu malam hari, memasak dengan dapur kayu dan mengangkut air dari telaga yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

Hafisah berkata, asalnya rumah yang tidak berpintu dan daun tingkap itu adalah milik penduduk kampung dan selepas keluarga itu berpindah, mereka menetap di situ.
“Kami tidak mampu membaik pulih rumah ini, cukuplah ia mampu melindungi kami daripada hujan dan panas.
“Dalam keadaan rumah yang tidak sempurna, kami perlu berwaspada dengan haiwan berbisa kerana pernah dimasuki ular senduk dan lipan.
“Malah, saya sendiri pernah terkena sengatan (lipan),” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Terdahulu mereka dikunjungi kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, diwakili Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan makanan.
Kemiskinan hidup yang dialami mereka sekeluarga turut dipikul dua anak yang tidak mampu ke sekolah akibat kedaifan hidup.
 MALAM sekadar diterangi cahaya pelita.
Hafisah berkata, kehidupan mereka bergantung yang sepenuhnya kepada suami yang hanya bekerja kampung, menyebabkan impian dua anak itu dianggap mimpi di siang hari.
“Usahkan hendak bersekolah, makan minum seharian pun tidak menentu, jika ada wang dapatlah membeli lauk, kalau tidak kami makan nasi kosong.
“Suami hanya boleh bekerja di sekitar kampung sahaja kerana tidak mempunyai kenderaan, itu juga antara faktor anak tidak dapat bersekolah kerana sukar untuk berulang-alik,” katanya.
 TEMPAT memasak yang tidak sempurna.


Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mukim Mambong, Mohd Zain Abdul Rajib berkata, keluarga itu kerap menerima bantuan sama ada dari segi kewangan atau barang keperluan jika ada agihan yang dibuat.

“Permohonan mendapatkan rumah untuk mereka juga sudah diluluskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).
“Namun, pembinaannya belum dipastikan dan lokasinya agak jauh iaitu di Kampung Telekong memandangkan mereka tiada tanah sendiri.
“Dari segi bantuan lain seperti barang makanan dan kewangan, mereka tidak pernah dipinggirkan cuma kami hanya mampu memberi sekadar yang termampu dan apa yang diperuntukkan sahaja,” katanya.

Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...

Hasil carian imej untuk Iran, sudi amerika

Buku IH-128: Antara Iran-AS, “Saya tetap kembali kepada al-Qura...


Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails