Tuesday, May 07, 2019

PAS Alu-alukan Pelantikan Ketua Hakim Negara


PAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta mengalu-alukan perlantikan Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimum binti Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara, Malaysia yang baru.
PAS yakin pelantikan tersebut dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di atas merit berdasarkan pengetahuan yang tinggi, pengalaman yang luas serta kredibiliti Yang Amat Arif Dato’ Tengku Maimum binti Tuan Mat sepanjang beliau menggalas pelbagai tugas dan jawatan di dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan negara.
PAS juga menaruh keyakinan Y.A.A. sebagai Ketua Hakim Negara yang baru, mempunyai visi dan misi untuk mempertahankan kebebasan Badan Kehakiman berdasarkan konsep Pengasingan Kuasa (separation of power) serta menjamin keadilan ditegakkan berdasarkan sistem perundangan negara
PAS seterusnya meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan agar Y.A.A. Ketua Hakim Negara dapat menjamin Mahkamah memastikan supaya prinsipprinsip Islam sebagai Agama Persekutuan dapat direalisasikan dan diterjemahkan sebagai suatu cara hidup (way of life), bukan sekadar peruntukan perundangan yang terhad semata-mata. Ini adalah selaras dengan kedudukan Islam dan perundangannya sebagai agama sejagat dan telah terbukti menjamin keadilan untuk semua. Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS 

Bertarikh: 06 Mei 2019 – HARAKAHDAILY 6/5/2019

Ramadhan: Santuni 1,000 Umat Islam Di Kemboja. Mana PH?

MUSTAPHA AHMAD bersama dengan sebahagian daripada penduduk umat Islam di Kemboja ketika menyerahkan
MUSTAPHA AHMAD bersama dengan sebahagian daripada penduduk umat Islam di Kemboja ketika menyerahkan sumbangan keperluan harian sempena Ramadan tahun ini. - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 6 Mei - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa menyantuni lebih 1,000 golongan kurang bernasib baik termasuk fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal di beberapa kampung di Kemboja dengan menyumbangkan barangan keperluan harian sempena sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Dr. Mustapha Ahmad berkata, program tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menjalani ibadah puasa seperti mana insan lain.
Menurutnya, bantuan yang diberikan adalah berupa makanan harian seperti beras, tepung, gula, minyak masak serta makanan ringan.
“Setiap tahun saya akan merentasi perjalanan sejauh kira-kira 800 kilometer dan mengembara di beberapa kampung terpencil termasuk di Kampung Mondokiri, Kabai View Jamuan dan Kampung Steam serta Kampung Pak Phou di negara Kemboja bagi menyelami dan menghayati kesusahan dialami mereka.

MUSTAPHA AHMAD
MUSTAPHA AHMAD mengangkat beras untuk diberikan kepada penerima bantuan, Fatimah Mat dalam misi bantuan di Kemboja baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE 

“Dengan cara ini saya dapat berkongsi kesusahan serta menghayati realiti kehidupan golongan susah seperti mana dirasai mereka di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mustapha yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa awal tahun lalu berkata, selain bantuan keperluan harian, pihaknya juga telah menyediakan sebanyak 20 telaga di beberapa kampung Islam bagi membolehkan mereka mendapatkan bekalan air bersih.
“Ketika ini kawasan berkenaan mengalami musim kemarau sehingga menjejaskan penduduk untuk mendapatkan sumber air bersih. Oleh itu, kita turut menyediakan bantuan membina telaga bagi kegunaan penduduk setempat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana PH?
Lihat sebelum ini..

Ramadhan Bulan Tetamu Allah -Presiden PAS


FIRMAN Allah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185)
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, (kitab suci) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa (di bulan ini); dan sesiapa yang sakit (keuzuran) atau dalam musafir (masyaqqah), maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Sebenarnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah: 185)
Ketibaan Ramadan sangat menggembirakan orang yang beriman, kerana dipersilakan oleh Allah sendiri menjadi tetamu-Nya. Dilayannya dengan penuh hidangan makanan jasad, roh dan akal, melimpah pahala dan banyak fadilatnya.
Puasa ini adalah pembekal kekuatan jati diri bagi manusia bersifat makhluk yang pasti ada kelemahan, menyebabkan mereka sangat memerlukan hidayah (petunjuk) dan pertolongan daripada Tuhannya, bagi menambah kekuatan jasad dan roh, supaya benar-benar berkemampuan melaksanakan tugas tujuan mereka diciptakan Allah, iaitu beribadah (memperhambakan diri), berkhilafah (mentadbir dan memakmurkan bumi dengan mengurus isi kandungannya) dengan jati diri ilmu, akal dan pengalaman, serta menunaikan amanah (melaksanakan syariatnya) yang tidak ada kemampuan pada makhluk yang lain.
Maka dijanjikan ganjaran paling bahagia di alam akhirat yang kekal abadi sekiranya benar-benar mengikut hidayah Allah kerana mencapai kemuliaan dengan peranan diciptakan manusia.
Sebaliknya kalau melawan bermakna kalah di bawah penguasaan hawa nafsu dan menjadikan mereka itu lebih hina daripada binatang yang tidak berakal, kerana manusia itu diciptakan makanan bagi jasad dan roh untuk hidup dan melaksanakan tugasnya mengikut tujuan mereka diciptakan, bukanlah hidupnya untuk makan dan dimakan.
Firman Allah:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179)
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (perasaan berpandukan akal), tetapi mereka tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti ketuhanan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak (yang bernafsu dan tidak berakal), bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raaf: 179)
Pada bulan Ramadan manusia ditarbiah dengan hidangan makanan jasad dan roh, apabila diwajibkan beribadat yang dinamakan siyam (puasa) dengan rukun menahan diri daripada makan, minum dan hawa nafsu pada waktu siang hari dengan ikhlas kerana Allah.
Disunatkan makan bersahur (sebelum subuh) dan iftar (makan berbuka) apabila masuk waktu malam Maghrib. Ibadat yang diiringi dengan makan yang berkat dan ketahanan yang kuat.
Ibadah puasa wajib hanya sebulan dalam setahun meliputi jasad, roh dan akal, secara khusus menahan diri daripada masuknya makanan dan minuman ke dalam jasad pada waktu siang hari sementara waktu, menahan hawa nafsu yang ada pada rasa hatinya, merehatkan jasadnya yang bekerja sepanjang masa setahun, dengan niat ikhlas kerana Allah Tuhan Pencipta dirinya dan segala rezekinya yang menunjukkan perkara yang terbaik bagi diri manusia itu sendiri. Walaupun yang dilarang pada waktu siang hari itu semuanya menjadi tabiat semula jadi dan rukun hidupnya.
Hasil ibadah puasa adalah meningkatkan sifat taqwa yang menjadi Maqasid Syariah yang ditegaskan dengan nyata oleh Allah, dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut kemampuan makhluknya. Adapun yang tidak berkemampuan tidak dipaksa, tetapi digantikan dengan puasa pada hari dan bulan lain apabila ada kemampuannya. Kalau tidak mampu juga hendaklah membayar fidyah (sumbangan) kepada saudara yang memerlukan pertolongan.
Adapun ibadah lain yang biasa dilakukan ditambah pahalanya pada bulan Ramadan. Ditambah pula dengan kelebihan ibadat sunat (yang tidak wajib), sama ada bersifat roh, jasad dan harta.
Ramadan juga melatih menjadi orang yang bersyukur apabila berbuka, setelah bersabar ketika berpuasa. Mengawal diri apabila makan tidak rakus setelah sangat lapar dan berhemat berbelanja menyediakan makanan walaupun terlalu berselera sebelum berbuka.
Orang yang tidak pernah lapar tidak menyedari nikmat kenyang, begitulah orang yang tidak pernah susah tidak menyedari nikmat kesenangan. Semuanya adalah hikmah bagi seseorang yang beriman dan budiman, kerana dia bersyukur apabila sihat dan senang serta bersabar apabila sakit dan susah. Semua perkara tersebut adalah tersirat dalam ibadah puasa.
Rasulullah S.A.W. paling pemurah pada bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan lain, kerana mengajar diri tidak bakhil walaupun terlalu sayangkan makanan dan minuman ketika lapar. Begitulah ketika susah sayangkan hartanya, tetapi tetap tidak lupa membantu sesama manusia yang susah dalam semua keadaan.
Pada waktu malamnya ditambah sembahyang terawih, bertahajud dan berwitir. Digalakkan juga bertadarus Al-Quran melatih bacaan dan cuba memahaminya bagi menambahkan kefahaman dan kesedaran diri sendiri dan masyarakat.
Allah pula mengurniakan satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan, dinamakan Lailah Al-Qadar yang dirahsiakan supaya dicari dan dikejar bagi mendapat kelebihannya dengan cara beribadat pada setiap malam yang pasti berbetulan dengan salah satu daripadanya, bukan menunggu berlakunya perkara luar biasa. Maka tiada kelebihan kepada mereka yang mengintai perkara luar biasa tanpa ibadatnya. Adapun yang memakmurkan setiap malam pasti bertemu dengan salah satu daripadanya walaupun dia tidak melihat apa-apa tanda luar biasa.
Allah memilih banyak peristiwa berlaku pada bulan Ramadan. Bermula daripada menjadi pilihan-Nya pada bulan mulia ini diturunkan Al-Quran ke langit dunia sebelum diwahyukan dengan sebab-sebab yang berlaku, jawapan kepada persoalan dan masalah, iktibar dan pengajaran, rukun-rukun dan asas-asas penting ajaran Islam dalam masa beberapa tahun sehingga disempurnakan sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. Bahkan diriwayatkan juga bahawa pada bulan mulia ini juga diturunkan kitab-kitab suci zaman dahulu.
Hikmahnya supaya firman dan petunjuk Allah ini adalah terpenting bagi manusia menerimanya secara iman dan ta’abbud yang terserlah daripada ibadah puasa yang diamalkan secara menyerah diri kepada Allah, berpandukan firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا (36)
“Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan-apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzaab: 36)
Banyak peristiwa kemenangan Islam yang bersejarah berlaku pada bulan Ramadan yang berkat ini. Antaranya adalah kemenangan Perang Badar dan Fathu Makkah pada zaman Rasulullah S.A.W. Peristiwa 'Amuriyyah kemenangan tentera Islam pada zaman Khalifah Al-Muktasim Al-‘Abbasi kerana membela seorang muslimah yang dihina oleh musuh Islam. Kemenangan ‘Ain Jalut mengalahkan bala tentera kaum Tatar yang paling ganas menghancurkan Baghdad, suatu yang dianggap mustahil kerana lemahnya iman. Kemenangan Hittin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib sehingga berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis dan Masjid Al-Aqsa yang dirampas selama satu abad.
Semua kemenangan itu berbekalkan kekuatan iman, dan persediaan sekadar kemampuan dengan strategi yang bijak sehingga dengan pertolongan Allah dapat mengalahkan musuh yang lebih besar jumlahnya dan banyak senjatanya.
Demikianlah banyak kelebihan dan pengajaran Ramadan dalam membentuk jati diri muslim dan membawa umat kepada kemenangan bersama Islam dengan syarat beristiqamah dalam akidah Islam, amalan syariatnya dan akhlak mulia bercahayakan hidayah.
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 
Bertarikh: 1 Ramadan 1440 / 6 Mei 2019 - HARAKAHDAILY 6/5/2019



Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Malam Ola Bola Sambut Ramadhan. Industri Hancurkan Akhlak Remaja!



HALAMAN HIBURAN
Malam kemenangan Ola Bola
NAMPAKNYA rezeki dan tuah ternyata berpihak pada pementasan Ola Bola The Musical yang membawa pulang lapan anugerah pada majlis Boh Cameronian (BCAA) ke-16, Ahad lalu.
Berlangsung di Hotel Pavilion Kuala Lumpur, teater muzikal Ola Bola diangkat sebagai salah sebuah daripada empat pemenang naskhah terbaik 2018.
Selain Ola Bola, tiga naskhah muzikal lain yang memenangi kategori itu adalah American Tapestry terbitan Philharmonic Winds of Malaysia, Dear Molly (Greenhopper Theatre) dan Eight Twelve (Eight Twelve).
Antara kemenangan besar yang diraih oleh teater terbitan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. itu termasuk Persembahan Terbaik Teater Muzikal, Pelakon Utama Terbaik (Brian Chan), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Pencahayaan Terbaik, Skor Terbaik dan Koreografer Terbaik.
Bertepatan dengan jangkaan ramai, Tiara Jacquelina sendiri turut pulang dengan senyuman apabila merangkul Anugerah Pengarah Terbaik menerusi naskhah tersebut.
Untuk pengetahuan, naskhah muzikal itu pernah dipentaskan sebanyak dua kali di Istana Budaya iaitu pada Februari 2018 dan Februari tahun ini.
Ola Bola adalah naskhah yang paling banyak menerima pencalonan iaitu 10 kategori pada malam tersebut.
Tidak sekadar menghargai teater muzikal, anugerah ini juga mengangkat cabang teater (tradisional) dengan mengangkat Jonathan Chew bagi kategori Pelakon Utama Terbaik menerusi naskhah The Bee By Hideku Noda & Colin Teevan.
Sementara Pengarah Terbaik pula menyaksikan kemenangan diraih oleh Chang Wei Loy menerusi pementasan teater Hoong Siamang Hooong.
Anugerah BOH Cameronian ke-16 yang mengangkat tema Mulanya Di Sini menyaksikan sebanyak 32 pencalonan dipertandingkan. Antara naskhah lain yang turut tercalon adalah Madame Butterfly, The Edge, Company dan Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik.
Pada malam penganugerahan tersebut, penyanyi Zee Avi dan tokoh seni tarian terkenal, Profesor Dr. Joseph Gonzales diangkat sebagai Gamechangers.
Mereka adalah ikon yang telah membawa nama Malaysia ke peringkat luar dalam dunia seni.
Setiap tahun Anugerah BOH Cameronian turut mempertandingkan empat cabang seni iaitu teater muzikal, teater (tradisional) tarian dan muzik.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk acara Malam kemenangan Ola Bola
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah antara siri-siri yang memainkan peranan menghancurkan akhlak remaja Malaysia, supaya terpesung dari ajaran mana-mana agama yang membawa kepada kebaikan... Terutamanya Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia.
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

Monday, May 06, 2019

Kem. Kewangan Adalah Cina. Apa Cina? Bodoh...

DAIM ZAINUDDIN

Terlalu ramai orang bodoh di sekeliling - Tun Daim
KUALA LUMPUR 6 Mei - Ramai terpengaruh dengan isu berkaitan agama dan perkauman yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, tindakan pembangkang itu memang telah dijangka, justeru beliau berharap supaya orang Melayu khususnya berfikir secara rasional dan bukannya terpengaruh dengan isu-isu sedemikian.
Kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, hal ini berikutan sokongan orang Melayu itu sudah berpecah kepada lima haluan antara Pas, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelasnya, antara isu bersifat perkauman yang dibangkitkan adalah Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh menterinya, Lim Guan Eng dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
“Siapa mencuri duit? Kamu masih mahu mereka (Kerajaan Najib)? Kamu boleh memilikinya. Kementerian Kewangan beli (aset-aset Tabung Haji) RM19 bilion. Kamu tidak gembira? Sesuatu tidak betul.
“Oh, (UMNO dakwa) Kementerian Kewangan adalah Cina. Apa Cina? Ini Kerajaan Pakatan Harapan. Kamu perlu fikir secara rasional.
“Hanya orang bodoh yang percaya perkara-perkara sedemikian dan saya cakap terlalu ramai orang bodoh di sekeliling,” katanya dalam wawancara bersama This Week in Asia oleh South China Morning Post, Khamis lalu. - UTUSAN ONLINE

DAP Bukan Parti Rakyat M'sia 'tulen', Tetapi 'tuli'.. Jauh Dari Kenyataan.



Ketepi Melayu-Islam, DAP parti rakyat M'sia tulen? -DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

TERGELAK seketika saya bila mendengar perisytiharan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam ucapan beliau pada Persidangan Kebangsaan DAP di IDCC Shah Alam semalam bahawa “DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen”.

Kalau betul DAP adalah wajah parti rakyat Malaysia yang tulen, mengapa pula:

(1)    Semua 7 Ahli Dewan Negara DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(2)    Semua 41 daripada 42 Ahli Dewan Rakyat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(3)    Semua 103 daripada 109 Ahli Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(4)    Semua 2 Speaker Dewan Undangan Negeri DAP dan 2 Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(5)    Semua 6 Menteri dan 6 daripada 7 Timbalan Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(6)    Duta Besar DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(7)    Semua 1 Ketua Menteri dan 1 Timbalan Ketua Menteri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(8)    Semua 2 Menteri dan 2 Pembantu Menteri DAP di Sabah adalah bukan Melayu bukan Islam?
(9)    Semua 26 daripada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(10)    Semua 29 daripada 31 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP adalah bukan Melayu bukan Islam?
(11)    Semua 21 daripada 24 Ahli Jawatankuasa DAPSY 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(12)    Semua 16 daripada 19 Ahli Jawatankuasa Wanita DAP 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(13)    Semua 21 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sabah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(14)    Semua 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sarawak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(15)    Semua 19 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perlis 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(16)    Semua 17 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Negeri Sembilan 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(17)    Semua 15 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Kedah 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(18)    Semua 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Perak 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(19)    Semua 19 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Melaka 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(20)    Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(21)    Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(22)    Semua 18 daripada 20 Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(23)    Semua 17 daripada 18 Ahli Jawatankuasa DAP Kuala Lumpur 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?
(24)    Semua 14 daripada 16 Ahli Jawatankuasa DAP Pahang 2018-2020 adalah bukan Melayu bukan Islam?

Wajah parti rakyat Malaysia yang tulenkah bila Melayu Islam diketepi?

Dan tahukah Lim Guan Eng apa maksud 'tulen' dan apa maksud 'palsu'? 
- HARAKAHDAILY 6/5/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat kenyataan Dr Kamarul Zaman diatas, kesimpulannya, wajah DAP bukan parti rakyat Malaysia 'tulen', tetapi parti rakyat Malaysia yang degil dan 'tuli'.. jauh dari kenyataan.

Sri Lanka Usir 200 Pendakwah Islam.



SRI Lanka mengusir lebih 600 warga asing, termasuk 200 pendakwah dan ulama Islam sejak serangan bom yang mengorbankan 257 orang.


AFP melaporkan, menurut Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena, ulama dan guru agama terbabit memasuki Sri Lanka secara sah namun operasi keselamatan sejak serangan bom berkenaan mendapati mereka tinggal melebihi tempoh menyebabkan denda dikenakan sebelum diusir.

“Berikutan keadaan semasa dalam negara, kami mengkaji semula sistem visa dan mengambil keputusan memperketat permohonan visa untuk guru agama.
“Daripada keseluruhan yang diusir, 200 adalah pendakwah Islam,” katanya.

Beliau tidak menyatakan warga negara mereka yang diusir itu namun menurut polis, ramai rakyat asing yang tinggal melebihi tempoh itu dari Bangladesh, India, Maldives dan Pakistan.
“Ada institusi agama yang mempunyai pendakwah asing sejak beberapa dekad lalu. Kami tiada masalah dengan mereka, namun banyak pertubuhan agama muncul kebelakangan ini,” kata Abeywardena.
Sementara itu, BBC melaporkan pihak berkuasa mengarahkan semua penduduk menyerahkan pedang, parang dan pisau besar.
Menurut polis, pisau untuk kegunaan harian tidak termasuk dalam arahan itu yang memerlukan semua orang menyerahkan senjata terbabit dalam masa dua hari, mulai kelmarin.
Dalam operasi keselamatan sejak serangan bom itu, pasukan keselamatan merampas ratusan senjata pelbagai jenis.
Selain senjata tajam terbabit, jurucakap polis, Ruwan Gunasekara, juga mengarahkan mereka yang mempunyai pakaian seragam polis atau celoreng tentera supaya menyerahkannya di balai polis berdekatan. (Agensi)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails