Sunday, September 25, 2016

Sejarah Fitnah Dalam Politik Islam. -Kuliah Jumaat Abd Hadi 16 Sept 2016

Hasil carian imej untuk perang dalam sejarah islam

Video -03/37: Kuliah Jumaat 14 Zulhijjah 1437 / 16 September 2016
Kuliah Jumaat di Masjid di Rusila, Terengganu.

Ikutilah seterusnya..

Saturday, September 24, 2016

RUU 355: Siapa Mengaku MP Muslim, Tapi Menentang Usul Ini?

Hasil carian imej untuk parlimen malaysia
PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang April lalu ditangguh dengan usul Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai usul meminda had hukuman dalam Akta Mahkamah Syariah yang popular dengan terma RUU 355.
Usul ini hanya dibentang pada penghujung sidang lalu, dan diputuskan akan didebatkan pada sidang dua minggu lagi.
RUU 355 melalui pelbagai siri debat selepas diusulkan Abdul Hadi yang juga Presiden PAS. Sudah pasti DAP menjuarai isu ini kerana sentimen parti itu sentiasa negatif terhadap apa saja yang berkaitan dengan Islam dan Bumiputera.

RUU 355 diseret sebagai bayangan Akta Hudud. Pada hal, tahun 1987, Akta Mahkamah Syariah 1967 ini pernah dipinda. Pindaan 1987 menjadikan akta ini terkenal dengan angka 355.
Definisi angka ini berkait dengan had kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5 ribu dan sebat tidak lebih lima rotan.
Tiada sebarang perubahan mengenai jenis kesalahan. Akta Mahkamah Syariah tetap hanya bagi isu Zina, Qisas (Fitnah zina) dan arak.
Itu saja jenis jenayah dan had hukuman yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. RUU 355 tidak menambah bidang kuasa kes jenayah.
Cuma menambah had hukuman bagi memastikan jumlah denda, tempoh penjara dan sebatan ditambah bagi memastikan ia relevan dalam usaha pencegahan.

Rang-Undang-undang-355
Kini secara identifikasi, terdapat 135 Ahli Parlimen Islam akan berdepan dengan usul meluluskan RUU 355. Sejumlah 86 MP UMNO, 15 PAS dan 6 PAN. Bakinya dari PKR, Parti Komponen BN Sarawak dan satu MP DAP Bukit Bendera, Zairil Johari.
Namun 135 MP Muslim tidak berada dalam satu blok pukal bagi menjamin usul ini lulus dengan minimum 112 undi majoriti mudah.
UMNO dan PAS nampak solid bersatu dalam isu ini. Cuma PAN walaupun sudah menyatakan secara terbuka akan menyokong, namun hubungan PAN sebagai sekutu Dap menjadikan apa saja boleh berubah pada hari pengundian.
PKR belum menyatakan pandangan. Pada masa sama MP PKR beragama Islam tidak menyuarakan penentangan di luar Parlimen setakat ini.
Solidariti MP Islam di Parlimen bakal diuji melalui usul ini. Sama ada 135 MP Muslim relatif mahu melaksanakan tanggung jawab terhadap agama, atau kekal mengikat diri dengan ideologi parti.
Semua ini akan terjawab pada Sidang Parlimen bermula 5 Oktober ini.
Sekiranya pindaan RUU 355 berjaya dilaksanakan, ia menghantar isyarat solidariti ummah memang wujud di parlimen. Sekiranya gagal, anggaplah tidak semua 135 MP Muslim memiliku semangat cintakan Islam. (IH)

Setuju! PAS Tanding Lebih 2/3 (45 DUN), Untuk Sedia Kuasai S'gor .

 KL: Weblog Ibnu  Hasyim bersetuju cadangan PAS Selangor, apabila PAS mula menghantar isyarat bahawa parti itu tidak lagi mahu dilihat sebagai ‘kuda tunggang’ kepada PKR dan DAP dalam kerajaan Selangor, dengan menawarkan diri untuk bertanding di 45 kerusi Dun di negeri itu, seandainya pilihan raya diadakan.


Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, membayangkan bahawa partinya telah bersiap sedia untuk bertanding di lebih dua pertiga daripada kerusi Dun negeri itu, menggambarkan kesediaan partinya untuk menguasai pentadbiran kerajaan Selangor.
Malah tidak mustahil seandainya Pas mampu memenangi lebih banyak kerusi Dun, parti itu akan bergerak sendirian tanpa lagi dibayangi oleh pengaruh DAP dan PKR, selain mampu mengekang pengaruh Parti Amanah Negara (PAN) di Selangor.
Kesudiaan Pas bertanding di lebih banyak kerusi juga dilihat sebagai petanda bahawa Pas kini bersedia untuk menerajui kerajaan Selangor dan selain turut mengejar jawatan Menteri Besar.
Walau bagaimanapun, keputusan Pas untuk bertanding di 45 kerusi Dun itu dianggap sebagai mustahil memandangkan cadangan tersebut pasti dibantah DAP dan PKR demi menjaga kepentingan politik masing-masing.


Editor Weblog Ibnu Hasyim


"Kita perlu bersetuju begitu bukan bererti ingin memberi laluan kepada kemengangn BN Selangor, tetapi sebagai mengelak dari tindakan memperalatkan PAS oleh rakan-rakan sesama pembangkang." Menurut weblog Ibnu Hasyim lagi. (IH)

Tahniah Fitriyana! Kagum Akhlak Muslimah, Gadis Ini Pilih Islam..

Kagum Akhlak Muslimah, Gadis NTT Masuk Islam di Malaysia 
BALIK PULAU: Muhammad Fadhil, anggota Badan Koordinasi Mubaligh Indonesia (BAKOMUBIN)  DPW Aceh baru-baru ini mensyahadatkan Riyana (19), gadis asal Timur Leste di Surau Al-mubarrak, Kampung Baru Sungai Ara, Pulau Pinang.

Gadis Asal Nusa Tenggara Timur (NTT) mengucapkan dua kalimat syahadat pada hari Khamis (22/09/2016) dan berganti nama dengan  Fitriyana.

Dalam upacara pensyahadatan turut dihadiri oleh tokoh agama dan tokoh masyarakat setempat berserta 70 jamaah lebih yang ikut menyaksikan dan turut bahagia dengan bertambahnya saudara seiman dan seakidah.


Sebelum memeluk Islam, agama Riyana adalah Kristen Protestan. Menurut pengakuannya sudah lama ingin masuk Islam kerana kagum dengan akhlak kawan-kawan Muslimah yang dikenalnya selama ini.


Namun niat mulia itu baru wujud ketika dia berhijrah ke Malaysia untuk mencari kerja. Selain itu, alasan lain yang membuatnya tertunda memeluk Islam di NTT kerana takut dipencilkan oleh keluarga dan kawan-kawan.


[IH/kiriman Mustafa Husen Woyla (Aceh)]

Ini, Wanita Melayu Murtad, Apa Nak Heran, Kerana Tak Wujud Negara Islam Sebenar..


Sharifah Farl, Wanita Melayu Bangga Mengaku Murtad
BLOG Mynewshub mendedahkan yang empunya nama Facebook, Sharifah Farl tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman sosial. 

Semuanya bermula selepas wanita itu memuat naik status memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang dikebumikan di California, Amerika Syarikat. 

Dalam status itu, Sharifah atau lebih mesra membahasakan diri sebagai Lea berkata, allahyarham mahu dikebumikan di sana kerana mahu merasa tanah sejuk yang disifatkannya tempat kafir.

Sharifah Farl, Wanita Melayu Bangga Mengaku Murtad
“Napa tinggal amanat tanam kat tempat sana. Ka nak merasa duk tanah sejuk, Letih duk tanah panas kan selama ni.
“Tak sedar ke dia ni tempat kapir tok haji,” tulisnya dalam status di akaun Facebook miliknya.
Dek keceluparan mulutnya juga itu, laman Facebooknya itu tiba-tiba dikunjungi netizen ramai.
Bagaimanapun, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu penemuan apabila profile Facebooknya tertera menjelaskan dia adalah Melayu Kristian atau pendek kata ‘murtad’.

Sharifah Farl, Wanita Melayu Bangga Mengaku Murtad
Sharifah Farl, Wanita Melayu Bangga Mengaku Murtad
Menerusi posting-posting yang dimuat naik, wanita ini tanpa segan silu menyatakan rasa bangga dan gembiranya setelah murtad.
Berikutan pendedahannya itu, dia juga dihujani dengan pelbagai kritikan dan tidak kurang juga yang menasihatinya supaya bertaubat.
Dalam pada itu, setelah kami ‘gali’ maklumat mengenai wanita ini. Kisah Lea rupa-rupanya pernah disiarkan akhbar Berita Harian sekitar Mei lalu.
Menerusi temu bual bersama wanita itu, Lea memberitahu, dia telah murtad sejak setahun lalu.
Menurut Lea, dia kini telah berhijrah ke Melbourne, Australia, bersama-sama suami dan anak-anaknya setelah mendapat ancaman dari keluarga, rakan-rakan serta masyarakat.
Ditanya mengapa memilih untuk murtad, Lea mendakwa kerana membenci orang munafik yang menggunakan agama.
“Impian saya dulu nak jadi ustazah. Tapi silap orang tua saya, dia orang halang impian saya hanya kerana manusia bernama Melayu yang penuh hasad dengki.
“Saya pergi sekolah dan kelas mengaji macam budak biasa, tapi masa umur saya 15 tahun, saya beberapa kali diraba tok guru lelaki tempat saya mengaji al-Quran.
“Sehingga kini, hanya suami dan kawan rapat saya saja tahu. Saya antara yang diminta tok guru bantu dia mengajar adik-adik lain membaca al-quran.
“Ditambah pulak dengan Muslim yang sekarang tak mengamalkan cara hidup Islam pun. Saya faham tu impian saya sangat besar dulu,” katanya.
Sementara itu, dalam akhbar tersebut turut melaporkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sudah pun membuat laporan polis dengan mendakwa wanita itu menghina Islam.

Lapor Mynewshub.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Selagi tidak wujud sebuah negara Islam sebenar yang merdeka dan berdaulat mengamalkan perundangan Islam, selagi itu masalah 'murtad' tidak dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Jangan fikirkan masalah Melayu saja, masalah Islam lebih penting seperti nyawa sendiri. (IH)

Friday, September 23, 2016

Siapa Kumpulan Islam? -Kuliah Jumaat Abd Hadi 23 Sept 2016


Hasil carian imej untuk masjid Rusila

 Video -02/37: KULIAH JUMAAT 21 ZULHIJJAH 1437 / 23 SEPTEMBER 2016

Ikutilah seterusnya..

Belut Sedang Dikirim, Pengedar-pengedar Dipelawa..



CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM, Batubara 5 

RAMAI menelefon saya, mana belut yang dijanjikan seperti dalam catatan perjalanan Batubara sebelum ini. Lihat Ke Arah Usahaternak Belut, Sumatera-M'sia.. 

Janji orang itu dulu, "Dua minggu dari tarikh sekarang, aku akan kirim segera ikan belut itu ke Malaysia tiap minggu. Mungkin awalnya tidak cukup 1 ton, tetapi akan tercapai pada pengiriman seterusnya. 

"Kalau perkara ini berjalan lancar, aku akan langsung realisasikan penternakan atau budidaya belut seperti yang tertera dalam kertaskerja berkonsep '1 keluarga 10 kolam ternak' tersebut, di tempatku Batubara ini sendiri. Aku akan pastikan kiriman barang tidak putus, bahkan terus bertambah. Insya Allah!" Janjinya.

Memang janji senang, tetapi proses pengirimannya agak lewat sikit. Ini gambar-gambar yang dikirimnya kepada saya dan proses penghantaran sedang berjalan. Insya Allah akan beres, tiada apa-apa halangan.




Mungkin ada di antara yang menelefon itu adalah peniaga-peniaga atau pengusaha restoren, maka boleh kita runding balik bila sudah ada. Begitu juga kepada petani-petani yang ingin mengusahakan belut atau yang ingin memasarkan belut ternakan atau carian mereka, boleh kita rundingkan.

Di bawah ini antara masakan yang diperbuat dari ikan belut. Sedap!!

Hasil carian imej untuk masakan belut

Hasil carian imej untuk masakan belut

Hasil carian imej untuk masakan belut

Hasil carian imej untuk masakan belut

Hasil carian imej untuk masakan belut

Masakan belut goreng berempah

Ramai pula yang bertanya apa khasiat belut, terutama bagi lelaki.. Ha, mungkin ramai yang nak tahu.. Ini, sedikit saringan dari tulisan dan perbincangan saya dengan pakar-pakar perubatan..


Fakta Belut

Belut merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea. Tidak hairanlah dikatakan mengapa jangka hayat warga Jepun antara yang tertinggi di dunia.

Secara keseluruhan, dalam daging belut terkandung kebaikan yang banyak, di antaranya termasuk kolesterol, sodium, protein, air, kalories tinggi, asid lemak tak tepu Omega-3, Asid lemak tak tepu Total Omega-6, Vitamin A, C, E (Alpha Tocopherol), Thiamin, Riboflavin, Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12, Pantothenic Acid, Choline, Kalcium, Zat besi, magnesium, fosfor , potassium, sodium, Zinc, Mangan, dan Selenium. 

Sumber khasiat sebegini hanya boleh didapai pada seekor belut yang seberat hanya 204 gram saja.

Hasil carian imej untuk khasiat tersembunyi lelaki

Ada Khasiat tersembunyi pula...

Banyak kepercayaan yang menyebutkan bahawa belut merupakan makanan stamina lelaki yang mampu meningkatkan daya seksual. Dari segi kesihatan, ia dikatakan mampu menjaga daya tahan tubuh kita, terutamanya pada saat musim panas. 

Belut tidak mengandung gula dan rendah sodium, namun tinggi fosfor, kaya dengan vitamin yang diperlukan tubuh secara umum. Mengonsumsi belut mampu meningkatkan kolesterol baik, dalam tubuh dan mengurangi tekanan darah, juga mengurangi risiko arthritis.

Ada lagi khasiatnya..

Belut juga bermanfaat untuk penglihatan, perkembangan fungsi saraf pusat, menormalkan tekanan darah di otak. Dan, beberapa penelitian menjelaskan kehebatan belut untuk mengurangi risiko diabetes jenis 2. Dengan kandungan omega 3, belut menjadi sumber makanan yang mampu menghalang peningkatan kadar gluokos dalam badan, seterusnya mengelak daripada timbulnya penyakit kencing manis.

Belut juga mampu memberi kesihatan kepada jantung kita. Ini termasuk mengurangkan risiko sakit jantung seperti mengelak berlakunya penyempitan pembuluh jantung, sehingga orang Jepun menciptakan kapsul suplemen makanan dari belut dikhaskan untuk menjaga kesihatan jantung.

Kapsul-kapsul ekstrak daripada belut telah dikomersialkan menjadikan suplimen makanan sebagai sumber tenaga dan stamina. Sehinggakan di Korea, mereka menyamakan gingseng dengan belut sebagai sumber stamina. 

Sementara di England pula, belut telah menjadi makanan tradisional terutama bagi mereka yang tinggal di London timur. Di Malaysia, Indonesia dan Thailand belut bukan saja dicari atau dipancing secara tradisi, malah ianya telah dijadikan ternakan komersial. 

Faktor-faktor kesihatan sebegini menjadikan belut sebagai makan kegemaran ramai yang inginkan kelainan dan sudah tentu baik untuk kesihatan diri.

Sekian, bersambung.

Ibnu Hasyim, Catatan Perjalanan Batu Bara 5.
ibnuhasyim@gmail.com 
KL.23 Sept 2016

Kepada sesiapa yang ingin maklumat mengenai penternakan, pemasaran, penjualan dan pembelian belut boleh hubungi..

Ibnu Hasyim semasa di Hospital Ampang Selangor.

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel 014 222 5865 (KL)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-110: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
Perjalanan & Kekaguman Batubara, Medan.

E-Buku IH-110:  Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails