Monday, July 06, 2015

Najib Dicabar, Ambil Tindakan Mahkamah Ke Atas WSJ Atau Undur Diri Bolehkan Siasatan.. (84)

Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya dakwaan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umum dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran. Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan. Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. - 5 Julai, 2015.

Sunday, July 05, 2015

Aminah Assilmi, Pengalaman Dari Kristian Radikal Menjadi Muslimah Berpengaruh.

 
Satu Dari 500 Muslim Paling Berpengaruh Di dunia.

BERMULA dari kesalahan data komputer, hidup perempuan bijak ini berubah total dari seorang penganut Kristian Baptis yang taat dan seorang feminis yang radikal, menjadi seorang muslimah dan salah satu tokoh cendekiawan Muslim di AS.
 
Selama 33 tahun menjadi seorang Muslim, ia aktif berdakwah, dijemput sebagai penceramah, menulis dan memberikan advokasi di bidang keIslaman dan hak-hak wanita. Dunia antarabangsa mengenal dan menghormati beliau sehingga baru-baru ini ia terpilih sebagai satu daripada 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. (lihat gambar)
 
Biodata
 
Namanya Aminah Assilmi. Usianya 65 tahun. Namun nama itu kini menjadi kenangan, kerana Allah swt telah memanggilnya pada tarikh 5 Mac 2010. Aminah meninggal dunia selepas pukul 03.00 dinihari waktu setempat, akibat kemalangan kereta di berhampiran Newport, selepas memberikan ceramah di New York.
 
Jabatan terakhirnya sampai ia menghembuskan nafas yang terakhir adalah Presiden International Union of Muslim Women. Meski telah tiada, kisah keislaman dan dakwah sosok perempuan yang aktif di masyarakat dan dikenali sebagai cendikiawan Islam dengan level antarabangsa menjadi inspirasi banyak orang.
 
Bila Hidayah Itu Datang
 
Sebelum masuk Islam, Aminah dilahirkan dari keluarga Kristian Baptis di wilayah Selatan AS. Sebagai perempuan, Aminah mempunyai kecerdasan diatas rata-rata gadis seusianya. Dia selalu mendapat nilai sempurna di sekolah, mendapat biasiswa semasa kuliah dan sejak menjadi menjadi mahasiswi, ia sudah menguruskan perniagaan sendiri, bersaing dengan para profesional dan meraih beberapa anugerah.
 
Ia juga menjadi aktivis perempuan yang menganut feminisme dan bekerja sebagai wartawan media elektronik.
 
Suatu Hari Pada 1975
 
Suatu hari pada tahun 1975, Aminah menggunakan komputer untuk mendaftarkan diri ke sebuah perguruan tinggi. Masa itu baru pertamakalinya komputer digunakan untuk pendaftaran di perguruan tinggi tersebut. Sementara ia menunggu hasil pra-pendaftaran untuk jurusan Pelancongan, Aminah pergi ke Oklahoma untuk mengurus perniagaannya. Kerana sesuatu hal, kepulangannya ditangguhkan, ia baru kembali ke perguruan tinggi tempat ia mendaftarkan diri dua minggu ketika perkualiahan sudah bermula.
 
Betapa terkejutnya Aminah, kerana komputer salah mengolah datanya dan nama Aminah masuk ke jurusan Teater. Jurusan yang mengharuskannya tampil di depan orang ramai. Sebagai gadis yang cenderung pemalu asalnya, Aminah gundah memikirkan dirinya harus tampil di depan orang ramai. Ia tidak boleh membatalkan perkuliahannya, kerana sudah terlalu lewat untuk mengurus kesalahan kompouter itu.
 
Ia tidak mahu gagal kerana ia menerima biasiswa. Nilai "F" di mata kuliah, akan mengganggu pemberian biasiswanya. Atas nasihat suaminya, Aminah menemui pensyarahnya membicarakan alternatif untuk tampil, seperti persiapan pakaian dan lain sebagainya. Dosennya itu berjanji untuk membantu dan Aminah datang ke kelas selanjutnya yang membuat ia syok dengan apa yang ia saksikan.
 
Kelas itu penuh dengan orang-orang Arab, yang oleh Aminah digelar "para joki unta". Aminah terus pulang ke rumah dan memutuskan untuk tidak kuliah lagi. Ia tidak mau berada di tengah orang-orang Arab.
 
"Aku tidak mahu duduk dalam satu bilik yang penuh dengan orang-orang kafir yang kotor," tegasnya ketika itu.
 
Melihat kegundahan isterinya, suami Aminah dengan sikap tenang seperti biasanya memberi penjelasan bahawa Tuhan pasti punya alasan untuk segala sesuatu. Ia menasihati Aminah untuk berfikir dalam-dalam sebelum membuat keputusan berhenti kuliah. Aminah mengunci dirinya selama dua hari untuk mempertimbangkan nasihat suaminya dan akhirnya ia memutuskan untuk tetap kuliah.
 
Tetapi keputusan itu diiringi dengan fikiran bahawa Tuhan telah menugaskan dirinya untuk mengajak orang-orang Arab itu masuk agama Kristian.
Aminah pergi kualiah dengan sebuah misi. Sepanjang perkuliahan, Aminah akan menyempatkan diri untuk membicarakan agama Kristian yang dianutinya dengan teman-teman Arabnya di kelas.
 
"Saya mula menceramahi mereka bagaimana mereka akan dibakar di neraka untuk selama-lamanya kalau mereka tidak menerima Isa sebagai penyelamat mereka," ujar Aminah menceritakan pengalamannya sebelum masuk Islam.
 
Tetapi, sambungnya, teman-teman Arabnya sangat sopan dan tidak ada yang mahu masuk Kristian. Aminah masih terus berusaha mempengaruhi mereka dengan mengatakan bahawa Isa sangat mencintai mereka dan rela mati disalib untuk menyelamatkan manusia dari dosa-dosa. Yang harus dilakukan manusia hanyalah menerima Yesus dalam hati mereka.
 
Rakan-rakan Arab Aminah tetap tidak ada yang mahu pindah agama ke Kristian dan Aminah pantang mundur. Ia memutuskan untuk membaca kitab suci Al-Quran untuk menunjukan pada teman-teman Arabnya bahawa Islam adalah agama palsu dan Nabi Muhammad adalah tuhan palsu. Atas permintaan Aminah, seorang mahasiswa membawa kepadanya kitab suci Al-Quran dan sebuah buku tentang Islam.
 
Aminah lalu memulakan usaha beliau untuk mematahkan keyakinan rakan-rakan Arabnya terhadap Islam. Aminah membaca seluruh isi Al-Quran dan sekurang-kurangnya 15 buku mengenai Islam, lalu ia kembali pada Al-Quran dan membacanya kembali. Selama pencariannya itu, ia mula membuat beberapa catatan hal-hal yang menurutnya dapat ia bantah dan akan dijadikannya sebagai bukti bahawa Islam adalah agama palsu.
 
Tapi tanpa disedarinya, telah berlaku perubahan pada diri Aminah dan suaminya yang melihat perubahan itu.
 
"Dalam beberapa hal, hati kecil saya mula berubah, yang cukup membuat suami saya terganggu. Kami biasa pergi ke bar setiap hari Jumaat dan Sabtu atau pergi ke pesta. Lalu saya mula malas pergi ke tempat itu, saya jadi agak pendiam dan mula menjauh, "tutur Aminah.
 
Sejak ia membaca Al-Quran dan buku-buku Islam, Aminah juga mula berhenti minum minuman keras dan tidak lagi makan daging babi. Kerana perubahan-perubahan itu, suaminya menuduhnya selingkuh dengan lelaki lain dan mengusirnya. Aminah lalu pindah dan hidup sendirian di sebuah apartamen. Dalam kesendiriannya, Aminah terus mempelajari Islam meski ia masih tetap menjadi seorang Kristian yang taat.
 
Sampai suatu hari, terdengar ketukan di pintu apartmennya. Seorang lelaki-yang kemudian dikenalinya bernama Abdul Aziz Al-Syaikh, berpakaian tradisional muslim berupa baju gamis panjang berwarna putih dengan serban bermotif papan catur putih merah terlilit di kepalanya. Lelaki itu datang bersama tiga lelaki lain yang berpakaian sama. Ketika itu, Aminah merasa marah kerana para tetamu itu yang datang semasa ia mengenakan baju tidur saja.
 
Aminah makin terkejut ketika Abdul Aziz mengatakan, ia memahami Aminah yang ingin menjadi seorang muslim. Aminah lalu menjawab bahawa ia seorang Kristian dan tidak berniat untuk menjadi seorang muslim. Tapi Aminah mempunyai banyak soalan yang ingin diketahui dan bertanya apakah tamu-tamunya itu ada waktu luang.
 
Akhirnya Aminah mempersilakan mereka masuk. Ia lalu menanyakan hal-hal dan keberatan-keberatannya yang sudah ia catat selama ia membaca Al-Quran dan buku-buku Islam.
 
"Saya tidak akan melupakan namanya, Abdul Aziz adalah seorang yang sabar dan lemah lembut. Ia dengan sangat sabar membincangkan soalan-soalan itu bersama saya. Dia tidak membuat saya seperti orang bodoh atau membuat pertanyaan saya seperti soalan yang bodoh, "ungkap Aminah.
 
Aminah berkata, Abdul Aziz menjelaskan padanya bahawa Allah memerintahkan manusia untuk mencari ilmu dan bertanya sebagai salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Aminah seperti menyaksikan kuntum bunga sedang mekar mendengar penjelasan Abdul Aziz. Ketika ia berbeza pendapat, Abdul Aziz akan memjelaskannya lebih dalam dan dari sisi pandang yang berbeza sampai Aminah benar-benar memahaminya.
 
Setelah berbincang dengan Abdul Aziz dan rakan-rakannya, tidak perlu waktu lalu buat Aminah memutuskan masuk Islam. Satu setengah tahun ia sudah mempelajari Islam dan Al-Quran, keesokan harinya selepas Abdul Aziz bertamu ke rumahnya, Aminah mengucapkan dua kalimat syahadat disaksikan Abdul Aziz dan rakan-rakannya yang datang malam itu.
 
Cubaan Bertubi Setelah Menjadi Muslim
 
 
Seperti kebanyakan mualaf, setelah menjadi seorang muslimah, Aminah banyak kehilangan rakan-rakannya. Ibunya juga tidak menerima keIslamannya. Saudara perempuannya menganggap Aminah sakit jiwa dan ingin memasukkannya ke tempat pemulihan pesakit gangguan mental. Ayah Aminah yang dikenali sebagai orang yang bijak dan tempat meminta nasihat bagi orang ramai, tiba-tiba menjadi beringas dan seolah-olah ingin membunuh Aminah setelah mendengar puterinya menjadi seorang muslim.
 
Aminah sendirian, tanpa teman dan tanpa keluarga. Tapi ia tetap memilih jalan Islam, bahkan memutuskan untuk segera berhijab meski terpaksa hilang pekerjaan kerana dipecat. Cubaan itu belum cukup, kerana suami Aminah menceraikannya bila tahu ia masuk Islam. Bahkan mahkamah memutuskan dua anaknya, satu lelaki dan satu perempuan, dibawah jagaan suaminya, hanya kerana Aminah kini menjadi seorang muslim.
 
"Itulah 20 minit yang paling menyakitkan dalam kehidupan saya," kata Aminah dalam sebuah wawancara saat ia terpaksa melepaskan kedua anaknya.
 
Di Colorado, Aminah cuba membentangkan kesnya pada media massa. Ia berharap dapat mendapatkan hak penjagaan anaknya kembali kerana undang-undang di Colorado menyebutkan bahawa seseorang tidak boleh kehilangan hak asuh anaknya hanya kerana latar belakang agamanya. Meski demikian, Aminah tetap tidak berjaya mendapatkan hak asuh itu.
 
Aminah kembali menjalani kehidupannya sebagai seorang muslim. Meski sakit hati, ia tetap memperlakukan keluarganya dengan hormat dan tetap menjaga komunikasi dengan mereka. Ia juga tetap mendakwahkan Islam dalam setiap kesempatan bertemu dengan keluarganya. Dan perjuangannya tidak sia-sia.
 
Tak Ada Yang Paling Membahagiakannya Selain...
 
Ahli keluarganya yang kemudian masuk Islam adalah neneknya yang sudah berusia lebih dari 100 tahun. Tak lama setelah bersyahadat, neneknya meninggal dunia. Selepas itu, ayah Amina yang dulu ingin membunuhnya kerana keIslamannya, menyatakan diri masuk Islam.
 
Beberapa tahun kemudian, ibu Aminah pun menjadi muslimah. Lalu suami Aminah dan saudara perempuannya yang dulu ingin memasukkannya ke rumah sakit jiwa akhirnya juga mengucapkan dua kalimah syahadah. Tak ketinggalan, anak lelaki Aminah, pada usia 21 tahun juga memutuskan untuk menjadi seorang Muslim.
 
Subhanallah ... tak ada hal yang paling membahagiakannya Aminah selain melihat keluarganya memeluk Islam. Aminah pun terus mendakwahkan pengalamannya dan agama Islam sehingga banyak orang yang sudah terinspirasi daripada pengalaman hidupnya. Entah sudah berapa banyak orang yang masuk Islam, setelah mendengar kisah Aminah dan ceramah-ceramah agamanya.
 
Sekarang sosok Aminah Assilmi sudah tiada, tapi namanya tetap hidup di hati orang-orang yang mengagumi dan menyayanginya. 
al-hamdulillah! (IH)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)
E-Buku IH-104: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2) 

Bagaimana Supaya Tidak Tidur Selepas Bersahur?


OH, mengantuk. Mengantuk menyergap bila makan bersahur selesai. Kira nak tidur saja. Bagaimana caranya agar tidak tidur selepas sahur? Kerana tidur selepas sahur ternyata berbahaya. Baik dari aspek agama mahupun dari aspek perubatan.

Berikut ini cara Rasulullah SAW dan sahabat agar tidak tidur selepas bersahur:

1. Mengakhirkan sahur

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengakhirkan sahur. Mengakhiri sahur ini juga termasuk salah satu sunnah puasa sehingga para sahabat pun melakukan perkara yang sama. Berapa jarak masa antara makan sahur dan solat Subuh?

Zaid bin Tsabit meriwayatkannya kepada kita:
  • "Kami pernah makan sahur bersama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Kemudian kami pun berdiri untuk menunaikan solat. Kemudian Anas bertanya pada Zaid, "Berapa lama jarak antara adzan Shubuh dan sahur kalian?" Zaid menjawab, "Sekitar membaca 50 ayat". (HR. Muslim)
Dengan dekatnya waktu sahur dengan waktu Subuh (terbit fajar), selain mendapat keberkatan seperti disebutkan dalam hadis lain, juga meminimakan peluang untuk mengantuk. Sebaliknya, jika waktu sahur dan waktu Subuh masih berjam-jam, biasanya besar keinginan untuk tidur.

2. Mengisi waktu antara sahur dan Subuh dengan solat dan zikir

Seperti hadis di atas, Rasulullah SAW dan para sahabat beliau biasa mengisi masa masa antara makan sahur dan waktu Subuh dengan solat, zikir dan doa. Selain mendapatkan keutamaan waktu sepertiga malam terakhir, yang merupakan waktu mustajab untuk berdoa, automatik juga terhindar dari tidur.

3. Solat Subuh berjamaah

Rasulullah SAW dan para sahabat beliau adalah orang-orang yang paling rajin solat berjamaah. Maka begitu tiba waktu Subuh, mereka (sudah) pergi ke masjid untuk menunaikan solat Subuh berjamaah. Usai solat berjamaah, mereka juga biasa berdiam diri di masjid. Zikirnya lama.

Bahkan banyak pula yang baru selesai setelah matahari terbit, dan sekitar 10-15 minit kemudian menunaikan solat bada syuruq yang keutamaannya seperti pahala haji. Dan praktikal, tidak ada waktu tidur selepas sahur.

Mengapa tidur selepas sahur dikatakan berbahaya?

Kita lihat dari sudut perubatan..

Setelah mengambil makanan (termasuk sahur), sistem pencernaan memerlukan beberapa waktu untuk mencerna dan menyerap nutrisi yang ada di dalam makanan tersebut. Ketika seseorang tidur selepas makan (sahur), lebih-lebih lagi dalam posisi terlentang, pencernaan menjadi perlahan atau sukar bekerja.

Akibatnya, timbullah nyeri di ulu hati dan panas yang merebak ke dada dan tekak kerana peningkatan asam lambung. Selain itu, tidur selepas sahur juga boleh mencetuskan terjadinya refluks. Yakni makanan berbalik dari perut ke kerongkong.

Semakin pendek jarak waktu makan (sahur) dan tidur, kemungkinan terjadinya refluks makin besar. Kerana pembolehubah penentu refluks ada dua,
  • yakni makanan yang belum dicerna dan
  • terpengaruh graviti semasa tidur.
Di antara tanda refluks adalah ketika seseorang bangun dari tidur selepas sahur ia merasakan kerongkongannya panas dan mulutnya terasa pahit.

Para doktor menyarankan jeda masa antara makan dan tidur adalah dua jam. Namun sunnah Rasulullah lebih lama lagi. Beliau dan para sahabatnya biasa mengisi masa selepas sahur dengan shalat atau dzikir dan selepas Subuh berdzikir hingga matahari terbit.

Untuk tidur sejenak, mereka memilih waktu tengah hari yang dikenal dengan istilah qailulah. Sedangkan bahaya jangka panjang, tidur selepas sahur dipercayai meningkatkan risiko terkena stroke.

Berdasarkan kajian, didapati orang yang mempunyai jeda paling lama antara makan dan tidur mempunyai risiko yang paling rendah terkena stroke. Sebaliknya, orang-orang yang mempunyai jeda paling singkat antara makan dan tidur mempunyai risiko lebih tinggi terkena stroke.

Jika hasil kajian perubatan dan kajian menunjukkan demikian bahayanya makan selepas sahur, kita jadi semakin yakin bahawa sunnah-sunnah Rasulullah SAW senantiasa membawa kemaslahatan bagi umat manusia. Hal-hal ini juga semakin menguatkan kebenaran Islam.

Amin!

Lihat sebelum ini..Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

'Puasa Semua Orang Nak Buat, Hudud Tak Mahu Pula' - Haron Din

Dr Haron (gambar) hairan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam tetapi tidak pula hudud. - Astro AWANI/Shahir Omar

PUTRAJAYA: Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din menyatakan kehairanan kenapa perkara wajib seperti puasa dilaksanakan oleh hampir semua umat Islam, namun hukum wajib seperti qisas dan hudud tidak dilaksanakan.

Beliau merujuk kepada negara-negara Islam yang sehingga kini katanya tidak melaksanakan undang-undang tersebut meskipun diwajibkan sama seperti puasa dan solat.

"Mengapa bila puasa ini semua orang nak buat? Kanak-kanak pun ada, orang tua yang sakit pun nak buat…orang musafir (dalam perjalanan jauh) yang sepatutnya ada peruntukan untuk berbuka pun buat.
"Namun Allah wajibkan kita laksanakan qisas yang merupakan sebahagian dari hudud, tetapi degil tak mahu laksana sampai hari ini," katanya dalam ucapan tazkirah Majlis Iftar Amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Selain itu, Dr Haron turut menyebut tentang usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat yang masih belum dapat dibacakan.

"Sudah sebulan kita nak bawa di Parlimen tetapi tidak disenaraikan sebagai bil yang boleh dibawa dan ditangguh ke Parlimen akan datang," katanya.

Menurut beliau, dalam waktu itu ada pihak yang bertindak menghantar writ saman dan menamakan Abdul Hadi, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan seorang timbalan speaker sebagai defendan.

Katanya, tujuan saman tersebut adalah bagi meminta mahkamah menghalang Speaker daripada menerima dan membawa usul persendirian oleh Abdul Hadi itu.

Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi telah mengemukakan satu notis bagi usul tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.

RUU berkenaan iaitu Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac.

BACA: PAS tetap teruskan agenda laksana undang-undang hudud di Kelantan - Abdul Hadi

Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014         

Ramadhan: PAS Pasca Muktamar.


Oleh ABU IMAN MUHAMAD HAKIMI
Kisah PAS pasca muktamar
Di angkat dari Detikdaily.

MUKTAMAR PAS Pusat telah pun melabuhkan tirai. Ada yang gembira dan tidak kurang ada yang kecewa, yang gembira meraikannya dengan lafaz tasbih, syukur dan istighfar sebagaimana yang diajar oleh Allah di dalam surah Al-Nasr,

“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.” (Al-Nasr: 3)  

yang kecewa ada yang sinis dalam ucapan, menolak lantikan dari Presiden partinya, merancang menubuhkan parti dan pakatan baru bahkan ada yang terus meninggalkan partinya

TINGGAL PAS, PAS RUGI?

Tindakan segelintir pimpinan dan aktivis PAS keluar dari PAS menimbulkan tanda tanya. Adakah tindakan itu bersifat populis agar ada yang menjejaki langkahnya atau hasil muhasabah selepas kalah dan kecewa di dalam muktamar yang lepas.

Andai ia bersifat populis, rasanya silap kerana tidak kedengaran pun ribuan ahli PAS yang mengikuti langkahnya dan andai ia muhasabah, rasanya ia bertentangan dengan sunnah perjuangan kerana Allah merakamkan di dalam al-Quran,


"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Muhammad: 38)

Jelas Allah sebut Islam dan perjuangannya tidak pernah rugi. Andai ada yang berpaling keluar daripada jalan ini maka akan diganti dengan orang yang lebih baik daripadanya. Paling dibimbangi, apabila diasingkan diri maka syaitan dan tenteranya akan menerpa ke arahnya.

Pesanan ini juga pernah disebut oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga menjadi ikon dan idola sepanjang waktu kempen pemilihan yang lepas. Andai benar pengidolaan tersebut, ambil masa dan fikir semula dengan tindakan itu. Andai difikirkan tindakan memisahkan diri dengan PAS itu merugikan PAS,ia silap kerana Allah telah membenarkan janji-janjinya sama seperti yang dirakamkan di dalam kitab-Nya.

Sungguh janji Allah itu pasti.


SIFAT TERGESA-GESA DI TEGUR OLEH NABI SAW

Kisah Khabbab al-Munzir seharusnya dijadikan pengajaran supaya tidak wujud perangai “isti’jal” (gopoh) untuk mencapai kemenangan sehingga membuat tindakan yang memalukan diri sendiri. Khabbab Al-Munzir pernah ditegur oleh Nabi SAW kerana permintaannya supaya Nabi SAW bermohon kepada Allah agar diberikan kemenangan terhadap Islam. Lalu baginda SAW menegurkan agar tidak terlalu gopoh untuk mencapai kemenangan.

“Kesabaran itu daripada Allah, tergesa-gesa itu dari syaitan.”

Nabi SAW juga mempraktikkan kesabaran tersebut sehingga memakan masa 23 tahun sebelum diberikan kemenangan walaupun “kemenangan segera” pernah ditawarkan oleh pembesar Quraish di Mekah. Baginda menegaskan andai bulan dan bintang diletakkan di tangan kiri dan kanannya untuk ditinggalkan perjuangan Islam tidak sesekali akan baginda lakukan. Semuanya demi keredhaan Allah. Sunnah itulah yang diamalkan oleh Tuan Guru Presiden walaupun 14 negeri di Malaysia menjadi pertaruhannya.

AL-HAQ DAN AL-BATIL MENGIKUT NERACA SYARAK, BUKAN AKAL

Ramadhan bulan mulia menyaksikan darah syuhada mengalir di bumi Badar. Pertempuran dahsyat yang menyaksikan kemuliaan berpihak kepada mujahidin Nabi SAW. Yang menarik dalam kisah Badar ini menyaksikan bagaimana Abu Jahal berdoa kepada tuhannya agar diberikan kemenangan kepada tentera Jahiliah. Hapuskan Muhammad kerana dia telah memutuskan persaudaraan dan mencabul agama nenek moyang.

Walaupun pada sudut akalnya, Abu Jahal menentang Nabi SAW kerana mempertahankan kepercayaan dan amalan warisan nenek moyangnya, namun ia tetap batil kerana bertentangan dengan seruan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muktazilah menjadi salah apabila menilai baik dan buruk dengan kadar akal kerana baik dan buruk itu ditentukan sifatnya oleh Allah dan Rasul-Nya.

RAMADHAN BULAN KESATUAN

Justeru dengan hadirnya Ramadhan, bulan diturunkan al-Quran yang menjelaskan kebenaran dan kebatilan agar semua umat Islam bersatu mempertahankan manhaj Rabbani yang telah sekian lama menjadi dasar perjuangan PAS semenjak zaman awal penubuhannya. Jangan terlalu gopoh untuk menebuk dan terjun daripada bahtera ini kerana yakinlah bahawa pelayarannya akan sampai ke tepian.

“Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Ali-Imran: 126)

Beristiqamahlah hingga kemenangan kerana kemenangan yang hakiki hanya lahir daripada perjuangan yang suci.

Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3


Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014         

Lawan Stigma Buruk Islam, Muslim Australia Dirikan Tv Sendiri. M'sia Boleh Begitu?

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
Berkerja di Australia..
Siri 1:  Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... 
Siri 2:  Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...

Siri 3:  Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4:  Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
Siri 5:  Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...
Siri 6:  Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...
Siri 7:  Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Pelu...
Siri 8:  Pesatnya Pertumbuhan Islam Di Australia.

MUSLIM Australia membuat sebuah gebrakan. Dengan modal sebanyak A $ 1 juta, mereka mendirikan stesen televisyen. Pendirian stesen televisyen ini mereka maksudkan sebagai cara yang halus untuk menangkis pengimejan atau stigma negatif tentang Islam di media arus perdana di negara itu.

Stesen televisyen itu mereka namakan The One Path Network. Mereka menyebarkan berita Islam dan tuntunan hidup di kalangan Muslim dan non-Muslim melalui tayangan.

Pembiayaan stesen televisyen ini oleh sumbangan masyarakat Islam di Australia, utamanya dari Muslim bahagian barat Sydney.

Malaz Majanni, ketua rangkaian stesen televisyen, menuturkan kepada ABC News pekan ini bahawa studio ini dibentuk ketika begitu banyak tekanan pada orang-orang Muslim.

"Malangnya, anda mendapati bahawa media arus perdana, kadang-kadang salah mengartikan kami, tidak menterjemah dengan baik, dan di sini kami dapat memastikan bahawa mesej yang jelas dihantar keluar sana," katanya.

The One Path Network terus berupaya untuk menyediakan sendiri sumber-sumber berita dan membuat acara-acara seperti pengepungan Sydney tempo hari, di mana seorang lelaki Australia kelahiran Iran bernama Haron Monis menculik orang-orang di sebuah cafe selama 17 jam.

Dia menembak mati pengurus kafe, dan kemudian ia juga menembak mati dua tebusan perempuan dalam baku tembak berikutnya. Majanni menegaskan bahawa ia mempunyai tanggung jawab untuk memberikan penjelasan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan jahat yang dilakukan atas nama bendera Islam, tetapi sangat jauh dari kata islami.

"Pendekatan kami adalah memastikan bahawa perbuatan itu jauh dari nilai-nilai Islam," katanya.
"Orang ini, Man Haron Monis, dikenali sebagai seorang penjenayah dan dia tidak mempunyai hubungan apapun dengan ISIS," katanya.

Sheikh Wesam Charkawi, dari masjid Auburn Gallipoli di pinggir bandar Sydney dan mengasuh acara Spotlight, mengatakan bahawa kaum Muslim di Australia menyangsikan perkataan Perdana Menteri Tony Abbott bahawa komuniti Muslim seluruh Austrial terlibat dalam pembangunan Negara.

"Orang Muslim telah kehilangan kepercayaan dan merasa benar-benar ditinggalkan oleh kerajaan," kata Charkwai. "Ini adalah sentimen yang sedang disampaikan setiap hari kepada kami."

Semoga The One Path Network boleh terus menyuarakan Islam di negeri Kanggaru melalui televisyen.

Kalau di Malaysia, boleh begitu?

Pernah kerajaan Kelantan pimpinan PAS, sebuah parti Islam berdaftar di Malaysia dipilih rakyat memerintah sebuah negeri secara sah hendak buat siaran radio sendiri pun tidak dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan. Belum pun stesyen tv lagi. Itulah demokrasi terhadap Islam di Malaysia.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
4 Julai 2015 KL

Apa Hukum Percantik Diri Di Bulan Ramadhan ?


DIANGKAT dari Eramuslim..

HUKUM menggunakan kosmetik kecantikan untuk mengundang minat kaum lelaki pada bulan Ramadhan masih menjadi perdebatan nyata dikalangan ulama hingga saat ini, dari yang menyatakan bahawa hal tersebut akan membatalkan puasa sehingga ada sebahagian lain berpendapat hanya akan mengurangkan pahala puasa.

Akan tetapi apakah hukum sebenarnya menggunakan menggunakan kosmetik kecantikan pada bulan Ramadhan untuk menarik perhatian?

Dr. Shawki Abdel-Latif, Timbalan pertama Menteri Wakaf Mesir, menyatakan bahawa penggunaan kosmetik kecantikan oleh kalangan perempuan di bulan puasa tidak membatalkan puasa mereka, akan tetapi akan mengurangkan pahala puasa.

Dr. Shawki melanjutkan, "Puasa dalam arti sebenarnya adalah menahan nafsu perut dan syahwat selain menahan rasa amarah. Tidak akan membatalkan puasa mereka yang tidak memasukan sesuatu ke dalam mulut ataupun lubang kemaluan (Qubul dan Dubur). "
"Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung, hendaklah setiap Muslimah menjauhkan diri dari hal-hal kecil yang boleh menimbulkan syahwat di kala puasa, dan memberi tumpuan hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah semata," ujar Dr. Shawki. (Dostor / Ram)

Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3

Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3 E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails