Saturday, January 03, 2015

AS Biadap! 10 Tahun Di Penjara, Baru Bebaskan Kerana Tak Bersalah.


10 Tahun Dalam Penjara, AS Pulangkan Empat Tahanan Guntanamo ke Afghanistan Karena tak Bersalah
Biadap! 10 Tahun Dalam Penjara, AS Pulangkan 4 Tahanan Guntanamo ke Afghanistan Kerana tak Bersalah
Presiden AS, Obama..

Cuba: Betapa cuai dan biadabnya Amerika Syarikat, sudah beberapa tahun ditahan ternyata tidak ada bukti yang kuat tentang kesalahan mereka. Penjara Guantanamo digunakan AS untuk menahan beratus-ratus orang dituduh 'keganasan'

Kini, empat tahanan Afghanistan di Teluk Guantanamo telah dihantar kembali ke negara mereka, seperti disampaikan Pentagon. Shawali Khan, Khi Ali Gul, Abdul Ghani dan Mohammed Zahir dipulangkan selepas kes mereka dikaji semula dan ternyata tidak bersalah. Lapan warga Afghan lain diyakini masih berada di penjara AS di Cuba bersama dengan 132 orang tahanan.

Presiden Barack Obama berjanji menutup penjara yang dibuka pada 2002 lalu yang digunakan untuk menahan "pejuang musuh" dalam pemahaman AS merupakan melawan 'terorisme', selepas peristiwa 9/11.

"Enam jabatan dan badan yang tergabung dalam satgas secara bulat menyetujui pemulangan mereka dalam sidang kajian semula kes mereka, selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk masalah keselamatan diputuskan mereka tak mempunyai tempat lain untuk pergi," seperti disampaikan Pentagon, Sabtu (20/12).

Empat warga Afghan, yang telah ditahan selama 10 tahun di Teluk Guantanamo, diterbangkan ke ibu negara Afghanistan di Kabul dengan menggunakan pesawat tentera dan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Tahanan Guantanamo yang belum dibebaskan mencapai 132 orang. Sampai saat ini Pentagon belum memberikan penjelasan terperinci mengenai pemulangan tersebut. Kuasa Undang-undang AS yang mewakili para tahanan mengatakan bahawa pelanggan mereka menyatakan semua tidak bersalah.

Wells Dixon, kuasa undang-undang Shawali Khan selama beberapa tahun, mengatakan kepada BBC World TV: "Mereka memutuskan secara bulat kerana dia tidak mengancam orang lain".

"Saya sangat terkejut dia tidak dibebaskan sejak beberapa tahun yang lalu". Dixon menambah dia berharap dapat menyaksikan lebih banyak tahanan Guantanamo yang dibebaskan dalam waktu dekat.

Sementara itu, Dewan Keamanan Tinggi Afghanistan - badan yang dibentuk oleh kerajaan untuk menangani masalah tahanan- mengatakan empat orang tersebut akan dipertemukan kembali dengan keluarga mereka "dalam masa dekat", seperti ditulis pejabat berita Associated Press. (IH)

Mahu Sertai IS, 2 DiTahan, Kenal Melalui Facebook. 51 Lagi Disiasat.



Kiri suspek lelaki, suspek wanita.

KUALA LUMPUR – Dua suspek termasuk seorang wanita ditahan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dipercayai merancang untuk menyertai kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Terengganu ditahan pada Ahad lalu selepas disyaki merancang ke Syria untuk terlibat dalam serangan bunuh diri di negara itu.

Menurutnya, suspek merupakan pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis dan dipercayai termakan pujukan anggota militan selepas dia berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan beberapa rakyat Malaysia dan warga asing yang kini berada di Syria.

“Suspek wanita berusia 27 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan pula merupakan bekas pelajar sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang dan ditahan pada 24 Disember lalu.
“Hasil siasatan dan risikan mendapati wanita berkenaan berinteraksi dengan anggota kumpulan IS yang dikenalinya melalui Facebook sejak pertengahan November lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Kedua-dua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VI A-Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Dengan penangkapan terbaharu itu, polis telah menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS.
 (IH)

Sabah Dilanda Banjir, 5 Negeri Semakin Pulih.



Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa banjir setelah Kampung Rugading mula dinaiki air di Tawau, Jumaat. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin pulih petang Jumaat, namun Sabah kembali dilanda bencana itu apabila beberapa bandar utama di negeri berkenaan mula ditenggelami air.

Setakat 4 petang, SABAH merekodkan seramai 422 mangsa daripada 134 keluarga di daerah Kota Belud dan Tawau yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, kesemua mangsa adalah dari 10 buah kampung yang dilanda banjir di sekitar daerah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kajicuaca Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, keadaan cuaca di seluruh negeri berkenaan hingga lewat malam ini, diramalkan mendung dengan hujan sekejap-sekejap.
Sebelum ini, Tenom dan Beaufort dilanda banjir selama beberapa hari dengan lebih 400 mangsa terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara.

Di TERENGGANU, keadaan banjir hampir pulih dan setakat petang Jumaat hanya daerah Dungun masih terjejas melibatkan 143 mangsa berbanding 2,917 mangsa pada sebelah tengah hari, menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Terengganu Roslina Ngah.
Roslina dalam kenyataan berkata, Bilik Gerakan Banjir Terengganu pada Jumaat ditutup secara rasmi berikutan keadaan yang semakin pulih di negeri itu, namun pihaknya meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa.

Di KELANTAN, keadaan banjir turut bertambah baik apabila merekodkan penurunan jumlah mangsa kepada 26,149 orang petang ini, berbanding 27,282 orang pada tengah hari.
Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,469 keluarga ditempatkan di 140 pusat pemindahan di enam jajahan.
Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (635), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 7,346 orang daripada 2,013 keluarga berbanding 7,513 mangsa daripada 2,066 keluarga di 49 pusat pemindahan di lima daerah tengah hari Jumaat.
Jurucakap MKN Perak berkata, daerah Perak Tengah setakat petang Jumaat merekodkan seramai 5,290 mangsa, Kuala Kangsar (891), Hulu Perak (758), Manjung (131) dan Hilir Perak (276).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 43,840 orang berbanding 44,591 orang tengah hari tadi di 203 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,964), Jerantut (4,215), Bera (3,313), Maran (2,438), Kuantan (1,074), Lipis (825) dan Rompin (49).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 116 orang daripada 24 keluarga selepas 23 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. (IH/mStar)

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Friday, January 02, 2015

Panduan Mendidik Anak Menurut ISIS..


Gambar di atas didikan cara siapa?

ISIS bikin panduan bagi ibu yang ingin anaknya jadi ekstremis 
SEBUAH cara mendidik dan membesarkan anak menurut ISIS tersebar di dunia maya dan warga Internet ketar ketir. Mereka ditanggapi seolah-olah memberi amaran adanya suatu generasi masa depan seperti kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam atau ISIS.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Khamis (1/1), cara ini dikemas dalam buku panduan bertajuk 'Persaudaraan Selamanya dalam Jihad'. Mereka memberi petunjuk soal cerita-cerita menjelang tidur, termasuk beberapa laman jihad yang patut dikunjungi.

Disebutkan di situ kaum ibu perlu melatih anaknya jadi apa yang dianggap 'pelampau' sejak dia masih bayi, sebab kalau menunggu besarnya kanak-kanak kecil itu, sudah amat terlambat


"Jangan meragukan kemampuan telinga dan mata kecil itu. Kesannya akan terasa selamanya," buku itu menyebut.

Buku ini diburu oleh tentera pangkalan Amerika Syarikat dan Institut Penyelidikan Media di Timur Tengah (MEMRI). Menurut mereka buku ini berbahaya lantaran memaksa anak-anak dan mendoktrin mereka menjadi radikal.

"Perlu diketahui dunia. Doktrinasi merupakan perkara penting bagi mereka. Tidak peduli dengan apa yang berlaku di Iraq dan Syria ke depan, anak-anak Abu Bakar Baghdadi dan cucu dari Usamah Bin Ladin sudah dicuci otaknya untuk membenci barat dan selalu ingin menjadi martir," ujar Pengarah Eksekutif MEMRI Steven Stalinsky.

Menurutnya, buku ini juga dilengkapi pelbagai gambar yang menyeramkan bulu roma.  Salah satu paling berpengaruh yakni seorang budak lelaki pura-pura berjihad,  John dan slit sebuah boneka


Maklum, memang AS sendiri sedang mendoktrin pemikiran dunia demi untuk mengekalkan pengaruh dan kekuasaan zalimnya, yang mereka lihat ISIS sebagai penghalang!  (IH)

Arab Saudi Hukum Pancung 2 Pengedar Dadah. M'sia?


RIYADH: Arab Saudi menguatkuasakan hukuman jenayah mengikut syariat Islam.

AFP melaporkan dua lelaki yang disabitkan bersalah mengedar dadah menjadi pesalah pertama dihukum pancung oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Pada tahun lalu seramai 87 pesalah dipancung berikutan melakukan pelbagai kesalahan yang membawa kepada hukuman mati di negara tersebut.

Malik bin Said al-Sayaari dipancung pada Khamis di daerah Al-Hasa selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengedar dadah secara berulang kali. Seorang lagi pesalah, Hussein al-Dussari pula dipancung di Riyadh selepas didapati bersalah menembak mati seorang anggota polis yang cuba menahannya. Hussein ditahan kerana turut melakukan pengedaran dadah.

Arab Saudi menguatkuasakan hukuman mati mengikut syariat Islam terhadap pesalah bagi kesalahan rogol, bunuh, murtad, rompakan bersenjata dan mengedar dadah. Negara tersebut juga dilaporkan terus memperketatkan undang-undang dalam hukuman mati walapupun terdapat pertikaian daripada pertubuhan hak asasi manusia.

Itulah 'hudud' dalam perundangan Islam. Mengapa Arab Saudi boleh, Malaysia tidak yakin boleh laksanakan? Kononnya Malaysia lebih hebat Islamnya dari Saudi?  (IH)

Ombak Besar Landa Pantai Labuan

LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.
  
Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.
  
"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.
  
Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.
  
"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.
  
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.
  
Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (Pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.
  
Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60 km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. - BERNAMA 

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

Harga Nasi Campur RM23 Sepinggan, Naik 5 X Ganda..


Di Tanah Merah, harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Menurut mStar, penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar ini semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70 km dari sini.
"Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini. Di Pasar Besar Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol. Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15. Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter. (IH) 

Lihat liputan banjir.. 
E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.
  E-Buku IH-96: Banjir Terbesar Dalam Sejarah M'sia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails