Monday, December 22, 2014

Tudung: Puteri UMNO Sokong Rosyam Nor. Puteri Sendiri Bagaimana?

Hamleys mohon maaf, tidak pernah halang pekerja pakai tudung 
Rosyam Nor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut. 

KL: Kedai permainan Hamleys pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor.

Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung. Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.

Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan rasis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.

Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat. Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah Puteri UMNO sendiri boleh memastikan suku-sakatnya berpakaian atau bertudung menurut syari'at Islam?

Sunday, December 21, 2014

Mengapa Iklan Seksi Seperti Ini Patut Dilarang?

Iklan pakaian dalam wanita di Rom Itali. dailymail.co.uk
 

BAYANGKAN kalau iklan seperti di atas dipamerkan di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur.. Apa akan jadi, adakah pihak polis akan mengarah menurunkannya?

Hal seperti ini berlaku di Itali. Polis Bandar Milan terpaksa menurunkan sebuah papan mengiklankan pakaian dalam wanita yang seksi ini, kerana boleh mengundang bahaya kemalamgan kepada pemandu-pemandu kenderaan.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (16/12), iklan itu memaparkan sosok model tersohor kelahiran Argentina yakni Belen Rodriguez mengenakan pakaian dalam warna hitam berenda lalu menimbulkan masalah. Banyak pejalan kaki memprotes dan membimbangkan bakal menimbulkan kekacauan di antara pengguna jalanraya di Milan.

Sejak awal iklan itu dipasang orang ramai sudah mula tidak suka sebab dianggap mengundang bahaya serius. Bukan kali ini saja papan iklan bikin petaka di jalanraya. Pada 1994 sebuah iklan baju dalam seksi, menyebabkan berlaku
pelbagai kemalangan besar serta kesesakan di mana-mana.

Rodriguez
model tersohor yang terpapar gambarnya itu mengatakan memang kesan pada iklan dibintanginya itu kuat"Tetapi juga kelihatan elegan dan saya tidak yakin bakal menyebabkan kemalangan di jalanraya itu." ujar model itu. 

Itu katanya, tapi bagi orang ramai. tidak. Mungkin itulah hikmahnya, Agama Islam melarang wanita-wanita mendedahkan aurat, di muka umum. Wallahu 'aklam. (IH)

Larangan Berhijab Syar'ie & Diskriminasi Minta Kerja Di Indonesia.

Dwi Estiningsih, penyebar isu larangan jilbab adalah kader PKS
Dwi Estiningsih. ©facebook.com/dwi estiningsih

BEBERAPA hari kebelakangan ini nama Dwi Estiningsih mendadak heboh di media sosial. Pasalnya, melalui Twitter dia telah memuat naik risalah soal larangan pegawai BUMN (Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia) memakai tudung syar'i.

Postingan Dwi melalui akaunnya,estiningsihdwi, lantas heboh dan menjadi polemik apabila pelbagai media menyebut, siapa sebenarnya Dwi Estiningsih?

Dwi sebenarnya cukup aktif di dunia maya. Bahkan biodata dirinya pun boleh dengan mudah didapatkan dari sebuah laman web peribadi yang dihubungkan dengan akaun Twitterestiningsihdwi. Dalam laman web tersebut, tercatat perempuan 36 tahun yang sudah berkahwin ini berpendidikan cukup tinggi dengan ijazah Sarjana Psikologi (M.Psi).  


Masih dari sumber yang sama, diketahui dia juga merupakan aktivis Parti Keadilan Sejahtera (PKS), parti pembangkang pemerintahan Jokowi-JK saat ini. Dipaparkan di laman web itu, Dwi pernah menjadi kakitangan DPC Partai Keadilan, Ngampilan (19982002), Bendahara DPC PKS, Ngampilan (20022005), Ketua Bidang Perempuan DPC PKS, Ngampilan (2005sekarang), Ketua Biro Dasar Awam DPD PKS (2010-sekarang).  

Dia juga pernah menjadi caleg atau calon PKS untuk DPRD DIY pada Pilihan Raya 2014, namun gagal. Dwi pernah menjelaskan, kriteria yang disenaraikan tersebut adalah pemilihan bagi seorang frontliner. Menurutnya, keperluan kompetensi yang diajukan dianggap menimbulkan perbalahan dan diskriminasi.

Dia menjelaskan, foto yang diunggahnya tersebut asli dan bukan kejuruteraan. Keperluan tersebut merupakan catatan untuk penilai dalam pengambilan. Wanita yang merupakan guru tersebut berkata, tujuan dirinya memuat naik foto tersebut agar masyarakat membuka mata bahawa masih ada diskriminasi saat melamar pekerjaan. Dia menambah, pengharaman memakai tudung telah berlaku umum.

Selepas memuat naik foto tersebut, Esti mengaku kerap mendapat keganasan. Keganasan diterima melalui telefon bimbitnya. Dia pun melakukan pembelaan atas maklumat yang telah disebarkannya. (IH)

Jom Melawat Kandahar, Bandar Kelahiran Taliban.

Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu. Keramaian warga terlihat di sebuah pasar di Bandar Kandahar, Afghanistan, Jumaat (19/12). Kandahar merupakan bandar kelahiran militan Taliban, terdapat sebuah masjid milik Mullah Omar, lokasi didirikannya Taliban 20 tahun yang lalu. 

Jom Melawat Kandahar, Bandar Kelahiran Taliban Di Afghanistan.
Bandar terbesar kedua di Afghanistan mempunyai masjid pertama Taliban tempat mereka mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu.


Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu. Polis berada di pintu pemeriksaan sebelum memasuki Bandar Kandahar.
Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu. Kanak-kanak penggembala haiwan ternakan di pinggir jalan menuju Bandar Kandahar. 
Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu.  Suasana salah satu sudut Kota Kandahar. 

Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu. Militer Afghanistan berjaga-jaga di sekitar lokasi masjid Mullah Omar. 

20 Tahun silam, Mullah Omar membangun masjid ini untuk lokasi berkumpul militan mendirikan gerakan Taliban.
Imam Bismillah (dua kanan) semasa berada di depan Masjid Omar di Desa Sangesar, Kandahar, Afghanistan (19/12). Masjid milik Mullah Omar ini pada 20 tahun yang lalu merupakan lokasi bermulanya gerakan Taliban di Afghanistan.  

20 Tahun silam, Mullah Omar membangun masjid ini untuk lokasi berkumpul militan mendirikan gerakan Taliban. Dia sedang mengambil air dekat Masjid Omar yang sedang didatangi tentera Afghanistan..
Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu.  Suasana di sebuah pasar Kota Kandahar.  

Kota terbesar kedua di Afghanistan memiliki masjid tempat para militan mendirikan Taliban 20 tahun yang lalu.  Kendaraan melintas jalur utama di Kota Kandahar. 
(IH) 

Mengapa 3 Wanita Ini Bertumbuk Dalam Pesawat?



HONG KONG: Bersilih ganti insiden berlaku dalam pesawat kebelakangan ini dan terkini tercetus pergaduhan apabila seorang ibu gagal mengawal emosinya apabila dua wanita menuduh tangisan anaknya terlalu bising.

Kejadian itu berlaku dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong.
Ibu berkenaan, Chan Juan Sung, 27, diserang dua wanita yang berang kerana tangisan anaknya mengganggu tidur mereka yang duduk di belakang.

Kedua-dua wanita berkenaan menyuruh Juan Sung ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak diendahkan.

Menurut penumpang yang duduk di sebelah dua wanita berkenaan, Xiong Wan, selepas ditegur, ibu bayi itu menjerit ke arah mereka sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita berkenaan.

“Mereka kemudian membalas serangan itu dan menumbuk ibu berkenaan hingga keadaan menjadi tidak terkawal.
“Bayi itu mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Ia seperti dalam filem.”
Ketiga-tiga wanita itu akhirnya diasingkan oleh kru Air China dan ditahan untuk disoal siasat sebaik tiba di Hong Kong. Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat kali pertama membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di lapangan terbang di Sanya, kerana tidak sabar hendak turun.

Pergaduhan dalam pesawat membabitkan pelancong China dan perbuatan aneh mereka dalam penerbangan menyebabkan pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan ketat bagi memastikan rakyat negara itu berkelakuan baik di luar negara. Malah, Presiden Xi Jinping turut mengingatkan penduduk negara itu supaya membaiki kelakuan mereka ketika melancong. (mStar)

Thailand Julang Trofi Juara Piala AFF Suzuki 2014



SUKAN

KUALA LUMPUR: Impian Malaysia untuk membali balik trofi Piala AFF Suzuki buat kali kedua musnah selepas Thailand menang agregat 4-3 pada aksi akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Pun begitu, kesedihan skuad Malaysia terubat dengan apabila Safiq Rahim diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol.
PEMAIN Harimau Malaya sugul setelah gagal merangkul trofi AFF Suzuki 2014 biarpun menang 3-2, namun secara agregat tewas 3-4 kepada Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Pada aksi yang penuh dramatik dengan kehadiran 90 ribu penyokong ke stadium, peluang Harimau Malaya untuk meraih kemenangan begitu hampir selepas menjaringkan tiga gol seawal minit ke-4 melalui sepakan penalti oleh perancang utama Safiq, tandukan Indra Putra Mahayuddin untuk kedua (minit ke-45) manakala gol ketiga juga dari Safiq pada minit ke-58.

Bagaimanapun skuad Gajah Perang yang dibimbing Kiatisuk Senamuang bangkit mencari gol kemenangan sepuluh sebelum tamat permainan sebenar hasil jaringan penyerang Yannic Chappuis pada minit ke-82.

Dan pada minit ke-88 pemain lawan, Chanathip memastikan trofi itu kukuh dalam genggaman mereka.

Bagaimana pun, tahniah kepada pemain-pemain negara yang dibimbing Dollah Salleh dengan mempamerkan permainan cemerlang selepas aksi hambar pada aksi pertama di Bangkok Rabu lalu.

Thailand menjulang kejuaraan kali keempat selepas muncul juara tiga edisi terdahulu pada 1996, 2000 dan 2002.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang tunai berjumlah AS$200,000 (RM696,974) dan trofi Piala AFF.

Al-Qaradawi: Bantah Interpol & Kesal Sikap M'sia.


 
KUALA LUMPUR: PAS membantah sekeras-kerasnya tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah iaitu waran tangkap dan senarai orang yang dikehendaki kepada Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

"Sesungguhnya ini adalah satu tindakan yang jelas 'double-standard' dan jelas berpihak kepada rejim kudeta Mesir pimpinan Jeneral As-Sisi.

"Perkara ini amatlah dikesali kerana umum mengetahui kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh As-Sisi dan gerombolannya terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan.

Katanya, atas sifat dendam, kerajaan Mesir itulah yang menuntut Interpol bertindak sedemikian rupa.

Justeru, ujar beliau PAS memperingatkan bahawa tindakan Interpol itu seolah-olah menyemarakkan lagi Islamophobia dalam kalangan orang bukan Islam kepada Islam apabila ulama tersohor dunia Islam dikaitkan dengan tuduhan menghasut keganasan dan aktiviti terorisme.

Katanya, konspirasi Barat untuk memburukkan Islam sudah sekian lama berlaku dengan niat jahat mereka menakutkan dan menjauhkan masyarakat umum daripada agama Islam.

"Kami juga kesal akan sikap kerajaan Malaysia yang masih berdiam-diri dalam hal ini sedangkan Syeikh Yusuf bukanlah tokoh yang asing di Malaysia ini," ujarnya lagi.

Ini, katanya kerana pihak kerajaan sendiri pernah menganugerahkan Dr Yusuf Al-Qaradawi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431/2009 yang lalu.

Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu Wisma Putra sewajarnya bersifat proaktif dalam hal ini untuk membela tokoh hebat yang telah menjadi mangsa teraniaya.

"Bukankah kerajaan sendiri sering mendabik-dada mengatakan Malaysia berpengaruh, disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa maka tidaklah rugi untuk kita menyatakan pendirian dalam hal ini?" tanya beliau.

Beliau berkata, PAS turut menyeru pertubuhan OIC agar menyatakan pendirian mereka dalam hal ini kerana Syeikh Yusuf adalah bagaikan mutiara dan khazanah yang tidak ternilai yang masih kita punyai dan amatlah wajar dibela nasib beliau.

"Seluruh umat Islam wajar bersatu dan bersepakat untuk menyatakan kekesalan dan bantahan kita terhadap tindakan Interpol ini," katanya.
PAS, tegas beliau mendesak agar Red Notice yang telah dikeluarkan itu dapat ditarik balik dengan segera agar Interpol kekal sebagai institusi yang bebas dan tidak berpihak.

Menurutnya, amatlah malang sekali apabila Interpol sanggup tunduk dan bersekongkol dengan Rejim As Sisi yang kejam lagi zalim itu. - HARAKAHDAILY 20/12/2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails