Tuesday, April 02, 2013

Haramkan Sekolah Campur Lelaki-Perempuan..

GAZA - Menteri Pendidikan Hamas, Osama Mazini dalam satu sidang akhbar semalam mengumumkan penguatkuasaan satu undang-undang yang mengharamkan sekolah campur di Palestin.

Menurut beliau, Perkara 46 dalam perundangan negara yang telah mendapat kelulusan badan perundangan Hamas dan dikeluarkan pada 10 Februari lalu itu telah mula dilaksanakan pada Ahad lepas.

Undang-undang berkenaan antara lain “melarang percampuran pelajar daripada jantina berlainan berusia sembilan tahun ke atas di badan-badan pendidikan”. - AFP

Saya Tak Takut PAS -Chen Keith

Oleh WTKO



我 不管伊党的回教化,我要支持伊党,我死都不会投卖华求荣的马华。 (Saya tak takut PAS , saya mesti sokong PAS , saya sampai mati pun tak undi parti yang kianat dan menipu kaum cina itulah parti MCA)

Seorang pembaca berbangsa Cina memberi komen (Chen Keith) Tidak apa yang perlu takut dengan PAS. Pas tidak rompak rakyat. Pas tidak Rasict. Pas adil kepada setiap orang.....100% sokong PAS.... MCA podahhhhh.......

Fenomena sekarang bukan sahaja Cina tidak akan sokong UMNO, malah mereka sendiri tidak suka lagi MCA. Bayang seorang Cina tak suka MCA, ini bermakna mereka lebih daripada 10X tak akan sukan UMNO. Kedudukan sekarang UMNO, MCA dan MIC tak ada tempat untuk bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Bagaimana dengan Melayu? Melayu masih lagi ketinggalan dalam memahami politik negara secara lebih rasional. Lihat ini dia minda Melayu Islam.




..dan masih berbangga dengan duit RM500

(IH/Trnungkite)

Monday, April 01, 2013

Ini Bas J/Merdeka Hangus Di A/Star.Mengapa?

TERKEJUT besar gua apabila melihat gambar yang dipos di facebook yang menunjukkan bangkai bas jelajah merdeka rakyat yang hangus terbakar. Tidak ada berita yang didengar atau dibaca sebelum ini tentang kebakaran tersebut.

Surf punya surf gua jumpa tulisan wargamarhaen ini.....

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..

Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!

Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk click siniwww.timesofisrael.com
dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih..

Disinilah bermula berita fitnah Umno, click sini Macai UMNO apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya.

jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. -wargamarhaen


Dalam entri asal wargamarhaen ada disiarkan link kepada blog penipu tersebut tetapi gua tak siarkan kerana tidak mahu pemilik blog itu meraih populariti dengan menyebar cerita dan berita palsu. Kebanyakan mereka popular kerana menyiarkan berita-berita palsu yang membawa kepada fitnah.

(Diangkat dari http://sedakasejahtera.blogspot.com)

K'tan After Dark: N/Jawab Fitnah NST & Tv3

Nik Aziz Kelantan.jpg
by
NIK ABD AZIZ NIK MAT
MB K'TAN. 

Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark.

Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama Umno Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini.

Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.

Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram.

Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.

Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.

Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?

Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!


01 Apr 2013

Bogel: Along Masih Mengganas,BN X Mampu Atasi..

PRU-13 ibu segala pilihan raya NAJIB bersama Muhyiddin menaikkan bendera pada perhimpunan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil. BN tak mampu...

ALONG atau ceti haram masih mengganas. Lihat berita ini..

Dipaksa menari bogel
Wang dipinjam dari ceti haram atau along hanya RM1,000, namun seorang penjual kacang putih menanggung azab apabila diculik sebelum dibelasah 15 samseng yang diupah along yang dipercayai anggota kongsi gelap terkenal Geng 04.

Lebih menyeksakan apabila mangsa, S Mohan, 43, dipaksa berbogel sebelum diarah menari di hadapan rumah ketua samseng terbabit jika tidak mahu dibunuh. Mangsa yang ditemui di pejabat Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, di sini, semalam, berkata, penderitaan itu bermula apabila dia berhutang RM1,000 dari seorang ceti haram pada Oktober tahun lalu selepas menghadapi masalah perniagaan.


“Saya diugut untuk dicederakan selepas gagal melangsaikan hutang pada tempoh ditetapkan along berusia 20-an itu.
“Mereka mengekori saya setiap hari sebelum menculik saya di hadapan sebuah bank di Sitiawan pada jam 7.30 malam, pada 4 Januari lalu,” katanya.


Menurutnya, dia dipaksa menaiki sebuah kereta oleh lapan lelaki sebelum dibawa dan dikurung di sebuah bangunan.


“Seramai 15 lelaki termasuk beberapa belia yang menyertai kumpulan kongsi gelap 04 muncul di premis itu tidak lama kemudian sebelum membelasah saya beramai-ramai.
“Saya ditumbuk, ditendang dan dipijak kumpulan samseng terbabit hingga lembik. Saya merayu supaya dilepaskan namun mereka langsung tidak mengendahkan jeritan saya,” katanya yang mendakwa dipukul hampir dua jam.


Dia dibawa pula ke sebuah rumah di Taman Acheh Jaya, Setiawan sebelum dipaksa membuka baju dan menari di hadapan rumah milik seorang ketua samseng Geng 04 itu.

“Mereka menjatuhkan maruah saya apabila merakam aksi saya itu menggunakan kamera video.
“Kumpulan samseng itu memaksa abang ipar saya membayar wang tebusan RM20,000 yang didakwa ‘bunga’ dari wang dipinjam saya sebelum ini,” katanya.


Mohan berkata, abang iparnya itu bagaimanapun tidak mampu menyediakan jumlah wang diminta kumpulan samseng itu.


“Saya dibebaskan samseng terbabit pada jam 7.30 petang keesokannya sebelum dipaksa membayar wang RM20,000 dalam tempoh seminggu.
“Sebelum melepaskan saya, mereka mengugut akan membunuh isteri dan menculik anak lelaki saya berusia 2 tahun jika saya gagal menyediakan wang diminta,” katanya.


Akibat takut sesuatu buruk berlaku, dia bersama isteri dan anak melarikan diri dan bersembunyi di rumah kakaknya di Kedah.


“Kumpulan terbabit yang berang kerana gagal mendapatkan wang diminta bertindak ganas memecah masuk rumah saya di Setiawan sebelum merampas motosikal, peralatan rumah selain kereta Proton Iswara milik abang ipar saya pada 18 Januari lalu.
“Kami sekeluarga menjadi mangsa keganasan samseng along itu. Saya sekeluarga kini hidup bagaikan pelarian apabila terpaksa berpindah-randah berikutan bimbang dibunuh mereka,” katanya sambil menitiskan air mata.


Menurutnya, masalah itu sudah dilaporkan kepada polis di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 30 Januari lalu. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Along, ceti haram, kongsi gelap masih berkuasa? Mencabar pihak berkuasa yang seolah-olah tiada kuasa? Tidak berkuasa atau Kerajaan UMNO/BN tidak mampu lagi mentadbir negara.

Cuba tukar kerajaan segera, bagi parti lain pula mentadbir negara. Dengan... UNDI PAS
Selingan vedeo .. Siapa pemimpin munafik di Malaysia.. Penceramah Ustaz Azhar Idrus

Najis Zina: Pelajar Rai Perkenalan Atas Katil


Pelajar rai perkenalan atas katil
MUAR - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang baru menyambut ulang tahun perkenalan pertama bersama kekasihnya di sebuah hotel bajet di bandar Tangkak di sini semalam dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Semasa serbuan pada pukul 3.10 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), pasangan remaja itu sedang tidur tanpa berpakaian. Pelajar itu mengaku dia berada di hotel itu selepas menipu ibunya dengan memberitahu mahu bermalam di rumah seorang rakan sekolah di bandar ini.

"Ibu yang percaya saya telah menghantar saya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini tetapi saya sebenarnya berjumpa teman lelaki saya yang berusia 18 tahun," cerita pelajar itu semasa ditemui selepas operasi cegah maksiat semalam. (Kosmo)

Menurut Sumber Sinar Harian, “Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.".... 

Selingan video pilihan lagu Doel Sumbang (Indoesia) yang kira-kira kurang sumbang.. kisah  dua ekor monyet.. membentangkan kisah realiti masyarakat umat..


Komen Webog Ibnu Hasyim:  Beginilah suasana persekitaran masyarakat orang Islam di Malaysia yang dibentuk oleh kerajaan pimpinan UMNO/Perikatan/BN setelah lebih 1/2 abad merdeka. UMNO dengan parti yang tidak Islamik, membentuk sistem pelajaran tidak Islamik, mengkhianati rakyat dengan media kerajaan tidak bermoral, menghukum dengan perundangan 'thaghut', telah berjaya membentuk masyarakat Malaysia jadi begini.

Masihkah rakyat Islam tidak sedar?  Kalau sedar, dan tidak mahu perkara begini berlarutan merosakkan generasi mendatang, cepat-cepat tukar kerajaan sekarang. Cubaah parti gabungan bersama parti Islam pula. 
UNDIAH PAS dalam PRU 13 ini.


Hina Islam, Olokkan Solat Patut Dihukm.

SEJUMLAH penyokong Youssef penghina Islam, berhimpun di luar pejabat pendakwa raya di Kaherah, Mesir semalam. 

Pelawak terkenal disiasat sindir Presiden Mesir
KAHERAH - Seorang pelawak terkenal televisyen, Bassem Youssef dibebaskan dengan ikat jamin semalam selepas hampir lima jam dia disoal siasat polis berhubung dakwaan menghina Islam dan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Youssef yang merupakan pengkritik lantang Morsi sebelum ini disoal siasat sejak beberapa minggu lepas. Seorang pegawai pendakwa raya menyatakan, Youssef membayar ikat jamin sebanyak AS$2,200 (RM6,802) sehingga siasatan ke atasnya selesai. Tarikh soal siasat yang selanjutnya masih belum diketahui.

Seorang peguam hak asasi manusia, Gamal Eid berkata, keputusan membebaskan Youssef dengan ikat jamin itu menunjukkan pihak pendakwa raya akan meneruskan siasatan. Youssef yang terkenal dengan program mingguan televisyen, ElBernameg menyindir Morsi dan kelas politik Islam baharu di negara ini. Sejumlah penyokongnya menunggu di luar pejabat pendakwa raya sehari selepas waran tangkapannya didedahkan pihak media.
 
Menurut akhbar Al-Ahram, seorang pendakwa raya, Mohammed el-Sayed Khalifa berkata, dia mendengar terdapat 28 plaintif yang menduduh Youssef menghina Islam, mengolok-olokkan solat dan memperkecilkan Morsi. Youssef kerap meniru ucapan dan gaya Morsi. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails