Wednesday, February 20, 2013
Awas! Kerana Dadah, Penyanyi Ini Bunuh Diri..
Mindy McCready
HEBER SPRINGS - Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Mindy McCready disahkan mati bunuh diri dengan menembak dirinya sendiri di rumahnya di sini, petang semalam. Penyanyi ini juga pernah membuat cubaan bunuh diri dua kali sebelum ini dan terlibat dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.
McCready, 37, mati seminggu selepas kematian teman lelakinya, yang juga seorang produser, David Wilson, bapa kepada salah seorang anak lelakinya, bulan lalu. Dia mempunyai dua anak lelaki. Kematian teman lelakinya masih lagi dalam siasatan. McCready pernah menghasilkan lima album.
Wartawan NBC, Andrea Canning mengamas kini status akaun Twitternya berhubung kematian McCready berbunyi, “baru saja mendapat panggilan mengesahkan rakan baik, Mindy McCready mati kerana menembak diri sendiri petang ini."
Menurut polis, mereka menemui mayat Melinda Gayle McCready di anjung rumahnya di Heber Springs. Mayat Wilson juga ditemui di tempat yang sama sebelum ini. McCready disahkan mati di tempat kejadian. Dia sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan kematian teman lelakinya. McCready juga pernah ditahan polis beberapa kali atas tuduhan terlibat dengan dadah. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu peringatan kepada artis-artis terlibat dadah, dan peminat-peminatnya.
Kampung Paling Sejuk Di Dunia

KEADAAN perkampungan Oymyakon yang dipenuhi ais di pedalaman timur laut Rusia.
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk. Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi
Usaha Jatuhkan MB, 5,000 IC Pindah Ke S'gor?

Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video
KL: Dalam Usaha menjatuhkan Menteri Besar, sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.
Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar)
yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku
beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu."Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.
"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.
Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.
Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen. Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.
"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.
Sebelum ini, bekas menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.
Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Kesan pilihan raya

Cetakan dari laman web SPR selepas dimasukkan nombor kad pengenalan Nasib
Semakan Harakahdaily dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan, Nasib akan mengundi di Ijok dalam pilihan raya umum akan datang ini. Beliau didaftarkan untuk mengundi di Pekan Ijok, dalam DUN Ijok di bawah Parlimen Kuala Selangor.
Ijok adalah DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menang dengan majoriti 1920 undi dalam pilihan raya ke 12 lalu. Parlimen Kuala Selangor pula diwakili oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau menang dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 862 undi.
Jika apa yang dibuat ini benar-benar berjaya, kedua-dua calon Pakatan ini bakal kalah dalam pilihan raya umum nanti. Begitu juga caranya dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor.(IH/Hrkh)
Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..
CATATAN SANTAI
WALAUPUN kumpulan penceroboh di Lahat Datu Sabah yang digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat, tetapi berita dari Manila, dilaporkan sebaliknya. Mereka dikatakan tidak akan meninggalkan dan menuntut kembali kawasan itu sebagai wilayah nenek moyang mereka.
Pada Ahad lalu, Sultan Jamalul Kiram mengakui, pengikut-pengikutnya kira-kira 400 orang, termasuk 20 lelaki bersenjata sudah yang sudah dikepung, menegaskan kepada pemberita di Manila,
"Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya. (lihat
Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?)
Pernah pula diberitakan.. (lihat Blog Kesultanan Sulu)
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu
WALAUPUN kumpulan penceroboh di Lahat Datu Sabah yang digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat, tetapi berita dari Manila, dilaporkan sebaliknya. Mereka dikatakan tidak akan meninggalkan dan menuntut kembali kawasan itu sebagai wilayah nenek moyang mereka.
Pada Ahad lalu, Sultan Jamalul Kiram mengakui, pengikut-pengikutnya kira-kira 400 orang, termasuk 20 lelaki bersenjata sudah yang sudah dikepung, menegaskan kepada pemberita di Manila,
"Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya. (lihat
Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?)
Pernah pula diberitakan.. (lihat Blog Kesultanan Sulu)
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu
- pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif,
- hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo.
- Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.
- Kumpulan tetamu dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
- Rombongan Mufti Besar dari Indonesia ini kemungkinan akan hadir pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405, atau mereka datang pada tarikh yang dikira sesuai buat rombongan Habib dapat mengadap Sultan Bantilan II.
- walau pun Syeikh Qadiriahnya iaitu Datu Syeikh Dr Umar Vadillo (WIM) tidak dapat hadir kerana sedang sibuk mengurus siapkan Dinar Dirham Sulu,
sekurang-kurang Muftinya dapat hadir
bersilaturrahim dengan Tausug Jolo dengan harapan ikatan kekeluargaan
para Syarif Indonesia dengan Tausug akan terus terjalin dan dapat
keberkatan dari Ilahi sampai bila-bila.
SSDI sangat bersyukur kepada
Allah swt kerana mengutus Datu Syaikh Dr Umar Vadillo dan Mufti Besar
Datu Habib Rizieq Syihab demi menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan
Kesultanannya menyempurnakan lagi sistem DARUL ISLAM SULU.
Walau bagaimanapun kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari
Jeddah Arab Saudi telah berjaya memeriahkan majlis Diraja SSDI selama
tiga hari itu.
Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan dari Malaysia yang diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'.
Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo.
Dari Filipina pula beberapa individu (tanpa menyebut nama mereka) turut hadir tidak ketinggalan untuk menyaksikan hari bersejarah itu.
Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan dari Malaysia yang diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'.
Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo.
Dari Filipina pula beberapa individu (tanpa menyebut nama mereka) turut hadir tidak ketinggalan untuk menyaksikan hari bersejarah itu.
SSDI telah menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang berada di
negara-negara di sekitar Laut Sulu (Filipina, Malaysia dan Indonesia)
agar menghentikan fitnah dengan jangan menilai SSDI (Sulatanate of Sulu
Darul Islam) sebagai mewakili mereka. Kerana beberapa khabar angin telah
sampai ke telinga SSDI bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu
adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia.
Kononnya lagi gerakan SSDI ini
dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia
pula. Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug
adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh
diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF
1996, MILF 2012), sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang
tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan
diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.
Tinggal lagi sebagai
sebuah negara demokrasi lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh umat
Islam, mereka memberi sedikit timbang rasa kepada mana-mana pihak untuk
melestarikan sejarah suku kaum masing-masing.
Hal seperti ini pun turut dilakukan oleh Filipina dengan membiarkan
tidak mengganggu mana-mana kumpulan yang menguatkan Kesultanan
Sulu.
Menurut Menteri Luar SSDI Datuk Habib Zakaria A. tuduhan tersebut
tidaklah dipandang serius oleh SSDI kerana hanya dikira sebagai khabar
angin. Kerana kalau benar SSDI dibantu oleh mana-mana negara seperti
Malaysia mereka perlu membuktikannya.
Apa yang penting, SSDI atau Sulatanate of Sulu
Darul Islam menyeru supaya menghentikan fitnah bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu
adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. Kononnya lagi gerakan SSDI ini
dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia
pula.
Menurut Blog Kesultanan Sulu (ASREE SUG) itu "Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug
adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh
diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF
1996, MILF 2012)..
"..sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang
tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan
diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu.
Menurut ASREE SUG lagi..
"Malaysia
memerlukan jalan keluar dari terlibat secara berterusan dengan mengambil
langkah alternatif demi keselamatan wilayah dan POLITIK dalamannya.
Ataupun berterusan mendokong MILF-Filipina sehingga mengorbankan
kepentingannya sendiri yang selama ini diusahakan "terus tersorok" (kes
Kesultanan Sulu). Malaysia mempunyai 3 agenda untuk bantu pelan damai
Mindanao dengan Filipina,
- Pertama kerana hendak selamatkan karier politik Kerajaan yang semakin terancam oleh parti oposisi terutama dalam kes RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC PROJEK/PALSU) di Sabah (penganalisis politik tahu hal ini) terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia atas desakan pengundi Sabah dan parti-parti oposisi. Sebarang kegagalan bertindak dari pihak Kerajaan menangani pendatang asing, maka mereka akan kehilangan undi pada PRU-13 nanti.
- Kedua kerana RCI itu perlukan dokongan dari selatan Filipina, yakni tanpa keamanan di sana, RCI tidak dapat dilaksanakan secara efektif untuk menghalau Muslimin Sulu-Mindanao (PTI) kembali ke tempat asal mereka. Dalam masa yang sama Muslimin Sulu-Mindanao turut tidak berasa kecil hati sekiranya dihalau kerana Malaysia telah membantu amankan Selatan buat mereka. Yakni, sudah mudah mencari makan di Sulu-Mindanao kerana Malaysia telah janjikan dana besar buat FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN SELATAN.
- Ketiga kerana tanggungjawab Malaysia terhadap kemakmuran jirannya yang bukan sahaja jiran itu berhak dibantu malah penduduknya adalah saudara seIslam, disamping itu juga dapat mailej antarabangsa terhadap bantuan damai tersebut."
Catatan Santai Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com
19 Feb 2013
KL
Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
Tuesday, February 19, 2013
Ulama Hina Kristian & Wanita Di Mesir, Ditangkap..
KL: Ulama Salafi Mesir Ahmad Mahmud Abdullah yang awal Februari lalu mengatakan perempuan ikut berdemonstrasi patut diperkosa, kelmarin ditangkap polisi Mesir. Stasyen tv Al Arabiya melaporkan, Isnin (18/2), dia ditangkap dan dikenaikan tuduhan menghina agama.
Ulama yang biasa dipanggil Abu Islam itu merupakan pemilik stasyen tv al-Ummah. Dia kembali mengundang kecaman setelah menyerang kaum hawa dan para penganut agama Nasrani. Sebelumnya dia pernah diadili lantaran mengoyak Alkitab (Kitab suci agama Kristian) di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Ibu Kota Kairo September tahun lalu ketika memprotes filem Innocence of Muslims buatan Amerika yang menghina Nabi Muhammad.
Jaksa telah menerima sejumlah keluhan masyarakat kerana dia menghina agama Kristen dalam kenyataannya di surat kabar Tahrir dan stasyen televisyen. Protes datang dari pegiat Kristian Koptik Nagib Gibrail yang menuduh Abu Islam menghina Kristan dalam acara tv.
Dalam siaran tv itu dia sempat mengatakan Hari Valentine merupakan bentuk perayaan umat Kristian terhadap perzinaan dan prostitusi. Awal Februari lalu Abu Islam mengatakan kaum hawa berdemontrasi sebagai tidak malu, tidak takut, dan bahkan tidak ada feminin.
"Katakan pada para perempuan itu, mereka datang ke sana sebab mereka ingin dirogol," ujarnya berapi-api dalam siaran tvnya ketika itu. Dia juga menuduh kaum hawa datang ke Tahrir bukan untuk berdemontrasi tapi mengantarkan tubuhnya kepada orang rmai. (IH)
Lapindo: Hingga Sekarang Semua Lepas Tangan?
JAKARTA: Dalam Sidang Kabinet Paripurna yang digelar di Kantor Presiden, Jakarta, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meminta agar PT Minarak Lapindo Jaya untuk segera melunasi hutang kepada warga korban lumpur Lapindo senilai Rp 800 miliar.
Menanggapi itu, Ketua Fraksi Golkar, Setya Novanto mengatakan tidak memandang pernyataan SBY soal Lapindo sebagai bentuk serangan terhadap Ketua Umum Partai Golkar Aburizal Bakrie yang juga calon presiden.
Novanto berpandangan, urusan pembayaran hutang kepada warga korban lumpur Lapindo sepenuhnya tanggung jawab perusahaan Bakrie. Namun, dia meyakini PT Minarak akan segera menyelesaikannya.
"Kita serahkan semua kepada pemerintah, itukan urusan Bakrie, saya kira Bakrie tetap konsisten (bertanggung jawab), menyelesaikan dengan baik," kata Setya di Gedung DPR, Jakarta, Senin (18/2).
Setya menilai pernyataan SBY merupakan sebuah imbauan dari presiden terhadap rakyatnya. Sehingga, tidak perlu ditanggapi sebagai upaya menyerang partai berlambang pohon beringin itu.
"Kita menerima dengan baik, karena himbauan bapak presiden. Kita hargai karena PT Minarak telah melakukan sebaik-baiknya," tegas dia.(IH/Viva news)
Subscribe to:
Posts (Atom)




