Tuesday, December 18, 2012

Bogel Unt Menyuntik Motivasi. Adakah Trend Baru?


Gwyneth Paltrow

HALAMAN HIBURAN
LOS ANGELES: Adakah ini suatu trend baru dalam dunia hiburan atau suatu lifestyle dalam masyarakat? Aktres Gwyneth Paltrow berkata jurulatih kecergasannya Tracy Anderson memaksa dia berbogel semata-mata untuk menyuntik motivasi bagi memperolehi bentuk badan yang ideal.

Kata Paltrow, insiden itu berlaku ketika dia bertemu jurulatih itu buat kali pertama bagi memulakan sesi kecergasan tersebut. Laman dailystar.co.uk melaporkan, pelakon filem Shakespeare in Love itu memberikan pujian kepada jurulatih berkenaan kerana membantunya menurunkan berat badan ketika hamil anaknya, Moses sebelum ini.

“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak perempuan sebelum ini tetapi pada kali ini (Moses), ia tidak berkesan.
“Saya tidak boleh menurunkan berat badan tetapi sejak bertemu Tracy, dia menjadi penyuntik semangat saya.
“Saya tidak akan lupa pada insiden dia menanggalkan seluar saya dan berkata, ‘Oh tidak, saya sangat terkejut kerana awak nampak hebat di luar. Saya tidak menjangkakan ini (keadaan fizikal),” kata aktres itu.

Bagaimanapun, Paltrow menegaskan tindakan ekstrem jurulatih itu mengembalikan semua keindahan dalam rumah tangganya bersama penyanyi Chris Martin.

“Dia (Tracy) memberikan kebaikan kepada hidup saya, keyakinan diri, kehidupan seksual dan segala-galanya,” katanya seperti dipetik majalah Reebok.

Menurut Weblog Ibnu Hasyim, "Kalau betul begitu, ini suatu trend merbahaya kepada dunia ketamadunan. (IH)

Monday, December 17, 2012

S'ngor Banyak Judi & Pusat Maksiat,Mengapa?



SHAH ALAM: Mengapa di Selangor masih banyak kegiatan judi haram dan pusar maksiat? Hal ini dapat dilihat apabila Kerajaan negeri Selangor hari ini meminta pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad bekerjasama untuk membanteras judi haram dan pusat maksiat di negeri ini.

Bagi mereka, badan penguatkuasaan pusat ini seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor. Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah. Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.

Tidak Keluarkan Lesen Judi Baru.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini. Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Jika ada pun pusat yang baru, ia beroperasi secara haram tanpa lesen.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.
“Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.
“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk. Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram.

Salahguna Lesen Premis

Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis.

“Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan.  Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air.  Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam. (IH)

Ini, Strategi UMNO Palestin Lawan Israel.

 Ini Strategi Fatah Melawan Israel
Benakah Fatah termasuk gerakan Islam Palestin?

KL
: Al-Fatah ialah sebuah gerakan kebangsaan Arab untuk membebaskan wilayah Pelestin, yang tidak meletakkan perjuangan dan negara Islam sebagai asas perjuangan. Kalau di Malaysia seperti UMNO yang meletakkan dasar perjungan kebangsaan Melayu sebagai asas perjuangan partinya.

Hari ini, berita dari pejabat senior Fatah atau UMNO Palestin bertekat memperluas perlawanan tanpa senjata melawan penjajahan rejim Israel.

Mohammed Shtayeh, mantan menteri Otoriti Ramallah, yang juga anggota senior Fatah, mengatakan, "Pemerintah Otoriti Ramallah selain berkomitmen dengan kesepatakan damainya, ia juga perlu mendesak  gerakan perlawanan tanpa senjata bangsa Palestin melawan Israel."

Ia menambahkan, "Pendudukan Israel perlu disokong dengan anggaran raksasa, jika tidak, kita tidak akan menyaksikan perubahan mendasar terjadi di kawasan ini."

Seperti dikutip laman Irib, Fatah menyatakan sedang melangkah ke arah perdamaian. ''Saya merasa optimistis masalah ini dapat terlaksana.''

Pada saat yang sama, surat khabar Israel lain, Yediot Aharonot menulis, "Keinginan pejabat senior Fatah ini disampaikannya ketika bangsa Palestin mulai menggempur Intifadah ketiga." (IH)

Lihar sebelum ini..

N/Aziz: Sesuaikan PRU Dg Ayat Bentuk K/Islam.

Nik Aziz
Nik Aziz
 
DUNGUN: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu penceramah mewakili partinya menggunakan ayat-ayat suci al-Quran yang sesuai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Menurutnya, berdasarkan keadaan negara yang kian menghampiri pilihan raya umum, beliau mengingatkan kalangan penceramah menggunakan ayat-ayat al-Quran bagi menterjemah kepada rakyat mengenai pembentukan kerajaan Islam.

“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno (PGU) 6.0, di Paka, kelmarin.

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak layak menjadi jentera Islam. Beliau yang sebelum ini turut melabelkan Umno sebagai sebuah parti murtad menjelaskan bahawa parti itu tidak mampu memimpin rakyat ke arah bertakwa kepada ALLAH atau ‘ittaqullah’.

“Umno tak layak nak pimpin rakyat ke arah ittaqullah dan untuk melaksanakannya perlu dibuat oleh parti Islam dan tiada parti yang seumpama itu melainkan Pas,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti Umno 6.0 di Paka, di sini, kelmarin.

Beliau menjelaskan, hanya Pas yang mampu membawa rakyat ke arah seruan tersebut kerana mendakwa Umno awal-awal lagi menolak Islam.

“Pas ada wadah dan jentera untuk laksanakan seruan itu dan kita yang paling layak untuk menunaikan seruan itu seperti mana yang diminta oleh khatib ketika membaca khutbah setiap Jumaat dan bukan Umno,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut mendakwa Umno tidak boleh terus bergantung kepada perjuangan bersifat kebangsaan. Beliau turut mengaitkan slogan ‘hidup Melayu’ sama sekali tidak sesuai dilaungkan dalam masjid, tidak sebagaimana laungan takbir yang sering kali diucapkan pemimpin dan pengikut Pas.

“Tidak boleh ucap ‘hidup Melayu’ dalam masjid. Bagaimana sekiranya ada Cina Muslim atau India Muslim dalam masjid. Tidak boleh kebangsaan, tidak boleh Arab, Melayu, Cina. Semua sama. Lebih lagi apabila Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung,” katanya. (SH)

Lihat, Berpemikiran Islamkah Artis Ini?

lana nordin seksi berbikini foto seksi lana nordin pakai bikini dia dimarahi keluarga

HALAMAN HIBURAN
SEJAK awal pembabitannya dalam lakonan, Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Kemunculan beraninya menggayakan baju menampakkan bahagian dada yang menjadi aset penting wanita, sering mengundang perhatian ramai hingga diberi jolokan Pamela Anderson Malaysia. Sudah banyak kali dia ‘ditegur’ kerana keberaniannya, malah ia hangat diperkatakan di Internet. Jika namanya ditaip di ruang carian, pasti yang terdahulu keluar kritikan dan kisah penampilan seksinya.

HANGAT...Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi.
HANGAT...Lana Nordin tidak pernah sunyi dengan kontroversi.
Paling hangat diperkatakan, kontroversi foto peribadinya berbikini dan menampakkan tubuhnya separuh bogel ketika bercuti di Indonesia tersebar di laman sesawang dan blog, Julai lalu. Terbaru, Lana mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah payu dara terdedah dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dieksploitasi pengarahnya, Afdlin Shauki.

Bahkan, Lana melihat senario itu sebagai satu kerjasama situasi ‘menang menang’ kerana sudah lama teringin bekerjasama dengan sutradara itu dan buat kali pertama berpeluang membintangi filem komedi. Persoalannya, selaku empunya diri, bagaimana Lana atau nama sebenar, Mazlina Hasan Nordin melihat diri dan apakah prinsip dipegang gadis kelahiran Kuching, Sarawak pada 6 Disember 1979 ini?

Adakah kritikan dan cemuhan yang diperkatakan selama ini langsung tidak berbekas di hatinya? Benarkah dia tidak kisah bahagian penting tubuhnya dieksploitasi demi berkarya? Ketika perkara ini dibangkitkan, Lana menegaskan, dia tahu apa yang terbaik buatnya, bahkan pada usia 33 tahun, dia bijak menilai baik buruk sesuatu perkara.

Katanya, dalam berkarya, dia berpegang pada sikap profesional dan apa dilakukan selama ini tidak melanggar batas sepatutnya. Namun andai ada yang memandang serong, dia pasrah. Terserah apa orang fikir, dia tidak ambil pusing.

“Perkara ini bukan baru bagi saya. Pada awal kemunculan dulu, orang kaitkan saya dengan imej seksi dan simbol seks, malah ada yang labelkan saya Pamela Anderson Malaysia. Gelaran itu tidak pernah saya minta atau tagih, tapi orang yang beri.
“Bagi saya, seksi itu subjektif dan terpulang kepada tafsiran setiap individu.
Mungkin seksi itu pada bentuk tubuh, wajah, mata, bibir, cara bercakap atau lenggok badan.

“Jujur, saya tidak pernah rasa diri ini seksi tapi jika itu penilaian orang, terserah. Saya tidak boleh tutup mulut orang. Kadang­kala hairan juga, bukan selalu saya bawa watak penggoda tapi itu yang orang ingat.
“Padahal, ramai lagi pelakon yang hidupkan watak sebegitu, tapi mereka tak pula kena kritik berpanjangan seperti saya. Seingat saya, tak pernah pula lakonan saya keterlaluan. Masih ada batas, termasuk penampilan. Bukannya saya buka baju atau beraksi ranjang.

“Pelik juga, watak penggoda dan seksi saja yang orang ingat dan jadi sebutan, walhal banyak lagi watak lain yang saya buat tapi tak digembar-gemburkan pula.
“Namun bila difikirkan semula, ada bagusnya. Bila orang ingat, bermakna lakonan saya menjadi. Tak mengapalah, saya lihat kritikan, cemuhan dan persepsi ini daripada sudut positif,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem Innalillah.

Bekas pramugari ini berkata, dia bersedia dengan apa juga kontroversi yang bakal timbul berikutan penampilannya dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dan menyerahkan perkara itu kepada Afdlin jika ada apa juga perkara berbangkit di kemudian hari.

Katanya, ketika penggambaran dijalankan, dia ragu-ragu untuk berpakaian sebegitu, namun meneruskannya apabila Afdlin meyakinkan semuanya akan berjalan lancar dan bertambah lega apabila Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) meluluskan babak itu.

“Kalau benar keterlaluan, pasti babak saya dipotong. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga produksi ini dan berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan.
“Saya berlakon filem ini kerana belum pernah buat genre komedi dan sudah lama teringin bekerjasama dengan Afdlin. Dia pengarah kreatif dan sangat komited dengan kerjanya,” katanya. (Sedutan dari myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian.. Bagaimana nak betulkan permikiran seperti ini supaya kembali kepada Islam? Moga-moga Tuhan beri hidayah kepadanya.

Sunday, December 16, 2012

Hapuskan Tol Jambatan P.Pg, Ikut Perjanjian Asal


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong desakan yang dibuat oleh NGO, Hapus Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS) yang meminta agar kerajaan memansuhkan segera tol yang telah membeban hidup rakyat Pulau Pinang setiap hari.

Beliau yang dihubungi memberitahu tindakan melanjutkan perjanjian asal dari 33 tahun sebelum ini dengan melanjutkan lagi 20 tahun adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dan jelas hanya untuk keuntungan kroni sahaja.

"Kita tahu Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan merupakan keempat di Asia Tenggara dan kita hargai.
"Namun dalam pada masa yang sama rakyat terus terbeban dengan kadar tol yang dikenakan apatah lagi tempoh konsesi yang telah dilanjutkan kepada 20 tahun lagi, yang mana perjanjian asal hanya 33 tahun sahaja," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kadar tol sebanyak RM7 bagi perjalanan dua hala satu beban besar kepada mereka yang merupakan penduduk Pulau Pinang yang sentiasa berulang alik menggunakan jambatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan sepatutnya memberikan kadar diskaun kepada mereka yang sentiasa menggunakan jambatan tersebut terutamanya mereka yang menetap di bahagian pulau bukannya melanjutkan konsesi hanya untuk kepentingan kroni sahaja.

Sementara itu, HAPUS melalui kenyataannya memberitahu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang adalah amat perlu kerana rakyat Pulau Pinang tidak pernak mendapat manfaat dari keuntungan kutipan dari tol tersebut.

Malah menurut HAPUS lagi, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mendapat hak atau komisen daripada kutipan tol walaupun dalam perjanjian mengatakan mereka mempunyai pegangan sahan sebanyak 15 peratus atau 375,000 saham pada 1994.

Konsesi tol sepatutnya tamat pada tahun 2018 tetapi telah dilanjutkan sehingga tahun 2038. (Hrkh)

Israel Akan Berakhir, 1/3 Rakyatnya Akan Keluar


Israel Bakal Berakhir, Rakyatnya Eksodus

JERUSALEM: Lebih dari sepertiga warga zionis Israel menyampaikan tekad mereka hengkang dari bumi Palestin. Mereka berencana eksodus keluar setelah berakhirnya mimpi Israel dan buruknya kondisi ekonomi di negara tersebut.

Dalam jajak pendapat yang dilaporkan oleh situs elektronik Haaretz, sebanyak 37 persen warga Israel yang usianya antara 30-49 tahun ingin hengkang. Mereka ingin pergi dari Israel kerana faktor ekonomi dan berakhirnya mimpi Israel.

Jajak pendapat harian Haaretz diumumkan selama beberapa hari sebelum agresi Israel ke Jalur Gaza. Perang Gaza lapan hari dimana roket-roket Palestin mampu menembus Tel Aviv dan Jerusalem (Al-Quds).

''Jajak pendapat harian Haaretz menyebutkan bahawa di tengah situasi menjelang perang lawan Iran dan ancaman akan menyerang Jalur Gaza, sebanyak 47.5 persen warga Israel selatan sedang mempelajari dengan serius untuk migrasi ke luar negeri,'' tulis Infopalestin (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails