Thursday, May 24, 2012

Piala FA: Ada Hadiah, Tapi Tunggu Tok Guru.. Esok


SUKAN

















KOTA BHARU 24 Mei 12: Kerajaan Kelantan bersetuju pada dasarnya untuk memberi hadiah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya menjulang piala FA baru-baru ini selepas menewaskan Sime Darby.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi wang sagu hati termasuk membawa pemain mengerjakan umrah.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan bentuk hadiah yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Pasar Kota Jembal, Pulau Melaka, dekat sini semalam.

Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, ketika memberitahu media tidak mahu mendahului Tuan Guru dalam menyatakan keputusan itu.

Katanya, ada baiknya kenyataan berhubung perkara itu diumumkan sendiri oleh Tuan Guru.

Fattah  ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kelmarin supaya dapat membawa Piala FA dalam majlis perasmian Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2012 di Pantai Irama, Bachok pagi tadi.

Sambungnya, majlis perasmian program itu akan diadakan pada petang esok (ini) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berharap pihak Kafa dapat memenuhi permintaan kerajaan negeri supaya ia dapat ditunjukkan kepada Tuan Guru pada majlis itu.

"Setakat ini belum ada jawapan daripada pihak Kafa berhubung surat yang dihantar pagi tadi (semalam), tetapi kita harap mereka dapat membawa Piala FA itu pada majlis sambutan Hari Anak Muda Kelantan di Bachok nanti.

Jelasnya, tidak ada sebab piala itu tidak boleh dibawa ke majlis Himpunan Anak Muda Kelantan, kerana ianya milik semua pihak, terutama anak muda dan bukannya milik individu.

"Saya harap Piala FA yang dimenangi pasukan Kelantan itu dapat dilihat secara dekat oleh anak muda Kelantan yang hadir dalam program bersama Tuan Guru,” ujarnya.

Beliau tidak menafikan, kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat pada majlis itu.

Pada 19 Mei lalu, Kelantan berjaya membawa pulang Piala FA selepas kemarau selama 22 tahun setelah The Read Warriors berjaya menewaskan Sime Darby menerusi tendangan penalti oleh Mohammed Mahmoud Ghaddar pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. (IH/Hrkh)

B/Pulau, Apa Khabar, Selepas 3 Kg Diserang Ribut?

KEADAAN bumbung rumah seorang penduduk yang rosak dalam kejadian ribut di Kampung Terang, Balik Pulau semalam. 
BALIK PULAU: Kira-kira 100 penduduk di tiga buah kampung di sini cemas apabila rumah mereka rosak teruk terutamanya di bahagian bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut awal pagi semalam.

Malah, beberapa buah rumah ditimpa pokok sehingga beberapa keluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka untuk menyelamatkan diri. Lebih 20 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di Kampung Terang, Kampung Genting dan Kampung Perlis.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berlaku pukul 1.45 pagi. Seorang mangsa, Zahrah Youb Ahmad, 43, dari Kampung Genting berkata, kejadian itu berlaku cukup pantas dan dia yang terjaga sempat mengejutkan dua anaknya sebaik terdengar bunyi angin yang kuat sebelum bergegas keluar. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Takziah orang kampungku, Balik Pulau, ucap editor weblog ini, Hj Mohd Hasyim yang berasal dari Kampung Perlis Balik Pulau. Kita sentiasa redha ujian dari Allah. Apa khabar sekarang?

Seks Terbuka Gadis 14 Tn, UMNO Tanggungjawab?



Kakak Terkejut Lihat Aksi Seks Adik Di Atas Buaian.

HULU BESUT - Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian. Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah. Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. “Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu. Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. (SH/biaqpila. blogspot)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu?
  • Kerana suasana keliling yang diciptakan UMNO sejak lebih setengah abad merdeka. Sudah tentu UMNO bertanggung jawab. 
  • Apa lagi pemimpin-pemimpinnya kurang pengetahuan agama. Pemimpin No 1 negara sejak dulu hingga sekaang, tidak ada yang berpendidikan agama yang tinggi.
  • Sistem pendidikan yang gagal melahirkan manusia bermoral dan bertakwa kepada Allah SWT. Pelajaran agama hanya tempelan sahaja
  • Tiada undang-undang kesalahan berzina dalam perundangan sivil negara, zina suka sama suka tidak salah kecuali di bawah umur.
  • Media massa di Malaysia lucah atau separuh lucah, tiada cita-cita untuk menselaraskan sesuai dengan kehendak agama Islam.
  • Peraturan perkahwinan diperketatkan, najis zina dipermudahkan. Contohnya kahwin bawah umur dihebuh-hebuhkan, tidak seperti zina bawah umur atau atas umur, walaupun penzina itu mengaku terang-terangan.
  • Dan banyak lagi sebab-sebab lain seperti ibupapa yang tiada berpendidikan agama, masyarakat buta agama, berkembangnya faham materialisme, sekularisme, dan sebagainya. (IH)

Wednesday, May 23, 2012

Alat Khas Setiap DUN Salur Maklumat -Dr Fadzil




Kota Bharu: Kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat. Kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan, di majlis pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.


“Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.

“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.

“Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV,” ujar beliau.

Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri. (IH)

PAS Demo Depan Pejabat NST Jumaat Ini

Laporan NST yang mendakwa 'Nik Aziz bapa kafir'

KL: Selepas amaran demi amaran dan bantahan demi bantahan tidak dihirau, Pemuda PAS akan mengadakan demo di perkarangan pejabat akhbar NST Jumaat ini ekoran dakwaan 'Nik Aziz bapa kafir'.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataannya berkata, demo itu akan diadakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

"Solat Jumaat beramai-ramai di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar," dan selepas itu mereka akan berarak ke pejabat NST.

Menurut Khairul Faizi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu “Nik Aziz is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar Nes Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.

Sebelum ini, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, katanya, telah mengarahkan untuk diadakan satu demonstrasi bantahan di peringkat negeri-negeri pada minggu lepas untuk membantah tindakan akhbar tersebut.

"Sehingga kini, Dewan Pemuda PAS Malaysia masih lagi tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada pihak New Straits Times untuk memohon maaf atau menarik semula kenyataan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan satu lagi demonstasi bantahan di peringkat Pusat yang akan diadakan pada hari Jumaat bertarikh 25 Mei 2012 selepas solat Jumaat bertempat di hadapan pejabat Balai Berita New Straits Times Press [M] Berhad, Bangsar.

Setiap ahli PAS, katanya, diminta untuk hadir bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadapan kenyataan New Straits Times iaitu “Nik Aziz is Father of Kafir”  dan juga kedegilan mereka untuk memohon maaf. (IH)

Polemik Wanita Bercadar , Kusai TV Di Mesir.


SEBUAH stasyen televiyen satelit Mesir yang sedang dalam masa siaran ujicuba, menimbulkan kontroversi, berkait dengan penampilan penyiarnya yang semuanya bercadar. 

Dilaporkan oleh Al Arabiya  22 Mei semalam, general manager stasiun televisyen Marya, Syeikha Safaa, sebagaimana dikutip berbagai media Mesir menjelaskan tvnya “eksklusif wanita” dan tidak ada lelaki yang dibolehkan mencampuri urusan editorial atau konten program yang akan ditampilkan.

Pemilik stasyen tv itu, sebagaimana dikutip media, memilih nama Marya merujuk pada nama isteri Nabi Muhammad yang melahirkan seorang anak lelaki bernama Ibrahim, iaitu Mariyah Al Qibtiyyah. Menurut Safaa, pemilik stasyen tv  yang seorang syeikh Salafy bernama Abu Islam Ahmad Abdullah, hanya akan berperanan sebagai “konsultan”. 

Peraan itu pun berkait dengan kepakarannya dalam bidang media dan keilmuwan. Safaa lebih lanjut menjelaskan, manajemen operasi saluran tv itu akan ditangani oleh staf yang semuanya wanita. Mereka ingin menghilangkan ketidakadilan yang sering diterima oleh perempuan bercadar yang kerap dimarjinalkan.

Namun, ide menampilkan sosok wanita yang semuanya bercadar di layar tv itu mendapat tentangan dari sejumlah pihak. Tarek Habib, seorang veteran pengacara di tv Mesir, dalam wawancaranya dengan Masrawy mengatakan, ia tidak setuju dengan ide tersebut kerana cadar sering dipakai orang untuk melakukan kejahatan.

Menurutnya, penting bagi penonton untuk mengetahui jenis kelamin orang yang bercakap di hadapan jutaan penonton tersebut. Aktris Mesir Athar Al Hakim dari majalah wanita Majatouki ikut berkata, “Saya memiliki hak untuk mengetahui siapa yang bercakap dengan saya di tv.” katanya sebagai alasan.

“Niqab adalah maslaah keamanan nasional dan itu (cadar) tidak diterima dalam masyarakat Mesir meskipun ada keberagaman agama,” kata artis wanita itu. Pada 17 Mei lalu, pemilik stasyen tv Marya berdialog dengan penulis Mesir Nabil Sharf Eddine dalam diskusi di Dream TV.

Sharf Eddine menyebut stasiun tv Marya sebagai “sebuah saluran tv syaitan terkutuk.” Pemilik Marya membalas dengan menyebut Sharf Eddin sebagai “orang tidak berperadaban.” (IH)

N/Aziz Terharu Kini FB 664,000 Peminat..

Peminat fb Tok Guru Nik Aziz Kini 664,000 

KOTA BHARU: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman sosialnya (Facebook - fb) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.

Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam fb.

“Saya amat gembira kerana melalui fb ini rakyat di seluruh negara mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media lain tu agak sukarlah sikit,” katanya ketika merasmikan pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.

RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral. Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian lebih ramai pembaca.

Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah. Demikian menurut sumber Harakah) (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails