Sunday, July 17, 2011

Bayi Lahir Di P.Pg Dapat RM100? Negeri BN?


P.Pinang 17 Jul 11: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menimbang memberi RM100 kepada bayi yang dilahirkan mulai tahun ini kepada salah seorang ibubapa yang merupakan pengundi di negeri itu.

Program “Anak Emas Pulau Pinang” akan mensyaratkan pengesahan pendapatan isirumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pada 2010, kerajaan negeri melancarkan 'Program Penghargaan Warga Emas RM100' setiap tahun dan RM1,000 untuk urusan jenazah kepada waris warga emas bagi mengenang sumbangan warga melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri.

Katanya, kejayaan program tersebut, menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik.

"Sungguhpun pemberian RM100 oleh kerajaan negeri Pakatan adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta dibelanjakan setiap tahun untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka. Ketua menteri berkata, program penghargaan itu cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, tetapi usaha mereka gagal apabila kadar pendaftaran kini melebihi 87% dengan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang telah mendaftarkan diri.

"Sumber kewangan program baru “Anak Emas Pulau Pinang” adalah sama dengan program penghargaaan warga emas, iaitu daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan Pakatan melaksanakan kempen anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International.

"Program baru “Anak Emas Pulau Pinang” akan dibentangkan dalam mesyuarat Eco negeri minggu ini dan dijangkakan memerlukan perbelanjaan antara RM5-RM10 juta setiap tahun," katanya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puak-puak UMNO Pulau Pinang, kalau bantah jangan ambil le! Kerana kerajaan Pulau Pinang akan beri semua tak kira parti, bukan macam kerajaan BN perintah, hak-hak rakyat kalau pembangkang dinafikan!

Kembali Mengambil Al-Quran & Al-Hadis -Agung


KL, 17 Julai 11: Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyeru umat Islam kembali mengambil Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber penyelesai masalah yang timbul dalam masyarakat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah jika ada perselisihan pendapat dan sukar untuk mencari keputusan, Allah menggariskan agar al-Quran dan al-Sunnah dijadikan tempat rujukan seperti Firman-Nya di dalam Surah An-Nisa. Baginda menyarankan demikian ketika menyampaikan titah perasmian Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa ke-53 yang bermula malam tadi hingga 23 Julai.

Majlis berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong Tuanku, Nur Zahirah turut berangkat. Majlis itu disiarkan secara langsung melalui radio dan televisyen ke seluruh negara.

"Beta percaya keamanan negara berkait rapat dengan perpaduan ummah, perkara ini ditunjukkan dengan kehancuran empayar-empayar hebat pada masa lampau akibat perlakuan rakyatnya yang tidak bersatu padu malah mengenepikan persefahaman dalam menjaga kemakmuran negara.

"Sesungguhnya Islam melarang umatnya membiarkan perselisihan pendapat, pandangan atau apa-apa keadaan yang akhirnya melemahkan negara.

"Inilah yang ingin beta tekankan supaya kita kembali kepada ajaran Islam sebenar namun harus kita fahami ini bukanlah bermakna Islam menolak perbezaan pendapat kerana Islam mengharuskan kepelbagaian pendapat tentang sesuatu perkara untuk menghasilkan kebaikan," titah baginda. (IH)

Suami Dayus Dibenam Ke Neraka. Najibkah?

Oleh MERONG


"Di dalam mengusahakan sebuah rumahtangga, kehebatan seorang suami terletak pada sejauh mana dia dapat mempertahankan syariat semasa dia hidup bersama dengan isterinya. Kalau suami terlalu taat kepada isterinya dan mengikut sahaja apa kata-kata isterinya walaupun yang berlawanan dengan syariat, dia akan Allah benamkan ke dalam neraka.

Oleh yang demikian, suami hendaklah mengawasi supaya jangan sampai isterinya menguasai dia. Jangan jadi apa yang dikatakan orang, 'Queen Control'.

Itu pun dalam hal-hal yang mengenai syariat sahaja. Rasulullah mengingatkan yang bermaksud: "Tidak beroleh kemenangan dan kejayaan, lelaki yang diperintah oleh kaum wanita."

Berdasarkan kefahaman diatas, perlu kita yakin Najib takkan beroleh kejayaan didalam pemerintahannya kerana Rosmah bakal menjadi duri dalam daging kepadanya. Najib bakal menjadi pemusnah kepada BN itu sendiri. Menteri, Ahli-ahli dan USTAZ pembodek UMNO akan menjadi liability kepada UMNO akibat takut menegur ketua sendiri. Pemimpin yang mengikut telunjuk isteri umpama pemimpin yang memimpin bertunjangkan 9 nafsu wanita + 1 nafsu lelaki.

Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS”

( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

ERTI DAYUS suami tiada kuasa? Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

Sabda Nabi : - وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ”Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak”

Lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? ,

Berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) –

( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain. (IH)

Lihat sebelum ini

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Hukum Bogel Bermula Dg Facebook

MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya.

KL 17 Jul 11: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.

Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.

Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.

Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini.

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga.

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya. (myMetro)

Libat sebelum ini..

  • E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
  • E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Sekelumit Video Bersih 2.0, Polis Ganas?..

Perhimpunan Bersih 2.0 Berita Sebenar Dari TV Singapore‏ - YouTube

- Uploaded by jefri76
Wartawan Chanel New Asia melaporkan. anwar ibrahim.
www.youtube.com/watch?v=W5n_0e5GPzc
More videos for Perhimpunan Bersih 2.0 Berita Sebenar ... »

Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/2011‏ - YouTube



13 min - Uploaded by ahfusim
Only after we cried, we felt the pain, we will treasure our life. For those who want to cover the truth, we hope you can feel the weight of ...
www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI


Ketagih Internet Punca Otak Remaja Mengecut


BEIJING - Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China.

Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet. - Agensi

PM: Ganas Buahkan Ganas, Mengapa Polis BN Ganas?


LONDON, 16 Julai 11: Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik,

contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pandangan PM di London, 'keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga.' Apakah tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 itu ganas? (Lihat gambar kanan)

Yang jelas tuntutan tersebut bertujuan untuk mengkemaskinikan proses demokrasi. Tetapi polis di bawah kerajaan BN Malaysia pula yang mengganas baru-baru ini?

Ingat, apabila Amerika & dunia menyelesaikan masalah sekelompok puak Islam dengan keganasan, maka lahirlah keganasan. Contohnya Al-Qaeda, yang tidak akan selesai. Apakah Malaysia juga mahu jadi begitu?

Amaran kepada kerajaan BN, kalau tidak mahu bangkit keganasan, jangan gunakan keganasan untuk menekan rakyat. Binatang kucing yang manja jinak pun, kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit. Apalagi manusia! (IH)

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails