Saturday, July 09, 2011
Friday, July 08, 2011
Puteri Mantan Presiden AS Bogel Bersih.

RAMAI orang mencari ketenangan hidup seiring usia yang menua. Tapi, tidak bagi Patti Davis. Puteri mantan Presiden AS, Ronald Reagan, ini nekat melakukan aksi kontroversial di usianya yang menginjak 58 tahun.
Seperti dikutip dari Daily Mail, Davis berpose tanpa pakaian di Majalah More edisi Jun. Pose yang menampilkan tubuh bahagian belakangnya itu sebagai wujud kempen kesehatan dan kecantikan di segala usia.
Menyertai foto itu, tersaji kisah masa lalu Davis yang bergelut dengan candu dadah selama bertahun-tahun. Candu yang dialami sejak usia 15 tahun itu membuat fisik dan kesehatannya mengalami kemerosotan luarbiasa. Penampilannya seperti rangka hidup berbalut kulit tipis.
Sedar dengan gaya hidupnya yang salah, Davis yang masa itu berusia 20-an tahun mulai berfikir untuk mengembalikan tubuh dan kesihatannya. Ia pun datang ke pusat kebugaran. Kali pertama memasuki pusat kebugaran, ia melihat foto seorang wanita bertubuh seksi tanpa balutan busana.
"Saya memandangi foto itu, saya mulai sedar bahawa saya sangat dambakan tubuh itu. Wanita itu sangat percaya diri dan banggakan, dengan otot kencang, dan cantik. Saya berpikir, suatu saat saya ingin berpose tanpa busana seperti itu, tidak sekarang, tapi suatu saat nanti," kata Davis dalam wawancara dengan sebuah majalah di tahun 1986.
Mimpi itu akhirnya wujud. Setelah melalui serangkaian terapi dan latihan fizik, Davis mulai pulih. Di usia 42 tahun, Davis menerima tawaran berpose tanpa busana di majalah khsusus lelaki, Playboy. Menghadapi banyak kritik, ia tegas mengatakan bahawa itu adalah sebuah keputusan yang tidak boleh disesali.
Berpose bogel bersih tanpa pakaian di hadapan publik menurutnya, menjadi sebuah kemenangan bagi Davis. Itu menjadi penanda bahawa pertarungannya melawan kematian di usia remaja berjaya. Di usia yang tua renta, ia masih mampu menunjukkan tubuhnya yang kencang dan sehat.
"Saya telah menghancurkan hidup saya saat remaja. Saya hancurkan kesihatan saya, bahkan hidup saya. Saya lalu berjuang untuk mengembalikan hidup saya. Kini, saya belajar menghargai waktu seperti sebuah komoditi mahal, dan saya pun belajar menghargai tubuh saya." (IH)
Panduan Baru, Siapsedia BERSIH 2.0 Esok.. Jom!!

Jom pergi himpunan bersih ramai-ramai.. Tapi ingat baca panduan ini dulu..Panduan ringkas perhimpunan Bersih 2.0
1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan
2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari
4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa
5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’
7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?
o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai
Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat
Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :
1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9
(Sumber: Harakahdaily.net)
'Half-Naked Half-Hour' Bogel Ramaikan Perpustakaan..
![]()
London: Sudah hampir dua tahun ini, sekumpulan mahasiswa di Worcester College, Oxford University, England, melancarkan program unik untuk meramaikan perpustakaan. Mereka yang bergabung dalam 'Breakfast Club' itu membuat jadual harian, membaca atau mengerjakan tugas kuliah di perpustakaan, tanpa pakai pakaian.
Melalui program bertajuk 'Half-Naked Half-Hour', mereka akan menanggalkan balutan pakaian sebelum bercampur dengan pengunjung perpustakaan. Program tersebut berlangsung selama 30 menit, antara pukul 15.00 sampai 16.00, setiap Rabu. Program itu bermula dari idea gila pada 2009.
Masa itu sejumlah mahasiswa merasa jemu dengan aktiviti revisi tugas menjelang pergantian semester di perpustakaan. Mereka lalu berfikir untuk mencipta suasana perpustakaan yang membosankan menjadi arena belajar yang menarik. Tidak disangka, rupanya program itu mendapat sokongan sejumlah mahasiswa.
Sekitar 40 mahasiswa, lelaki dan wanita, bergabung di sana. Bahkan, sejumlah pejabat tempatan kerap bertandang dalam rangka kunjungan ke universiti-universiti. Di tengah berlangsungnya program yang mulai menjadi tradisi itu, pejabat komite perpustakaan mengirim surat protes kepada mahasiswa. Meski perpustakaan menjadi ramai, mereka melihat aksi itu sangat mengganggu pengunjung perpustakaan lain yang memang serius ingin membaca dan belajar.
Dalam emailnya kepada mahasiswa, mereka memeringatkan bahwa, "Bogel selama setengah jam memang nampak menyenangkan dan tidak berbahaya. Tetapi kami meminta kamu hentikan aksi tersebut di perpustakaan. Jika terus berlanjut, kami akan meneruskan masalah ini ke dekan."
Mereka juga memberi teguran keras kerana aksi itu dilakukan tanpa izin petugas perpustakaan. "Sangat tidak layak untuk suatu kumpulan melakukan sesuatu di perpustakaan tanpa izin kami," kata seorang anggota komite perpustakaan, seperti dikutip Daily Mail.
Menangani larangan itu, sejumlah anggota 'Breakfast Club' bereaksi tidak kalah kerasnya. Mereka menganggap larangan yang disampaikan komite perpustakaan tidak berdasar. Mereka mendakwa program yang mereka usung itu membuat sebuah kejutan besar bagi kampus sehingga semakin ramai dikunjungi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bertelanjang juga mengganggu hak orang lain. Begitu juga berpakaian menjolok mata. 'Jolok mata' ertinya mata orang lain terasa dijolok. Yang dijolok perlu diberi haknya. Kerana itu Islam mengawasi dan menghormati batas-batas dalam berpakaian. (IH)
Lihat lagi..
Minyak Goreng Jadi Bahan Bakar Pesawat Air France-KLM
Seorang petugas mengisi bahan bakar Avtur pesawat terbang (Antara/ Ujang Zaelani)
JOM KREATIF
ANAK kapai penerbangan Eropah, Air France-KLM, akan menggunakan minyak goreng sebagai bahan bakar pesawat terbangnya mulai September tahun ini. Lebih dari 200 penerbangan dari Paris ke Amsterdam, Belanda, akan memakai minyak goreng sebagai bahan bakar."Pada November 2009, kita telah mendemonstrasikan bahawa secara teknik memungkinkan terbang menggunakan biokerosin," kata Managing Director Air France-KLM, Camiel Eurlings, sebagaimana dimuat laman physorg.com.
"Sekarang, satu setengah tahun setelah percobaan di Camelina, fase baru telah tiba di dunia, iaitu sertifikasi. Autorisasi segera diberikan kepada operasi penerbangan komersial dengan menggunakan biofuel."
Penting dicatat, penggunaan minyak goreng bekas tidak dapat dikompromikan dengan keamanan pesawat. Minyak goreng terpakai perlu bersihkan terlebih dahulu, sehingga memiliki spesifikasi sama persis dengan kerosin biasa. Salah satu keuntungan penggunaan minyak goreng ini adalah pesawat terbang tidak perlu dimodifikasi menggunakan bahan bakar terbaru ini.
Bahan bakar dinamis yang boleh menghasilkan biofuel ini berasal dari pelbagai sumber, termasuk lemak haiwan, minyak sayur-sayuran, tall oil (produk sampingan dari pengolahan pohon pinus dan bubur kayu atau kertas), dan lemak.
Idea penggunaan biofuel oleh anakapai gabungan Perancis dan Belanda itu adalah sebahagian dari usaha mereka menurunkan emisi karbon. The International Air Transportation Association telah menyusun target pada 2007 yang lalu untuk menghapuskan emisi karbon dioksida dari perjalanan udara pada 2050 mendatang.
Tidak jelas berapa persen biofuel yang akan digunakan dalam penerbangan Air France-KLM ini. Tetapi, selama uji coba pada 2009 silam, campuran 50:50 telah sukses diujicuba dalam satu mesin Boeing 747. Namun Eurling mengatakan masalah harga masih menjadi penghalang utama untuk menggunakan biofuel 100 persen.
"Biaya penggunaan biofuel perlu diturunkan secara substansial dan permanen. Ini boleh dicapai melalui inovasi, kolaborasi, dan perundang-undangan yang mendorong penggunaan biofuel dalam industri penerbangan, tapi dalam kompetisi yang jujur," kata Eurlings. (IH)
Sila lihat..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
Mohd Sabu Tetap Himpunan Walaupun Dilarang?

KL, 7 Julai 11: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.
"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.
Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS berkata, beliau yakin tindakan tersebut tidak akan menjejaskan ahli PAS untuk datang ke himpunan itu nanti. Dewan Pemuda PAS semalam mengulangi komitmen untuk menghantar 30,000 ahlinya dari setiap negeri ke himpunan itu.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai. Antaranya termasuklah Mohamad, pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan aktivis Hishamuddin Rais.
Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. Diminta mengulas perkara itu, Mohamad berkata beliau akan merujuk peguam untuk tindakan lanjut. (IH)
Sebelum ini...
- Taktik Kotor PM, 91 Dilarang Masuk KL Sabtu Ini
- E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
-

Mengapa Nora Danish Pilih Sek.Tahfiz Unt. Anaknya...
HALAMAN HIBURANKL 8 Jul 11: Mungkin tidak yakin dengan dasar pelajaran dan pendidikan kerajaan Malaysia sekarang dalam mengharungi masalah sosial, ramai yang perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama atau tahfiz, yang berpendidikan Islam.
Antaranya, pelakon Nora Danish, 29, mahu anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 2, memasuki sekolah tahfiz pada seawal usia empat tahun. Menurut Nora, sejak mengandungkan Rayqal lagi, dia mahu anaknya itu mendapatkan pendidikan agama secukupnya sebelum melangkah ke alam dewasa.
"Di zaman ini macam-macam masalah sosial yang kita boleh lihat dan bayangkan apa akan berlaku pada masa akan datang?
"Sebab itu saya mahu Rayqal diberikan pendidikan agama secukup-cukupnya supaya bila dah besar nanti dia tahu apa yang baik dan buruk dalam melalui sesebuah kehidupan. Saya mahu dia masuk syurga," katanya.
Tambah Nora, jika mengikutkan kata hati, terlalu banyak perkara yang ingin diaturkan buat anak tunggalnya itu.
"Kalau nak ikutkan saya nak rancang macam-macam untuknya, tetapi saya pun kena fikir, dia pasti mempunyai minat yang tersendiri.
"Apa-apa pun, saya tidak boleh menghalang keinginannya. Tidak kisahlah sama ada dia mahu bekerja dengan jabatan kerajaan, swasta, membuka perniagaan atau menjadi seorang pelakon. Yang penting, saya mahu dia menjadi seorang lelaki yang cukup ilmu agama dan bertanggungjawab," tegas Nora.
Bagaimanapun, kata pelakon itu, bekas suaminya, Rizal Ashram juga mempunyai impian yang tersendiri buat Rayqal di mana dia mahu Rayqal mengikut jejak langkahnya menceburi bidang sukan polo dan lumba kereta. Malah Rizal sudah pun membeli barangan sukan Polo untuk anaknya itu.
Namun kata Nora, setakat ini dia dapat melihat anaknya itu lebih ke arah meminati sukan bola sepak serta lumba kereta.
"Entahlah, saya pun tak tahu apa dia nak jadi besar nanti, tetapi berdasarkan kelakuannya, dia suka bermain bola.
"Malah apabila saya memandu, dia suruh saya bawa kereta lebih laju lagi," seloroh pelakon drama “Khurafat” ini.
Syarifah Aini antara artis yang menghantar anak ke sekolah agama. Begitu juga anak Uji Rashid sudah menunjukkan minat kepada dakwah dan agama. (IH)
Lihat sebelum ini..