Monday, May 09, 2011

Bekal Pasangan Gay Melalui Web Berleluasa



KL 9 Mei 11: Lebih dari 30 pelawaan kepada golongan gay dari Malaysia menjadi ahli dalam laman sebuah sesawang yang dihantar melalui laman berkenaan, kata wartawan Kosmo! hari ini.

Kegiatan seks songsang melibatkan golongan gay di Malaysia kini dikatakan semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman sesawang yang dijadikan medium oleh golongan itu untuk mencari pasangan masing-masing.

Laman sesawang yang beroperasi di Amsterdam, Belanda itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial. Lebih mengejutkan, laman sesawang yang dilayari oleh kira-kira 65,000 pengunjung sehari itu turut menyenaraikan kelab-kelab khusus untuk golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.

Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Golongan terbabit yang mendaftar menerusi laman sesawang itu secara percuma boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung. Pihak digesa supaya memantau kegiatan tersebut. (IH)

Babi Dlm Daging Lembu, Pihak Agama Sila Beri Perhatian

PENGGUNA

KL 9 Mei 11: Bahagian agama dan pihak berwajib di negara ini, sila beri perhatian segera mengenai daging babi yang terdapat dalam daging lembu. Difahamkan, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi. Tidak mustahil ianya akan masuk ke pasaran Malaysia.

Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.

Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90minit:

2 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.

3 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.

4 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu

5 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.

6 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.

7 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.

Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.

10 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

8 Tiruan: Daging Lembu Diproses Daripada Daging Babi?

Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil.

Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser. Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena ah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. (IH)

UMNO Gagal Pertahan Islam -Presiden PAS

KL, 9 Mei 11: Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah lebih dari 50 tahun memerintah. Kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Umno bukan sahaja gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan malah juga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat. Akibatnya, Umno telah melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah, tambah Tuan Guru Abdul Hadi lagi. Jesteru soalnya, apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno yang juga gagal memberikan menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional.

"Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini," tegasnya.

Walaupun begitu, PAS menegaskan akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi. Ianya sebagaimana telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 dan diperkukuhkan lagi pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010. Katanya.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP telah bersetuju akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

"Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

"Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. (IH)

Lihat sebelum ini..

UMNO, Kuasa, Perlembagaan & PM Bukan Islam.


KL 9 Mei 11 : UMNO ialah parti kebangsaan bukan parti Islam. UMNO dan Parti Perikatan terlibat dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka. Maka kerana itulah Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut atau memperuntukkan perdana menteri yang beragama Islam sahaja yang boleh menerajui kerajaan pusat, walaupun ada kuasa memindanya sehingga sekarang. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini dinyatakan berikutan pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

“Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Aziz berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mengatakan perdana menteri wajar beragama Islam.

Kata Zainul Rijal, walaupun ia tiada dalam peruntukan undang-undang mengenai soal agama atau kaum untuk menjadi perdana menteri, namun ia perlu bagi membantu dalam hal ehwal agama Islam.

“Perdana menteri mestilah seorang Muslim, jika tidak dia tidak boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam hal-hal berkaitan agama Islam.

“Bagaimana anda boleh ada bukan Islam menasihati Agong dalam soal-soal mengenai Islam,” katanya.

Menurut Aziz Bari lagi, salah satu cara untuk meminda peruntukan itu adalah dengan memastikan majoriti dua pertiga di Parlimen. Justeru kata beliau, perdana menteri tidak seharusnya hanya orang Islam kerana Islam adalah agama rasmi negara dan terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

“Jangan kita lupa bahawa negeri-negeri Melayu secara jelas mengatakan: MB (menteri besar) itu — bukan ketua menteri- perlu orang Melayu dan beragama Islam. Peruntukan ini adalah jelas dan setiausaha kerajaan negeri juga perlu orang Melayu dan beragama Islam.

“Islam telah dilindungi dalam peruntukan, jadi tidak perlu bimbang sekiranya perdana menteri bukan orang Islam,” kata Aziz.

Beliau juga menegaskan Perlembagaan juga secara jelas mengatakan Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing dan tidak memerlukan nasihat daripada kerajaan negeri.

“Peruntukan sudah jelas mengatakan ketua agama Islam tidak perlu mendengar nasihat kerajaan negeri kerana mereka boleh membuat keputusan sendiri. Sekiranya diperlukan Yang di-Pertuan Agong boleh melindungi Islam, namun keperluan untuk menasihatkan Agong adalah tidak penting.

“Lebih baik jika kita tidak menyebut perkara yang tiada dalam Perlembagaan melainkan ia memerlukan semangat Perlembagaan atau sesuatu perkara lain, Perlembagaan perlu difahami dan bukan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.

"Jadi sekarang," jelas Weblog Ibnu Hasyim pula, "BN memang mempunyai kuasa menuntut atau memperuntukkan perdana menteri yang beragama Islam menerajui kerajaan pusat. Tetapi kerana UMNO parti teras dalam BN bukan parti Islam, maka berlakulah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang." (IH)

Sunday, May 08, 2011

Tsunami Politik S'pura, Bawa Kesan Ke Johor - Pemuda PAS

KL 8 Mei 11: Tsunami kecil politik di Singapura bakal merubah kehangatan politik selatan Johor. Daripada 6 kerusi parlimen di selatan Johor terdapat sekurang-kurangnya 2 kerusi merbahaya kepada Barisan Nasional. Parlimen Kulai dan Gelang Patah bakal berubah dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Demikian kenyataan dibuat melalui Harakah hari ini oleh Suhaizan Kayat selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Menurut beliau, pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya paling sengit di Singapura dimana pembangkang memperolehi kerusi parlimen sebanyak 6 daripada 87 kerusi dan hanya Tanjong Pagar sahaja tiada pertandingan. Pembangkang memenangi kerusi GRS (group representation constituency) Aljunied dan kerusi SMC (single member constituencies) Hougag. Tahun 2006 pembangkang hanya memperolehi 2 kerusi SMC sahaja iaitu Hougang dan Potong Pasir. Undi popular parti kerajaan PAP (People’s Action Party) merosot daripada 67% pada tahun 2006 kepada 60% dalam pilihanraya umum 2011. Kata beliau yang juga Keua Pemuda PAS Negeri Johior.

"Ini bermakna pembangkang memperolehi 40 % undi popular dalam pilihanraya 2011. Catatan sejarah dibuat oleh Parti Buruh Singapura apabila dapat mengalahkan PAP di GRC Aljunied yang mempunyai 5 kerusi parlimen di bawahnya. Singapura mempunyai dua jenis pewakilan parlimennya satu dikenali sebagai GRS (group representation constituency) yang diperkenalkan pada tahun 1988 dan keduanya dikenali sebagai SMC (single member constituencies) . Sistem GRC adalah pewakilan secara berkumpulan diantara 4 hingga 6 kerusi parlimen.

"Jika satu GRC dimenangi contohnya Aljunied maka 5 kerusi parlimen di bawahnya turut dimenangi secara automatik. SMC pula adalah individu yang mewakili satu parlimen. Terdapat 15 GRC dn 12 SMC di Singapura. Alasan Singapura melaksanakan GRC adalah untuk mempastikan kelompok minoriti Melayu dan India dapat masuk ke Parlimen. Biasanya satu GRC akan di wakili oleh seorang Menteri daripada PAP dan selalunya memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

"Selain daripada kemenangan 6 kerusi parlimen terdapat 2 kerusi parlimen yang tipis dimenangi oleh PAP. Kerusi tersebut adalah SMC Joo Chiat dengan mejoriti kecil 382 undi dan SMC Pasir Potong 114 undi. Kekalahan wakil GRC di Aljunied daripada PAP yang juga Menteri Luar Singapura George Yeo memberi tambaran hebat kepada PAP. Walaupun 6 daripada 87 kerusi parlimen di lihat kecil bagi masyarakat diluar Singapura tetapi ia merupakan kejayaan berganda bagi pembangkang di Singapura."

Mengenai isu-isu yang bermain di Singapura, kata Suhaizan adalah,
  • Masalah kebanjiran pekerja asing khususnya daripada tanah besar China menyebabkan rakyat Singapura terpaksa bersaing dengan mereka dalam pekerjaan, rumah, urusan harian dan lain-lain.
  • Kos sara hidup yang sentiasa meningkat dan pemerintahan PAP yang sudah terlalu lama juga menjadi faktor kekalahan PAP di beberapa kerusi tersebut.
Dengan tsunami kecil Singapura, ini bakal merubah politik di selatan Johor khususnya parlimen Johor Baharu, Pulai, Pasir Gudang, Tebrau, Kulai dan Gelang Patah. Masyarakat Cina Malaysia yang sebahagiannya bekerja di Singapura sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku di sana. Terdapat ramai rakyat Singapura adalah saudara mara rakyat Malaysia khususnya di Johor Baharu.

Menurutnya lagi, mereka sentiasa berulang alik di tambak Johor mahupun second link di Gelang Patah. Sebahagian mereka mengikuti perkembangan politik Singapura secara langsung dengan menghadiri siri kempen-kempen pilihanraya Singapura. Isu kos sara hidup dan persaingan pekerja asing dengan penduduk tempatan adalah menjadi antara masalah yang turut sama di rasai rakyat Johor Baharu. Malah kesan kepada masalah pekerja asing dan kenaikkan sara hidup di Johor Baharu jauh lebih buruk daripada yang berlaku di Singapura.

"Parlimen Kulai dengan komposisi 32.06 % Melayu, 58.72% Cina dan 9.22% India(data tahun 2010) ditandingi oleh DAP dalam pilihanraya 2008 mengalami kekalahan dengan mejoriti 11,744. Parlimen Gelang Patah dengan komposisi 33.36% Melayu, 54.78 % Cina dan 11.86 % India (data tahun 2010) ditandingi oleh PKR hanya kalah sebanyak 8,851 undi. Walaupun terdapat tsunami politik pada tahun 2008 tetapi ianya tidak sampai ke selatan Johor.

"Walaupun angka kekalahan 11,744 di Kulai dan 8,851 di Gelang Patah mungkin kelihatan besar jumlahnya oleh negeri-negeri seperti pantai timur tetapi angka tersebut sebenarnya kecil bagi selatan Johor. Ini disebabkan oleh faktor pengundi yang terlalu ramai. Pengundi Kulai ada seramai 70,731 dalam tahun 2010 dan kekalahan 11,744 adalah hanya 16.6 % daripada jumlah pengundinya."

Sementara pengundi Gelang Patah adalah seramai 86,399 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat lagi dalam PRU ke-13. Kekalahan 8,851 pada tahun 2008 adalah 10.24 % sahaja daripada pengundi Gelang Patah. Bagi kerusi Parlimen Johor Baharu, Pulai, Pasir Gudang dan Tebrau bukanlah kerusi yang selamat buat Barisan Nasional kerana Tsunami besar bakal berlaku di selatan Johor dalam pilihanraya ke-13 akan datang. Menurut beliau.

"Faktor Singapura dan Sarawak inilah yang membuatkan Dato Sri Mohd Najib Razak masih tidak dapat menentukan dengan jelas tarikh pilihanraya ke-13." Kata Suhaizan Kayat (IH)

Hari Ibu.. Yahuuuuuuuu.. di.. M'sia Ada Tarzan Betina!


Sempena Hari Ibu..
Bolehkah mereka ibu-ibu ini menjadi ibu contoh?
Berpeluk dan bercium dengan bukan muhrim depan khalayak ramai, bolehkah?
Tidak menutup aurat bolehkah?
Inikah ibu-ibu mithali?
Selamat Hari Ibu!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Penjelasan Isu Roboh & Bakar Masjid Di Medan..

Masjid itu...
CATATAN PERJALANAN: Medan-Banda Aceh 10

SEKUMPULAN ahli jamaah 18 orang sedang bermalam di Masjid Al-Ikhlas di jalan Timor Medan Sumut. Tiba-tiba, suasana menjadi panik, apabila mereka disergap oleh sekumpulan orang yang lebih kuat dan lebih ramai. Mereka dibawa ke Mapolresta Medan.

Waktu itulah, baru mereka tahu, rupanya penyergap mereka adalah pegawai keselamatan pemerintah. Maka pagi itu juga, mereka lihat sendiri Masjid Al-Ikhlas dirobohkan dan sudah diratakan sama dengan tanah. Peristiwa itu terbongkar beritanya, pada hari Rabu 4 Mei lepas. Kejadian ini dibantah keras oleh Forum Umat Islam atau FUI Kota Medan.

“Kami mengutuk keras pembongkaran masjid dan penyekapan 18 orang jamaah di Jalan Timor Medan yang dilakukan dengan cara kurang manusiawi,” ucap Ketua II FUI sumut, Afan Lubis dikantor FUI Jalan Brigjen Katamso.

Peristiwa ini lanjutan dari adanya rancangan membongkar masjid oleh Kodam I Bukit Barisan yang didengar oleh FUI Medan. Hal ini diperkuat dengan kehadiran tiga trak personil Brimob yang berada di sekitar masjid itu pada Selasa 3 April, kira-kira sebulan lalu. Konon, rencana pembongkaran ini dilakukan kerana tanah tersebut didakwa sebagai milik TNI Kodam I Bukit Barisan. [Sila lihat Bakar 6 Masjid, Tiada Dalam Berita .. (masjid ke 3)]

Sebelumnya, FUI Kota Medan yang diwakili Ketua I Bidang Hukum dan Pengerahan Massa Forum Umat Islam (FUI) Sumatera Utara Indra Suheri, mengajukan gugatan ke Pengadilan Negeri (PN) Medan mengenai pembongkaran Mesjid Al-Ikhlas itu. Gugatan itu telah didaftarkan di PN Medan dengan nomor register 220/Pdt.G/2011/PN-Mdn, pada 28 April 2011 melalui Tim Pembela Mesjid yang berjumlah 44 orang.

Selain itu, pihaknya juga berusaha mencegah pembongkaran Mesjid Al-Ikhlas dengan mengadukan kes itu ke Pemprov dan DPRD Sumut, Pemkot, DPRD dan Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kota Medan. Kepada media, pihak TNI yang diwakili Kasdam I/Bukit Barisan Kolonel Arm Broto Guncahyo menjelaskan,

'..mesjid yang dibangun sejak tahun 1975 merupakan milik Detasemen Perhubungan Kodam (Denhubdam) yang markasnya telah berpindah ke kawasan Namurambe, Kabupaten Deli Serdang'.

Ketika awal dibina tahun 1975, Masjid Al-Ikhlas merupakan sebuah mushola yang dibangun untuk proses pembinaan mental di jajaran prajurit Denhubdam. Namun seiring perjalanan waktu, musholla itu diperbesar dan menjadi sebuah mesjid. Jamaahnya pula bukan hanya prajurit Denhubdam, tetapi juga masyarakat sekitar. Pihak TNI tersebut juga menjelaskan, bekas areal markas Denhubdam itu telah diruislag ke PT Gandareksa Mulya.

Dan opsi pengosongan tanah itu, untuk menjadikan kawasan pembangunan. Termasuk, bangunan masjid Al-Ikhlas. Proses ruislag itu telah mendapatkan persetujuan dari Kementerian Pertahanan, Mabes TNI, Mabes TNI-AD dan Kementerian Keuangan. Namun begitu, pihak FUI belum puas, kerana pembongkaran berlaku padahal proses hukumnya masih berjalan.

Meskipun Mesjid telah dirobohkan, mereka tetap akan mengadakan Shalat Jumaat di lokasi tanah mesjid tersebut. Hal itu dikatakan Ketua FUI Sumut, Heriansyah SAg didampingi Sekum FUI Sumut, Leo Imsar Adnan serta beberapa pengurus Ormas Islam lainnya, pada Rabu 4 Mri di Jalan Brigjend Katamso.

Setakat ini, pada saya masih belum jelas masalah pembongkaran dan pembakaran 6 buah masjid di Medan, Indonesia itu. Apakah kerana tuipan api krisis agama, atau tidakpuas hati umat Islam kepada pemerintahnya, atau juga kerana salah faham. Ulama dan pemimpin perlu menanganinya dengan betul.

Ibnu Hasyim (kanan) mengambil kesempatan bergambar bersama seorang penulis sejarah Aceh Tengku Ghazali Abdullah (kiri) selepas suatu seminar mengenai sejarah Aceh di bandar Lhoksuemawi, Aceh, tempoh hari..

Pendekatan teloransi beragama seperti yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Malaysia akhir-akhir ini boleh difikirkan untuk diterapkan di sana. Jangan ikut semangat perkauman asobiah yang dibawa oleh parti UMNO, kerana ianya boleh mengeruhkan lagi suasana.

Contohnya seperti membakar isu Kristian akan menjadi agama rasmi Malaysia jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum 13 akan datang. Ingat perbalahan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 di Malaysia hanya berlaku di bawah pemerintahan kerajaan UMNO-Perikatan, tidak di bawah pimpinan Kerajaan PAS di Kelantan. PAS adalah salah satu dari gabungan dalam Pakatan Rakyat. (IH)

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 7 Mei 11.

Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails