Wednesday, March 16, 2011

PAS Mesir Bela Kristian Sesuai Dg Keadilan Islam

KL, 16 Mac 11: Ikhwan Muslimin atau parti islam di Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak.

Ikhwan atau 'PAS Mesir' menurut Wenblog Ibnu Hasyim, turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri.

Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Essam El-Eryan menegaskan, partinya kini sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihanraya Presiden dan telah mendaftarkan sebuah parti baru, iaitu ‘al-Hurriyat wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) untuk turut terlibat secara demokratik dalam pilihanraya Mesir.

Menurut beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.

Katanya, kini di seluruh Mesir sudah dapat dirasakan ruang kebebasan dan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan kritis, tanpa sebarang ancaman atau ugutan untuk ditangkap oleh pihak polis.

"Suasana baru ini akan dimanfaatkan oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik," katanya.

Beliau yang juga salah seorang bekas Ahli Parlimen Ikhwan menegaskan, memahami keadaan di Mesir kini, Ikhwan ingin mengajak semua lapisan masyarakat Mesir untuk bersama-sama membangunkan negara serta membebaskannya dari sebarang bentuk pemerintahan kuku besi serta elemen salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa selama ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu diberitahu sendiri secara tegas oleh Dr Essam kepadanya dalam kunjungan singkatnya ke Mesir baru-baru ini (gambar kanan sekali Dr Syed Azman).

Dalam pertemuan di pejabat Ikhwan itu, Dr Syed Azman sempat bertukar maklumat dengan Dr Essam yang secara kebetulan baharu sahaja dibebaskan dari tahanan, setelah dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah tentera di bawah regim bekas Presiden Hosni Mubarak.

Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta menegaskan sokongan penuh PAS terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka dari pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.

"Begitu juga dengan sokongan PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. (IH)

Ikuti keseluruhannya..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Kebangkitan Rakyat, Darurat Dicadangkan Di Bahrain

Manama 16 Mac 11: Raja Bahrain mencanangkan keadaan darurat di negaranya untuk mengatasi gelombang tunjuk perasaan anti pemerintah sejak Februari lalu. Sebelumnya, pemerintah Bahrain telah menerima bantuan pasukan keamanan dari Arab Saudi dan Uni Emirat Arab, yang berada di bawah mandat Dewan Kerjasama Teluk (GCC).

Menurut stasiun berita Al Jazeera, pengumuman keadaan darurat itu dikeluarkan Selasa waktu setempat. Keadaan darurat di Bahrain sudah berlaku selama tiga bulan, raja memberi mandat kepada militer Bahrain untuk melakukan "semua tindakan yang diperlukan untuk melindungi keamanan negara dan rakyatnya."

Sampai Selasa kemarin, belum nampak kehadiran pasukan Arab Saudi dan Uni Emirat Arab di Ibukota Manama, yang menjadi pusat pergolakan. Namun penentangan antara pemrotes dan pasukan keamanan terus berlangsung.

Menurut koresponden Al Jazeera, perlawanan Selasa kemarin mengorbankan sedikitnya dua orang di Sitra, pinggir Ibukota Manama. Seorang pemrotes di Manama, Abdullah Al Hubaaishi, mengatakan bahawa ada banyak pemrotes yang terluka di Sitra.

Arab Saudi mengirim sekitar seribu tentera ke Bahrain dan United Emirat Arab mengerahkan 500 polii. Kehadiran militer Saudi dan polis Emirat ini di bawah mandat GCC, yang beranggotakan enam negara Arab di Teluk Persia. Sebagai anggota, Bahrain meminta bantuan GCC untuk mengatasi gejolak di negara itu

Sejak Februari lalu, mereka protes di pusat kota, Bundaran Mutiara, kerana tidak tahan dengan politik diskriminatif dari monarki sehingga terjadi gejolak sosial. Isu ini sudah menimbulkan konflik golongan, kerana keluarga kerajaan dan pejabat pemerintah merupakan Muslim Sunni, sedangkan majoriti rakyat Bahrain adalah penganut Syiah. (IH)

Ikuti keseluruhannya..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Rokok Ini Tidak Merbahaya, Apa Kata K/Kesihatan?

KESIHATAN


KL 16 Mac 11: Kementerian Kesihatan Malaysia diminta menentukan samada rokok herba ini baik untuk kesihatan atau tidak, kerana pemasarannya sudah mula merebak ke negara ini. Rokok yang dianggap mengundang pelbagai penyakit, kini mengikut kenyataannya sudah tidak merbahaya lagi. Bahkan boleh mengubati
penyakit HIV/AIDS, hingga ke gangguan jiwa. Demikian harapan dari Weblog Ibnu Hasyim.

Ibnuhasyim.com
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
16 Mac 11

Lihat berita di bawah ini...

Rokok Herbal Yang Dapat Sembuhkan HIV/AIDS Dan Gangguan Jiwa
Selama ini rokok dianggap sebagai biang penyakit. Selain impotensi, jantung dan kanker, rokok juga menyebabkan gangguan kehamilan dan janin. Pesan kesehatan ini selalu terbaca dalam setiap kemasan rokok.

Namun pesan kesehatan itu tidak ada dalam kemasan rokok herbal yang diciptakan warga Malang. Tentu saja rokok ini dibuat dari bahan-bahan herbal yang sengaja dicampur dan menggulungnya menjadi batang rokok.

Pria yang menggeluti rokok herbal itu bernama Syekh KH R. Abdul Malik Al Kholwati. Dia memulai usaha membuat rokok herbal ini sejak 2005 lalu. Berawal dari keprihatinannya melihat banyak pasien mengidap berbagai penyakit yang tidak didukung kecukupan materi untuk berobat. Harapannya, pasien tersebut bisa mengonsumsi rokok buatannya sebagai terapi.

“Bahan-bahannya dari herbal, makanya rokok ini untuk kesehatan,” kata Abdul Malik saat ditemui detiksurabaya.com di tempat usahanya kawasan Perum Kalianyar Permai C-1 Desa Sidodadi Kecamatan Lawang Kabupaten Malang, Kamis (4/11/2010).

Produk rokok hasil racikan pengasuh Pondok Pesantren Sirajul Munir ini diberi nama Rokok Sin. Nama Sin sendiri diambil dari sebuah nama gunung di wilayah bukit Thursina. “Sin mempunyai arti kesehatan,” ungkapnya.

Untuk produksi rokok, pria kelahiran Sampang, Madura 1969 silam ini melibatkan para santrinya. Selain belajar ilmu agama, para santri juga bekerja melinting rokok.

Sebagian warga yang mempunyai ekonomi pas-pasan juga dilibatkan Abdul Malik untuk memproduksi rokoknya. Lokasi pengerjaan sendiri berada satu kompleks dengan pondok pesantren yang dibinanya. Kini usaha rokok Abdul Malik berkembang pesat dan mempunyai omzet sebesar Rp 2,5 miliar.

Diyakini Bisa Sembuhkan HIV/AIDS Hingga Gangguan Jiwa

Di rokok herbal yang diberi nama Sin tertra kesehatan, jika mampu menyembuhkan penyakit. Diantaranya asma, sinusitis, sariawan, sakit gigi, kulit, maag, diare, kanker, gangguan lambung dan paru-paru.

Bahkan dalam pesan kesehatan rokok herbal itu, diklaim jika rokok tersebut mampu mengobati pasien penyakit jiwa dan penderita HIV/AIDS. Hal itu juga diakui oleh beberapa penikmat rokok herbal.

“Terapi rokok ini bisa untuk obat, bahkan untuk penderita HIV/AIDS sekalipun,” kata Abdul Malik saat ditemui detiksurabaya.com di tempat usahanya kawasan Perum Kalianyar Permai C-1 Kecamatan Lawang Kabupaten Malang, Kamis (4/11/2010).

Bapak dua anak ini menuturkan, bahan baku herbal terkandung di dalam rokok itu bisa menjadi penyembuh berbagai penyakit. Jumlah ramuan rokok herbal ada 17 macam dan khasiatnya ampuh. Namun dirinya enggan merinci lebih detail kandungannya.

Pria yang pernah menimba ilmu agama di Hadramut, Yaman Selatan juga membantah klaim rokok herbal menyehatkan itu bukan semata memperbesar peluang pasarnya, melainkan dari pengalaman para pasien yang telah terapi dengan mengonsumi rokok tersebut.

“Melalui terapi rokok ini Insya Alloh semua pasti akan sembuh,” tuturnya.

(Sumber : http://gp-ansor.org/22608-04112010.html)
Cek TKPnya DISINI

Tuesday, March 15, 2011

Lu, Goa! Mengenal Baba & Nyonya

CATATAN SANTAI MERLIMAU 6

LEPAS melawat Kampung Portugis, kami pergi makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Sungai Duyung. Saya belum pernah ke sini lagi, ini kali pertama. Kerana malam minggu, restoran nampaknya penuh. Cuma ada beberapa meja di luar tepi jalan masuk. Kami terus duduk. Semasa pesanan dibuat, tiba-tiba...

"As-salaum'alaikum? Eh, Mat, Elias... Boleh kita sama-sama join di sini?" Sapanya. Rupanya, Wan Rahim Wan Abdullah, pemimpin PAS, specialis bahagian pilihan raya, bekas speaker DUN Kelantan. Dia bersama beberapa kumpulannya, termasuk beberapa orang Cina.

"Baik sangatlah duduk sini. Memang kami nak dengar, cerita-cerita Melaka ni.. dari kawan-kawan kita bangsa Cina, ni.." Jawab pihak kami. Masing-masing duduk dan perkenalkan diri. Antaranya ialah sepasang suami isteri bangsa Cina keturunan Melaka, antara ramai Cina-cina lain.

"Oh.. tuan dari kalangan 'baba & nyonya' ke?" Saya memulakan perbualan.

"Tidak. " Jawab pasangan antara suami isteri itu. "Baba & Nyonya' merupakan kumpulan komuniti masyarakat peranakan, tinggal di negeri Melaka. Unik.. kerana mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Tetapi kami tidak. Kami memang asal Melaka, tinggal di Gua Musang, Kelantan..."

Dikatakan, peranakan Baba Nyonya sudah wujud sejak 600 tahun lalu dan kini telah mencecah lebih 600 orang di Melaka. Tidak termasuk yang berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka memiliki dua budaya, warisan tradisi Cina dan mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu. Mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha dan ada yang memilih Islam atau Kristian.

"Di sini, takde makanan Baba Nyonya," kata isteri pasangan Cina itu, apabila makanan dihidangkan oleh pelayan restoran.

Sambungnya lagi, "Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah masakan Melayu. Ayam buah keluak. Contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyon ya; dan pindang bandeng, kuah ikan, yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura."

Generasi perempuan atau Nyonya hingga kini masih pakai kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu. Dikenali sebagai 'kebaya nyonya' (lihat gambar). Tetapi kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

Contohnya, sistem keluarga dan agama masih dikekalkan, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, zaman sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. Bagaimanapun, zaman semakin berubah, budaya Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu.

Bagaimana bahasa mereka?

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah".

Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

Contoh bahasa..

Kata ganti nama...
saya = goa (我 góa)
kamu = lu (汝)
dia = i (伊 i)
kita = wa lang (我人 góa lâng)

Hubungan sanak saudara.. adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

ayah = 'ntia (爹 tia)
datuk = 'ngkong (公 kong)
kakak = tachi (大姊 tōa-chí)
bapa saudara = impek (伯 peh)
adik bapa = nchek (叔 chek)
suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah..

ibu rumah = tian (廳 thian)
kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin)
tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng)
serambi dalam = pangkeng (pang-keng)
serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin)
lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong)
meja = toh (bahasa Hokkien; 桌 toh)
permaidani = tanak (毯仔 thán-á)
cat = chat (漆 chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:

teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)
sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî)
cerek = teko (茶壺 tê-kó͘)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (燖). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama...
Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio (廟 biō)
tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh Kong))
membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun)
melutut = kui (跪 kūi)

Cukup setakat ini untuk lu. Goa akan sambung lagi, ini catatan santai. Insya Allah...

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
15 Mac, 2011. KL

Siri sebelum ini..

Filem Rosak Aqidah, Menteri Pun Kena Tahu Agama


HALAMAN HIBURAN

KL, 15 Mac 11: Ahli mahir hukum hakam agama perlu dilibatkan sama dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi memastikan filem yang mahu ditayangkan itu tiada unsur boleh merosakan akidah.

Perkara itu dilontarkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Datuk Ismail Kassim (BN-Arau). Ismail yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata, bukan sahaja filem yang mahu ditayangkan ditapis oleh LPF, tetapi juga perlu melepasi tapisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semalam dalam sesi soal jawab lisan, Siti Zailah meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui televisyen Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja. Beliau juga bertanya sejauh mana penguatkuasaan dibuat pihak kementerian.

Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan itu berkata, rancangan berunsur tahyul, khurafat, seram dan ganas yang ada disiarkan hanya mengandungi kadar minima unsur-unsur tersebut dan mempunyai unsur pengajaran di pengakhiran cerita.

Kerajaan juga katanya memastikan kandungan mematuhi Akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 (AKM'98) dan ditapis pihak LPF. Isu tayangan filem dan cerita berunsur tahyul sebelum ini menjadi perdebatan hangat ekoran ianya banyak ditayangkan sama ada di stesen televisyen kerajaan mahupun swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ekoran itu banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula penapisan yang dibuat kerana ada di antara filem itu menonjolkan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pun kena tahu hukum hakam dan agama.. Nak jaga siaran tv macam mana kalau tak tahu hukum agama?

Hak Istimewa Orang Melayu Dinodai -Presiden PAS

15 Mac 11: Hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini, telah dinodai oleh puak 'fanatik kepartian' Umno. Begitu kira-kira, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Katanya lagi, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartaian berlaku.

"Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong Umno, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini sering dituduh cuba menghapuskan hak istemewa itu biarpun mereka dalam konvensyen membuat resolusi untuk mempertahan segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan. Tambah Ahli Parlimen Marang itu, parti pemerintah sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dalam menunaikan hak perlembagaan dan sepatutnya adil terhadap semua rakyat bukan kepada kelompok mereka sahaja.

Katanya, perkara tersebut berlaku akibat pemimpin negara melebihkan perjuangan bangsa berbanding agama. Ia ditambah lagi dengan sikap pemimpin Melayu yang tidak mengamalkan akhlak Islam sebenar seperti terlibat rasuah dan salahguna kuasa.

"Pimpinan utama Umno sendiri, Tun Mahathir Mohamad menyatakan secara terbuka bahawa parti pemerintah dibejati gejala rasuah dalam pemilihan mereka," katanya.

Dalam perlembagaan ujarnya lagi, hak istimewa orang Melayu diletakkan kerana menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah majoriti Islam dan diakui kaum lain. "Tapi kita mesti ingat, bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauhmana mereka berpegang kepada ajaran Islam," katanya. (IH)

Temanku, Terima Dato' Dari Hun Sen Combodia.

Gambar dari atas, Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman (atas kanan); Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam (bawah sikit, kanan) dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya (bawah sekali, kanan) sedang menerima pingat PM Combodia melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan.

3 Pemimpin PAS Kawasan Batu terima gelaran Dato' dari PM Combodia Hun Sen, 4 Mac 11.

KL 15 Mac 11
: PAS Kawasan Batu mengucapkan setinggi penghargaan dan kalungan tahniah kepada tiga pemimpin utama kawasan itu yang telah dianugerahkan "National Construction Medal of Combodia" yang membawa gelaran Dato' oleh Perdana Menterinya, Hun Sen pada Jumaat, 4 Mac 2011 yang baru lalu, kata Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin kepada Sanggahtoksago.Com malam tadi ketika berucap menutup Kuliah Tarbiyah Haraki di Markaz PAS Batu, Taman Melewar.

Mereka yang menerima anugerah ketiga tertinggi dari 13 anugerah rasmi Kerajaan Combodia itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman; Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya. Anugerah telah diwakilkan oleh Perdana Menteri Combodia untuk disampaikan kepada ketiga-tiga aktivis masyarakat itu melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan dalam satu majlis di negeri Takeo sempena perasmian Masjid Nurul Hidayah di negeri tersebut.

Turut meraikan penyampaian anugerah tersebut termasuklah isteri menteri, Datin Aisyah Abdullah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 1; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 2; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Timbalan Menteri Kesihatan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Negeri Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalannya, Abdul Majid Abdullah serta beberapa orang Ahli Parlimen Combodia.

Menurut Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin, pengiktirafan Kerajaan Combodia itu merupakan suatu kebanggaan PAS Kawasan Batu terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga tokoh PAS Batu itu dalam membantu membangunkan semula umat Islam di negara tersebut dalam pelbagai bentuk pengumpulan dana, wakaf al-Quran dan ibadah korban. (Diangkat dari Blog Sanggahtoksago)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tahniah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails