Monday, January 17, 2011

MPSJ: Saya Bukan Anti Islam -Ronnie Liu


KL, 17 Jan 11: Ronnie Liu menegaskan pendiriannya membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang “anti-Islam”. Liu menjadi sasaran media pro-Umno dan juga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ekoran arahannya agar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) agar menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mendakwa Liu menghina Islam dengan mengeluarkan arahan sedemikian. Dalam responsnya hari ini, Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor berkata, dakwaan seumpama itu sangat tidak adil.

“Sangat tidak adil bagi (Datuk Seri) Jamil melabelkan saya sebagai anti-Islam... saya prihatin dengan golongan muda yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

“Jika mereka kehilangan kerja, bank dan syarikat kewangan akan mencari mereka... maka, bolehkah Jamil membantu bayar bil mereka dan mendapatkan pekerjaaan bagi mereka yang dihentikan kerja?” kata Liu

“Siapa beliau (Jamil) untuk mengutuk saya? Beliau bukan ketua agama. Yang di-Pertuan Agong dan Sultan adalah ketua agama Islam, bukannya beliau,” tambah Liu.

Difahamkan ramai Exco Kerajaan Negeri tidak gembira dengan keputusan terbaru itu. Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri bersetuju untuk menarik balik keputusan itu sementara satu kajian yang mendalam dijalankan meskipun Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang bertanggungjawab kepada soal agama berkata beliau menyokong penuh keputusan MPSJ.

Awal minggu lalu, MPSJ memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan permis yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis yang menjual alkohol. Liu berkata, pendirian kerajaan negeri tidak bersetuju dalam perkara itu menghantar mesej tegas bahawa pihak berkuasa tempatan “perlu berfikir sebelum bertindak.”

“Saya merasakan Yang Dipertua MPSJ (Datuk Adnan Md Ikshan) wajar dipersalahkan dalam hal ini. Beliau harus bertanggungjawab sebab beliau tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum memutuskan untuk menguatkuasakan keputusan ini,” kata Liu lagi.

Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras. Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi. Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.

Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan. (Sumber The Malaysian Insoider)

Orang Cina Tubuh PAS, Buat Pondok... Ibnu Hasyim



Pada majlis "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim" anjuran PAS Kawasan Batu di Padang Balang, blogger Ibnu Hasyim mengatakan, "Orang Cina terlibat dalam menaja dan menubuh PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang. Beliau pernah diamanahkan memegang jawatan Naib Yang di Pertua Agung PAS. Beliau adalah Haji Mansur JP".
"Saya masih ingat, saya pergi ke rumahnya pada tahun 80an bertemu anaknya bernama Murshid, menunjukkan kesan-kesan keCinaan yang masih ada seperti perigi, di belakang rumahnya di tengah Pekan Bayan Lepas Pulau Pinang.

"Kata Murshid, datuknya memang sudah Islam dari negara China, berasal dari daerah Kwantong. Waktu datang ke sini dulu rambutnya masih bertocang panjang seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem Kungfu Cina."

Menurut Dr Hj Mohd Hasyim dari Blog Ibnu Hasyim (gambar kanan) lagi, Hj Mansur JP juga adalah orang yang pertama membina sistem pengajian pondok di pulau tersebut, di pulau yang tidak termasuk Seberang Perai. Biasanya 'pondok' menjadi sarang kegiatan Islam dan PAS pada waktu itu.

"Kalau tuan-tuan melalui jalanraya dari Bayan Lepas ke Sungai Batu, Balik Pulau di sebelah kanan jalanraya simpang tiga, tuan-tuan akan lihat sebuah madrasah yang di anjungnya ada ukiran gambar 'kipas tradisi Cina'. Di situlah didirikan sistem pengajian pondok mengajar agama Islam." katanya.

Selepas genarasi awalan itu, kita belum dengar lagi orang-orang Cina masuk PAS beramai-ramai kecuali menjelang di tahun 80an. Oleh itu tidak hairanlah bila kini Tuan Guru Nik Aziz, mengambil pendekatan berbeza dalam menangani orang-orang Cina supaya masuk Islam atau menyertai PAS.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata.." kata Tok Guru di majlis suakenal tersebut.

Lebih 100 orang hadir pada majlis Hi-Tea Mee Goreng Tenang ini. Turut hadir Yang DiPertua PAS, Ishak Surin; Naib YDP, Tarmizi Mohd Jam; Setiausaha, Ismail Yahya; Ketua Penerang, Jamhur Nawawi; Bendahari, Rosden Yasin serta saff kepimpinan PAS Batu semua peringkat. Antara tetamu yang hadir selain Ibnu Hashim dan YB Drs. Khalil Idham Lim, termasuklah penulis prolifik Haji Subky Latif; Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Salbiah Abdul Wahab; YDP Bukit Bintang, Radzi Othman; Setiausaha PAS Kepong, Amran Abdul Majid. (Diangkat dari Blog Sanggahtoksago)

Normala: Mengapa PAS Pilih Calon Wanita?

Di balik ketenangan malam itu di Tenang..

Labis 17 Jan 11: PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini. Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam tadi.

Malam tadi...

Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut. Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.

Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan. Ia berlaku apabila pemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.

Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru. "Pada awalnya, notis itu dihantar kepada beliau, tetapi ia kemudiannya ditarik balik," kata Mazlan sambil menambah notis pertukaran itu dihantar oleh jabatan pendidikan. Makrof juga telah mengesahkan notis pertukaran tersebut.

Ditanya apakah
alasan pertukaran tersebut, Mazlan menjawab "sebab politik".
Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini. Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang. Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

azlan

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain. Sementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya. Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Calon wanita

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang. Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan. Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini. Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.(IH)

Sunday, January 16, 2011

PAS, Bukan Islam, Cina, Nik Aziz & Mujaddid Abad Ini

Ibnu Hasyim di majlis Suakenal bersama Bloggers

KL 16 Jan 11: Di 'Majlis Suakenal Bersama Bloggers' yang diadakan di sebuah hotel dekat ibu negara malam semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan terus memperingatkan blogger-blogger Pakatan Rakyat betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara, iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Orang Cina Tubuh PAS & Pondok Pengajian Islam

Sebelum itu petangnya, di majlis "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim" anjuran PAS Kawasan Batu di Padang Balang, blogger Ibnu Hasyim mengatakan,

"Orang Cina terlibat dalam menaja dan menubuh PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang. Beliau pernah diamanahkan memegang jawatan Naib Yang di Pertua Agung PAS. Beliau adalah Haji Mansur JP".

"Saya masih ingat, saya pergi ke rumahnya pada tahun 80an bertemu anaknya bernama Murshid, menunjukkan kesan-kesan keCinaan yang masih ada seperti perigi, di belakang rumahnya di tengah Pekan Bayan Lepas Pulau Pinang.

"Kata Murshid, datuknya memang sudah Islam dari negara China, berasal dari daerah Kwantong. Waktu datang ke sini dulu rambutnya masih bertocang panjang seperti yang dapat dilihat dalam filem-filem Kungfu Cina."

Menurut Dr Hj Mohd Hasyim editor Blog Ibnu Hasyim lagi, Hj Mansur JP juga adalah orang yang pertama membina sistem pengajian pondok di pulau tersebut, di pulau yang tidak termasuk Seberang Perai. Biasanya 'pondok' menjadi sarang kegiatan Islam dan PAS.

"Kalau tuan-tuan melalui jalanraya dari Bayan Lepas ke Sungai Batu, Balik Pulau di sebelah kanan jalanraya simpang tiga, tuan-tuan akan lihat sebuah madrasah yang di anjungnya ada ukiran gambar 'kipas tradisi Cina'. Di situlah didirikan sistem pengajian pondok mengajar agama Islam." katanya.

Selepas generasi awalan itu, kita belum dengar lagi orang-orang Cina masuk PAS beramai-ramai kecuali menjelang di tahun 80an. Oleh itu tidak hairanlah bila kini Tuan Guru Nik Aziz, mengambil pendekatan berbeza dalam menangani orang-orang Cina supaya masuk Islam atau menyertai PAS.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata.." kata Tok Guru di majlis suakenal tersebut.

Mujaddid Abad Ini

Manakala di Shah Alam, dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama hari yang sama juga, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad berkata, "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini."

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily. Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku itu. Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddid abad ini," kata beliau.

Oleh Megat Ali Megat Alang

Lelaki Ini: Saya Pernah Lakukan Seks Dengan Ummi.

Ini gambar mereka

KL 16 Jan 11: "Saya pernah lakukan seks dengan Ummi". Demikian lapor berita yang dibongkar kembali oleh paspb2.blogspot.com
berserta gambarnya dan Umi Hafilda seorang saksi utama dalam kes pembicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lalu.

Umi kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah sekali lagi. Selain Anwar, dengan tindakan saman berjumlah RM300 juta, dia mengaitkan abangnya Azmin Ali, timbalan presiden PKR, pengerusi DAP, Karpal Singh, isteri Anwar dan PAS.

Begini beritanya...

Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali. Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain. Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London.

Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta. Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan). Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI.

Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan. Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri". Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan. Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah. Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.(sumber paspb2.blogspot.com)

Sebelum ini....

Blogger Dinasihatkan Bertanggungjawab -Nik Aziz

Majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers berjaya..

Antara kata-kata TGNAA yang tak dapat dilupakan ialah...... 'bertanggungjawaplah di atas setiap patah perkataan yang ditulis.....semuanya akan disoal diakhirat kelak.......

KL, 15 Jan 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini.

Majlis itu dikira berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal media alternatif khususnya. Turut berada di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.

Sebelum itu Tuan Guru di dalam ucapannya menceritakan seawal 1967, beliau menceburkan diri di dalam bidang politik dengan kewajipan memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan siasah selama ini. Menurutnya, dengan rasa kesedaran, kewajipan tinggi dan berada di dalam tanggungjawab itulah menyebabkan hasrat beliau untuk berundur diri, sehingga kini tidak dapat dilakukan.

Akhirnya, Tuan Guru menegaskan, tugas menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melakukan kewajipan itu akan masuk Neraka. Sebaik Tuan Guru selesai berucap, majlis dibuka kepada penyertaan peserta yang terdiri daripada 200 bloggers yang berlegar seputar berbagai isu berbangkit dan semasa.

Antaranya blogger Ibnu Hasyim mengemukakan cadangan supaya blog Pakatan pada hari ini yang agak tertinggal dari blog pro kerajaan, perlu diberi perhatian segera supaya mampu menyaingi serangan blog pro kerajaan yang agak semakin kuat berbanding selepas pilihan raya ke 12 yang lalu. Kelemahan-kelemahan blog Pakatan seperti penyatuan isu, penyelarasan gerak gempur, kekuatan kewangan, makin bertambah blog yang menarik diri dan sebagainya perlu di atasi segera jika Pakatan mahu menumbangkan kerajaan BN dalam PRU ke 13 akan datang. (IH)

Bersama blogger Otai Ibnu Hasyim

(Gambar ini diangkat dari Al-brangi Online dengan komennya sekali... Terima kasih curi gambar sikit.)

Lihat liputan ini majlis ini..

Presiden Tunisia Lari, Malaysia Bila Lagi?

Kumpulan penunjuk perasaan Tunisia mengelak serangan selepas polis membedil bom asap ke arah mereka di Tunis semalam.
Penjara Tunisia Terbakar, 42 Tewas
Kerusuhan di Tunisia: 42 Terkorban penjara terbakar
Saat-saat Mencekam Jelang Tergulingnya Presiden Tunisia
Demonstrasi yang berakhir rusuhan di Tunisia

TUNIS 15 Jan 11: Tunisia diselubungi huru hara dengan Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi melantik dirinya sebagai pemangku Presiden ketika tentera mengambil alih kawalan di ibu kota Tunis, serta beberapa lapangan terbang utama negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, keadaan darurat telah dikuatkuasakan di Tunisia.

“Pasukan polis dan tentera diberi kuasa untuk menembak mana-mana orang disyaki yang gagal mematuhi arahan atau melarikan diri daripada diperiksa,” kata kenyataan itu.

Perintah darurat diisytihar selepas Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali yang pro-Amerika Syarikat (AS) tumbang dalam siri bantahan berdarah golongan pelajar pada malam kelmarin dan beliau telah meninggalkan tanah airnya.

Zine al-Abedine tumbang selepas beliau memerintah Tunisia secara kuku besi selama 23 tahun.

Sumber di Arab Saudi memberitahu, presiden berkenaan pada mulanya berlepas ke Perancis tetapi dilaporkan tidak diberi kebenaran memasuki negara itu oleh Presiden Nicolas Sarkozy.

Menurutnya, sebuah pesawat yang membawa Zine al-Abedine selamat mendarat di kota Jeddah, Arab Saudi pagi semalam.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan diktator Zine al-Abedine tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Tanpa mengendahkan perintah berkurung dan janji presiden mereka untuk tidak bertanding bagi penggal keenam pada pilihan raya 2014, puluhan ribu penunjuk perasaan keluar memenuhi jalan-jalan raya di sini sejak semalam.

Sebahagian mereka bertindak liar dengan memanjat bumbung, memecah masuk dan membaling batu ke arah bangunan-bangunan pemerintah terutama bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Bagaikan medan perang, kepulan asap menyelubungi ibu kota Tunisia semalam selepas polis melepaskan bom asap dan menggunakan kekerasan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Menurut satu laporan terbaru, polis menembak mati 13 orang lagi menjadikan angka kematian sejak kebangkitan rakyat Tunisia tercetus beberapa minggu lalu meningkat kepada 80 orang. – Agensi

Komen Harakah: "PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Katanya, PAS mengikuti dengan teliti perkembangan di Tunisia dan melahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Tunisia yang telah menggulingkan rejim Ben Ali yang merupakan rakan akrab Amerika Syarikat dalam menentang 'terroris Islam'.

“Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim Ben Ali dengan membunuh serta memenjara ribuan para ulama serta para cendekiawan adalah kemuncak kezaliman rejim yang mendapat sokongan kuasa Barat ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, rakyat Tunisia dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Ben Ali. “PAS yakin dengan kebangkitan rakyat ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana rejim yang zalim dengan menafikan hak serta kebebasan termasuk di Malaysia dan kepada setiap suara rakyat,” ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia, bila lagi kebangkitan rakyat seperti itu? Tak payah susah-susah dan jangan tunggu lama-lama, ajar saja dalam PRU 13 ini. Tolak BN! (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails