Saturday, December 04, 2010

Melayu Hanya Hamba...


Dr Mohd Zuhdi Marzuk

Dis 4, 10: Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

SEHARI dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut. Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno.

Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi. Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini.

Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya. Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.

Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut.

Berebut-rebut menjadi hamba

Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah. Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain, kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat.

Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama. Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih. Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia.

Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti Umno, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain. Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki.

Animal Right

Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right. Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup.

Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia. Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu. Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology.

Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia. Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka.

Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka.

Kita semuannya hamba

Mereka semua lupa bahawa Tuhan bukan mereka yang menciptakan alam semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil. Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya.

Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil. Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya.

Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak. Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Semua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya. (diangkat dari Malaysiakini.com)

Harga Minyak Naik Tidak Wajar -FOMCA

hamdan adnan 170805
KL 4 DIS 10: Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan. Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95. (AK)

Bas Untuk Wanita: Tahniah Rapid KL - Ibnu Hasyim


KL 4 DIS 10: Weblog Ibnu Hasyim antara pelbagai pihak, termasuk PAS, mengalu-alukan langkah terbaru Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) memperkenalkan bas khas untuk penumpang wanita di beberapa laluan sekitar ibu negara.

Weblog Ibnu Hasyim pernah mencadangkan melalui catatan santainya pada 23 Sept 2008 di bawah tajuk 'KL/Sel Perlu Adakan Teksi, Bas & Cabin LRT Untuk ...' antaranya menyebutkan..

"1..Sebagai menghormati kaum wanita, perlu dihidupi atau dirangka semula cadangan ‘satu laluan dan kaunter pembayaran asing disediakan di pasaraya-pasaraya khas untuk perempuan’ yang pernah dicadangkan di Malaysia suatu masa dulu.

2..Perlu dikembangkan cadangan tersebut kepada keperluan diadakan perkhidmatan teksi, bas dan cabin LRT untuk wanita.

3..Kalau Kerajaan Pusat tak mahu buat, maka kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat boleh mulakan, terutamanya di Selangor.

4..Jabatan-jabatan agama perlu sedar, hal ini juga termasuk dalam lingkungan tugas mereka ‘suruh kebaikan cegah mungkar’ yang akan dipertanggungjawab di akhirat kelak.

5..Jabatan-jabatan, NGO-NGO atau badan yang membela wanita perlu sokong dan membantu cita-cita murni ini."

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat menyifatkan langkah itu tepat pada masanya dan amat sesuai dengan senario semasa di mana ramai penjawat awam dan swasta dari kalangan wanita menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik ke pejabat.

Pengasingan pengangkutan mengikut gender tidak syak lagi menghindari mereka daripada sebarang kemungkinan menjadi sasaran gangguan seksual, terutama tatkala bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Difahamkan perkara itu memang menjadi antara dorongan pihak Bas RapidKL memperkenalkan bas khas itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, pihaknya kerap menerima aduan daripada pengguna terutama wanita yang terpaksa berhimpit dan terdedah kepada gangguan seksual.

Justeru, katanya, perkhidmatan khas itu bertujuan memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penumpang wanita ke destinasi masing-masing. Untuk itu, katanya, tempoh percubaan perkhidmatan itu dilaksanakan sebulan bermula Rabu. Ia melibatkan tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81 (Hab Subang Suria). Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8 (Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dan U81 (Hab Pasar Seni).

“Tahniah atas perkhidmatan bas Rapid KL khusus untuk wanita. Satu peningkatan yang terpuji dan akan memberi faedah yang banyak kepada kaum wanita. Teruskan usaha-usaha baik ini," demikian pula reaksi Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, sepertimana dipetik Harakahdaily.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan langkah itu sebagai bijak dan mesra wanita sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum hawa. "Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual, ragut dan sebagainya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Alhamdulillah, orang ramai sudah mulai sedar." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim sewaktu dihubungi dar Jakarta sebentar tadi. "Ini bukan pertama kali. April lalu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan komuter khas untuk golongan wanita bagi menjamin keselamatan dan keselesaan mereka. Indonesia pula mendahului negara lain melancarkan perkhidmatan bas eksklusif untuk wanita, pada 2007.."

Menurutnya, perkara ini kalau hak buat bukan susah sangat. Sebenarnya telah diperkenalkan beberapa negara termasuk Rusia, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Brazil, Mexico, Iran dan India sejak awal 2007. Manakala sebuah syarikat penerbangan Jepun pada tahun sama memperkenalkan pengasingan tempat duduk wanita dan lelaki dalam pesawat-pesawatnya.

"Salah satu sebab punca keruntuhan moral remaja masa kini, ialah hasil dari tarbiah jahat penjajah yang berusaha menerapkan pergaulan bebas melalui penghapusan pengasingan antara lelaki dan wanita bukan muhrin bermula dari bangku sekolah lagi." Jelas Hj Mohd lagi. (by ASYOK KUMAR)

Lihat sebelum ini...

B/Permaisuri Agung Saman Uncle Seekers..



KL, 4 Dis 10: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan. Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.

Dokumen writ saman yang diterima The Malaysian Insider juga menyebut baginda terganggu dengan pendedahan maklumat sulit. Saman difailkan kelmarin. Dipetik akhbar tempatan, Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit. Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing. “Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya,” katanya.

“Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien),” katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

“Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini iaitu perlanggaran maklumat sulit difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

“Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum,” katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada pukul 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka. (The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

Friday, December 03, 2010

Kesihatan: Anda Perlu Makan Cicak Kering?,


Cicak yang akan dikorbankan Sugiyanto

SAYA ikut berburu cicak atau 'tokek' hingga ke Pulau Jawa? Tidak pernah saya fikirkan sebelum ini..

"Cak, cak. cak" bunyinya, mungkin kerana itu dipanggil cicak. Dikatakan juga kata ini merupakan sebuah onomatope. Cecak atau cicak adalah haiwan reptelia yang biasa merayap di dinding atau pohon. Cecak berwarna abu-abu, tetapi ada pula yang berwarna coklat kehitam-hitaman. Cecak biasanya berukuran sekitar 10 centimeter.

Cecak bersama dengan tokek dan sebangsanya tergolong ke dalam suku Gekkonidae. Cecak ada banyak jenisnya. Di lingkungan rumah kita saja ada sekitar tiga jenis (spesies) yang sering ditemui, yakni..

Satu: Cecak tembok (Latin Cosymbotus platyurus), yang kerap ditemui di tembok-tembok rumah dan sela-sela atap. Cecak ini bertubuh pipih lebar, berekor lebar dengan jumbai-jumbai halus di tepinya. Bila diamati di tangan, dari sisi bawah akan terlihat adanya lipatan kulit agak lebar di sisi perut dan di belakang kaki.

Dua: Cecak kayu
(Hemidactylus frenatus), yang bertubuh lebih kurus. Ekornya bulat, dengan enam deret tonjolan kulit serupa duri, yang memanjang dari pangkal ke ujung ekor. Cecak kayu lebih menyukai tinggal di pohon-pohon di halaman rumah, atau di bahagian rumah yang berkayu seperti di atap. Terkadang didapati bersama cecak tembok di dinding luar rumah dekat lampu, namun umumnya kalah bersaing dalam memperoleh makanan.

Tiga: Cecak gula
(Gehyra mutilata), bertubuh lebih kecil, dengan kepala membulat dan warna kulit transparan serupa daging. Cecak ini kerap ditemui di sekitar dapur, kamar mandi dan lemari makan, mencari butir-butir nasi atau gula yang menjadi kesukaannya. Sering pula ditemukan tenggelam di gelas kopi di rumah kita. Cecak batu (Cyrtodactylus marmoratus) dan lai-lain. Ada Cecak terbang (Draco spp.)? Sebetulnya itu bukan 'cecak' (suku Gekkonidae) melainkan termasuk suku kadal agamid (Agamidae), seperti halnya bunglon.

"Kita buru cicak kering dulu!" kata Zulkifli kawan saya itu. Kereta kami berhenti di sebuah rumah kedai pinggir kota Surabaya. Kami berkenalan dengan pengusahanya.

Seorang pengusaha dikenali sebagai Sugiyanto, 38, di Probolinggo dekat sini memberitahu, haiwan eksotik itu telah lama menembusi pasaran rantau Asia Tenggara terutama Singapura selain Jepun, China dan Taiwan.

"Setiap bulan, kami hanya mampu memproses 3,000 ekor cicak." kata Sugianto.

Rupanya, perniagaan cicak di Indonesia kini sudah menjadi bahan komoditi eksport ekoran permintaan tinggi di luar negara. Dia memperoleh bekalan daripada penduduk tempatan. Lihat, ini perusahaannya..

Gambar di atas: Tempat memproses cicak yang dikeringkan. Gambar bawah: Saya dan Zulkifli bergambar dengan pengusahanya.
Apa khasiat cicak kering ini?

"Khasiatnya, pertama, untuk mecantikkan kulit. Kulit jadi halus, menghapuskan penyakit kulit seperti gatal-gatal, sopak, kurap, kudis buta, luka dan lain-lain. Kedua, mengubati penyakit asma dan sesak nafas. Ketiga: Memulihkan daya ketahanan badan (antibody). Keempat: Melancarkan perjalanan darah. Kelima: Menguatkan tenaga batin lelaki." kata kata Sugianto.

"Di kampung isteri saya di Kediri, semasa dia kecil-kecil dulu terkenal dengan memakan tokek untuk mengubati pelbagai penyakit, seoerti penyakit kulit yang susah sembuh dan lain-lain." Suadara Zul pula menambah. ".. dan memang menurut kepercayaan orang Cina tokek ini berasal spesis naga mempuyai khasiat perubatan yang hebat."

Menurut orang Bali, cecak adalah manifestasi dari Dewi Saraswati, iaitu dewi yang melindungi percakapan dan tulisan. Dikatakan menurut sejarah Islam, saya kurang yakin jelas, cicak-cicak perlu diberantas, kerana binatang ini dianggap suka mengganggu manusia. Ada dua kisah tentang cicak, diantaranya adalah..

Satu: Riwayat awalnya adalah dijelaskan bahawa disaat Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api oleh mustakbirin Namrud, maka semua haiwan berusaha memadamkan api yang mambakar Ibrahim itu kecuali cicak. Dikisahkan bahawa "Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin berkobar membakar) nabi Ibrahim." (Hadits riwayat Imam Bukhari)

Dua: Pada waktu Nabi Muhammad SAW dikejar oleh kaum musyrikin Arab dan beliau bersembunyi di gua Tsur, tiba-tiba ada cicak memberitahu musuh Nabi itu dengan bunyinya, mengisyaratkan, ada orang di dalam gua, yakni itulah Nabi dan sahabatnya yang sedang bersembunyi. Maka Muhammad SAW memerintahkan supaya membunuh haiwan ini dimanapun dijumpai. (Rujuk Tafsir Imam ibn Katsir juz 3 hal.185, & Tafsir Imam Attabari Juz 17 hal 45) (Hadits shahih Imam Muslim no.2238)

Muhammad SAW bersabda "Barangsiapa yang membunuh cicak dengan satu pukulan maka baginya 100 pahala, dan bila dengan dua pukulan maka terus berkurang dan berkurang"(Hadits Shahih Muslim no.2240.) Ummu Syarik berkata: 'Nabi telah menyuruh membunuh cecak'. (Hadits riwayat Imam Bukhari-Imam Muslim no.1443 (hal.792). Muhammad memberinya julukan 'fuwaisiqa' yang bererti si kecil yang fasiq. (Hukum membunuh cecak) .

Ulama juga telah menegaskan bahawa, tokek adalah satu spesies dengan cicak, dengan demikian hukumnyapun sama. (As Syaukani menyatakan: "Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar." (Nailul Authar 8/200)

Lanjutnya sla lihat juga...
Tanya-jawab tentang hukum jual-beli tokek di situs web Pengusahamuslim.com Jika ada kesempatan akan dibincangkan hukum memakan, menyembeleh dan lain-lain.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cicak kering ini bagaimana untuk mendapatnya, terutama di Malaysia atau melalui pos di mana-mana, bagaimana memakannya, buat kapsul, bakar, buat sup, bagaimana menternak atau mengeringkan, harga dan sebagaiya...

Sila hubungi Haji Zulkifli Hj Ismail
+60176348172 (Malaysia)
+6282165375800 (Indonesia)

Mari kita berburu lagi dan kutip meklumat mengenai cicak atau tokek besar, yang dikatakan sampai boleh jadi jutawan. Wassalam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
3 Dis, 2010

Surabaya

Catatan perjalanan sebelum ini...

Bahan Api, & Petrol, Naik Lagi, Tengah Malam Ini?


KL, 3 Dis 10: Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin. Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, langkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor. Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama. Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu,

Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram. (Sumber The Malaysian Insider/AK)

Bongkar Peyelewengan RM 66j Wang Rakyat?


NONE
KL 3 DIS 10
: BANDAR pemikir kerajaan - Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, - dikatakan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing.

Beberapa dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini mendedahkan perbelanjaan tahun lalu sebelum PEMANDU beroperasi adalah kenbanyakannya untuk membiayai “perunding luar”, termasuk firma perunding Amerika McKinsey and Co, yang mengaut RM36 juta.

Dokumen itu juga mendedahkan antara perunding luar negara dan tempatan yang dibayar oleh PEMANDU termasuk Hay Group (yang dibayar RM11 juta), Ethos & Co (RM1.5 juta) dan Alpha Platform (M) Sdn Bhd (RM1.5 juta).

Seorang “perunding luar” misteri yang hanya dikenali sebagai"Tarmidzi" pula menerima bayaran RM3 juta untuk kerja-kerja menubuhkan PEMANDU. Menurut dokumen itu lagi, badan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, mencadangkan pembayaran bil RM21 juta, khususnya untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh McKinsey dari April hingga September, 2009.RM60 juta untuk ETP

Sementara itu, operasi PEMANDU dianggarkan berjumlah RM65.1 juta bagi seluruh tahun 2010, yang termasuk bayaran perunding strategik dan komunikasi serta penganjuran majlis program hari terbukan.

PEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bagi memantau Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia kini diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Dokumen lain menunjukkan unit pemikir ETP menelan perbelanjaan RM60 juta. Projek ETP pada mulanya dianggarkan berjumlah RM78 juta tetapi menurut dokumen berkenaan, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM60 juta untuk pelaksanaannya.

Ini termasuk RM16 juta yang dibayar kepada perunding tujuh makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut dokumen itu lagi, anggaran kos bagi ETP untuk tahun 2011 dan 2012 adalah purata RM53 juta setiap tahun. Dengan sebahagian besar dana berkenaan diperuntukan kepada makmal, jumlah yang tidak kurang kecilnya juga dikatakan untuk membiayai pengarah-pengarah yang merupakan antara 60 kakitangan PEMANDU.

Gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan.

Perdana Menteri pula dilaporkan hanya mendapat gaji RM22,800 sebulan. Apabila dihubungi, seorang wakil kanan PEMANDU berkta beliau tidak boleh mengulas. (Malaysiakini.com/AK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pembongkaran sebuah penyelewengan wang rakyat oleh BN?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails