Monday, April 05, 2010
Gambar Ini Mengugut Rakyat??
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan mengambil bahagian dalam sesi ujian menembak KDN/PDRM 2010 di Lapang Sasar, Ibu Pejabat Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah.
Apakah ini simbolik sasaran tembakan dan ugutannya ialah rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan? Kerana realitinya, ini yang berlaku sekarang?
Maaf, nak cuba bergurau dengan menteri ISA.. (IH)
Sunday, April 04, 2010
Dapat Balak Kena Derma, Nik Aziz Nafi Blog Kedai Kopi.
KOTA BHARU. APRIL 04, 10: KOTA BAHARU, 4 April — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu. “Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.
Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.
Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.
Mengenai majlis berkenaan, Nik Abdul Aziz menyifatkan konvoi bermotosikal bukan saja sebagai riadah tetapi boleh menyampaikan mesej perjuangan Islam kepada masyarakat umum.
Menurutnya, program jelajah atau konvoi bermotosikal berkuasa tinggi ini bukan saja boleh memberi kebaikan dari segi kesihatan dan kegiatan pelancongan, tetapi mampu menyampaikan mesej bahawa Islam bukan seperti mana yang dimomokkan oleh pihak tertentu. — Bernama (AK)
Virus Baru HP 'MMS Bomber' Menyerang Pengguna.
BEIJING April, 10: Baru-baru ini, satu virus baru telefon bimbit diberi nama "MMS Bomber" menyerang China. Jutaan telefon bimbit di negeri itu terkena serangannya, demikian laporan Beijing Business News.
Virus tersebut menyamar sebagai satu aplikasi, namun begitu terinstalasi, virus itu akan secara otomatik melakukan hubungan dengan Internet dan mengirim pesan MMS berisi URL jahat ke banyak telefon bimbit secara acak tanpa diketahui pemakainya. Hal ini mengakibatkan rugi wang bagi pengguna HP.
Serangan virus itu pertama kali dibongkar oleh "Mobile Security Center of NetQin Mobile Inc", penyedia utama layanan keamanan telefon bimbit, pada awal Februari 2010 lalu. Data statistik perusahaan itu memperlihatkan paling sedikit 100,000 HP sudah terserang.
"Nampak jelas, virus itu memiliki mekanisme pertahanan diri. Setelah menyerang, virus tersebut akan cepat-cepat melumpuhkan sistem program manajemen pada HP yang diserang, dan pemakainya takkan dapat menghapus virus itu," kata Dr Zou Shihong, pemimpin ilmuwan di NetQin. (AK)
Buku Ini..Kami Tolong Iklan Saja...
P94: Ajaib, 2,561, Pengundi Baru,

SHAH ALAM, 4 April — Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”
Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.
“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.
“Kita (PKR) juga akan membincangkan, membentangkan laporan mengenai ini esok (hari ini),” kata beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.
“Kita sangsi, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah ini,” kata beliau.
Berdasarkan daftar induk terkini, kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.
Daripada jumpah tersebut, seramai 2,561 merupakan pengundi baru manakala mereka yang menukar alamat pula adalah seramai 1,343 orang.
Seramai 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.
Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.
Abdullah Sani berkata, walaupun peningkatan 2,561 pengundi baru itu boleh mempengaruhi arah aliran pengundian tetapi masih yakin PR-PKR boleh mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 8 Mac 2008.
“Kami cukup yakin untuk menang, saya percaya akan mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding dua tahun lalu,” kata beliau.
Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi. (AK)
Takkan Berdamai Dengan Israel -Khaled Meshal

SUNDAY, 04 April 2010Kepala Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam Palestina (HAMAS) Khaled Meshal mengatakan, kerjasama rezim Zionis Israel dan Otorita Ramallah untuk menghancurkan Palestina tidak akan membuahkan hasil.
Hal itu ditegaskan Meshal di penutupan rapat para pemimpin faksi perjuangan Palestina di Damaskus, Suriah. Khaled Meshal mengatakan, "Kerjasama Israel dan Otorita Ramallah tidak akan berhasil menyurutkan tekad rakyat Palestina untuk melawan rezim pendudukan."
Dalam rapat para pemimpin berbagai faksi Palestina yang berakhir Sabtu (3/4) dinyatakan bahwa rakyat Palestina dengan kekuatan penuh akan melawan segala ancaman Zionis dan agresi Israel terhadap situs-situs suci di negeri pendudukan Palestina.
Seraya mengecam perundingan langsung dan tak langsung dengan Rezim Zionis para peserta rapat menegaskan, perundingan hanya menjadi kedok bagi rezim zionis untuk menutupi kejahatan rezim pendudukan dan dimanfaatkan untuk menjustifikasi kebijakan Amerika Serikat di kawasan. (irib.Indonesian Radio Islamic Republic or Iran)
AS, Garu Kepala Di Afghan..

AHAD April 04, 10: Apa lagi yang boleh tentara AS buat di Afghanistan? Leftenan Kolonel Brian Natal menemui rakyat Afghanistan. Komandan Marinir AS di Marjah Utara itu nampaknya ingin mencari cara lain.
Suatu masa ketika dikelilingi oleh sekitar 20 orang penduduk awam, Natal berkata, "Ada Taliban di antara kamu semua? Mungkin tengah duduk di sini sekarang. Tidak semua Taliban itu jahat, tetapi sekarang Taliban kena letakkan senjata kamu."
"Terserah kamu hendak putuskan apa yang kamu nak.." kata Natal lagi.
AS kini tawarkan bantuan yang sangat sederhana kepada masyarakat miskin dan di kampung terpencil.. Telaga, sekolah dan masjid. Satu lagi, kad pengenalan. Akhirnya pertemuan itu diakhiri dengan sebuah doa. Semua orang, termasuk tentera itu, tunduk kepala dan angkat tepak tangan ke atas.
Tidak jauh dari situ, sebuah ledakan menggoncang. Orang-orang Afghanistan berdiri, dan tinggalkan kerumunan itu begitu saja, belah! Tawaran seperti itu sudah didengar mereka sejak lama, tak ada apa. Jikapun benar, rakyat Afghanistan takkan rela tukarkan tanah airnya dengan apapun jua.
Leftenan Kolonel itu boleh gara-garu kepala sahaja. (Pelbagai sumber/AK)
Sila hibur, hibur sikit..
- 08 -Nasyid Al-Qaeda
- 20 -Nasheed Palestin.
- 21 -Nasyid Taliban
- 22 -Nasyid Pakistan
- 30 -Nasheed Afghanistan
- Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.
- Nikah Kontrek Bersama Wanita UMNO Iran?
- Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran.....
- Dubai, Bertemu Pemuda Dari Lembah Swat..
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
- Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana...
- St Helena: Pulau Terpencil Tempat Buangan Napoleon


