Sunday, May 03, 2009

Hukum Nyanyian, Pak Ibnu Kerjasama Promosi Artis..

Siapa yang mempromosi dan manaikkan mereka lebih dari menyanjugi para pemimpin & ulama?

Ibnu Hasyim Catatan Santai


“PAK Ibnu, nak tanya sikit, apa hukum nyanyian, muzik atau wanita menyanyi dalam Islam? Kalau salah mengapa Pak Ibnu berkerjasama mempromosi mereka?” May 2, 2009 5:27 AM jagatepikain said.. Komen dari artikel Friday, May 1, 2009 Sah, Waheeda Isteri Kedua Akhil Hayy?


Jawapan.. Ok. Dari segi hukum agama, anda boleh lihat tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku soal jawab agama dengan panjang lebar, saya tak pasti dalam weblog ada atau tidak. Tapi dalam web http://ulamak.pas.org.my (Dewan Ulama PAS Malaysia) ada. Begini jawapannya terhadap hukum alat muzik, menyanyi bersama perempuan, dan dedah suara…


[ 1..Dalam hal ini, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’. Di samping itu, mestilah tujuannya yang tidak melanggar batas-batas syara’.


2..Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’. Semenjak sekian lama para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini antara menghukumkannya sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini. Walaupun di sana terdapat perselisihan pendapat, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.


Perselisihan pula berlaku dalam seumpama golongan yang mengharuskan sebarang bentuk nyanyian samada menggunakan alat muzik ataupun tidak, ada pula golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak. Berkait dengan hukum nyanyian bersama wanita, Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita.


Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya, Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian. Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):


Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]


Dan sabda Nabi (s.a.w): “Wahai Ali ! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan kedua”.


3. Nyanyian yang dipersembahkan oleh wanita adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):


Yang maksudnya: “…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”. [Surah Al-Ahzab : 32]


Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.]


Itulah mengenai jawapan pertama, hukum nyanyian, muzik atau wanita menyanyi dalam Islam. Mengenai pihak saya dikatakan berkerjasama membantu mempromosi mereka atau disebut artis, anda sendiri berhak menilainya, samada blog ini mempromosi ke arah kebaikan (amal makruf) atau membantu mungkar (yakni tidak mencegah mungkar).


Sekian, wallahu ‘aklam.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 3, 2009.
KL.


Nik Abduh Celaru, Tunggu Apa Kata Ayahnya? Editor Jiwo Kelate.


SINAR Harian menyiarkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh diselar Ketuanya sendiri, Mohd Zaki Ibrahim dengan tajuk besar “Dewan Pemuda selar Nik Abduh” atas isu yang dicipta Nik Abduh sendiri melalui kerja-kerja bodoh dalam PAS dalam blognya.


“Kita yakin kalau Tok guru dikelilingi ‘Pembantu sesat’ PAS tidak mampu kekal berkuasa selama 19 tahun di Kelatan. Semua kerja dilaksanakan secara kolektif dikalangan penggerak parti dan kerajaan. Ini menunjukkan Tok Guru dibantu oleh pembantu-pembantu yang baik dan jujur dalam menjayakan program kerajaan dan parti,” kata Zaki yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.


Zaki berkata demikian mengulas kenyataan Nik Abduh dalam blognya yang mendakwa ayahandanya dikelilingi ‘Pembantu-pembantu yang sesat’. PAS mampu mengekalkan kuasa di Kelantan kini selama 19 tahun kerana Tok Guru dikelilingi Pembantu-pembantu yang baik dan bukannya pembantu yang sesat.


i..Nik Abduh dipanggil beri penjelasan. Memang Nik Abduh dipanngil Ketua Dewan Ulamak, lantas katanya “Ya, saya telah dipanggil dan saya berharap untuk terus dipanggil lagi dan lagi. Saya telah ditegur sebagaimana lebih kurang ayahanda menegur saya. Saya juga telah menyatakan pendirian saya lebih daripada apa yang telah saya sampaikan kepada ayahanda kerana ianya adalah pertemuan lebih satu jam.” Kata Nik Abduh lagi, “Pertama, sila ke berita BERNAMA semalam. Apa al Fadhil Al Ustaz Dato Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat kata pasal pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden”.


ii..Memang mengcelarukan!! Tetapi nampaknya Nik Abduh masih cuba menegak benang basahnya walaupun telah di”nasihat”kan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan. Tarik sajalah, menjatuh maruah diri sendiri!!! Menyusahkan ahli-ahli PAS yang ikhlas bekerja yang setengahnya tak berupahpun. Apapun kita tunggulah apa kata ayahandanya? (2MA)


Lanjut, sila layari http://jiwokelate.wordpress.com

Bolehkah Gabungan 2H Kuasai Pemilihan PAS?

Delegasi niaga Husam (Kelantan) di Beijing

By Megat Ali Megat Alang.


PAS Shah Alam dikatakan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Husam Musa masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini. Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dua pemimpin itu merupakan gandingan ulama dan profesional yang diputuskan oleh ahli Pas kawasan itu bagi memantapkan lagi pengaruh dan kepimpinan parti.


Katanya, selain Abdul Hadi dan Husam, pihaknya turut mencalonkan tiga pemimpin gabungan muka lama dan baru untuk menduduki jawatan Naib Presiden. Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang yang menyandang jawatan itu ketika ini.


"Dalam mesyuarat khas yang diadakan malam tadi, ahli Pas Shah Alam memutuskan Abdul Hadi kekal sebagai Presiden manakala Husam dicalon mengisi jawatan Timbalan Presiden. Bagi tiga nama yang dicalonkan Naib Presiden, Tuan Ibrahim adalah muka baru setelah beliau menolak untuk dicalonkan bagi jawatan itu sebelum ini.


"Kali ini, kita berharap agar beliau tidak menolaknya," katanya kepada akhbar ketika dihubungi beberapa hari lepas.


Mampukah gabungan 2H kuasai pemilihan? (2MA)

DUN Organik Kelantan Ulung Di Dunia?


By Asyok Kumar

SALOR, 3 Mei 2009. Kawasan Dewan Undangan Negeri Salor bakal menjadi DUN organik ulung di dunia. Begitulah hasrat yang terbuku di hati Ahli Dewan Undangan Negerinya, YB. Dato’ Haji Husam Musa yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Dato’ Haji Husam yang menyandang portfolia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan Negeri Kelantan melihat aktiviti pertanian secara organik mempunyai masa depan yang amat cerah kepada penduduk Salor selain daripada menjadikan Salor kawasan hijau yang dengan pencemaran yang minimum. Berlandaskan matlamat Kebajikan dan Ekonomi, projek pertanian organik bagi DUN Salor ini diletakkan di bawah pertubuhan kebajikan SalorCare.

SalorCare adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi oleh Dato’ Haji Husam sebagai platform untuk aktiviti kebajikan penduduk DUN tersebut. Salorcare telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Sunnah Tani Sdn Bhd (STSB) bagi mengendalikan aktiviti pertanian organik tersebut. Menurut Sdr. Mohd Nuri Mat Yaakob, Pengarah Eksekutif STSB sebanyak 20 ekar telah diperuntukan di Tunjung bagi dijadikan zon penanaman padi SRI secara organik. Tapak yang dikendalikan oleh STSB ini, selain bertujuan komersial, ia juga bermatlamat menjadi kawah ilmu bagi penduduk Salor belajar dan memahami kaedah pertanian secara organik.

“Penanaman padi SRI secara organik adalah satu daripada kitaran dalam pelan induk Salor DUN Organik yang dirancang Haji Husam”, kata Mohd. Nuri. Kitaran tersebut melibatkan pemeliharaan kambing, lembu dan arnab secara organik dimana najis haiwan itu akan digunakan untuk menghasilkan baja organik secara teknik kompos dengan dicampur dari bahan sisa buangan domestik. Bagi mengetahui lembih lanjut atau menyumbangkan kepakaran kepada projek ini, anda boleh hubungi Sdr. Mohd Nuri atau Sdr. Kamarulzaman Abdullah Pejabat DUN Salor atau di talian 09701 1604. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita-berita seperti inilah yang perlu diperbanyakkan dalam akhbar milik pembangkang. Sila lihat berita sebelum ini Sunday, May 3, 2009 Harakah, Di Mana Kurangnya?

Harakah, Di Mana Kurangnya?


Ibnu Hasyim Catatan Santai


PETANG itu, kami bersantai. Minum-minum di sebuah warung di AU3, Keramat KL. Seorang datang, bila kami bercakap-cakap tentang politik pembangkang.


“Aku nak tanya sikit,” kata kawan kami itu. Kami kenal dia seorang aktivis PKR di situ. “Aku antara peminat akhbar HARAKAH sejak puluhan tahu lalu. Tapi aku nak beritahu ada sikit kurang!”


“Ha. Apa dia?” Kata kawanku bekas seorang pekerja HARAKAH.


“HARAKAH adalah satu-satunya akhbar terbaik dan berpengaruh di kalangan parti pembangkang. Dan PAS pula satu-satu parti yang mampu bertahan lama memerintah sebuah negeri. Tapi mengapa HARAKAH tidak memuatkan sepenuhnya, kegiatan-kegiatan ekonomi kerajaan Kelantan dalam membangunkan rakyat Kelantan? Baru-baru ini tv3 menyiarkan kegiatan ekonomi rakyat Kelantan, baru ramai orang seperti kami tahu… banyak yang kerajaan Kelantan buat.


Aku dengar ada ternakan kambing susu, untuk rakyat miskin, ada ternakan ikan, orang tua dapat duit, bantaun untuk usahawan muda, perniagaan, ladang rakayat dan macam-macam. Pendidikan, dan anak-anak cemerlang dan banya lagi.Sepatutnya hal begini yang perlu hebahkan, bukan politik semata-mata.” Kata dia mengadu macam kami ini wakil HARAKAH. Kami tak terkata apa-apa.


“Oh. Ada lagi! Di Malaysia, satu-satunya negeri yang tanah-tanahnya, termasuk ‘malay reserve’ yang masih kekal di tangan orang-orang Melayu. Orang luar Kelantan tak boleh beli tanah Kelantan contohnya. Bukan macam Johor, Pulau Pinang, Perak dan lain-lain. Yang ini perlu di ‘highlight’ kan. Tengok bukit-bukit tu, semuanya sudah bukan milik kita lagi..” Ucapnya bersemangat, sambil jarinya menunjukkan arah kebiruan bukit-bukit dan lembah sekitar panorama indah di kawasan Ulu Klang itu.


Sekian, kutip-kutip komen untuk catatan santai kali ini.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 3, 2009.
KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails