(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Chow Kit

BY ASYOK KUMAR
LCCT: September10 – Umat Islam perlu berhati-hati bila membaca Al-Quran melalui internet kerana banyak tulisan yang salah, kata Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang yang baru pulang dari Banda Aceh dalam pertemuan dengannya di sini semalam.
Beliau diberitahu dalam pertemuan dengan rakannya di IAIN Raniri, Banda Aceh. Contohnya, dalam ‘The Holy Quran’ pada situs http://WWW.geocities.com/hollywod/academy , banyak sekali teks Quran yang salah, yakni teks penulisannya, seperti dalam bahagian surah Al Imran 153, ada dua pengulangan kata dalam teks tersebut.
Beberapa surah yang ditemui teks berganda antara lain dalam Surat Al A’raf, Surat Yusuf, Israil, Al Ahqof, Attahrim, Al fatir, Al Mumtahinah, dan lain-lain. Beliau juga mencadangkan masyarakat yang akan membaca Al Qu’ran melalui internet supaya tidak membaca The Holy Quran, namun boleh membaca Al Qu’ran internet dengan membuka situs http://www.qurancomplex.org milik pemerintah Arab Saudi, atau Al Quran internet yang dikeluarkan oleh mana-mana negara melalui bahagian agamanya yang sah.
Sementara itu di Bandung, Ketua MUI Jawa Barat yang membidangi Syariah dan Fatwa, Prof DR Rahmat Syafii, menyatakan, pihaknya akan segera mengambil sikap atas banyaknya teks Al Qur’an yang salah dalam internet.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai
PADA bulan Ramadzan mulia ini, dalam suasana puji-pujian kepada Allah memenuhi jalanan bersalji, dari berpuluh-puluh menara masjid yang baru dibina, menyebabkan seseorang dari Moskow dengan mudah merasa bahawa dia bukan berada di Rusia lagi.
‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ Itulah pujian-pujian kepada Allah pada tengahari Jumaat ini, satu suara lantang bergema di seluruh Kazan. Bandar terletak di tebing Sungai Volga yang membeku… Bandar yang susun aturnya, melahirkan sebuah imej dala
m anggapan penduduk Rusia terhadap Volga sebagai ‘ibu tercinta, sungai Rusia’. Bandar tua masih mampu kelihatan seperti Rusia tua yang kurang dijaga dan dirawati.
Begitulah, kira-kira tulisan seorang yang menamakan dirinya ‘Abu Aqeedah’ kira-kira 10 tahun lalu. (di bawah judul ‘Mati Hanya Sekali, Jadikan Pada Jalan Allah.’- 06-06-1998). “Inilah suara iman yang sedang bangkit semula di bumi yang dianggap tanahair oleh Slavs di Moskow dan Vladivostok.” Tulis beliau lagi.
Malah, menurut penulis itu lagi, bagi kaum Tatar, penduduk utama kawasan ini, mereka tidak memanggilnya sungai Volga. Pada mereka, sungai ini adalah ‘Idel’, nama yang digunakan sejak zaman gemilang ketika Tatarstan ini jadi pemerintah Kazan. Pemusnahan ibu negara lama oleh 'Ivan the Terrible' pada 1552, diikuti pula dengan berkurun-kurun di bawah Tsar dan kemudian pemerintahan Komunis, tidak berjaya melenyapkan terus sebuah identiti budaya yang mengalu-alukan kejatuhan rejim Soviet.
Walaupun kebanyakan dari kaum Tatar ini tidak dapat bertutur dalam bahasa mereka sendiri dan hanya segelintir yang boleh membaca Al-Qur'an, tetapi yang menarik perhatian mereka kini adalah apa yang sedang berlaku 1400 Km di Selatan mereka, di bumi Caucasus. Walau apapun natijahnya, kebangkitan Islam yang melanda Rusia kini banyak dibentuk oleh kekerasan pihak Moskow kepada Chechnia yang menuntut kebebasan mereka.
Menurut Iskhak Lotfulla, seorang bekas pegawai tentera Soviet yang kini merupakan Imam di Masjid Zakabannaya, di Kazan ini…
“Chechnia adalah kehendak Allah. Allah Yang Maha Kuasa mahu menunjukkan kepada kami bahawa sekiranya kami tidak menguatkan iman kami, kami akan terhina sebagaimana saudara-saudara kami terhina di Chechnia.”
Menurut mereka, kini sudah tiba masanya di mana hanya kata-kata Rasulullah SAW (hadith) menjadi sumber inspirasi di kalangan penduduk minoriti Rusia yang ingin kembali kepada cara kehidupan asal mereka. Kira-kira 200 Km di Timur Kazan, di bandar pembuatan trak Naberezhnye Chelny.. Fawziya Bairamova, 45 tahun, bersetuju dengan perkara ini, pemimpin Ittifak, sebuah parti nasionalis Tatar, berkata..
“Kami telah cuba mengajak kepada semangat kesatuan Turki sebagai faktor penyatu untuk semua rakyat Rusia dari bangsa Turki, tetapi kami gagal. Sekarang, saya sedar, hanya dengan Islam kami akan berjaya."
Aku nukilkan tulisan yang sudah 10 berlalu di internet, untuk menggambarkan bahawa pemikiran seperti ini, berbeza langsung dengan pemikiran muda-mudi kawan-kawanku di universiti Moskow. Mungkin inikah sebuah pemikiran pengganas yang amat dibenci oleh pemerintah Rusia? Setelah ku kaji beberapa lagi tulisan seperti ini, barulah aku dapat jawapan, mengapa 5 tahun kemudian Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Malaysia pada 17 Oktober 2003.
..Dan hadir pada persidangan ke 10 pertubuhan OIC di Putrajaya. Bahkan Rusia mohon jadi pemerhati dalam pertubuhan tersebut, dan diterima 2 tahun kemudian. Antara sebabnya, ialah Rusia perlu menyekat pemikiran Islam ala pengganas ini, dengan imbangan pemikiran Islam yang anti kepengganasan seperti di negara Malaysia, dan yang se faham dengannya..
Sekian coretan dari Moskow untuk kali ini...
ITULAH e-mail yang dihantarkan kepada Ibnu Hasyim untuk catatan santai, dari seorang gadis Katholik Kristian, di sebuah universiti di Rusia. Sekian, wallahu ‘aklam. Insya Allah bersambung.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September3, 08. KL.

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:
APABILA rakan-rakan sebayaku mengetahui aku mengenali Islam melalui seorang pemuda Rusia yang baru pulang dari Saudi Arabia, dan memilih Islam sebagai cara hidupnya, mereka mula menjauhi diri dariku. Mereka seolah-olah curiga denganku. Aku jadi hairan, bilaku tanya, mengapa? Kata mereka, jangan dekati ‘pengganas’.
Aku mulai benci dan muak dengan sikap sosial muda-mudi Rusia. Bila ada pemuda-pemuda itu cuba mendekatiku, ku katakan kepada mereka, aku sudah ditunangkan dengan lelaki Islam. Menyebabkan mereka terus menjauhiku, dan menambah lagi curiga mereka. Inilah antara penyebab mengapa aku minat mengkaji sejarah kedatangan Islam di Rusia? Tertanya-tanya aku bagaimana dan mengapa begitu hebat Islam...
Terbaca aku, kisah penemuan harta karun di Rusia... antaranya mengandungi wang syiling Arab abad ke 8. Itu menjadi bukti bahawa pada masa itu Rusia telah menjalin hubungan dagang dengan orang Arab. Dalam catatan seorang ahli geografi masa itu, bernama Ibn Hardadbeh, terdapat pedagang ‘ar-rus’ yang membawa dagangan mereka ke Black dan Caspean Sea. Jadi hubungan pertama penduduk Rusia dengan dunia Islam, sebenarnya telah bermula antara abad ke 8 hingga ke 9.
Ada hubungan yang bersifat penentangan bersenjata, perdagangan, atau budaya, politik dan ekonomi. Bangsa Khazar yang selain agama Yahudi menganut agama Islam juga. Bangsa Cuman dan Bulgars menjadi bangsa-bangsa pertama yang memperkenalkan Islam kepada kepada Rusia zaman kuno. Se
telah kejatuhan Khazar Khaganate pada abad ke 10, hampir seluruh kawasan Sungai Volga menjadi kawasan takluk orang Islam dari Khwarezm.
Waktu penaklukan Tartar-Mongol pada tahun 1237, Vladimiro-Suzdel Rus serta sebahagian besar dari Kievan Rus dimasukkan dalam Empire Mongol, dan setelah perpecahannya, dimasukkan ke dalam Golden Horde pula. Pada tahun 1256 (setelah 16 tahun penaklukan Rus) Muslim pertama Khan Barke telah naik tahta di Golden Horde. Namun sepenuhnya, Islam mula dianuti di situ pada tahun 1312 apabila Khan Usbek berjaya mengIslamkan semua penduduk kerajaan itu.
Sejak itu antara Rus yang beragama Kristian dan Horde yang beragama Islam, boleh dikatakan ada hubungan secara simbiosis. Walaupun Rus Kristian ditakluki Horde yang Islam, namun Rus tetap menganut agama Kristian. Malah ramai orang-orang kaya dari kalangan Mongol-Tartar yang enggan menganut Islam berhijrah ke Rusia dan menjadi pengasas keluarga elite di Rusia. Contohnya, dikatakan pada tahun 1329 Tzar Rusia, Ivan Kalita pernah mengupah Murza Cheta. Murza Cheta adalah dipercayai moyang kepada Boris Godunov, iaitu Tzar Rusia antara 1598-1622.
Pada tahun 1480, walaupun kerajaan Golden Horde telah jatuh, namun Rusia kini dikelilingi oleh negara-negara Islam. Penduduk dari bangsa Tartar pula mula menduduki Moscow pada awal abad ke 15. Jumlah mereka semakin meningkat. Mereka mempunyai beberapa kawasan khas di sini, utamanya Zamockvorechye. Kini, di sini terdapat sebuah masjid bersejarah. Pun sudah dibuka semula. Walaupun Rusia pernah menakluki Kazan, Astrakhan dan Siberian Khanates, namun nisbah kuasa mereka telah mula berubah.
Setelah kerajaan mula membabtiskan penduduk Tartar yang menganut Islam, mereka mula pindah dari kawasan Volga ke kawasan Ural dan menambah pengaruh penduduk Islam di situ. Sejak itu hubungan Rusia dengan dunia Islam mencatatkan banyak peperangan. Contohnya, Russo-Turkish War, Russo Iranian War dan Russo Caucases War. Semua ini merupakan tunggak sejarah pembentukan Rusia dan sikapnya terhadap Islam. Apakah tunggak ini menimbulkan masalah? Bagaimana tindakan seterusnya Rusia terhadap Islam?
Tiba-tiba seluruh dunia terkejut, kira-kira 5 tahun lalu Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Malaysia pada 17 Oktober 2003, dan hadir pada persidangan ke 10 pertubuhan OIC di Putrajaya. Bahkan Rusia mohon jadi pemerhati dalam pertubuhan tersebut, dan diterima 2 tahun kemudian. Mengapa tiba-tiba Rusia seolah-olah jadi beralih arah begitu? Inilah yang menarik. Mengapa negara bekas Soviet ini ingin menjalin hubungan baik dan ingin berkerjasama erat dengan dunia Islam, dunia yang ramai rakyatnya diasuh dengan anggapan pengganas?!
Apa hubungan 2 agama utama Kristian Katholik dan Islam di Rusia? Bukan sahaja menarik perhatian dunia, bahkan menarikku untuk menelusuri sejarah Islam di Rusia. Dalam tulisan akan datang kita sama-sama mencari jawapannya...
ITULAH e-mail yang dihantarkan kepada saya (Ibnu Hasyim) oleh seorang gadis Katholik Kristian, dari sebuah universiti di Rusia. Maaf, setakat ini beliau tidak mahu namanya disebutkan...
Sekian catatan santai untuk kali ini, wallahu ‘aklam. Insya Allah bersambung.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
September1, 08. KL.