Friday, May 24, 2024

Tahniah M'sia Piala Dunia Sepak Takraw! & Wanita urut..

 

Foto daripada Facebook Persatuan Sepaktakraw Malaysia - PSM.(Lihat pakaian pemain lelaki 'mengawal aurat', bukan seperti  pakaian pemain wanita di bawah ini)  
Lanjut rujuk 
GARIS PANDUAN BERSUKAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

'https://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_atlet.pdf'


1. Kelantan rakam tahniah kepada pasukan takraw negara

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada pasukan takraw negara di atas kejayaan merampas gelaran juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, kemenangan itu mencipta sejarah selepas berjaya menumpas musuh tradisi, Thailand.

“Alhamdulillah, Malaysia kembali menakluki gelaran Raja Sepak Takraw Dunia khususnya sebagai juara kategori double dan juara kategori regu.

“Tahniah juga buat Aidil Aiman, atlet muda sepak takraw yang merupakan anak jati Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Pada perlawanan akhir di Stadium Titiwangsa semalam trio negara yang ketuai Farhan Adam berjaya mempamerkan gaya luar biasa sehingga menang straight set 15-7, 15-12.

Beliau dibantu pemain lain negara iaitu Mohamad Azlan Alias dan Mohammad Syahir Mohd Rosdi.

Terdahulu, pasangan Aidil Aiman Azwawi dan Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double dengan kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut.

Kemenangan itu menebus kekecewaan kali terakhir di edisi Piala Dunia Korea Selatan yang menyaksikan Malaysia tewas pada perlawanan akhir kepada Thailand.

Zamakhshari turut merakamkan tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan pihak pengurusan pasukan negara takraw negara. – HARAKAHDAILY 23/5/2024

2. Cabar Islam: Wanita urut lelaki di tempat terbuka di Pulau Pinang 

Asmak Husin

KUALA LUMPUR: Tular video berdurasi 25 saat di platform pengguna Facebook, Abi Khair Azhari apabila membuat perkongsian berhubung beberapa wanita mengurut lelaki di suatu Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pendakwah Wanita dan Keluarga, Asmak Husin, turut terpanggil untuk bersuara mengenai isu ini bahawa tidak wajar perkara sebegini berlaku, sementelah dalam video tersebut jelas menunjukkan yang sebahagian terbabit ialah wanita Melayu Islam bertudung yang mengurut lelaki Melayu Islam tanpa segan silu, malah kelihatan ceria.

(Lanjutnya, sila ikuti HARAKAHDAILY 23/5/2024  'Cabar Islam: Wanita urut lelaki di tempat terbuka di Pulau Pinang ')

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah M'sia Piala Dunia Sepak Takraw! Tapi, maaf, setakat ini, kalau diteliti kerajaan Malaysia masih ketinggalan dalam melaksanakan peraturan Islam sepenuhnya seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, agama bagi Persekutuan Malaysia (Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan).

Ringkasnya, kalau kerajaan pusat masih tak faham juga sila rujuk peraturan sukan di Kelantan. Jangan malu-malu tanya PAS bukan tanya DAP, PAP atau yang sebodoh dengannya!! Tidak juga seperti di Terengganu, kerajaan Terengganu telah menangani dengan wajar dalam kes susulan insiden 'parti liar aloha' di Pulau Lang Tengah.

Sekian.

..

4 comments:

Anonymous said...

Otak udang mopti

Boikot di suruh beehenti Blackrock yg beli saham KLIA pembunuh Rakyat Palestine...

Melayu jgn harap pada Melayu mcm Ni lagi...

Melayu Kayangan terus senyap pasal Palestine... Bunyi pun tak


Melayu jangan harap Melayu mcm Ni lagi

Anonymous said...

Biased leee Si yeop tu.... Agen zionis


Bia Pape Asal bergaye....


Yeoppp ohh yeoppp

Anonymous said...

jom beraloha di pantai ganu, sambil mencandat sotong, ganu boleh kedah maciam maciam ada

Anonymous said...

BRICS: China Lambakkan Perbendaharaan AS Bernilai $74 Bilion dalam 7 Bulan

Ahli BRICS China sedang melakukan lambakan kerana ia memunggah berbilion-bilion perbendaharaan AS dan hutang agensi dalam tempoh tujuh bulan lalu. Negara Komunis itu menjauhkan diri daripada ekonomi A.S. dan sebaliknya mengumpul tan emas dalam rizabnya.

Morgan Stanley Berkata 'A.S. Dollar is King" . BRICS kata 'U.S Dollar Is Dead'. America Syarikat cemas dan gelabah bila US Dollar tidak laku dipasaran matawang dunia..!!

Bank Rakyat China (PBOC) menerbitkan laporan yang menunjukkan bahawa negara itu memegang 2,250 tan emas pada 2024. Itu hampir $159 bilion nilai emas dalam rizab China manakala dolar A.S. sedang ditunjukkan pintu.

Bank A.S. beri amaran pada BRICS, "Dolar Tidak Boleh Diganti". Bank Pelaburan Morgan Stanley Berkata ‘A.S. Dolar adalah Raja". (Dollar Is King)

Jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan, mata wang USD akan kembali ke tanah air yang membawa kepada hiperinflasi di Amerika.

3 sektor di Ameeika Syarikat akan terjejas secara langsung jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan.

1. Perbankan dan Kewangan
2. Teknologi dan Fintech
3. Barangan Pengguna dan Runcit

Dollar US mula melingkup, orang kaya Amerika dan rakyat Amerika Syarikat diancam kemiskinan tegar, muflis dan bangkrap..!!

A.S. telah mengimport inflasinya ke negara lain selama bertahun-tahun dan pengembalian mata wang akan membawa kepada hiperinflasi di tanah air.

Dari dolu lagi haku dah peringatkan Malaysia harus rapatkan diri dengan pakatan BRICS dan menjadi anggota tetap dalam BRICS...!! Tapi papangang apa dia tahu pasal ekonomi..!?

Suma barang dinaikkan seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat... Malang Malaysia pilih pemimpin bodoh ekonomi sebagai pemimpin..!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails