Monday, May 20, 2024

Hentikan kerja gila hiburan ekstrim -Lihat K'tan!

 

Wajar pesta hiburan melampau atas gerabak KTMB? PAS tuntut penjelasan Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Pesta hiburan di atas gerabak keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjenamakan Pinkfish Express dilihat telah menonjolkan budaya berhibur melampaui batas.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, pesta tersebut bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.

Malah katanya, pesta hiburan yang seperti menghadiri kelab malam itu tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB iaitu merupakan satu aset negara bersejarah.

Pesta menerima jolokan sebagai ‘festival hiburan atas keretapi pertama di Asia Tenggara’ itu dianjurkan oleh entiti bernama Pinkfish Festival yang bermula dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur sebagai lokasinya.

“Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasikan program ini, seperti contohnya bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani dibawakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.

“KTMB merupakan salah satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berada bawah Kementerian Kewangan. Kami mencadangkan agar siasatan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan akan punca bagaimana program sebegini boleh diluluskan.

“(Ini kerana) melihatkan ketidakwajaran aktiviti maksiat sebegini dinormalisasikan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai simbolik begitu penting bagi imej dan maruah negara. PAS menggesa agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, imej KTMB serta pengamalan budaya hiburan sederhana tanpa diceduk daripada mana-mana negara Barat harus dipertahankan dalam negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

PAS jelas beliau, menegaskan bahawa hiburan bukanlah sesuatu yang dilarang buat rakyat Malaysia dan umat Islam, namun begitu, Islam hadir membawakan garis panduan yang komprehensif dalam mengisi naluri manusia yang berkehendakkan kepada hiburan.

“Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan,” ungkap beliau mengulangi peringatan yang seringkali dinasihatkan PAS terhadap begitu banyak penganjuran hiburan seumpama di era Kerajaan Madani ini. – HARAKAHDAILY 19/5/2024


Lihat contoh hiburan di Kelantan.. 
Konsert Jom Hebuh di K'tan Sept 11 2023.

ISLAM tidak pernah melarang penganutnya untuk berhibur seperti yang disebutkan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya, ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’ bahawa hiburan adalah harus kerana sifatnya yang membawa kegembiraan, kerehatan minda, kesenangan jiwa dan kesedapan pendengaran selagi tidak dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa.

Namun demikian, apabila melihat kepada keadaan semasa, hanya keharusannya yang diambil oleh manusia, tetapi tidak pada larangannya iaitu “hiburan tidak boleh dicampuri perkara dan perbuatan yang mendatangkan dosa”.

Buktinya apabila pengamalan industri hiburan negara, tidak keseluruhannya mengimplementasikan garis panduan yang menepati hukum-hakam agama dan budaya masyarakat Malaysia. Lihat sahaja pada aspek pemakaian artis-artis yang majoritinya tidak menutup aurat dan menjolok mata. Ditambah pula dengan babak-babak lakonan yang melanggar etika agama dan penuh kebaratan, termasuklah skrip-skrip yang menggiurkan.

Kini, anak muda di Malaysia termasuklah Melayu-Islam semakin ghairah menghadiri konsert-konsert hiburan tempatan dan artis antarabangsa. Yang mana pemakaian-pemakaian artis yang terlibat jelas menyalahi garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu baik artis lelaki mahu pun perempuan dilarang memakai pakaian menjolok mata, apatah lagi yang mendedahkan badan dan menampakkan bentuk badan bagi artis wanita. Sayangnya, tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Malah, yang membantah pula menjadi salah apabila baru-baru ini kita dikejutkan dengan amaran Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (Alife) yang bakal mengambil pendekatan proaktif melalui tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba membantah dan mengganggu pelaksanaan konsert di negara ini. Cukup pelik.

Anak muda tidak boleh sentiasa didedahkan dengan hiburan lara sebegini. Sebaliknya, keghairahan mereka berhibur tika ini sehinggakan sanggup menghabiskan wang simpanan beratus-ratus malah beribu-ribu demi bertemu mata dengan artis idaman sehinggakan masa sanggup dihabiskan di hadapan laptop demi membeli tiket-tiket konsert perlu dibendung.

Dalam hal ini, PAS mungkin dilihat agresif apabila terus-terusan membantah konsert-konsert yang dilaksanakan di Malaysia sehingga menggesa pihak kerajaan untuk bertindak membatalkannya. Namun demikian, hal ini harus difahami sepertimana pernah disebutkan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS tiada masalah dengan konsert, tetapi PAS bermasalah dengan pelaksanaan konsert yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Dalam isu pengamalan konsert artis antarabangsa yang berpakaian menjolok mata, hal ini sebenarnya boleh dibetulkan dengan ketetapan yang betul.

Pada tahun 2012, Malaysia dikejutkan dengan kumpulan Korea wanita yang berbaju kurung ketika membuat persembahan nyanyian mereka di atas pentas. Pada tahun 2016, Malaysia dikejutkan pula dengan seorang artis lelaki Korea yang berbaju Melayu ketika menemui para peminat.

Dua keadaan ini boleh dijadikan kes ‘precedent’ kepada pengamalan konsert artis antarabangsa di negara kita yang mana memberi mesej bahawa tidak mustahil untuk negara kita mengetengahkan busana yang tidak menjolok mata dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh PUSPAL, selari dengan pengamalan agama dan budaya di Malaysia. Malah, hal ini sangat tidak mustahil untuk dipraktiskan oleh artis-artis tempatan yang memang berasimilasi dengan adat dan budaya Malaysia.

Secara amnya, hiburan itu perlu disokong kerana melibatkan fitrah manusia. Tetapi, andai pelaksanaannya melibatkan perkara-perkara yang haram dan bertentangan dengan agama, maka umat Islam perlu dikongkong menerusi tindakan yang benar daripada terjebak dengannya.

Sesungguhnya pengamalan hiburan yang merosakkan telah lama menjadi barah dalam kalangan anak muda. Dengan hanya memberi nasihat agama dan kempen kesedaran sudah tidak memberi impak kepada anak muda zaman milenia ini. Hal ini perlu diubah melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan, disusuli tindakan tegas oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, besar harapan saya agar penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran hiburan di negara ini yang dilaksanakan oleh JAKIM sepertimana yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 2 Disember 2023 dikeluarkan segera bagi menyelesaikan isu hiburan yang kian membelenggu dan menjerut anak muda Malaysia. – HARAKAHDAILY 23/3/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia, kononnya sebuah negara merdeka dan Islam sebagai 'agama bagi Persekutuan'. Tapi nak laksanakan hiburan menurut Islam bebas dari kepala-otak penjajah, pun sebenarnya tak mampu. Porah, sembang saja lebih!

..

2 comments:

Anonymous said...

Dollar US mula melingkup, orang kaya Amerika dan rakyat Amerika Syarikat diancam kemiskinan tegar, muflis dan bangkrap..!!

Perikatan BRICS menyasarkan untuk mencabut ketuanan global dolar A.S. dengan mempromosikan mata wang tempatan untuk penyelesaian perdagangan.

BRICS mahu mengukuhkan ekonomi asal mereka dengan memutuskan hubungan dengan dolar A.S. untuk urus niaga rentas sempadan. Blok itu sedang dalam jelajah dunia yang meyakinkan negara-negara membangun untuk menggunakan mata wang tempatan untuk perdagangan dan bukannya dolar AS.

Perkembangan itu akan menjejaskan beberapa sektor kewangan Amerika Suarikat yang membawa kepada penurunan pasaran pada tahun-tahun akan datang.

Jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan, mata wang USD akan kembali ke tanah air yang membawa kepada hiperinflasi di Amerika.

3 sektor di Ameeika Syarikat akan terjejas secara langsung jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan.

1. Perbankan dan Kewangan
2. Teknologi dan Fintech
3. Barangan Pengguna dan Runcit

Pertama sekali, sektor perbankan dan kewangan akan menjadi yang paling teruk terjejas kerana pertukaran asing akan mula merosot. Pasaran forex berjalan atas penawaran dan permintaan, dan jika permintaan untuk USD merosot, Bank Pusat A.S. akan mendapati lebih sukar untuk mengimport dolar.

3 sektor kewangan di A.S. akan menerima kesan langsung jika BRICS membuang dolar untuk pembayaran rentas sempadan. Sektor ini akan mula merosot ialah perbankan, pertukaran asing, pelancongan, dan barangan pengguna dan pengeluaran. Di bawah ialah 3 sektor kewangan yang akan terjejas sekiranya dolar A.S. tidak digunakan untuk penyelesaian lagi.

Jika Bank Pusat negara BRICS tidak lagi mengumpul dolar A.S. akan melihat mata wangnya kembali ke tanah air dan tidak laku untuk diniagakan lagi peringkat pasaran dunia

Lebih-lebih lagi, A.S. telah mengimport inflasinya ke negara lain selama bertahun-tahun dan pengembalian mata wang akan membawa kepada hiperinflasi di tanah air.

Dari dolu lagi haku dah peringatkan Malaysia harus rapatkan diri dengan pakatan BRICS dan menjadi anggota tetap dalam BRICS...!!

Pentadbiran Biden mesti bertindak cepat untuk menentang BRICS dan menghentikan penurunan dolar A.S..

Good Bye dollar Amerika, France pound Britain..!!

Harapkan papangang bole blah apa dia tahun pasal ekonomi...!?

Anonymous said...

Morgan Stanley Berkata 'A.S. Dollar is King" . BRICS kata 'U.S Dollar Is Dead'. America Syarikat cemas dan gelabah bila US Dollar tidak laku dipasaran matawang dunia..!!

Bank A.S. beri amaran pada BRICS, "Dolar Tidak Boleh Diganti". Bank Pelaburan Morgan Stanley Berkata ‘A.S. Dolar adalah Raja". (Dollar Is King)

Ketahui berapa banyak sektor di A.S. akan terjejas jika BRICS membuang dolar untuk perdagangan. Walau bagaimanapun, Morgan Stanley menyokong dolar AS dengan menyatakan bahawa mata wang tempatan terkemuka tidak boleh menggantikan USD. Bank itu menjelaskan sebab utama mengapa dolar A.S. akan kekal tertinggi dan terus memerintah sektor kewangan global walaupun terdapat ancaman.

https://vt.tiktok.com/ZSYNgM9CM/

Bank pelaburan yang berpangkalan di A.S. Morgan Stanley berkata bahawa mata wang saingan seperti yuan China dan yen Jepun tidak berpeluang untuk menggantikan dolar. Pakar strategi bank itu James Lord berkata dalam podcast mengenai penguguran dolar AS dalam monetary perbankan dunia.

Bank pelaburan global Morgan Stanley memihak kepada dolar A.S. berbanding serangan 'mata wang BRICS'. Sokongan itu datang selepas pakatan BRICS secara terbuka mengeluarkan cabaran untuk mencabut dolar A.S. sebagai mata wang rizab dunia. Blok sembilan negara itu menyasarkan untuk mendorong mata wang tempatan mendahului USD untuk menyelesaikan urus niaga rentas sempadan.

Mata wang tempatan negara BRICS sedang bergelut untuk mengalahkan dolar A.S. pada 2024 walaupun mengancam untuk mencabutnya. "Intinya, King dollar sebenarnya tidak mempunyai sebarang pencabar," kata Michael Zezas, Ketua penyelidikan dasar awam A.S. semasa membincangkan BRICS.

Papangang di Malaysia saja masih ketinggalan dalam ekonomi serantau dan ekonomi dunia.

#Klas3DegreeSasteraManaTahuPasalEkonomi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails