Thursday, May 23, 2024

Ugut bunuh Teresa Kok, dia pukul dia mengadu..

 

‘DAP cerminlah diri sendiri’ – Syahir nasihat Lim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengingatkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng supaya tidak membuat tuduhan terhadap PAS dalam kes ugutan bunuh diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Beliau menggesa wakil DAP itu menghentikan segala bentuk provokasi dan spekulasi, serta menegaskan bahawa pihak polis pastinya lebih cekap untuk merungkai sebarang motif kes terhadap Teresa yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

“Jangan mudah menuduh PAS menyemai benih kebencian, apatah lagi menuding jari kepada Presiden PAS. Selagi belum ada bukti, janganlah mendahului siasatan pihak PDRM (Polis DiRaja Malaysia),” ujar Setiausaha Politik Presiden PAS itu.

Lim dalam ulasan kepada Malaysiakini menyifatkan ugutan diterima Teresa itu adalah dari bahaya politik toksik yang dikaitkan beliau dengan peranan dimainkan pemimpin PAS dalam menyemai kebencian terhadap DAP.

Perkara itu katanya, sehingga mengakibatkan minda yang mudah dipengaruhi menjadi radikal di mana DAP digambarkan dengan beberapa penyataan termasuk terbaharu daripada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut Lim pemimpin PAS dan yang lain mengeksploitasi dakwaan ‘tidak wajar dan tidak berasas’ itu untuk tujuan politik, namun tindakan itu boleh membawa kepada akibat yang teruk dan mengingatkan untuk tidak bermain api.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mengumumkan solidariti PAS dan gesaan siasatan segera terhadap ancaman dihadapi oleh Teresa.

Syahir yang Penolong Setiausaha Agung PAS, turut menegaskan bahawa PAS tidak pernah merestui, apatah lagi mempengaruhi tindakan pelampau dan pengganas, malah jauh sekali melakukannya.

Sebaliknya tegas beliau yang memiliki pengalaman berkhidmat di Sime Darby itu, pendekatan PAS adalah mendidik, mengajak, dan memberikan peringatan, di mana segalanya mengikut lunas undang-undang dan proses demokrasi.

Pemimpin muda ini turut menggambarkan reaksi Lim dengan pepatah Arab yang bermaksud, ‘Dia yang memukul aku, tiba-tiba dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi aku, tiba-tiba dia pula yang mengadu’.

“Kami pun boleh berkata, apa yang dituai DAP hari ini, adalah benih yang disemai oleh Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebelum ini. Sejarah menjadi saksi. DAP cerminlah diri sendiri.

“Kepada YB Lip Lim Eng, saya tinggalkan satu pesanan, ‘you reap what you sow’. Janganlah disemai politik paranoid, politik toksik, politik parasit; di tanah yang sedang menghijau ini,” nasihatnya.

Pemimpin DAP telah berkali-kali menyatakan dan mengulangi kenyataan kontroversi berkaitan kaum, agama dan raja termasuk kepentingan negara yang mengundang reaksi kurang senang majoriti rakyat selama ini.

Antara mutakhir di era Madani ini adalah dari pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang yang membayangkan jawatan Perdana Menteri akan dipegang kalangan bukan-Melayu, juga gesaan mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai.

Juga Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham yang mahu wakil bukan-Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Syariah di mana perkara tersebut dilihat sebagai satu campur tangan keterlaluan terhadap hal ehwal Islam.

Selain usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk mendapatkan pengiktirafan kepada Kampung Baru Cina di seluruh negara sebagai Tapak Warisan UNESCO sedangkan banyak Kampung Tradisi Melayu diabaikan. – HARAKAHDAILY 22/5/2024


DAP usah semai politik toksik, paranoid  
MP PAS ingatkan DAP usah semai politik toksik, paranoid Diterbitkan May 22, 2024 1:02 PM-M/kini. 

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman membidas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng susulan dakwaan bahawa PAS menyemai benih kebencian.

"Jangan mudah menuduh PAS menyemai benih kebencian, apatah lagi menuding jari kepada Presiden PAS (Abdul Hadi Awang).

"Kami pun boleh berkata, apa yang dituai DAP hari ini, adalah benih yang disemai oleh Tan Sri Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebelum ini.

"Sejarah menjadi saksi. DAP cerminlah diri sendiri," katanya dalam satu hantaran tanpa menghuraikan lebih lanjut.

Semalam Lim dilapor berkata pemimpin PAS terus memainkan peranan penting dalam menyemai kebencian terhadap DAP sehingga mengakibatkan minda mudah dipengaruhi pemikiran radikal.

ADS

Dia juga memetik ucapan Abdul Hadi pada kempen pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu baru-baru ini, apabila menuduh DAP berkomplot untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.

Kenyataan Lim itu hadir selepas ahli parlimen DAP, Teresa Kok menerima ancaman peluru hidup dan nota berbaur perkauman yang diletak dalam peti surat rumahnya.

Kok, yang juga naib pengerusi DAP, dilapor berkata dia percaya "peluru" yang diterimanya ada kaitan dengan tuduhan palsu daripada seorang pemimpin PAS yang menuduhnya sebagai anti-Islam.

ADS

‘PAS guna pendekatan mendidik’

Sebaliknya Syahir yang juga setiausaha politik kepada Abdul Hadi berkata PAS tidak pernah menyokong sebarang aktviti keganasan.

"PAS tidak pernah merestui, apatah lagi mempengaruhi, tindakan pelampau dan pengganas. Melakukannya, jauh sekali.

"Pendekatan PAS adalah "mendidik, mengajak, dan memberikan peringatan", segalanya mengikut lunas undang-undang dan proses demokrasi," ujarnya.

Syahir berkata dalam kes membabitkan Teresa, pastinya PDRM lebih cekap untuk merungkai sebarang motif.

"Selagi belum ada bukti, janganlah mendahului siasatan pihak PDRM. Hentikanlah segala bentuk provokasi dan spekulasi.

"Kepada YB Lip Lim Eng, saya tinggalkan satu pesanan, "you reap what you sow". Janganlah disemai politik paranoid, politik toksik, politik parasit; di tanah yang sedang menghijau ini," katanya.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Begitulah DAP. Biadapnya bangsa keturunan pendatang yang diberi kerakyatan, tetapi berkhianat kepada bangsa pemberi yang menolong itu sendiri.

..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails