Monday, May 27, 2024

Khilaf, jangan kelahi -Presiden PAS. PRU 16, maufakat Sabah/Sarawak..

  

1. Jangan kelahi masalah khilafiah – TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Umat Islam diingatkan agar tidak berkelahi dalam masalah khilaf, sebaliknya perbezaan mazhab dan firqah perlu difahami, demikian seru Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Nasihat itu diungkapkan beliau pada Syarahan Perdana ‘Masa Depan Dunia Islam: Perbezaan Mazhab, Geopolitik Antarabangsa dan Penyatuan Ummah’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu dalam penjelasan beliau dalam syarahan tersebut telah menerangkan bahawa mazhab ialah ‘pertelingkahan’ dalam perkara cabang atau furuk, tetapi bersatu dalam perkara rukun dan dasar-dasar agama.

Adapun firqah pula jelas Tuan Guru, adalah kumpulan yang telah menyeleweng daripada rukun dan dasar-dasar Islam, malah ada terkeluar daripada agama kerana kejahilan di mana perlu diselamatkan dan bukan disingkirkan.

Beliau memetik kata-kata Imam Malik untuk hakim atau mahkamah mengendalikan isu murtad, sekiranya ada seratus hujah yang menganggap, tetapi satu sahaja meragukan, maka tidak boleh dijatuh hukum orang itu murtad.

“Selamatkan dia. Kerana konsep kita menyelamatkan manusia berapa banyak yang boleh,” terang beliau yang telah menghasilkan lebih 100 buku diterbitkan pelbagai pihak pada syarahan di pentas utama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

Kupasnya, walaupun perbezaan timbul dalam kalangan ahli-ahli kiblat hingga menjadi lapan mazhab yang besar, namun mereka tetap masih berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman serta cabang agama iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Malah jelas beliau, lapan mazhab itu juga walaupun mempunyai kitab-kitab berbeza, tetapi para ulama semua mazhab ini bukan sahaja saling bekerjasama antara satu sama lain, bahkan juga berguru antara ulama sesama mereka ini.

Katanya, mereka tidak berkelahi sepertimana terjadi kini disebabkan perbezaan mazhab itu, bahkan mereka mengarang kitab, malah antara kitab itu pula menjadi syarah kepada kitab lain yang dihasilkan.

Juga dalam kalangan ulama tabiin terang beliau, berpegang hal akidah dan fikah dari mazhab berbeza yang di mana setiap perkara atau masalah ditangani dengan baik tanpa menjadi perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Timbulnya salaf dan khalaf, termasuk mazhab Wahabi yang ada pada hari ini. Timbulnya ialah kerana di abad yang keempat, yang ketiga, zaman Abasiyah berlaku penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab.

“Pada awalnya mereka menterjemahkan buku-buku sains, teknologi, buku perubatan, buku pertanian, buku falak, astronomi, macam-macam. Kemudian terjemah buku-buku falsafah. Menyebabkan unsur falsafah masuk dalam ilmu kajian akidah.

“Melahirkan penggunaan akal dalam memahami akidah Islam. Qada dan qadar dan sifat-sifat Tuhan menyebabkan adanya mazhab Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya,” ujarnya.

Perinci Tuan Guru, keadaan sedemikian hingga wujud penafsiran berbeza misalnya ke atas ayat al-Quran seperti ‘tuhan bersemayam di Arasy’, ‘tangan Allah’, ‘mata Allah’  dan lain-lain yang berlaku kerana kekhilafan bahasa.

Tegas beliau, penafsiran berkenaan tentulah tidak boleh disamakan tuhan dengan makhluk, bahkan masalah khilaf yang berlaku juga tidak boleh ditakwil semudah-mudahnya hingga berlaku penyelewengan.

Menyentuh masalah fanatik mazhab pula ujarnya, ia menyebabkan pengikut-pengikut terlanjur menyesatkan mazhab lain hingga berlaku perkelahian dan saling mengecam pegangan oleh orang lain.

Sementara perbezaan mazhab dalam masalah fiqah jelas Tuan Guru, terjadi kerana para Sahabat RA yang ditugaskan di wilayah-wilayah berbeza, tidak berada di Madinah semasa ayat atau nas mengenai hukum berkenaan diwahyukan.

“Menyebabkan mereka pakai hukum yang belum dinasakhkan. Ini berlaku, ini sebab khilaf. Mazhab-mazhab kalangan Sahabat. Ada mazhab Aisyah, mazhab sebagainya. Zaman dulu tak ada telefon. Tak ada internet, tak ada apa.

“Timbul khilaf dalam masalah cabang. Sembahyang lima waktu. Semua mengakui ini Rukun Islam. Tapi Fatihah ada bismillah, ini khilaf. Kerana bila Nabi sembahyang, kadang-kadang Nabi baca bismillah, baca kuat. Kadang-kadang baca perlahan.

“Mereka yang dengar baca perlahan ini, menganggap bismillah bukan daripada Fatihah. Dengan sebab itu adanya mazhab mengatakan bismillah bukan Fatihah,” ujarnya turut memberi contoh lain.

Antara dikupas dan diberi perincian contoh oleh beliau adalah pada masalah berkaitan wuduk, doa qunut, solat jamak dan qasar, tarawih, azan Jumaat, gaji dan pencen, cukai, kerakyatan serta jawatan kepimpinan.

Khilaf juga terang Tuan Guru, berlaku dalam dalam usul fiqh kerana perbezaan rujukan yang disepakati, namun perdebatan atau perbincangan tetap menjurus kepada maqasid syariah dan hikmah-hikmah.

Menyentuh masalah firqah, Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan betapa tindakan melanggar hukum dan kewajipan Islam yang berlaku turut berkaitan kerana mengalami gerakan-gerakan musuh Islam.

Terang beliau, perkara itu dilakukan apabila setelah musuh berjaya menyekat kemaraan Islam, mereka menukar strategi melawan Islam dari dalam dengan menimbulkan fahaman-fahaman yang salah dalam masyarakat Islam.

Sehubungan itu beliau mengingatkan betapa tanggungjawab sesama umat Islam adalah saling menyelamatkan dengan hujah ilmu termasuk melalui penulisan buku untuk dijadikan bacaan dan rujukan.

Di zaman mutakhir ini katanya, kefahaman seumpama juga perlu diberi berkenaan politik dan ekonomi serta lain-lain kerana wujud pelbagai ideologi yang bercanggah syariat Islam dan disebabkan oleh kejahilan.

Sempena syarahan itu juga telah dilancarkan tiga buku terbaharu tulisan beliau iaitu ‘Sejarah Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam’ dan ‘Hidup Selepas Mati’ serta ‘Muqaddimah Aqidah Muslimin’.

Majlis syarahan dan pelancaran anjurkan Yayasan Permata Ummah (YPU) dengan kerjasama Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) ini turut menjual buku-buku syarikat tersebut di pesta buku itu. – HARAKAHDAILY 26/5/2024

2. PRU 16, PAS garap kekuatan.. 
Yang Dipertua PAS Shah Alam, Mohamed Sukri Omar menyerahkan mock cek Tabung Kemanusiaan Palestin kepada Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man sebanyak RM9,000 sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan. (Foto: FB PAS Shah Alam)

SHAH ALAM: PAS menyedari perlunya suatu gabungan muafakat di Sabah dan Sarawak untuk mentadbir negara pada pilihan raya akan datang. 

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS perlu menyusun gerak kerja parti agar sesuatu kejayaan dapat diterjemahkan dan dirasai oleh rakyat sebagaimana ‘State Government 4’ (SG4) telah menang.

“Alhamdulillah walaupun ada sekatan, tekanan dan royalti minyak tak diberi sebagaimana yang sebelumnya, tetapi usaha-usaha berterusan dibuat, selain kita juga meletakkan sasaran tiga negeri untuk diberi perhatian yang serius iaitu Selangor, Perak dan Pahang. 

(Lanjutnya, sila lihat 'PRU 16:Garap kekuatan PAS, sasar tiga negeriHARAKAHDAILY 26/5/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada PRU 14 PAS/PN menawan 18 kerusi, PRU 15 menawan 43 parlimen. Apakah dalam PRU 16, dengan strategi baru tersebut PAS-PN mampu menawan beberapa buah negara lagi? Insya Allah, al-hamdulillah!

..

7 comments:

Anonymous said...

Masalah mopti Perak pesan kat yeop tu

Gantikan saja jubah Jabatan kamu itu dengan main kafan...

Bio Pape asee bergaye yeoppp ooii

Anonymous said...

N20 Sungai Bakap

Abang Zam (PN - PAS)

40.2% (15,433)
Nurhidayah (PH - PKR)

36.1% (13,870)
Registered voters: 38,409

Majority: 1,563

#NoDAPNoBNNoBaruaLeeKwanYew

Anonymous said...

Sejak ph ada kuasa. Murtad perkara biasa. Rasuah berleluasa. Wanita urut lelaki sudah ada. Uitm pulak aparteid dikata. Menteri pulak mengada ngada. Ada pulak rumah jadi penjara. Memang dah luar tabii.

Anonymous said...

Syarat Nak Jadi barua DAP@LeeKwanYew mudah ajer syarat nya iaitu



Kena jadi bangang....





Kah kah kah

Anonymous said...

Sini sambung maaa....

Kasi buru dan siasat laa siapa yang arahkan pembunuh saksi utama torwong bawah laut tuhh.!!

Teo Beng Hock pun telejun bangunan jugak tapi Tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang paling guling guling ke depan atas jalan raya...!! Apa pasat itu tokong guling sama Teo Beng Hock tapi itu saksi utama tolowong bawah laut telejun bangunan suma kasi hantam senyap sepi satu bunyi pun tak ade..!? Walaun bodo bangang papangang hang pi buat edisi siasat skettt...!!! Kenapa eeh..!?

https://youtu.be/PhNibhpiw08

Link atas Nasib arwah Teo Beng Hock

Bila itu sang pemburu maha hebat mau memburu. Jangan terbulu bulu bila memburu kasi hansap satu kali laaa.... Gebang ka atau seyes gebang nak memburu ni wooii... Rakyat tunggu dan lihat nnti.!!

Pada barua barua DAP@LeeKwanYew yang masih seronok di bodoh bangang Lu fikir lah sindri... Jho Low jugak yang hebat sampai sekarang lesap hilang kaya raya macam si pantat Madani dan si pantek Tun Mahathir barua paling renta DAP@LeeKwanYew ..!! Bab Jho Low nih sekor cipan pun lansung tatau nak buat hape kat Malaysia nihh....kah kah kah...!!

Link bawah kalau papa dah mola cakap tergagap gagap tuh..lu orang faham faham la sendri..kiki

https://vt.tiktok.com/ZSYjUpVdK/

Malaysia akan jadi Palestine satu hari nanti... Moh kita pindah ke Palestine negeri yang dijanjikan akan aman damai selepas semua Yahudi Zionist dikuburkan selepas kita tunggu Si budak Mahadi tu mai sat lagi ...

Gaza dah musnah . Gaza dan Rafah tak ada masa nak tunggu budak Mahadi tu datang depa nak kau orang yang datang bantu bukan nak tazkirah gebang kat masjid sambil gentle telo ajer wooii...!!

https://vt.tiktok.com/ZSYjaPjFv/

Dengau dengau khabor dari ostat ostat yang bertazkirah pagi petang siang malam sampai naik onani ostat bertazkirah maka tahun 2024 ini si budak Mahadi tu mai dah nak kasi penyepak kat budak Dajjal tuh.. ....Kah kah kah....!!

Wokeyy kita jangan melalut ke ostat onani pulak kita balik ke celitee asal di atas sanun celita Teo Beng Hock VS Laki HannaYeoh maaa...!!

Nak Jadi barua Papangang Madani dan barua DAP@LeeKwanYew mudah syarat nya satu saja

Syaratnya .... Iaitu










Kena jadi bangang..



maciam makan nasi kangkang cibai DAP@LeeKwanYew wooo...!!




Kah kah kah...!!

#seronokmembatuapirupanyakikikiki

#jgnharappadamelayukayanganlagi

Anonymous said...

Fahmi cakap lain, MB Selangor cakap lain, Exco Selangor cakap lain, SPRM paling laju cakap lain, Menteri yang lulus cakap lain dan Papangang cakap lain dalam masa 3 hari pasal Kontrak jota jota Laki Hanna Yeoh. Yang depa betui betui sepakat cuma satu saja depa dah lupakan Nak cakap pasal arwah Teo Beng Hock... Kah kah kah....!!

Sama ada SPRM “buta” kerana orang ramai pun dapat melihat berlakunya “salah tata kelola, mungkin ada salah guna kuasa, salah guna jawatan, salah guna perhubungan dan jaringan”.

Selangorku Kg Makmur Sri Gombak Baru saja MB Selangor makmurkan ... Makmur sampai berkhemah bumbung langit berlantakkan tanah liat. Syabas Selangorku memilih... Kan dah mendapat..!! Layan link ni yg bodo memilih..!!

https://vt.tiktok.com/ZSYj3k2vd/

Asia Mobiliti semalam menegaskan pelantikan mereka dilakukan melalui proses awam hampir setahun yang lalu dan mendakwa mereka menjadi mangsa serangan kempen atas talian oleh pihak yang tidak dikenali.

Kasi ajar Sket mamat Wan Mahasiswa PKR Ni wooiii... Bab Hanna Yeoh telo masuk lam bontot sunyi sepi kelu lidah nak berkata Kata...!!

https://vt.tiktok.com/ZSY6JTSnu/

Membandingkannya dengan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang dikaitkan dengan menteri parti itu sebelum ini.

Dalam kes itu, Mohamad Salleh Ismail, suami kepada bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil Mohamad Salleh Ismail, disiasat dan diheret ke mahkamah.

Ucapan takziah pada Kampung Sri Murni Gombak kena roboh , pada yang mengundi Papangang dan DAP tahi'niah diucapkan... Gombak penah Jadi Kubu kuat pH dolu kan..!!

Link bawah Selamat Malam Kg Sri Murni Gombak teringat Lagu Selamat Malam Rohingya..!! Lebih kurang sama kan..!!

https://vt.tiktok.com/ZSYjaGVMN/

Sekadar sempati maka Kg berdekatan di situ Kg Kerdas, Kg Chubadak Kg Puah dan Kg Bahagia tepi sungai tu lu olang jaga jaga lah sekadar mengingati... Jangan kata abam tak payung

https://vt.tiktok.com/ZSYjcnnqH/

Jangan kata abam tak payung..!!


#ajokbatuapikanteobenghockisuini

Anonymous said...

jangan kata abam tak aloha... jom waun lawat ganu marilah ber aloha... salam aloha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails