Sunday, November 05, 2023

Pelakon Hollywood, kecam pemimpin dunia.

 

Angelina Jolie kini bangkit melaungkan solidariti buat rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang sedang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel. (FOTO: Reuters)

Israel hancurkan Gaza: Angelina Jolie kecam pemimpin dunia

LOS ANGELES, California: Pelakon tersohor Hollywood, Angelina Jolie mengecam pemimpin-pemimpin dunia kerana keengganan mereka bersatu menuntut gencatan senjata kedua-dua Israel dan Hamas yang terbabit dalam konflik di Gaza ketika ini.

“Dengan enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menuntutnya (genjatan senjata) kepada kedua-dua pihak (Israel dan Hamas), pemimpin-pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini!” tegas Jolie dalam hantaran Instagramnya, @angelinajolie yang dimuatnaik pada hari ini, Khamis (2 Nov).

“Sementara dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan orang awam Palestin – kanak-kanak, wanita, keluarga mereka sedang dihukum secara kolektif dan tidak berperikemanusiaan (oleh Israel), sementara mereka menghadapi masalah kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga mereka dibunuh,” tambah Jolie, 48, yang memuatnaik foto kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia yang dibom tentera Zionis Israel dua hari berturut-turut mengorbankan ratusan nyawa.

Paparan yang dimuatnaik dalam Instagram Angelina Jolie menunjukkan kemusnahan teruk di Kem Pelarian Jabalia, Gaza angkara dibom tentera Zionis Israel. (FOTO: Tangkapan skrin Instagram @angelinajolie)

“Ini adalah pengeboman yang disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.

“Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan pantas menjadi kubur besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/11/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pelakon Hollywood, kecam pemimpin dunia.

Lihat komen ini..

(i) Sebenarnya mengenai takbir dan Qunut Nazillah, perkara itu tidak sepatutnya dipermasalahkan. Kerana kedua-dua amalan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, malah sudah difahami oleh golongan bukan Islam.


Kita bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad yang mahu Menteri Pendidikan perjelaskan larangan laung takbir dan baca Qunut Nazillah dalam program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolaah Malaysia.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-dua amalan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, malah difahami golongan bukan Islam.

“Kalau kita lihat dan hendak tengok, ini merupakan satu isu yang sensitif, benda itu sudah dapat diterima oleh orang bukan Islam di negara kita. Ini merupakan satu lafaz yang biasa kepada orang Islam di Malaysia yang mengungkapkan kalimah itu,” kata beliau dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Ustaz Idris melahirkan perasaan terkejut apabila ada surat pekeliling yang melarang laungan takbir dan bacaan Qunut Nazillah dalam program Minggu Solidariti Palestin di negara ini.


(ii) Al-hamdulillah, Ahli Parlimen DAP ‘selfie’ bersama Sanusi. 


Di mana sahaja Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada ramai mengajak untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

Begitu juga ketika menghadiri Muktamar PAS kali ke-69 di Shah Alam baru-baru ini ramai pemerhati dan pengunjung kelihatan bergambar bersama Sanusi.

Keberaniannya berhujah bagi membongkar sesuatu isu dan sikap berterus terang menyebabkan ramai menyenanginya termasuk pemimpin parti lawan.

Ia dibuktikan baru-baru ini Ahli Parlimen Jelutung RSN Rayer turut ‘berselfie’ bersama MB Kedah ketika terserempak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Ahli Parlimen DAP itu juga kelihatan membantu orang ramai yang ingin bergambar bersama Sanusi.

Video kedua-dua pemimpin terbabit menjadi tular di laman sosial Tiktok sehingga manarik perhatian ramai netizen.

Sehingga ada netizen mencatat “Ahli Parlimen DAP itu sering menyerang dan mengkritik Sanusi tetapi ‘terkedu’ apabila bertemu di hadapan mata’.(rujuk – HARAKAHDAILY 2/11/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. 

Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails